Nuffnang Ads

Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Monday, August 10, 2015

Raya 1436H

Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga pada 2 Syawal yang lepas. Moga hubungan dirahmati Allah dunia dan akhirat dan bahagia sampai ke syurga. Amin ya rabbal 'alamin... You know who you are, I don't have to mention it here
Gambar petang raya paling proper yang lain semua tapape haha
Tahun ni sambutan Aidilfitri kami berdua suami isteri agak pelik. Nak tergelak pun ada dengan perangai masing-masing. Mungkin bagi orang lain, ini adalah perkara biasa dan tak ada yang specialnya. Bagi kami berdua, manis sangat pengalaman ni. Of course, tak boleh nak turn back time tapi kan orang kata a picture worth a thousand words. Gitewwwwww! I dah standby memory dalam phone untuk tangkap gambor, almaklumlah, kitorang semua memang suka sangat sangat sangat bergambor. Sementara tu, I nak ceritakan sedikit pengalaman beraya di kampung belah mentua. Selama 33 tahun tak pernah I tak bersalaman dengan Mama dan Ayah di pagi Syawal. Ni first time woooo.. Sumpah! Masa tidor malam tu I dah sedih sikit tapi malu nak kabo dekat Sayang. Ngeee!~

PAGI RAYA vs PETANG RAYA
Tahun ni, takde istilah pagi raya dekat I dan Sayang. Sayang habis shift pun dah dekat jam 8.00 am. I pun habis shift masak kek batik dekat jam 10.00 am. Bermaafan di waktu hampir tengahari, selepas selesai penghantaran Kek Batik dan Caramel Popcorn. Kental betul. Tak sempat beraya ke rumah MaYah dan tak sempat bersalaman raya dengan MaBa. Petang baru bertolak balik ke Kuala Pilah.

Tengahari raya pun kena kerja :)
The Hamiyahs :) Me, the photographer sebab tu tak included hehe
KERETA vs MOTOSIKAL
Seperti yang anda sedia maklum, I dan Sayang kan pernah terlibat dengan kemalangan motosikal beberapa bulan yang lepas. Lama jugak nak dibaiki motosikal yang rosak sebab kemalangan tu. Actually, baru-baru ni je siap masa bulan Ramadhan. Senang sikit kalau ada both. Dan seperti yang anda sedia maklum lagi sekali, siapa yang kampung dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan mesti tau yang jalan nak ke sana memang favorite spot untuk jammed bumper-to-bumper ni. Sayang decided to ride on motorcycle that evening. I gigih minimize kan kuantiti baju dan barang bagi mendapatkan beg yang muat-muat masuk bakul dan box motosikal. Alhamdulillah, we've made the best decision ever. Jammed, waktu perjalanan ke Kuala Pilah dan waktu balik semula ke Seremban. Perjalanan dipendekkan dari 3 jam ke setengah jam sahaja! Alhamdulillah selamat semuanya perjalanan kami.

To the kampung we go!
DUIT RAYA vs POPCORN RAYA
Syukur, Allah beri rezeki di kala kami kesempitan untuk menunggu gaji yang lambat gila tu hihihihi. Sepanjang Ramadhan, tak sempat nak membeli belah baju raya, tak sempat nak ke bank menukar duit raya dan persiapan raya sangat sangat sangat ala kadar kalau nak dibandingkan dengan tahun yang lepas-lepas. Oh my, memang tak sempat nak berbuat apa-apa. Akhir zaman, akhirat semakin menghampiri kita. Masa berjalan tanpa menunggu. Kesimpulannya, I dan Sayang tak sempat nak mintak bantuan Kak Ratna nak menukar duit raya. Maka, kami pun buat keputusan drastik lagi sekali, buat popcorn extra dan packing cantik-cantik. Siapa salam dapatlah Popcorn Raya instead of duit raya. Sorry anak-anak buah Mak Teh. Hehehe.

Popcorn Raya for the kids 
BAJU RAYA vs BAJU HARIAN
Tiada baju raya, tudung raya, seluar raya, stokin raya, kasut raya di pagi raya. Semuanya ala kadar. Di samping nak minimize kan kuantiti baju, kami kena pakai pakaian yang sesuai untuk menaiki motosikal. Yerp, balik ke kampung pakai baju biasa. Sayang dengan jeans dan t-shirt. I pulak dengan blouse dan skirt dan tudung biasa. Syukur, kami tetap meraikan raya di kampung dengan terus beraya ke rumah saudara sebelah Mama martua. Hihihihi. Malam pun, kami main mercun jugak bersama. Takde issue pun orang tanya, ni baju raya ke apa ke. Asalkan elok untuk bergambor.

The Hamiyahs - tengok tu ade ke baju Explorace aiyoooooolah!
GAMBAR RAYA vs GAMBAR LOMPAT
Erghhhh, yang ini sedih sikit. I takde gambar raya tahun ni dengan both family. Nak bergambar berdua pun tak sempat. Cuma ada gambar dengan keluarga yang lain, masa pergi beraya dan gambar lompat di kampung dan di rumah Wan Teh. Best dan jealous tengok gambar raya dekat rumah Tok Chah tahun ni. Bukan main ramai family tahun ni beraya dengan Tok. Huaaaaaa! Kalau nak diikutkan, takde baju raya ke duit raya ke kuih raya ke takpelah sangat tapi gambor raya mesti mau ada! Takpe tahun depan I harap sangat dapat bersama suami lagi di pagi raya untuk gambar raya yang cun-cun muehehehehe.

See, dia yang start melompat dulu!
Pastu, I pulak follow : Adik - Along carrying Maryam - Ariana - Nina - Samani at Wanteh's
Kesimpulannya, pengisian Aidilfitri pada tahun ini bagi I sangatlah simple sepanjang hidup. Se'simple' Mama Ayah sejak I kecik dulu, tahun ni paling simple dan I tak sangka tahun ni dalam sejarah. Takpe, asalkan kita tak sakitkan hati sesiapa. In shaa Allah, baju raya tertunggak tahun ni akan I carry forward ke tahun depan dengan semangat menjahit baju yang baru. Tak sabar nak menjahit ni. Dengan baju Melayu sekali I nak usahakan. Doakan I ye! 
The Yahyas (gambar atas) - The Lailis (gambar bawah)
Jealous! Takpe, next year I join ye
Inilah cerita Syawal kami pada tahun ini 1436H/2015M. Walaupun dah 20 hari Syawal berlalu, baru nak update cerita raya dan kami tetap dapat jemputan open house. Cuma yang membataskan ialah, kesibukan kerja kami yang tak menentu. In shaa Allah, semoga akan mendapat pengalaman yang lebih baik di masa-masa akan datang. Aminn! 

Layan gambor jom!

Hajah Aminah & Co at Pakcik Tompang's, if I'm not mistaken the name hihi sorry! 
The Lailis at Wanteh's
 Ozer - Nina - Along Am - Samiewa - Kak Yong Yin - Salalyn - Samani carrying Yayam - Fizi - Gwan 
Cucu-cucu menantu Hajah Aminah and one cicit back there 
Depan : Samani - Kak Ratna - Kak Lynda
Belakang : Ain - Kak Long
Pinjam Adam sekejap!

Monday, October 6, 2014

Sambutan Hari Raya Aidiladha

Tiada gambar raya, tiada gambar sekeluarga, tiada gambar posing skema. I dan Sayang memang koboi habis. Maklumlah, Sayang pun baru je habis kerja jam 7.00 am. Terlewat kami ke Paroi Jaya. Sampai je, Ayong sekeluarga dan Mama dah nak balik Kuala Pilah, Abang sekeluarga pulak nak balik ke KL. Tinggal I, Sayang dan Baba yang masih berbual sambil menikmati KFC. Yummeh! Dalam jam 1.30 pm, Sayang buat keputusan drastic untuk pulang ke Kuala Pilah jugak.
 

Mak Teh dan Ain berbual anak-beranak pasal buku cerita :)
Sambil-sambil tu berborak dengan Mama dan Iqa jugak. OMG, Mama pun baru sampai hehehe lebey kurang je kita kan Ma.  hihihi
Sampai di Kuala Pilah ada ramai jugak keluarga berkumpul. Makanan pun ramai! Masalahnya semua sedap-sedap. Rugi pulak kalau tak merasa. Siap ada pasta, kemain. We ouls rasa macam sambut raya dekat Melbourne pulak hihihi ok sorry Anyah! Macam biasa, sesi Sayang paksa-memaksa I makan tetap ada. Dengan jiwa celaru I pun berjaya makan Kuih Apam, Murtabak, Spaghetti Bolognaise, Spaghetti Carbonara dan Rendang Daging. Meraung jugak perut ni!
 
Ha nampak tu Chef KakYong tengah buat kuah Spaghetti. Yums!

Gambar sebelum meja penuh, kalau gambar meja penuh nanti pengsan u all tengok bahahaha best wey!
Ini semua anak-anak buah dan bakal anak buah Mak Teh kecuali Mummy tengah baca paper tu hehe

Kak Su - Ayyan - Boiboi - Kak Teh

Posing raya khas dari Batrisyia, Angah Ina dan Mama

Ariff bersama cubaan posing dengan muka ketats je tapi Qisteena said, No camera please! Sekarang Mak Teh tau dah nama Teena :D
Tak lama pun I dan Sayang di kampung. Dalam jam 6.00 pm kami bercadang untuk bergerak pulang sebab Sayang kerja lagi pada malamnya. Sebelum pulang sempat jugak I menyaksikan sesi memproses ayam. Dari tangkap ayam sampai ke layur atas api dan kemudian siang. Pernah tengok sebelum ni tapi tak detail sangat. Kali ni step by step sungguh. Ilmu untuk hari ni, Alhamdulillah. At last, jam 6.30 pm jugak kami bergerak pulang dan sunggah dulu di rumah Mak Ngah yang tak jauh dari Rumah Uwan.
 
Yang sembelihnya Ayong, tapi Pak Teh ni BBP (buek-buek ponting) je hahaha!

Sayang dah bersedia nak cabut bulus ayamss. Ayyan memang pantang, semua dia peace yaw. Kehkehkeh
Syukur juga I dan Sayang pulang agak lewat. Angah Ina dan keretanya telah stranded di PETRONAS Gentam. Memang kitorang takde bawak jumper pulak hari ni. Selalunya tersedia je dalam kereta, kata Sayang. Hahaha. Rupanya, kereta Angah kehabisan air bateri. Bubuh je airnya terus boleh jalan! Magic! Tapi tapi tapi kalau I dekat situasi Angah pun I seram kot.

Syabas, hebat lakonan tu Sayang!
Tengok, betapa pendeknya perjalanan Hari Raya Aidiladha kami, jam 8.30 pm, setelah meredah liku-liku jalanraya yang agak slow moving, kami pun sampai di rumah dan Sayang pun terus pergi kerja. Ini pun ada suami dan mertua, kalau dengan Ayah dan Mama mungkin lagi pendek entri ni. Ngeeeeeee~

Dawn at PETRONAS Gentam, Kolokopilah
 

Friday, May 30, 2014

RSVP : Kenduri Kendara Pilahdelphia

Esok balik kampung, yay! Esok lepas kelas pagi, I akan ke Kuala Pilah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah (betul la kot kalau sepupu Sayang punya anak kira pangkat anak buah la kan) dan juga kenduri tahlil untuk Arwah Uwan. In shaa Allah I akan bawa Mama balik. Mama tak boleh balik harini ikut Kak Lang, so Mama decide untuk follow I dan Sayang esok.

Kebetulan ada kenduri kahwin bergabung dengan tahlil, sepatutnya kami tidur di kampung tapi pada Ahad pagi tu I ada kelas pagi jugak. Maknanya lepas kenduri tahlil kami akan pulang semula ke pangkuan kucing. Hahaha. Actually, pada hari Sabtu siang kenduri di belah perempuan, malam kenduri tahlil, hari Ahad siang kenduri belah lelaki. Takpe, lepas kelas pagi nanti Ahad tu kami balik semula ke kampung.

Macam mana lah keadaan kenduri di Kuala Pilah ek. Ini pertama kali kot, macam nervous pun ada jugak. Tak pernah beraya disini, tak pernah join kenduri disini. My first experience goes to this event. Hopefully semuanya baik-baik saja. Semalam sempat jugak I interview biras I iaitu Kak Ratna. Hihihi nervous!

 Mungkin nervous yang nak ke kelas pertama bercampur-campur dengan nervous first time kenduri kot. Hehehe. Dan aktiviti bersenam pada malam minggu ditangguhkan ke petang Ahad di Seremban 2 sahaja. Sebab sekarang pagi pun dah tak boleh :) 

Amboi kemain peluh akak baju grey tu!
Gambar takde kena mengena dengan event ye, harap maklum hahaha.
Gambar di atas dicilok dari FB KEG.

Wednesday, October 16, 2013

Selesai Satu Majlis

Untuk keluarga Sayang, selesai sudah satu majlis pernikahan. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Achik dan Kak Mi yang melangsungkan pernikahan pada 13 Oktober 2013 di Laman Beringin, Istana Budaya. Cantik jugak date 13.10.13 ni ek. Tempat pun cantik. Paling best, I suka khemah sexy. Yang transparent tu. Alahai, ni yang rasa nak nikah malam. Tapi malam ada halangan sikit la untuk kami bernikah pada 28 Disember tu nanti. Ingat malam nak tido awal *KIDDING! MATI LA KALAU OMAK BACO NI* Hahahaha! Tak hagak ek  :)

Perjalanan majlis sangat lancar. Siap rehearsal, harus kena smooth. Apa-apa pun dedua pengantin memang sempoi sangat-sangat. Dengan persembahan dari Salamiah Hassan, Arja Lee, Aris Ariwatan, Rahim Maarof dan Retro Groovers, lagi meriah. Siap berjoget lambak dan percikan bunga api. Semua perfect. Pelamin tak payah cakaplah, memang cun. Bestnye bestnye bestnye! Arghhh, Jambatan Kasih pun best!

Best sangat! Terawang-awang dah ni, tak sabar nak tunggu Disember :)
Sikit gambar je upload sebab gambar lain dekat Google belambak dah. Sedikit ucapan, happy for both of you. Achik memang sempoi dengan imej rockstar dan Kak Mi memang cheerful sebab tu nampak awet muda sangat. I like! Semoga sampai ke syurga. 

Aminnnnnn...~

Alhamdulillah... dan TAHNIAH lagi sekali :)
Actually, I tumpang sekaki dengan family Sayang. Sebab Achik ni sepupu dengan Sayang. Ramai jugak ahli keluarga sebelah Aunty Pipah yang pertama kali I jumpa. Nervous bukan main. Alang-alang dah nak jadi keluarga, I join jugak. Dan berjaya jugak tengok gambar sendiri tengah melantak dalam WHI, 16 Oktober 2013 (Rabu). Tq Abang Jebat hahaha.

Ada beberapa lagi I dah upload dekat SINI

p.s. baju Kak Mi tu cun!

Tuesday, August 27, 2013

RSVP : 3 Kenduri Kahwin

Oh sangat meriah tahun ni! Dengan kenduri kahwin dan event penting. Untuk tarikh selepas raya ni pun tak kurang ramai jugak nak melangsungkan perkahwinan. Amboiiii seronoklah korang dah lepas, I ni belum lagi selesai urusan perkahwinan. Borang pun belum hantar. Hehehe takpe korang jalan dulu ye. I bagi last la penutup tahun ni. Kalau tak nanti langkah bendul kata orang.

1. Perkahwinan Apit & Bella, 31 Ogos 2013 di Taman Rashibah, Seremban - Yang ini confirm RSVP kitorang Hadir sebab kawan lepakan dan minuman dan makanan dan lain-lain lagi. Ditambah pulak ni kawan Sayang jugak. Ok, save the date! Cuti umum kan. Pandai pilih tarikh ye :)

2. Perkahwinan Zaida & Mamat, 7 September 2013 di Dewan Abu Bakar Ali Basha, Kuala Lumpur - kawan lama I ni! Membesar sama dari belum tadika sampai dah sekolah menengah. Even, projek gelandangan pun pergi bersama-sama. Yang ni pasti ramai jumpa kawan lama dekat Blok F sebab dewan ni dekat sekolah lama I masa Darjah 1 sampai Darjah 6. Hihihihi. Rindunya SKKG. Kira balik kampung lah ni.

3. Perkahwinan Eiju & Jorenna, 7 September 2013 di Tanjung Ipoh, N.Sembilan - ok dah serba salah. Ni kawan lama dan adik kepada office mate. Jemputan pun secara peribadi oleh keduanya. Ni mesti ramai geng JKR nanti. Hehehehe. Kalau ikutkan Kuala Pilah lagi dekat ye dari KL. Kena tanya jugak pendapat yang arif. Sayangggg, helpppp!

Insya Allah ada kelapangan dan panjang umur kami datang... Terima kasih atas jemputan ye.

Monday, August 12, 2013

Raya Oh Yeah : Sawah Lebar Yaw!

Seronoknya Sayang beraya di kampung. Penuh rumah. Riuh rendah. Tak pernah dapat suasana macam tu. Pernah juga sekali beraya dalam suasana kampung tapi tak semeriah macam ni. Di Sawah Lebar ni penuh dengan budak kenit-kenit yang menjerit berlari main bunga api. Penuh la asap dekat laman rumah Arwah Wan. Dan selamat untuk budak-budak berlari. Sebab kedudukan rumah agak tinggi, jauh dari jalan besar.

Tak agak-agak, bapak budak dan kanak-kanak dewasa pun sama naik jugak. Main mercun sampai berpuluh das. Nak lawan mercun KLCC katanya. Hehehe. Yang mak-mak hanya mampu tengok.
Macam ni la keadaan di Sawah Lebar, Kuala Pilah. Sayang punya kampung! Berjaya juga sampai berbekalkan kuih sikit dan Adik tolong drive kan I kesana. Lepas la hajat nak beraya dengan Sayang pada Aidilfitri kali pertama ni. Dah tentu tahun depan I akan jadi sebahagian dari diorang. Insya Allah panjang umur... Dan semoga dikuatkan jodoh antara I dan Sayang :)

Terima kasih Mama dan Sayang sendiri tolong served makanan yang sedap-sedap ya amat untuk I dan Adik. Kenyang! Siap Baba tolong tuangkan kuah lontong. Ayoooooookk, kenyang nyeeeee. Pukul 10.00 pm gigih makan lontong dan lemang dan redang dan nasi impit dengan kuah kacang. Gemok gemok gemok. Terima kasih Mama Baba Sayang dan family yang lain-lain. First time jumpa Kak Long Niza (wife Ayong), Abang dan anak-anak buah Sayang yang lain. Ada juga yang I dah pernah jumpa sebelum ni. Semuanya best. Syukur... Dikurniakan keluarga yang baik-baik dan mesra.

I datang dari keluarga kecil sahaja dan kurang close semua ahlinya. Di Sawah Lebar inilah I menumpang sikit kasih sayang yang tak terhingga. Terima kasih sebab terima Wanie seadanya, walau siapa pun Wanie dan apa juga pun sejarah dalam hidup Wanie. Alhamdulillah. Syukur Allah kerana temukan I dengan Sayang. Dengan izinMu...

* sorry, no pictures had been taken due to my first time experience in Sawah Lebar and it was night time where all relatives had changed their Raya outfits.