Nuffnang Ads

Showing posts with label operation. Show all posts
Showing posts with label operation. Show all posts

Thursday, June 18, 2015

HSG : Pengalaman Kali Kedua

Lagi sekali, I melalui prosedur HSG selepas setahun ianya berlangsung di SALAM Senawang Specialist Hospital pada 14 Februari 2014. Kalau ada yang nak baca semula entri I pada tahun lepas yang berkaitan dengan HSG bolehlah klik pada link di bawah :



Setiap hospital dan doktor yang kita pergi mempunyai pengalaman yang sangat-sangat berlainan. Itu lah yang berlaku pada I jugak. Memang lain sangat pengalaman di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan SALAM Senawang Specialist Hospital. Macam tahun lepas, I buat di SALAM dan tahun ni bersambung lagi TTC dengan prosedur HSG di HTJS

Seperti di entri yang lepas, sekejap saja prosedur HSG di SALAM. Berlainan dengan di HTJS, ianya mengambil masa selama satu jam setengah, hampir ke 2 jam. I redha, kerana permasalahan yang I alami, tak mengapa lah, teruskanlah selama mana pun yang I perlu buat. Tarikh HSG pada kali ini ialah 10 Jun 2015 dan temujanji adalah pada jam 2.00 pm. Untuk yang pertama kali, setiap prosedur HSG akan diberikan Cuti Sakit selama sehari saja. 

I telah dipanggil masuk ke dalam OT room tepat jam 2.30 pm dan I perlu menukar kepada pakaian yang disediakan oleh pihak hospital. Di dalamnya ada 4 orang termasuk seorang radiologist, seorang doktor O&G, seorang pembantu radiologist dan seorang jururawat. Dan, air-cond yang sangat kuat. Brrrrr! Sebelum prosedur, I telah diberi penerangan oleh radiologist berkenaan apa yang akan dilakukan. Mereka akan menyuntik cecair yang contrast kan di dalam uterus dan tiub fallopio dan sekiranya akan ada blockage, satu cecair lain akan disuntik di tangan untuk mengesan kedudukan sebenar blockage yang berlaku. I faham, dan I mengangguk dengan redha.

Saat I disuruh berbaring, mulut pun dengan laju membacakan zikir agar dipermudahkan Allah. Walaupun ada sedikit kesulitan dalam prosedur itu, tapi I redha dengan ujian Allah. Selama satu jam setengah, I bertarung dengan kesakitan dan muntah kerana tak mampu menahan kesakitan yang teramat. Namun I betul-betul berpuas hati dengan prosedur di hospital kerajaan kerana ianya betul-betul menjalankan prosedur sehingga mendapat jawapan kepastian di mana permasalahan yang i sedang alami. 

Selesai saja prosedur, terus lemah seluruh badan dan sakit seperti senggugut. I keluar dari OT room dengan pelbagai rasa, loya, letih dan sakit. Keluar saja terus I minta Sayang belikan I air minuman untuk I makan ubat tahan sakit. Kali ini memang sakitnya berbeza dan lebih hebat dari sebelumnya. Alhamdulillah, sedikit-sedikit inilah persediaan I untuk melahirkan kelak. In shaa Allah. Selepas I diberikan Cuti Sakit oleh jururawat bertugas, I terus pulang sambil airmata berlinangan di kedua belah pipi. Seriously, sakit....

Apa pun, I nak share lagi beberapa tips dan kesan yang I alami untuk pengalaman kali ini.

TIPS SEBELUM MENJALANKAN PROSEDUR HSG

1. Bersedia mental dan fizikal
2. Makan sebelum masuk OT Room nanti angin perut susah
3. Bersedia dengan makan ubat tahan sakit. Please, makanlah..
4. Bercukur dan membersihkan kawasan yang akan dimasukkan cecair contrast
5. Bawa sekali pad atau panty liner, sebaiknya, pad lah sebab kita tak tau banyak mana bleeding nanti
6. Jangan bersama suami dulu ye...


KESAN DARIPADA PROSEDUR HSG

1. I mengalami kesakitan senggugut selama 4 hari dan memerlukan bantuan ubat tahan sakit setiap 8 jam.
2. Keluar fresh blood selama seminggu
3. Rasa nak demam tak demam

Alhamdulillah, selesai sudah episod HSG untuk kali ini. Result akan diketahui pada bulan Oktober. Semoga semuanya baik-baik saja.

Alhamdulillah, selesai kali kedua

Monday, March 16, 2015

Cukuplah Satu Malam!

Taknak 7 malam macam tempoh hari. Taknak operate macam tempoh hari. Taknak terganggu tidur macam tempoh hari. Taknak susah mandi best-best, lama-lama macam tempoh hari. Taknak pakai baju hijau sepanjang masa macam tempoh hari. Tak berkongsi bilik mandi dan jamban macam tempoh hari. Taknak kena injection macam tempoh hari. Kalau nak cerita, macam-macam taknak...

Kesian birthday boy kena bersapau dekat hospital ;D
Selepas seminggu menahan kesakitan, Klinik Kesihatan tak dapat berbuat apa-apa kecuali bagi painkiller saja. I dengan rela hati, membawa diri ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban... AGAIN! Kalau ikutkan memang tak mau. MEMANG TAK MAU... Sebab dah tau keadaan diri, confirm akan masuk ward. Dan ianya berlaku dengan sekelip mata, tak sekelip sangat. Since 11.00 pm mendaftar, 4.30 am dimasukkan ke ward. Sabar.......

Kesian bini birthday boy kena naik wheelchair 
Alhamdulillah, tak lama pun masuk. Walaupun dengan komplikasi yang menyeramkan sesetengah pihak, I discharged pada petang itu jugak. Cukuplah satu malam! Taknak banyak malam... Dekat sini nak bagitau, ward yang baru untuk Wanita dan Kanak-Kanak di HTJS sangat selesa. Compared to blok lama. Merasa, masuk Dewan Bersalin hahaha. Seram oi, tengok katil bersalin tu. Hihihihihi!

Wad baru u ols!
Terima kasih pada Sayang, walaupun menyambut hari lahir di HTJS, sanggup teman dan bawak I dan tunggu I sampai I warded. Sorry, takde birthday celebration tahun ni... Terima kasih, keluarga yang menyampaikan salam dan yang datang melawat. Terima kasih kawan sepejabat yang hadir memberi sokongan. Terima kasih pada yang bertanya khabar melalui WhatsApp dan media lain. Alhamdulillah... Samani strong lah! Hehehe.

Tak suka! tak suka! tak suka!
Pening juga kepala dapat MC seminggu. Dalam pening tu, ada something yang I dah start sekarang. I'll write about it, soon. Apa pun, kita jumpa semula doktor pakar pada 4 Jun 2015 ya!

Thursday, August 1, 2013

Hospital Kerajaan Tak Susah

I menulis disini kerana terpanggil dengan beberapa tohmahan orang luar pada jabatan-jabatan Kerajaan yang menyatakan betapa tidak efektif dan efisien jabatan-jabatan ini dalam aspek berurusan. Semua jabatan Kerajaan terkena tempiasnya. Lebih-lebih lagi hospital Kerajaan yang menghadapi saingan dengan hospital-hospital dan klinik-klinik swasta yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia. Lebih lagi ditambah dengan syarikat-syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan dan yang lebih terkenal sekarang ialah Medical Card. Setiap hari akan ada saja panggilan telefon yang menawarkan insurans.

Sebagai kakitangan kerajaan yang hanya mempunyai polisi insurans perlindungan nyawa dan kecacatan kekal sahaja, I memang berharap sepenuhnya kepada hospital Kerajaan yang menawarkan perkhidmatan percuma khusus kepada penjawat awam yang mempunyai perbelanjaan yang agak terhad berbanding gaji di swasta. Bukan semua, tapi I percaya sesetengah penjawat awam sependapat dengan I.

Banyak rungutan dengan menyatakan betapa rendahnya taraf perkhidmatan pelanggan di hospital Kerajaan. Mama adalah salah seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur yang telah berpencen. Sepanjang perkhidmatan Mama, kami sekeluarga memang menjadi pengunjung tetap hospital Kerajaan. Di samping harga yang sangat murah, tahap kepakaran pakar-pakar di hospital Kerajaan adalah memuaskan sepanjang I menikmati perkhidmatan di sini. Ini yang terbaik, untuk keluarga kami. Kami bukan keluarga yang berkemampuan untuk ke hospital dan klinik swasta bagi mendapatkan rawatan. Setakat hospital Kerajaan dan kami masih bernafas sehingga sekarang.

Setakat ni sudah 2 kali I dimasukkan wad di hospital Kerajaan. Pengalaman semuanya berlainan. Cuma bila terjadi ketidaksabaran sesetengah pihak akan mula melenting dan menyalahkan hospital Kerajaan yang tidak cekap. Alhamdulillah, layanan yang I terima tidak kurang hebatnya. I juga pernah dibedah dan semuanya berjalan lancar. Berserah kepada Allah, itu yang termampu buat kami.

Baru-baru ini, I telah ke HTJS bagi mendapatkan rawatan Pakar O&G. Agak lewat I keluar dari pejabat kira-kira jam 8.20 am sedangkan temujanji pada jam 9.30 am. Dalam hati gundah gulana tak menentu dan risau akan mengalami kelewatan. Lagi sekali, berserah. Tiba di kaunter pendaftaran kelihatan orang ramai yang sudah mendaftar. Dalam hati berbisik, sempatkah? Jangan disalah anggap sekiranya kita sendiri tidak mengalaminya. Walaupun bilangan menunggu ialah seramai 46 orang tapi atas kecekapan petugas kaunter yang ramai pada waktu puncak semuanya berjalan lancar. Nombor dipanggil berturut-turut dan perkhidmatan diberikan semesra dan secepat yang mungkin. Terima kasih. Sekejap sahaja urusan di Kaunter Pendaftaran dan selesai sudah urusan menyerahkan Guarantee Letter (GL), iaitu pengesahan menyatakan I adalah kakitangan Kerajaan dan layak mendapat perkhidmatan secara percuma.

Di Klinik O&G pula, I terus ke Ruang Temubual setelah selesai mendaftar. Lagi sekali, selesa dan nurse melayan adalah mesra, seolah memahami gulana di hati... Selesai ditemubual, I menunggu lagi tidak sampai 10 minit jugak nombor sudah dipanggil. Semua kesabaran akan ada ganjaran sekiranya kita redha. Cuma tak perlu gelojoh. Melainkan kemampuan itu tinggi dan rasa diri sangat layak untuk dilayan sesempurna yang mungkin. Cuma ingin diperbetulkan disini, bahawa perkhidmatan daripada hospital Kerajaan adalah tidak seburuk yang disangka. Jika teruk, kenapa masih ramai yang memerlukan khidmat hospital-hospital Kerajaan sehingga penuh Kaunter Pendaftaran. Tidak kiralah di hospital ataupun Klinik Kesihatan. 

Kalau ditanya pada empunya diri ini, tidak dinafikan semua perkara pasti ada sedikit cacat cela yang tidak akan dapat dielakkan. Tiada yang sempurna di dunia ini. Jangankan ada kecuaian di hospital Kerajaan, kes yang di hospital swasta pun ada juga. Bezanya bila cerita itu di war-warkan atau tidak. 

Memang pakar terbaik di seluruh semesta ni hanya Allah SWT. Yang penting berserah. Bertawakal. Bila ada kemudahan yang baik, gunakanlah sebaik mungkin. Bila mana kita dah berhabis setiap bulan lebih kurang RM100 ++ bagi membayar harga polisi, maka gunakanlah ia. Jangan yang hanya mampu setakat itu sahaja tak mahu mengukur baju di badan sendiri. Dan jangan yang mempunyai kelebihan memandang rendah pada yang agak kurang kemampuannya daripada anda. 

Sememangnya rezeki itu dari Allah. 

Saturday, November 24, 2012

Masih Cerita Hari-4

I tersedak! Mungkin diorang tarik keluar tiub dari saluran pernafasan I. Terus I terbatuk dan rasa sakit yang sangat amat dekat bahagian perut. Mata macam dah tak larat nak buka. I cuma dengar keliling I yang nak pindahkan I ke wad semula. Tapi Wad 2A? Kenapa tak naik ke Wad 8B? Wad 2A adalah Wad O&G ye faham-faham lah apa kes I sebenarnya bukanlah surgical.

I tak sedar jam berapa masa ditolak keluar yang pasti muka pertama I nampak dalam blur-blur tu ialah Hafizi ye. Wahhh, u came! I thought u didnt show up. Hafizi tercangak depan pintu Bilik Bedah Utama dan I nampak dia dulu baru nampak Mama Ayah tapi dalam keadaan separuh sedar.

Punyalah sakit masa porter tolak I dekat wad. Bila terlanggar itu ini I rasa nak jerit tapi tak mampu... Suara stuck! Masa nurse nak alihkan I dari stretcher ke katil pun macam nak maki orang je rasa tapi redha. Dekat wad barulah nurse pakaikan I baju hijau tu. I dah tak kisah lah orang nak tengok ke apa ke. Yang I tau memang I sakit sangat... Nurse nak cucuk painkiller dekat punggung I pun rasa susah sangat I nak mengiring. Terus I lega lepas nurse bagitau yang kalau nak kencing jangan tahan ye sebab awak ade tiub dan beg ni. Wahahaha. Bila masa pulak I dikerjakan ni??!

Mama Ayah sibuk uruskan kemas barang untuk pindah wad. Hafizi tolong angkatkan barang dan teman I sampai jam 7.30 pm sementara Ayah bawak Mama balik untuk siap mandi sebab Mama kena teman I. Tak mampu I nak bercakap.. Petang tu Nyanyah dengan Samiewa datang melawat. I dah ok sikit boleh gelak-gelak lagi. Alhamdulillah...

Masa doktor datang round wad dan bagitau pembedahan apa yang I buat takde sesiapa pun dengan I. Barulah I faham kenapa I kena masuk ke Wad O&G. Semoga Allah sentiasa pelihara I. Sedih ada juga tapi I redha. Terima kasih family dan Hafizi gak sebab redha.

Malam tu Mama yang teman I. Kesian pulak Mama dalam usia emas tu kena teman I kan. Dia sendiri pun tak larat... Samani janji takkan susahkan Samama lagi ye. Insya Allah. Eh, tetiba ada 2 jarum eh dekat tangan I. Doktor tambah lagi satu aksesori dekat tangan belah kanan pulak. Why???
P.s. Terencat sikit kali ni karangan I panjang macam rencana suratkhabar. Excited pertama kali operate barangkali :)

Hari-4 Di OT Room

Alhamdulillah! Pembedahan berjalan lancar. Masa mula-mula nak tukar uniform memang rasa seram sejuk bayangkan perut nak kena tebuk. Dahlah ada menses. Bayangkan macam mana keadaan I masa tu.
Ye memang I dah bersedia dari semalamnya untuk dibedah tapi takde panggilan. Postponed ke hari Jumaat. Berkat hari Jumaat kata orang. I ditolak ke OT Room jam 12.30 noon. Masa tu Allah je tau perasaan I. Mama dapat hantar sampai luar je dekat tingkat 3. Dapat jugak tengok muka Mama sebelum masuk OT Room. I lap u, Ma!

Masuk dalam OT Room terus aku rasa macam cerita House. Sebab ramai pakai macam biru Smurfs ada shower cap. Hahaha. Sebenarnya nak tenangkan diri. Pakar bius mula kerumun I tanye macam-macam la pasal asthma la berat badan dan tinggi. Selesai semua tandatangan pasal bius terus katil ditolak ke dalam Bilik Bedah. Jeng jeng jenggggg!

Hoiiii bila dah dalam bilik tu... Lagi berdebar dan cemas dan bla bla bla tak tau nak kata apa. Diselak-selak baju I nak lekatkan ECG punye lekat tu lepas tu dibagi oxygen suruh bernafas. Benda terakhir yang I ingat pakar bius kata suruh I buka mata dan pesanan dia, "saya nak suntik pelali ni pedih sikit ye Sazwani..." bukan pedih sikit dah ni pedih banyak...! Lepas tu I terus padam -_- Bye bye dunia untuk seketika....

Hari-3 Di Wad 8B

Sebenarnya dah 2 kali I post entri ni tapi tak publish la. Tah mana ghaibnya. I cuba guna Bloggeroid. Ok dah tak jadi puji lah Application Bloggeroid. Sekian dan selamat tinggal :(

Hari ketiga mencabar tau tak. Doktor round pagi-pagi decide untuk buat Laparoskopi tebuk perut I. Ohmaiii! Ianya adalah sejenis operation ye. So I kena mula puasa. Meal terakhir yang I jamah ialah dinner hospital jam 6.00 pm. Kejam. Pagi terus tak boleh breakfast dan minum. Paling kejam, jam 2.00 pm baru dimasukkan drip air. Bayangkan rasa nak pengsan menghantui diri dan I dengan gagahnya bertahan tak makan minum selama 27 jam. U ols ada??? I diberitahu yang operation tak jadi hari itu dan akan dibawa nama I keesokan harinya. Terima kasih doktor. Bolehlah I melantak.

Terima kasih Hafizi sebab tunggu I selama 7 jam. Dari panas terik sampai hujan lebat. Dari tengahari rembang sampai ke gelap malam. Tabahnya u... Terharu tau! Terima kasih sebab bawakan makanan untuk I yang lapar gile. U nampak kan I pening macam dah nak gila silap-silap I harus kena refer ke psychiatric ward sebab lapar sangat. Thanx again!