Nuffnang Ads

Showing posts with label ayatmanis. Show all posts
Showing posts with label ayatmanis. Show all posts

Monday, October 31, 2016

Warkah Buat Anakku, Hani

Hani,

Sejak hari pertama Ibu melihat wajahmu, Ibu telah pun jatuh hati. Sejak hari pertama Ibu mengendongmu, tertitis jatuh airmata Ibu, telah Allah tuliskan amanah ini untuk Ibu dan Ayah membesarkanmu dengan segala kemampuan yang kami ada. Tubuh kecilmu kami bawa pulang ke pangkuan keluarga yang lain. Meninggalkan semua keserabutan. Di hari pertama itu jugalah, Ibu gementar, berkata-kata kepada diri sendiri, "...bolehkah aku menjadi Ibu yang baik...?" Ibu nekad, walaupun Ibu pertama kali diberi tanggungjawab yang sebesar ini, Ibu akan buktikan pada semua yang Hani akan dibesarkan dan dididik dengan segala rahmat yang Allah turunkan kepada kita.

Sejak hari pertama, memang murah sekali rezekimu, nak. Pelbagai urusan Ibu dan Ayah dipermudahkan Allah, seolah mengerti kegelisahan kami berdua. Namun, mukamu masih lagi berkerut-kerut tanda keresahan, ketidakpuasan hati dan mungkin juga keliru. Jangan risau sayang, Ibu dan Ayah akan sentiasa disisimu. Hani lah lambang cinta agung Ibu dan Ayah. Kita tidak akan dipisahkan, nak, kecuali maut menjemput salah seorang daripada kita bertiga. Janji Ibu dan Ayah, akan pertahankanmu walau apa jua rintangan dan dugaan diluar sana. Janji Ibu dan Ayah, akan sentiasa melindungimu daripada sebarang kejahatan manusia dan syaitan di luar sana. Selagi kami masih bernyawa....

Hani,

Rezeki kami, Allah berikan seorang anak yang cantik rupa paras, penawar hati Ibu dan Ayah yang kesunyian. Rezeki kami, dipermudahkan urusan Ibu dan Ayah menjaga anak yang tidak pernah banyak karenah. Rezeki kami, dianugerahkan satu nyawa yang tidak ternilai dari Allah, sedangkan Ibu dan Ayah tidak mempunyai persediaan yang cukup. Ibu masih lagi ingat, siang malam Ibu dan Ayah menjagamu, agar tidak terjejas dari sebarang kesakitan dan gangguan binatang serta serangga. Allah sentiasa mendengar doa Ibu dan Ayah agar segalanya elok untukmu. Bertuahnya kami berdua, memiliki kebahagian yang tiada galang gantinya. Tak putus-putus doa kesyukuran dari mulut Ibu, sejak Allah amanahkanmu kepada Ibu dan Ayah.

Bukan Ibu dan Ayah saja yang menyambutmu dengan kasih sayang, Uwan, Tok Ba, Opah dan Tok Wan juga bahagia sangat melihatmu, nak. Sehingga ke saat ini, tiada langsung apa-apa yang menyekat kasih sayang mereka kepadamu. Penenang jiwa mereka. Tidak pernah sekali mereka yang menyayangimu itu akan mengasarimu. Tubuh kecilmu mereka belai dan pastikan semuanya baik-baik saja. Allah terbitkan rasa sayang mereka kepadamu untuk menjadikanmu seorang yang lebih kuat dan bahagia, Jangan pernah rasa terpinggir, nak. 

Hani,

Ibu dan Ayahmu tidak semewah mereka yang lain. Kami membesarkanmu dengan segala adanya kami. Kami berusaha sekeras tenaga kami untuk membahagiakanmu dan membesarkanmu. Bukan balasan kemewahan atau kebendaan yang kami minta di masa akan datang darimu, nak. Anakku, cukuplah doa anak yang solehah darimu agar dapat memudahkan segala urusan Ibu dan Ayah di Akhirat kelak. Semoga Allah dengar doa Ibu...

Anakku Hani,

Penawar hati Ibu dan Ayah, cinta hati, madu dan racun, intan dan payung, gunung dan lembah, itulah ibarat dirimu anakku. Segalanya untukmu wahai anak. Bertahun kehadiranmu Ibu tunggu, barulah kini kebahagiaan itu meresapi jiwa Ibu. Segala usaha Ibu terbalas oleh kasih sayang dari Allah. Diberi pinjaman yang sangat berharga ini. Tidak sesekali Ibu akan sia-siakan amanah ini. Tak sabar Ibu nak melihatmu membesar, petah berbicara, bertatih-tatih jalanmu dan terkekek-kekek gelakmu. Setiap hari, kerinduan Ibu padamu hanya Allah tempat Ibu mengadu. Sepanjang hari bekerja, hati Ibu meronta untuk pulang kepadamu. Setiap detik dan saat melihat kebijasanaanmu menjadikan Ibu semakin rindu. Rindu untuk peluk cium, rindu bergurau senda. Besarnya hati Ibu kerna memilikimu, nak. Hebat betul panahan cintamu kepada Ibu.

Ibu sayangkan Hani. Doa Ibu, semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi kita dalam setiap urusan kehidupan kita. Semoga Allah jadikanmu seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, dijadikanmu anak yang solehah, kuat aqidahnya, mulia akhlaknya, baik budi bahasanya, sopan perilakunya dan tinggi ilmunya. Semoga Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidupmu, nak. Allah, berilah anakku kekuatan dan kesihatan luaran dalaman, zahir batin, rohani dan jasmani. Sungguh, Ibu sayangkan anak Ibu. 

Cukuplah sampai disini bicara Ibu buat Hani. Sesunggunya coretan ini datang dari hati Ibu yang sedang bekerja dan merindui Hani. Ibu akan pulang untukmu, nak. Setiap masa Ibu tatap gambar anak Ibu yang manja. Jangan risau, petang nanti kita gomol-gomol ye, nak. 

Saturday, January 23, 2016

Aku Pun Tak Faham

Rasa dan faham
Tak semua belah pada kita
Tak semua suka kita
Tak semua senang dengan kita

Nampak dengan jelas
Cara dia interact dengan kita
Cara dia elakkan diri dari kita
Cara dia buat benteng diri

Entah
Aku, ok je dengan kau
Tipu, kalau kadang-kadang takde rasa jelik
Dengan setiap perbuatan kau
Aku turutkan saja
Aku tengokkan saja
Aku diamkan saja
Aku senyumkan saja

Kerna kita
Dalam satu institusi
Hari ini tak jumpa kau
Minggu depan jumpa jugak
Esok kau elak aku
Bulan depan kita bersalam jugak

Sia-sia
Kalau aku mengalah
Kalau aku stress
Kalau aku menyampah

Sebab
Kau tetap macam tu
Kau masih begitu

Aku, layankan saja :)

Wednesday, January 13, 2016

Kempen Berbasikal Ke Pejabat

*Tulisan ini adalah sekadar imaginasi penulis dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak*

Kihkihkih disclaimer sesiap nanti ada yang salah sangka. Baik sound awal. Sebabnya, orang Malaysia ni suka sangat jump into conclusion terus. Baca tajuk je terus nak terjah, tak baca isi kandungan dan komen2 orang lain. Selalunya macam itu lah.... Tak semuaaaa. Cover balik. Ngeeee~

Kempen berbasikal ni memang imaginasi I sendiri. Dekat KL mungkin pemandangan ni tak berapa nak ada. Di Seremban, terdapat ramai warga asing yang bekerja di kilang-kilang dan pasaraya menjadikan basikal sebagai pengangkutan utama mereka. Selain daripada berjalan kaki, basikal ni senang sikit mengayuh je, ada bakul pulak. Yang kreatif boleh decor basikal bubuh riben kalerpul ke... I Google, banyak gile basikal cecantiks.

Beskal camnih!
Pernah sekali, I suarakan pada Sayang, untuk mengayuh basikal ke pejabat. Jarak antara pejabat I dan rumah sekarang hanyalah 10 minit berkereta kalau tak jammed. Kalau banyak kereta pun keluar rumah jam 8.15 am boleh lagi I punch sebelum 8.30 am. Macam gitulah gayanya. Permintaan I tidak dilayan langsung oleh Sayang. Memang tak dapek tu jang. Hehehe. bahaya katanya.

Pendapat I, kempen begini tak sesuai untuk dilaksanakan di kota besar macam Kuala Lumpur ke PJ ke yang jarak rumah ke pejabat memakan masa berjam dan perjalanan memang masuk lebuhraya. Kan dalam lebuhraya tak dibenarkan berbasikal. Setakat bandar kecik kiut comel macam Seremban, I rasa takde masalah sangat. Bukan maksud I orang dari Sendayan sila berbasikal ke pejabat yang terletak di Senawang. Janganlah fikir macam tu ye.

Kebanyakan mereka yang bekerja di Seremban tinggal di sekitar bandar seperti Taman Permai, Sikamat, Ampangan, Paroi dan Labu (sekadar menyebut beberapa taman ye) yang jaraknya ke bandar Seremban tak lah sampai setengah jam. Kalau naik basikal, senang sikit rasanya. Senang parking, tak payah mengeluh minyak naik. Sedangkan naik motor pun dah beribu rahmat. Senang yang amat.

Lawa kan basikal ni :)
Macam di Kuala Lumpur memang ada Kempen Hari Tanpa Kereta pada hari Ahad. Ini kerana mereka ada pengangkutan awam yang baik iaitu LRT dan Komuter yang menghubungkan antara bandar. Kita di Seremban, ada bas je hehehe. I cuma mencadangkan je, satu kempen ke tempat kerja menaiki basikal. Tapi I dah tau, statement ini akan mendapat banyak tentangan dari orang atasan dan bawahan. Takpe, I dah sediakan beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada kempen ni. 

CUACA
Malaysia bukan macam negara Eropah atau negara lain yang tidak terletak di garisan Khatulistiwa. Kedudukan negara kita sememangnya takde musim sejuk, salji, bunga apa semua. Panas dan lembab sepanjang tahun. Kalau ada pun musim jerebu dan musim tengkujuh saja. Nak berbasikal macam mana kan. Dengan panas berdentum. Bak kata orang sekarang, "...panas sekarang ni lain macam dah... " Yelah abang-abang, kakak-kakak, macam mana tak panas. Pembakaran terbuka, jentera-jentera canggih, bangunan pencakar langit, semua tu kan penyebab lapisan ozon menipis. Tu belum lagi sampah tak recycle menyebabkan pokok ditebang. Dah sudah lain pulak jadi topik ni kekekeke. Oh ye, jangan dilupakan dengan Fenomena El Nino yang sedang melanda negara. Garing beb!

Kan best kalau macam ni....
KOMITMEN
Komitmen ni merujuk kepada, pagi hantar anak ke sekolah, tengahari ambil anak dari sekolah dan hantar ke transit atau kelas agama. Petang pulak kena ambik anak dan hantar ke tuisyen. Jadinya, berbasikal akan menghalang semua ini berlaku. Kalau anak tak bersekolah pun, pagi kena hantar anak ke babysitter dan petang ambik semula. Orang akan kata, I senang bercakap sebab belum mengalami. Ye, I paham sebabnya, I bergaul dengan orang sekeliling yang mempunyai komitmen tinggi setiap hari. Dan I dah perhatikan semuanya...

JALAN TERUK
Ha, yang ni jangan nak salahkan JKR pulak ye. Hihihi. Ala, teruk sikit pun mengeluh. Anggap je macam naik basikal off-road. Boleh gitu? Kekeke! I tak nafikan, ada jalan yang landai ada yang perlu naik bukit dan ada yang perlu turun pulak. Nak turun tu boleh tahan lagi kena ada brek yang bagus tapi bab menaiki slope tu hahahahaha! Rumah I sendiri di atas bukit. Renung-renungkanlah... Adakah kalau kempen ini diadakan, I akan menjadi kurus dengan kerahan tenaga menaiki basikal? Best pulak rasanya tetiba. Ahaks!

I harap suatu hari nanti akan tercapai impian I untuk berbasikal ke pejabat. Jimat parking kereta. Satu petak boleh masuk beberapa buah terus. Benda tak serious pun, jangan anggap penulisan ini adalah sesuatu yang akan menganggu sistem pengangkutan di Seremban ye. Mungkin ada lagi kekangan untuk berbasikal ke pejabat di Seremban selain dari yang sebutkan di atas, segala permasalahan tersebut boleh disimpan di dalam hati saja. Hehehehehe.

Ops!
*Semua gambar di atas adalah I dapat dari Google. Sekian*

Thursday, December 31, 2015

2 Tahun Dalam Sejarah

Selamat ulang tahun perkahwinan kedua kepada bedmate, roomate, housemate, toiletmate, towelmate and even my tooothbrushmate. Hihi! Tau tak, u dah 2 tahun menghadap seorang perempuan gila yang kadang-kadang perangai ala sakai gak ni. Tabahnye u kan melayan semua perangai I yang tah hapa rupa tu. I'm proud of u may husband.

I bukan tak sangka kita dah bersama sebagai suami isteri dalam tempoh yang dianggap lama iaitu 2 tahun, tapi, I tak sangka, dah macam-macam yang kita hadapi dalam masa 2 tahun ni. Yang sakit demam tu tak payah cakap lah. Yang lebam, luka, retak ape semua tu. mak oiiihhhh! Sakit poit. 

Tak boleh dikira jugak susah senang suka duka semua dalam memulakan perniagaan dengan modal sendiri. Cewahhhh. Mention. Dikutkan, rasa macam tak logik je Wanie dengan Fizi dah set up business. Tak sampai setahun lagi pun, taknak cerita hal profit. Cuma nak cerita penat jerih mata lebam tak cukup tidur campur dengan gaduh dengan customer lagi, kena tipu, stok bahan mentah habis dan macam-macam lagi. Semua tu, selamba je! Benda dah jadi, alang-alang dah lalu, langgar je hehe. Terpaksa. Gas habis tengah malam kena menjawab lagi dengan customer. Phew!

Tahun ni takde celebration yang best. Walaupun tahun lepas pun takde buat apa-apa party tapi tahun ni ternyata berbeza cara sambutannya. Pagi petang siang malam menghadap buat popcorn. Yeah, that is the different. At least we have something that can generate our income. Best kan? Paling sweet, kitorang dating sambil buat popcorn tau. Takde orang lain yang interrupt kerja kitorang. Berduaan sahajo. Lalalala.

And last but not least, semoga pembelian rumah pertama yang diimpi-impikan tu menjadi kenyataan. Tunggu permohonan pinjaman pulak ni. BPP dah nak ke LPPA. Semoga tu semua bukan halangan. Dalm masa 2 tahun u ols! What an achievement. Benda lain belum dapat capai bukan bermakna kitorang ni orang yang loser. Allah dah halakan ke arah lain dulu.

Semakin menginjak tahun semakin panjang karangan. Hahahaha. Meh menjamu mata dengan gambo yang menunjukkan hasil kekayaan dan rezeki dihalakan kepada restoran yang sedap-sedap dan lazat belaka. Hasilnya....................................

Cutenyeeee... Tapi kitorang dah nekad nak diet. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!

Wednesday, November 4, 2015

Sisi Buruk 'Social Network'

Kritikal. Membimbangkan. Itulah dua perkataan yang menerangkan mengenai keburukan social networking. Walaupun terdapat banyak lagi kebaikan mengenainya, namun, fokus utama pada hari ini ialah membincangkan mengenai kepincangan yang diakibatkan oleh obsesi terlampau terhadap social network. Sedikit sebanyak terkesan kepada individu, keluarga, masyarakat malahan seluruh dunia. Perhubungan yang semakin meluas menjadikan social network semakin popular di kalangan kita semua. Tiada lagi rakan pena, penghantaran telegram dan kad ucapan perayaan.

Sebagai salah seorang insan yang mengamalkan kehidupan normal seperti insan lain, tidak pernah terlepas pegangan telefon bimbit dari tangan, melayan segala macam aplikasi yang tersedia. Lupa, alpa, dengan semua hal kehidupan yang realiti. Lupa siapa diri sendiri, apa status, waktu makan dan tidur serta kurangnya masa bersama keluarga. Inilah yang dikatakan sisi buruk di dalam social network yang melanda semua manusia kebelakangan ini. Hebat sungguh penangan social network dalam kehidupan seharian kita. 

Kerana mulut badan binasa, sudah tidak lagi relevan kerana ketepatan penggunaan 'kerana jari badan binasa' lebih menunjukkan kaitannya di zaman serba canggih ini. Seorang individu boleh menjadi popular hanya dengan satu klik butang 'share' di Facebook, sebuah keluarga boleh pincang hanya dengan satu perbualan di dalam Whatsapp dan sebuah negara boleh diancam bahaya dengan hanya status di Twitter. Kerana jari yang berperanan meluahkan apa saja yang difikirkan oleh otak. Kelahiran keyboard warrior semakin memuncak setiap hari. Tidak kira umur, pangkat, jantina serta kaum dan agama, semuanya petah ketika membahaskan pendapat masing-masing di dalam apa jua topik tanpa mengira sensitiviti. Kecewa dengan keadaan begini dimana kanak-kanak di bawah umur juga semakin ghairah dengan aplikasi telefon pintar dan berlumba-lumba menjadi yang terhebat. Apa jua jenis pelajaran mudah didapati di hujung jari sahaja. Mudah, cemerlang dalam pelajaran, dihadiahkan telefon pintar. Nilai kasih sayang diukur dengan kejujuran di dalam kata-kata yang diluahkan hanya di dalam 'moment' di WeChat.

Nilai kekeluargaan juga berkurang. Bukan kerana segala ucapan hanya diungkapkan di dalam Facebook, tetapi, suasana rumah menjadi senyap sunyi dengan adanya hubungan secara maya di talian. Dulu, bebelan ibu yang kita takutkan, rotan ayah yang kita gerunkan. Sekarang, tiada lagi bebelan ibu, hanya ketikan keyboard yang mengguruh. Anak-anak kecil yang sering merengek pula disajikan dengan video-video di YouTube untuk membiarkan mereka leka. Kesannya, segala perkara boleh dipelajari melalui Facebook, YouTube, Instagram dan hanya perlu Google sahaja. Di samping itu di hari-hari perayaan, akan penuhlah gambar di dalam Facebook dan Instagram. Di rumah, riuhnya hanya seketika, ketika bergambar. Selepas itu, hanya senyap sunyi semuanya menghadap ke arah smartphone masing-masing. Ini biasa terjadi, sangat biasa dan telah menjadi kelaziman tanpa segan silu, sambil berbual, telefon di tangan.

Tidak dinafikan, social networking telah berjaya merapatkan ukhwah sesama insan. Yang jauh telah berjaya didekatkan dan yang terpisah berjaya ditemukan semula. Tak percaya..? Sila periksa Whatsapp group di smartphone masing-masing. Semuanya, rakan sekolah rendah yang lama terpisah, rakan sekolah menengah yang dulu sama-sama nakal, rakan universiti yang banyak menyimpan rahsia kita dan persatuan-persatuan. Ukhwah yang terbina diharap membawa kebaikan kepada semua, bukan membawa kecelakaan. Kenapa dikatakan kecelakaan, disinilah kekasih lama bertemu semula dan disini jugalah segala persoalan dan permasalahan dikongsi bersama orang luar dari keluarga kita. Ini yang kita sangat takutkan, kepincangan sesebuah keluarga. Sepasang suami atau isteri boleh bermasam muka dan seorang anak boleh lari dari rumah hanya kerana ingin mengikut kawan. Perkenalan di dalam laman seperti Tagged juga menimbulkan keburukan sekiranya tersalah langkah. Tak semua orang yang perangainya seindah gambar yang dimuatnaik ke dalam lamannya.

Bukan semua adalah social network menghamburkan keburukan, terdapat juga kebaikan di dalamnya. Akan tetapi, keburukan ini lebih menakutkan kita daripada kebaikan yang kita terima daripadanya. Anak-anak kecil perlu diberi perhatian sepenuhnya dengan penggunaan smartphone. Kita pasti tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada ahli keluarga kita. Apa yang dapat kita lakukan hanyalah pemantauan yang sangat ketat. Tak mungkin ianya dapat dibendung kerana penggunaan yang meluas di serata dunia. Cuma, jangan biarkan diri kita diselubungi rasa bersalah sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada orang-orang yang kita sayang....

Monday, December 29, 2014

One Year And Still Counting

Kami dah setahun! Pejam celik je laaaaa dah setahun usia perkahwinan I dan Sayang. At this moment, a year ago, kitorang tengah busy untuk outdoor punya session. Gambor kitorang belum ambik lagi dekat official photographer ye harap maklum. Jangan tanya kenapa hahaha. Ok abaikan masalah itu. Yang pasti, waktu sekarang ni kitorang tengah berjalan dalam lalang ke belukar tah. Memang best!

Setahun yang lepas, kitorang dah siapkan rumah sama-sama. Siap sedia dengan keperluan asas, lepas kahwin terus cuci kaki dan masuk. Alhamdulillah, lengkap semuanya. Memang kitorang penat sangat time tu. Mana nak siapkan rumah lagi, nak siapkan barang kahwin lagi, nak fitting baju lagi, nak basuh rumah lagi, nak uruskan hal keluarga dan rakan-rakan lagi. Phew!

Dalam masa setahun, ada juga cabaran hidup berdua tu. Dugaan paling besar, bila jumpa orang duk pegang-pegang perut. Sabar aje lah kan? Macam biasa, kalau kita pengantin baru, orang tak tanya duit bayar rumah sewa cukup ke? Orang takkan busybody, setiap malam masak menu apa? Orang takkan tuju kita dengan soalan, road-tax kereta tu bila expired? Orang akan tanya soalan cepumas, dah ada isi belum? Kitorang? Senyum aje lah, tunggu Allah bagi. 

Dalam masa setahun jugak, Allah mudahkan jugak rezeki. Sayang beralih ke tempat kerja baru yang way more nearer than before. Allah mudahkan rezeki untuk I dapat temuduga ke jawatan lebih baik walaupun tak dapat pun jawatan tu. Pengalaman tu paling berharga. 

Dalam masa setahun inilah, proses nak kenal bermula. Mulalah kenal siapa penyepah siapa pengemas. Siapa yang masak dan siapa yang tukang perabih. Siapa yang kelakor dan siapa pulak yang serius. Siapa yang kelam kabut dan siapa yang cool la paling dapat detect. Muahahaha kalau nak sebut memang panjang. Belum kira siapa boros siapa penjimat, siapa gedik siapa bajettt! Wakaka.

Actually, entri ni panjang lagi tapi I khuatir sangat kalau tahun kedua nanti entri ni jadi 1500 patah perkataan pulak. Muahahahaha! Yang dapat I kata, hanya I yang kenal suami I. Dan hanya Hafizi itulah yang mengenal Sazwani. Setakat orang luar yang duk nak pung pang sana sini, insaflah. Walaupun kitorang ni dah kenal each other sikit-sikit dalam setahun ni, but there are still more things we have to learn in our relationship. Yang dah lama kenal Sazwani, jangan predict bukan-bukan, yang dah lama kenal Hafizi pun, dia hanyalah sejarah untuk u. 

Sayangku, untuk semua susah senang, sakit pening, riang ria, gelak tawa, nangis pedih, jiwang karat, rindu rinduan, gedik manja, hiruk pikuk, sayang menyayang, liuk lentok, panas baran, gila babeng, geram menderam tu semua kita punya rasa sendiri je. Jangan bagitau orang tau. Biar orang nampak kita blur dan skema. Rasa lain tu kita punya ye Sayang. Tak syok la nak share semua benda dengan orang lain hehehe. Happy anniversary yang ke Pertama. I'm wishing u all the best for being Sazwani's husband for a few thousand years ahead. Gila tu thousand years nak hadap sejenis Sazwani ini hahahaha. Ada rezeki tahun depan kita dapat zuriat sendiri ye. Keep up good works to be my Imam. Lead me and I'll always be right behind you. In shaa Allah... I love you Sayang!

Oklah malas taip lagi nanti nanges. Bye!

sekeping gambar memori yang paling berharga dalam dunia :)

Friday, December 19, 2014

Kepada Kak Erma...

Hari tu, terdetik nak explore something new dalam Instagram. I tak pernah follow IG Erma Fatima sebelum ni. Kalau I explore apa-apa, perkara pertama yang I akan nampak ialah gambar baby atau budak-budak. Terpanggil sungguh jari I nak tengok gambar seribu makna, seorang wanita sedang mendukung seorang anak kecil. It was Erma Fatima's. Baca saja caption kepada gambar tersebut, meleleh air mata seorang wanita lemah yang penuh dengan penantian ini... Allah!

Dia menyatakan bahawa malangnya seorang wanita yang tak dapat memberikan zuriat kepada suaminya, Kak, sedihnya saya dengan caption akak tu. Tak tau macam mana nak gambarkan kesedihan sangat-sangat tu bila ditambah lagi dengan semua komen-komen motivasi yang diberikan oleh semua peminat.

Bukan la tujuan I menulis dekat sini nak memberi nasihat mahupun nak memuja mahupun nak menidakkan segala butir ayat pada caption beliau, tapi, I nak berkongsi kesedihan yang dialaminya. Ye, memang sedih, pedih dan sayu dengan apa yang dilaluinya. Dan dia sangat kuat daripada I sebenarnya. Baru lah I tau yang ada orang lagi sedih dan sakit daripada I. Ya, I pun belum ada zuriat dari benih sendiri. I ada sebab dan alasan tersendiri. Bukan itu yang diminta, cuma pasrah dan redha dengan ketentuan dan rezeki dari Allah.

Memang sedih sangat bila diri sendiri tak dapat memberikan zuriat kepada pasangan. Lagi sedih bila pasangan tu dah berkahwin lain dan dikurniakan zuriat. I faham.. Sesungguhnya, I faham... Tahniah kepada pasangan Z & D yang sedang menunggu kelahiran cahayamata pertama, atau mungkin sudah lahir di dunia, I sendiri tak pasti status mereka samada telah menyandang gelaran ibu dan ayah atau belum. Cuma mendapat perkhabaran gembira ini dari salah seorang ahli keluarga mereka. Alhamdulillah. Tak pernah I nak doakan keburukan atau apa juga yang tidak baik untuk keluarga itu. Yang pasti, mereka sudah bahagia bersama. Ya, Z ialah bekas suami I yang telah berkahwin lain dengan gadis pilihannya. Tak perlu sebarang pertanyaan, tak perlu sebarang pertikaian. I menghormati suami I sendiri dan seluruh keluarga mertua I sekarang...

Kak Erma, kita carilah bahagia kita sendiri. Kita tak mampu dari segi itu, kita mampu dari segi lain. Kalau bercerita ke seluruh pelusuk dunia, kalau dikhabarkan kepada serata alam semesta, SATU saja yang akan menjadikan ia seperti yang kita mahu. SATU saja yang berkuasa ke atas kalimah 'KUN FA YA KUN' dan pastinya bukan manusia, bukan juga apa-apa yang dapat dilihat dengan mata zahir, cuma Allah yang Maha Berkuasa untuk memberi rasa puas itu. 

Kak Erma, hidup kita yang kekal akan tiba nanti. Hidup kita yang abadi akan menyeru kita tak lama lagi. Kak, kita hidup diatas kemampuan kita sahaja. Walaupun tak semua faham kemampuan kita, tapi kita sendiri faham diri kita. Kak, tak perlu harap pada orang lain untuk segala rasa itu. Sakit kita, senyum kita, sedekah kita, amalan kita semua milik Allah. Orang sealiran kita, tak pernah malang, malah, disanjung tinggi, kerana kekebalan kita, menghadapi mereka yang cabul mulutnya. Orang seperti kita, kuatnya hati mereka menyimpan perasaan seribu makna di kala manusia lain memperlekehkan dan mengejek. Orang sehebat kita, kuat berusaha kalau nak dibandingkan dengan orang yang senang dapatnya, sedang tersenyum bangga. 

I masih mendoakan diri sendiri, mendoakan Kak Erma, mendoakan semua rakan-rakan seperjuangan yang sedang bertempur dengan emosi. I mendoakan kebahagiaan kita, rahmat kita dan rezeki kita. Senjatanya, doa. Bukanlah pekik lolong dan ayat berbisa. Senang... I harap sangat Kak Erma lebih tabah, lebih kuat, lebih menyengat dalam industri dan lebih kuat hati dan jiwanya. Sama seperti I, jauh lagi perjalanan I, banyak lagi cemuhan dan perlian yang bakal menanti. Sabar, sedang menyiapkan kekebalan diri agar tidak akan jatuh sampai bila-bila.

Alhamdulillah & Tahniah :)

Tuesday, December 2, 2014

Bila Tiba Hujung Tahun...

Traffic lancar sepanjang nak ke pejabat
Pejabat pun lengang sebab ramai bercuti
Jarang dapat thumbprint merah

Traffic light penuh dengan tanda arah orang kahwin
Sehari, mau 4 ke 5 kenduri kena redah
Hujung tahun... tak mampu nak diet.. Cheat je!

Musim hujan pun datang
Sana sini banjir, sana sini rumah naik air
Pasukan penyelamat semuanya bertugas

Pulau tutup, laut bergelora
Aktiviti sukan laut terberhenti sementara
Sambung lagi tahun depan

Orangnya tak ada, tapi telefon pejabat berdering-dering
Surat menderu masuk
Minta siapkan laporan itu ini

I...? Hujung tahun musim buat OT
Pegawai sana minta tinggikan KPI 
Auditor sini pula minta dibelai

Hujung tahun, rasa tak cukup
Kaki dan tangan
Rasa nak tambah lagi tangan dalam 4 pasang

Untungnya cikgu
Sekolah cuti, kerja pun cuti
Rasanya, permohonan I untuk jadi cikgu tu berjaya ke tidak?

Seronoknya budak-budak sekolah
Dapat balik kampung, jumpa sepupu, jumpa Uwan dan Atuk
Lagi syok, tidur lambat, bangun tengahari

Kalau nak cerita...
Memang panjang lagi
Tapi itulah, kisah di hujung tahun
Haihhhh, nasiblah badan
Cuti dah habis... menung tengok office kosong!

Monday, October 20, 2014

Nak Kurus : DISIPLIN Dalam Bersenam

Nak kurus tapi malas bersenam? Nak bersenam secara konsisten tapi tak ada masa? Jangan bimbang, semuanya boleh dilakukan dalam sekelip mata. Tanpa produk, tanpa keluar ribuan ringgit, tanpa perisa tambahan! Boleh, percayalah, kita semua boleh. Nak tau caranya? Sila baca entri ini selanjutnya, pasti puas. Hahahahahahaha gelak dululah!

Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan kawan-kawan sekalian, berdirinya I disini pada hari ini sambil menaip ialah ingin membentangkan satu topik yang agak berat bagi orang yang malas. Termasuklah empunya diri yang kadang-kadang tak berapa nak rajin tapi memaksa diri untuk jadi rajin. Hurmmmmm.

DISIPLIN. Penting sangat-sangat ni. Antara yang terpenting di antara yang terpenting. Lagi-lagi dalam usaha nak menurunkan berat badan. Nak kurangkan makan, dah berjaya berpuasa dan berdiet Atkins. Takde masalah untuk mengurangkan makan. Tapi nak bersenam ni, macam mana eh? Sebelum ni pernah jugak I up dekat sini berkenaan KENAPA SEGAN untuk bersenam :) Sebabkan dah tak segan untuk bersenam, hari ni jom tengok pasal DISIPLIN pulak la eh.

Bila kita dah dapat mengatasi rasa segan dan malu-malu untuk bergelek di hadapan orang, mahupun berlari ataupun mengangkat berat dengan mendaftar di gymnasium yang paling hebat di bandar kita atau bahasa omputihnya ada menyebut, 'THE HOTTEST GYM IN TOWN' dan kita pun rasa takdelah malu sangat kan. Siap dengan Personal Trainer, khelas u all! Tapi, dalam sebulan, setelah ditolak hari kena kerja lebih masa di pejabat, hadir meeting sana sini, ada kenduri sepupu belah Ayah dan birthday party anak kepada office mate, adalah dalam 3 kali je kita ke gym itu. PEMBAZIRAN namanya itu kak....!

Lain pulak ceritanya bila ke taman-taman rekreasi yang menyediakan kemudahan aerobik secara percuma atau, tersedianya alatan senaman di taman-taman atau, adanya perkhidmatan menyewa basikal di lake garden, adakah kita akan menggunakan kemudahan kesemuanya itu secara bersungguh-sungguh? Sama je, dalam sebulan, setelah ditolak hari hujan, hari kena kerja lebih masa di pejabat, hadir meeting sana sini, ada kenduri sepupu belah Ayah dan birthday party anak kepada office mate, adalah dalam 2 kali je dalam sebulan (sebab free kot) kita ke taman-taman itu. 

Dekat sinilah kita kena tengok yang DISIPLIN itu memainkan peranan penting. Kita ke gym berbayar, untuk dapat t-shirt dan beg yang cantik, bila berjalan, chewahhhh, siap bawak ke sana sini. Perginya idak! Bayar PT bukan main, nak yang level-level artis tapi nak ke gym nya liat. Bagi alasan macam-macam. Alahai, macam mana tu?

Sama jugak dengan DISIPLIN ke tenpat-tempat yang menawarkan perkhidmatan yang kita mampu pergi dan ada kalanya ia percuma. Mentang-mentang lah free, ala esok lah, ala esok lah, ala esoklahhhh. Takpe, tak pergi pun tak rugi apa-apa. Bukan kita yang membayar. Hahaha, jangan tipu! Ada kan yang peel macam ni :D

Marilah berdisiplin. Jangan cuma nak membaca dan menonton kisah kejayaan orang lain dalam menurunkan berat dan menyihatkan badan. Kita coretkan kisah kejayaan kita sendiri. Yang penting tanamkanlah sifat mulia, iaitu BERDISIPLIN. Sebagai umat Islam, kita pun perlu berdisiplin bila nak mengerjakan solat, mengerjakan ibadah puasa dan mengerjakan haji, hanya menyebut beberapa contoh. Setiap ibadah ada aturan dan masa-masa yang tertentu. Itu kan melatih kita supaya menepati masa dan tidak sambil lewa. Macam itu juga dengan bersenam.

Jadikan DISIPLIN dalam diri satu tabiat biasa. Supaya kita tak ketinggalan jauh ke belakang. Orang dah kurus, kita masih di jarum penimbang yang lama. Malah, ada pertambahan 3 ke 4 angka kilogram. Hahahaha macam I je tuh! In shaa Allah, ada keyakinan diri, ada matlamat, ada doa dan tawakal, kita boleh jadi DISIPLIN juga :)

Sumber gambar : Google

Friday, October 10, 2014

Tiga Puluh Dua

"Di Hospital Kuala Lumpur, tepat pada tarikh dan waktu pada entri ini, seorang insan telah dilahirkan atas nama cinta dan kasih sayang. Selama 38 minggu dikandung oleh seorang wanita yang paling tabah dalam dunia yang dibantu oleh seorang lelaki yang paling hebat. Alhamdulillah, tiada sebarang komplikasi kepada si ibu, walaupun dengan bayi seberat 4kg, beliau telah melahirkan secara normal. Inilah bayi sulung kepada dua insan hebat yang diberi gelaran Ayah dan Mama.

Betapa hebatnya kasih sayang Ayah dan Mama ini kepada bayi mereka. Diabadikan beratus gambar bayi mereka sejak dilahirkan, bila berusia sebulan, dua bulan, dan seterusnya. Iya, waktu dahulu tiada digital camera mahupun smartphone, gambar diambil menggunakan kamera filem dan dihantar kedai untuk dicuci. Siap dicuci, disusun elok pula dalam satu album koleksi yang memuatkan aturan gambar mengikut usia bayi mereka. Elok gambarnya, siap dilabel dan tersimpan rapi agar tidak dimakan hari.

Walaupun dibesarkan di rumah sewa yang kecil di Kampung Baru, Kuala Lumpur, itu bukanlah masalah bagi mereka. Walaupun hanya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama untuk menghantar anak mereka yang masih kecil ke Subang Jaya untuk dijaga sementara mereka ke pejabat, meredah hujan dan panas, memang aturan Allah sangat bagus, semuanya selamat...

Di rumah, dibacakan buku cerita sebelum anak kecil mereka itu hanyut dibuai mimpi. Dibelikan mainan yang bagus-bagus untuk merangsang minda anak tersebut. Diberikan susu yang baik sebagai sumber pemakanan untuk tumbesaran anak itu. Dicurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak mereka dengan penuh memori di dalam album yang menunjukkan sambutan ulang tahun kelahiran dengan kek dan hadiahnya..."

Allah, besar sangat pengorbanan Ayah dan Mama sejak I dilahirkan. Sudah 32 tahun, masih I ingat setiap cerita yang Ayah dan Mama pernah beritahu. Ayah, Mama bukanlah kaya raya, pendapatan yang sederhana namun dimudahkan oleh Allah. Kami duduk di rumah kampung dan sejak kecil I dijaga oleh pengasuh setiap kali Ayah dan Mama keluar mencari rezeki seawal pagi.

Hari ini, I nak mengucapkan terima kasih pada Allah kerana dikurniakan kedua ibubapa yang hebat belaka ini. Terima kasih kepada Mama kerana mengandungkan, membesarkan dan menjaga I dari hari pertama dia tau adanya I dalam rahimnya dan sampai ke hari ini, saat ini. Terima kasih Ayah dengan semua kasih sayang, perlindungan dan kudrat yang dicurahkan sejak dari Mama mengandungkan I sehingga ke hari ini, I masih di bawah ketiak Ayah.

Ye, hari ini dengan genap usia 32 tahun, semua cabaran dan kemanisan dalam kehidupan I dah lalui. Tak ada sambutan mahupun hadiah hebat yang dapat menandingi doa dari insan-insan tersayang. Cumalah secebis ingatan dan ucapan kepada insan-insan yang terpenting dalam hidup I...

...Ayah, Wanie masih lagi anak manja Ayah. Wanie akan jaga Ayah sampai bila-bila dan dalam apa jua keadaan. Susah senang Ayah, sakit pening Ayah, Wanie selalu ada untuk Ayah. Jangan toleh kebelakang melihat kesengsaraan kita satu ketika dulu, Ayah berjalanlah kehadapan terus dan doa Wanie setiap masa mengiringi Ayah. Wanie jugak berniat nak jaga Ayah macam mana Ayah jaga Wanie. Wanie nak lindung Ayah dari semua kesusahan dan kesulitan. Hanya Allah yang mampu membalas semua jasa dan kebaikan Ayah pada kita sekeluarga..

Mama, Wanie masih lagi nak duduk bawah ketiak Mama. Wanie belum puas nak jaga Mama juga. In shaa Allah, doakan Wanie dapat jadi ibu terbaik dan hebat sama macam Mama. Dari Wanie kecil, Mama selalu membahagiakan Wanie dan sekarang giliran Wanie pulak nak bahagiakan Mama. Walaupun Wanie tak mampu buat macam orang lain, tapi Wanie harap Mama terima secebis usaha Wanie untuk buat semua benda untuk menggembirakan Mama. Allah nampak dan tahu semua pengorbanan Mama, janji Allah itu pasti untuk membalasnya kemudian hari..

Adik, Kakak sayang Adik sampai syurga. Hanya Adiklah darah daging Kakak, teman gurau senda dan teman bergaduh Kakak. Adik dah besar sekarang, jangan lupakan Kakak ye Dik.. Adik dah nak kahwin dan nak ada kehidupan sendiri, Kakak doakan adik berjaya dunia akhirat. Tak ada kesenangan dan kemewahan untuk Kakak bagi pada Adik selain dari doa dari sudut hati Kakak yang paling dalam untuk tengok Adik dipermudahkan semua urusan. Adik masih lagi adik yang kalau boleh Kakak nak dukung, peluk, cium sampai bila-bila....

Sayangku, terima kasih sebab terima semua kekurangan diri I, terima semua kelemahan diri I dan paling kuat membantu I untuk perbaiki hidup I. Sayang, I akan lemah kalau tak ada u dekat sisi I pada hari ni. Pedulikan semua penghinaan orang pada kita, abaikan semua kutukan dan kritikan sebab kita tau siapa kita dan dimana kemampuan kita. Kita jaga keluarga dan rumah kita sama-sama ye Sayang. Jangan pernah rasa nak terjatuh sebab kita akan saling berpeluk dan berpegang sekuat mungkin antara satu sama lain..

Shipitam, kucing terbaik Samani. Tenanglah kau disana disisi Allah. Cukuplah semua penderitaan kita bersama dulu, Allah dah gantikan kebahagiaan untuk Shipitam kesayangan Samani. Sedaya upaya dah Samani cuba nak bantu Shipitam, sampai Samani sedar yang Allah lagi sayangkan Shipitam. Doa Samani agar satu hari nanti kita akan berjumpa di syurga dan Shipitam akan jadi peneman Samani jugak. Samani rindu Shipitam sayang...

Friday, September 12, 2014

Matinya Sebuah Hati

SAKIT

Diri sendirilah menjadi doktornya
Hati sendirilah yang memujuknya
IMAN sendirilah jua yang menjadi ubatnya
Agar tidak tersasar dari landasan duka

Aku cuba,
Menjadi yang terbaik, terbilang, terhebat
Masih lemah dan masih kurang 
Masih rendah dan masih jauh
Perlu, terbang lagi tinggi agar tidak ketinggalan
Perlu, terbang lebih laju agar dapat mengejar yang dihadapan

Bila sakit,
Terhenti semua ion-ion di pembuluh darah
Menyesakkan, tersumbat
Getaran kebahagiaan juga kalah
Menanglah getaran kedukaan

Sungguh, aku masih mencuba
Jangan menghukum aku sebegitu
Jangan meletakkan aku terpaling bawah
Janganlah jua ditolak sana sini hati yang lemah ini
Lagi kucar kacir
Atas semua tindakanmu
Yang mencari kesempurnaan

Buanglah aku
Tanamlah aku
Agar tak terasa lagi
Sakit begini
Yang berulang kali....
Sampai aku,

MATI

Friday, August 15, 2014

Bestnya Blook!

Refer dari blog Bouncing and Cherubic yang menceritakan serba sedikit pasal blook ni dan apa yang dimaksudkan dengan blook. Sila baca ENTRI beliau! Rasa mencengkam jiwa, keterujaan tu dah menghantui diri pulak. Untuk warga TTC, ini ialah satu compliment dimana kita share pengalaman kita dengan menceritakan kebenaran yang ditempuhi dan diharap dapat motivate rakan-rakan lain di luar sana, in a book. Sebabnya, tak semua rajin scroll blog sana sini.

Of course, bloggers dekat Malaysia ni semuanya hebat belaka dan I akui itu sangat-sangat. Kalau I takde apa-apa benda yang dibuat selain dari membaca buku memang I suka sangat explore blog orang. Syok baca kisah hidup orang, kata-kata puitis dan sambil tu boleh tengok cara orang decor blog. Sumber inspirasi. Diorang semua hardcore ok, seram I tengok penulisan yang gempak-gempak. Maklumlah I cuma insan biasa dan seekor semut halus yang merayap diatas jalan raya tar tetapi suka menulis dan menggambarkan imaginasi sendiri. Macam takde kena mengena pulak semut dan imaginasi...

In shaa Allah, I masih mencuba menarikan jari-jari ke keyboard. Untuk menggabungkan semua keindahan dalam menulis pengalaman dan mencoret kemanisan hidup. Walaupun tak sehebat mana, untuk tatapan sendiri dan suami saja. Ye, memang I have another blogger account for me but, still, it is strictly for author only. Berkobar-kobar nak siapkan blog yang ini. Ye, untuk TTC dan untuk personal interest I sendiri juga. Kiranya, ala-ala, SURPRISE! 

Nak tau macam mana rupa bentuk dan konsep blook, silalah ke puisitepijalan.blogspot.com :) Yang ini memang femes dari Fynn Jamal. Maka, tak payahlah nak terang panjang-panjang, gitu lah dianya.

p.s. walau apa pun, 'we are more than our uterus' tetap WIN! Hahahahaha best la! Nak tau apa dia kena baca dekat situ sampai habis hihi.


Wednesday, August 13, 2014

Istighfar

Berlaku pada diri I sendiri... Keistimewaan Istighfar ni tak dapat digambarkan dengan perkataan. Hanya yang menghayatinya sepenuh hati akan tau betapa mendalamnya rasa bila lidah dibasahkan dengan Istighfar. 

One word, INDAH. 

Gambar ihsan Google
Di atas jalanraya, nak marah pemandu lain, tak sampai hati. Dekat rumah, rasa pening tengok anak-anak kucing berlari sana sini, terus senyum, tengok kain belum berlipat, alaaa sikit je, boleh habis tak sampai setengah jam :) Memang positif sangat-sangat. Sebenarnya, I rindu sangat dekat Sayang. Tak dinafikan kesan mendalam jugak lah seminggu dia tak ada depan mata, kalau diikutkan mau bengkak mata hari-hari. Biasalah, kita dah biasa setiap hari dengan dia, makan, minum, pakai baju, tidur, mandi, masak semuanya dengan dia... Tiba-tiba dunia senyap sunyi.. Sedih. Apa yang I buat ialah diri sendiri mengubati rasa rindu itu.

Baru berpisah seminggu di dunia, kalau berpisah mati T___T sobs...sobs... yang ni I tak mampu bayangkan. Kepada kawan-kawan yang kesepian, yang kesedihan, yang ditimpa musibah, yang dalam keraguan, yang dalam kesusahan, tak kurang juga yang disakiti, ISTIGHFAR adalah ubat terbaik...

Harus diingat juga, bila dah senang jangan lupa untuk ucapkan kesyukuran, ALHAMDULILLAH. In shaa Allah, kita akan selalu disayangai Allah..

p.s. Saya budak baru belajar... Semoga selalu dibawah lindunganNya. Amin.

Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

dan Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada 

yang paling utama, suami tercinta, Sayangku, 

yang utama juga kepada Ayah dan Mama, Baba dan Mama, Tok Chah,

yang dikasihi, Adik, 
Ayong sekeluarga, 
Anyah sekeluarga,
Abang sekeluarga,
dan seluruh ahli keluarga dan keluarga mertua

yang dirindui, rakan-rakan rapat, 
KAMI, 
Wondergerldix, 
Gojez Gegerl and BoiBoi, 
budak-budak Bunga Raya Heights dengan rumah 4 tingkat, 
budak-budak Segamat Indah, 

yang diingati, guru-guru dan kawan-kawan 
SKKG, 
SMKWM S2, 
KYPM Bangi, 
UiTM Segamat 

yang tak pernah hilang dari ingatan,
rakan-rakan UKU, Pos Malaysia,
bekas rakan sekerja Southern Bank Berhad,
semua yang pernah bekerja dan masih di JKR N.Sembilan

dan semua yang mengenali I tak kira di
Taman Melati, KL 
atau di Seremban...

Maafkan segala kekhilafan lalu, halalkan semua yang dah termakan, terminum, terpakai.

Jemputlah datang ke rumah ye, tapi, call dulu :)



Tuesday, July 8, 2014

Zaman Anak-Anakku

Tidak selamat langsung. Ramai penculik, pendera, pembunuh, perogol, malah, peliwat. Risau tak? Anak-anak kita bakal membesar dalam dunia yang penuh dengan.... Tak tergamak nak digelarkan binatang kerana, sekarang, binatang lagi kasihkan anaknya, lebih melindungi puaknya dan pentingkan keselamatan jenisnya dari haiwan pemangsa lain. Malu sungguh dengan binatang...

Ingat tak dulu, kalau ibu-ibu nak memasak, ditulis satu kertas kecil, diselitkan wang yang cukup-cukup dengan perkara yang hendak dibeli. Lebih, buat upah. Seiringan ke kedai, kadang tu bawa adik, kadang tu laungkan kawan dan minta diteman. Barang sudah dibeli, tapi masih ralit bermain dengan kawan-kawan. Letak sekejap santan, gula, bawang dan cili di tepi longkang. Nampak dek ibu, dijerit sampai tersentak. Terus berlari pulang.... Itu DULU, selamat... Kedai Pakcik Musa takde, patah ke kedai Aci, masih takde, jom pergi Klang Gate! Tiada rasa gentar, ibu dan ayah dengan yakinnya melepaskan anak-anak berjalan sendirian. Pergi kedai je pun... Cuba diulang sekarang, perbuatan membiarkan anak ke kedai sendirian. Cuma satu pesanku, JANGAN MENYESAL...

Ingat tak dulu, beramai-ramai berjalan kaki ke sekolah. Main panas, main hujan, main banjir. Tak peduli disebat ibu, tak heran dirotan ayah, asalkan hati puas bermandikan hujan. Keluar seawal pagi, dengan kawan-kawan. Balik tengahari, dikejar anjing, masih gagah berlari sambil ketawa. "...tab bat ya daaaaaa..." Siapa pernah? Kerna dulu, sekolah dekat dengan rumah, tidak kisah mutu guru, guru tetap guru, kami masih berjaya, tidak kisah prestasi sekolah, kami berjaya juga menjadi yang profesional, malah atlit, dan tidak kisah peratusan kecemerlangan, kami bangga, walaupun 3A 1B dalam UPSR dah dikira hebat. Kalau jauh pun sekolah dihantar, akan disumbat dalam asrama. Sekarang, hendak dibagi anak berdikari, jangan silap langkah. Banyak mata-mata yang memerhatikan. Dari atas ke bawah, mungkin membayangkan luar dan dalam anak kita, baik lelaki, baik perempuan. Sekarang, "Oh emaknya, rasanya sekolah di kampung ni tak bermutu, moh hantar ke bandar lah, Ayah sanggup jemput pergi dan balik..." Untunglah anak-anak... ITULAH SEKARANG....

Ingat tak dulu, mana reti selfie, upload dan like. Petang, sarung roller-blade dan kayuh, kayuh, kayuh sampai letih. Pulang untuk mandi, bersiap pulak ke kelas mengaji. Di bulan Ramadhan, "haaa budak-budak ni dari bising meh tolong Acik siapkan moreh ni..." Solatnya 8 rakaatnya, kegembiraannya sampai ke solat Subuh rasanya. Anak-anakku kelak, seharian dan semalaman di depan gajet, lupa untuk bersosial. Jangan LUPA UNTUK BERSOLAT...

Ingat tak dulu, budak-budak Melati lawan meriam buluh dengan budak Klang Gate. Yang lelaki bersemangat membakar meriam, yang perempuan bertepuk riang. Tepat jam 10, sesudah moreh, terus ayah panggil pulang. Dengar dari rumah, bibir berketap, hati meronta nak bersorak! Perempuan, duduk rumah... Anak-anak millenium, baru main mercun bola dah putus semua jarinya. Sayang, jangan di'adjust' semuanya. Cukuplah kalau begitu, itulah ia. Tak perlu tunjuk hebat, kerna kami dulu lebih hebat. Puncanya mercun merbahaya? Dari mana datangnya agenda penyeludup ini untuk merosakkan anak-anak kita? 

Takut kan... Nak besarkan anak, modalnya tinggi sekarang. Dari botol susunya hinggalah ke stokinnya. Kerana duit, sanggup manusia berbunuhan. Takut kan... ibu dan ayah ke pejabat, anak 'buat kerja' di rumah. Paling hebatnya dosa, dibuangnya hasil 'kerja' yang sempurna sifatnya itu. Dan dosa-dosa ditanggung oleh...? 

Allah, bantulah kami....

Sesungguhnya kami takut, takut pada kemurkaan Allah. 

Berdoalah, Allah sayang orang yang sentiasa mengingatiNya. 

-waniesamani-

Friday, June 20, 2014

Takpe, Kita Hanya Orang Bawahan


Kepada rakan-rakan seperjuanganku,
Sesungguhnya kitalah yang dibawah
Sesungguhnya kitalah yang ditindas
Sesungguhnya kitalah yang nenurut perintah.

Tenang, selalunya akan menang
Biarkan jiwa-jiwa yang tamak lagi haloba itu
Dengan permainan duniawi mereka
Kita pergi di tempat yang kita mampu
Kita duduk di kerusi yang sesuai dengan kita
Jangan menagih, sesuatu yang bukan hak kita.

Ikutkan hati, nak dimaki
Tapi apa dapat???
Darah tinggi? Stroke? Sakit jantung? 
Rentikanlah... Dapat sakit, suka?

Kami, pelakon yang tiada suara
Dan kamilah tiang seri kepada jabatan
Kami, antara aset yang bagaikan tiada harga langsung
Dan kami jualah medium yang menggerakkan gaji mereka
Kami, paling bawah di carta organisasi
Dan kami tahu yang diatas kamilah berkuasa.

Kami di sini bagaikan sekeping gambar di alam bingkainya
Dicabut dari dinding sini 
Dan bergerak ke dinding sana
Mampu memerhati tapi tak mampu bersuara.

Bila mahu dilihat, dipamerkan
Bila mahu dihilangkan, maka disorokkan
Sikit pun tidak mencabul rasa
Dan tanggungjawab terhadap jabatan.

Kerana kami Kerani yang kuat
Kerana kami Kerani yang patuh
Kerana kami Kerani yang redha...
Kami tak pasrah
Kami hormat...

In shaa Allah, 
Satu hari nanti kita akan menang
Berkat kesabaran kita.

In shaa Allah, 
Kemana pun kami dicampak 
Disitulah kami menjalankan
Tanggungjawab kepada jabatan, negeri dan negara.

Selamat tinggal tempat lamaku :)

Friday, April 25, 2014

Tak Mau Sayang Yang Lain

Rindu... Suami kerja pulak hari Sabtu. Takpe kan Sayang, nak cari rezeki. While I'm staying at home and do some chores, thinking of what will happen to our life in the next 2 years. I suke la tau nak fikir benda jangka panjang pendek macam tu. Pelik gila kan. Does it make sense??

I see us in 2 years time holding our children of our own and walk away for a better life than now. I didn't regret for what I have now but I always proud for being Sayang's wife and him sending me to heaven with this beautiful relationship of ours. Banyak gile motivasi dari idola I. Tak sangka, she came up with her stories while we're having something that can't be solve now. Its not only us, Sayang. There are strangers out there that felt the same way we do, NOW.

When I was sick, my husband took a very good care of me. Takkan dengan senang-senang I nak lupakan Sayang. Takkan senang-senang I nak abaikan Sayang. Takkan senang-senang I nak kecikkan hati Sayang. Tak kisah pun orang nak pandang life kitorang macam mana sebab satu je I pegang,

Tanpamu, hilanglah manjaku.

I tak mau Sayang yang lain, sebab I selesa dah tidur bawah ketiak Sayang, peluk perut Sayang dan lentok dekat dada Sayang. I tak mau, tak mau, tak mau Sayang lain, sebab I suka makanan yang Sayang masakkan. I seronok hidup macam ni dengan Sayang. Tak senang macam orang lain, mewah sana sini. Makan cukup-cukup je, masih dapat jamu tetamu, kiranya Alhamdulillah.

Terasa nak berbicara, sebab hati terasa. Dengan macam-macam. Kiri kanan depan belakang, kerusi meja dinding pintu, atas bawah siling lantai semuanya bercakap. Bercakap merungut-rungut tak tentu butirnya. Tak salah kalau nak bercakap, hak masing-masing berdasarkan kewarasan fikiran, tapi mulut tu Allah yang pinjamkan.

I tak heran orang nak kata, "gediklah kau Wanie, poyo lah kau Wanie, loser lah kau Wanie," u all lagi loser sebab tak berpijak atas kaki I kot :) Its ok, people can talk much about us but only Allah knows what is the best for us. 

Manja. Tembam. Comel. Geram. Semualah!



p.s. ini ialah draft yang dah sekian lama KIV. Abaikan kata-kata di perenggan pertama. 


Monday, February 10, 2014

Sabar Itu Indah

Alhamdulillah. Terasa diri masih di bawah lindungan Allah dengan ujian berat yang diterima. Masih, mengharungi ujian yang sama. Allah berikan kerana Allah sayang. Allah berikan kerana ingin kita lebih berusaha. Allah berikan kerana masih nipis doa-doa kepadaNya.

Kepada semua kaum keluarga, sahabat dan insan-insan.senasib janganlah bersedih dengan ujian Allah yang satu ini. Kita yang masih berusaha mendapatkan zuriat haruslah percaya pada takdir Allah. Jangan marah dengan pertanyaan dari orang-orang yang tak merasa. Kerana pertanyaan itu juga digerakkan oleh Allah dalam naluri mereka untuk bertanya keadaan kita.

Selagi ada kudrat, selagi itulah kita kena berusaha. Walaupun baru sebulan pernikahan kami, tetap ada perasaan sebegini wujud. In shaa Allah, tak selamanya kita bersedih. Tetap ada sesuatu yang Allah akan tambah dari kekurangan kita ini.

Terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang I dapat dari Facebook seorang rakan sekelas UiTM. Tersentak dan terus tersedar. Ohh, betapa kerdilnya tahap keimanan diri. Jom sama-sama kita tingkatkan :)

Saturday, February 8, 2014

Hati Menangis Gembira

Cukup dengan apa yang ada

Atas semua kasih sayang
Atas semua senda gurau
Atas semua rajuk manja

Aku bukan dari keluarga mewah
Aku bukan model pentas peragaan
Aku bukan penyair hebat
Aku cuma ada kau

Kau pencinta terhebat
Kau chef yang terulung
Kau penjagaku yang setia
Kau tempatku bergantung

Kita yang melengkapkan kita
Siang dan malam
Jaga dan tidur

Berbaiklah kita
Jangan ada jurang
Biar ada rindu melekat selalu

Walau kita tak hebat
Walau kita tak sempurna

CUKUP DENGAN APA YANG ADA :)

♥♥♥

Thursday, February 6, 2014

Manja!


Dulu,
Ayah hantar pergi sekolah
Sekarang, 
B hantar pergi kerja

Dulu,
Mama masakkan ayam goreng! Nyums!
Sekarang,
Hari-hari B masakkan nasi goreng sedap gile!

Dulu, 
Tidur berbantalkan lengan Ayah Mama
Sekarang,
Tidur dalam pelukan B

Dulu,
Pergi sekolah salam cium tangan Ayah Mama
Sekarang,
Salam peluk cium B setiap hari

Dulu,
Puas Ayah Mama suapkan ubat kalau sakit
Sekarang,
B suap ubat, sapukan minyak, tuamkan ais

Dulu,
Hidup bawah ketiak Ayah Mama
Sekarang,
Asyik bau ketiak B pagi petang siang malam

Ayah... Mama...
Penjaga terbaik, pemanja terhebat
Tiada galang gantinya
Kasih sayang tiada kurang
Sampai ke Syurga ingin ku peluk mereka

B...
Kau ambik diriku dari Ayah dan Mama
Sama rasanya tempat bermanja
Cuma, lain sungguh caranya
Tiada galang ganti juga
Moga kasih sayang kita ke Syurga

Sumpah,
Rindu sangat dekat Mama dan Ayah
Rindu sangat nak bermanja
Rindu sangat nak menggedik

Sumpah,
Sayang sangat dekat B
Sayang sangat masa yang kita berjauhan
Sayang sangat dengan waktu indah kita

Sumpah,
Aku anak manja Ayah
Aku anak manja Mama
Aku budak manja B

SELALU... SAMPAI BILA-BILA...