Nuffnang Ads

Showing posts with label bengkel. Show all posts
Showing posts with label bengkel. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

Kursus Di AKEPT

Untuk yang tak pernah dengar nama AKEPT merupakan singkatan kepada Akademi Kepimpinan Pengajian Tingggi. Pertama kali I kesini, bestnya, tempat baru kan. Semuanya elok dan canggih. Cat dinding pun kita puji cantik hehehehe. Punyalah best, dengan cuaca suam-suam kuku, orang pun tak berapa ramai yang berkursus dengan kami pada hari ni, nampak tenang sangat suasana. I betul-betul nak review AKEPT ni dekat dalam blog sebab, kami, boleh berkursus dalam Negeri Sembilan je, manalah tau AKEPT boleh dijadikan salah satu lokasi berkursus untuk penjawat awam di Negeri Sembilan. Hihihi.

PERSEKITARAN

Senyap, sunyi, dikelilingi rumah Kampung LBJ dan tak berapa besar. Maksud I tak berapa besar tu, dari hostel ke Surau, Dewan Makan dan Bilik Kuliah taklah jauh sampai melecet kaki nak berjalan. Yang best, redup sebab tempat pejalan kaki tu berbumbung dan akses ke semua tempat-tempat penting ini.
Suasana hijau, baik untuk pembelajaran.. cewah!
BILIK KULIAH

Ada 2 skrin besar dan 1 whiteboard. Ini untuk Bilik Sindiket 1, tempat kami berkursus. Air-cond pun tak berapa sejuk macam nak beku. So, tak perlu berat-berat beg bawak jaket atau Pashmina atau sweater. Dan, ada lif tau. Walaupun naik ke tingkat 3 saja. Senang sikit kan tak lenguh kaki nak berjalan naik tangga hehehehe.

RUANG MAKAN DAN MAKANAN

Biasa-biasa je, tapi oklah jugak. Sedap. Cencaluk, fuhhhhh! Untuk makan pagi, tengahari dan malam, disediakan di Dewan Makan. Untuk minum pagi dan petang disediakan bersebelahan bilik kuliah. Bukan biasa-biasa, croissant la, air kotak Milo dan Susu Cokelat lah, Chipsmore lah. Tu semualah kan, musnah diet I! Grrrrrrrr...

BILIK HOSTEL

Cantik! Memuaskan! Selesa! Macam bilik hotel dah... Setiap bilik ada seterika, kettle, hair dryer dan telefon. Serius.. macam bilik hotel la orang cakap. Biar gambar je berbicara....
Nampak tu Ija kemain suka hehehehe
Feeling hotel sangat ni
Siap ada fridge camtu
KESELURUHAN

Bilik air ok dan selesa. Kawasan parking yang luas, boleh memuatkan banyak kereta. WiFi percuma disediakan untuk peserta kursus dan meluas dari hostel sampai bilik kuliah (ini yang paling best kan!) dan setiap sudut ada penapis air, mudah nak ambil air panas ke air sejuk ke. Coway ok. Best kan kan kan kan?
Dekat sini la main entrance dia
Semuanya selesa, rasanya kalau jauh ni mau I tidur sini. Disebabkan rumah dekat, I tak bermalam pun. Pagi datang, malam balik. Lagipun Sayang bercuti, tak sampai hati nak tinggalkan. Eh, lupa nak review pasal perjalanan kursus. I menghadiri Kursus Persaraan dan HRMIS. Topik memang menarik dan ramai nak join kursus ni sebab penting sangat Penamatan Perkhidmatan ni..
Hostel!
That's all, sekarang nak mandi dan siap-siap makan malam. Diet tetap diet sebab tu nak kena pergi makan sekarang. I mencadangkan AKEPT untuk tempat berkursus. Harapnya bos dapat pertimbangkanlah.

Jumpa lagi!

Tuesday, November 18, 2014

Kenangan Paling Diingati

Seperti yang telah di'RSVP' kan minggu lepas I berkursus dengan rakan-rakan satu department di pejabat ni. Ke Pulau Langkawi wey! Best gila lah. Kursus best, lawatan pun best. Poket je tak best sebab koyak. Pffttt! Ok it doesn't matter la poket ke seluar ke beg ke koyak, yang penting happy. Sebabnya, kursus kali ni ada meninggalkan satu kenangan yang takkan pernah luput dan hilang dari ingatan untuk kami BERTUJUH.
Semua ni terjebak kecuali Kak Midah, room mate I yang paling hujung tu :)
Jangan ingat Pulau Langkawi ada Telaga Tujuh, kami pun ada bertujuh yang agak keras kepala jugak. Hahahaha. Tak berapa tujuh sangat kot sebab dewasa memang tujuh tapi ada satu bayi :D memang kelakar dan tak sangkalah benda ni happened. Tak tercapai dek akal kalau mak-mak orang, bapak orang, anak dara orang dan bini orang buat hal macam ni.

Kami yang bertujuh itu ialah I, Dell, Zana, Tulip, Helmi, Linda anak beranak, Fairuz dan Aqil telah melalui satu pengalaman yang sangat menghiburkan dan kelakor. Sampai ke office, gelak tak habis. Dan baru berani nak cerita dekat kawan-kawan lain!

Masa malam kedua, pada 15/11/14 tu kami dah planning best sangat nak ke pasar malam berhampiran Bazaar Pandak Mayah di Pekan Kuah. Ok, jalan kaki pun boleh sampai. Tetiba muncul si Helmi, datang ke pasar malam berkereta dengan Linda anak beranak. Bincang punya bincang, nekad nak ke Pantai Cenang. Kereta tak muat... macam mana?

Kalau dah nekad tu ada-ada je caranya.. Lepas dah cuba pelbagai posisi hahahahaha I dan Dell memutuskan untuk balik ke hotel dan biarkan diorang pergi berlima. Namun, bak kata Fairuz, "...kalau kita cuba jugak ni boleh jadi kenangan terindah..." hahahahaha lagi sekali! Gila la diorang ni!

Pantai Cenang berjaya kami takluki dengan menaiki kenderaan seramai 7 orang menaiki Nissan Sentra, bukan naik Alphard mahupun Ezora mahupun apa-apa kenderaan MPV. Sempoi kan... Tergelak-tegelak lagi kitorang dalam kereta dengan keadaan : I memandu kereta (legaaaa!), Fairuz memangku Linda dan Akil di sebelah pemandu (anak beranak hahaha), Dell dan Zana memangku Tulip yang duduk tinggi bukan main dan Helmi paling seleso sambil layan Waze. 

Punyalah takut kalau ada apa-apa hazard reported ahead, bak kata Waze. Bukan apa, ada road block memang masaklah we ols. Itupun ada 2 buat motosikal polis trafik lalu tepi kereta nasib baik gelap dia tak nampak kot.

I - Dell - Tulip - Zana - Helmi - Fairuz - Linda - Aqil
Apa pun, itulah kenangan paling gila sekali pada kursus kali ni. Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga kejadian macam ni takkan berulang lagi. Untuk yang lain-lain, jangan contohi kami yang terdesak ni ok!

** gambar lain akan menyusul... banyak sangat nak kena edit nye pun! **

Jumpa lagi lain kali!

Wednesday, November 12, 2014

RSVP : Kursus P&K 2014

ATTENDING! Sebab ni ialah department I, so, penyertaan diwajibkan. Paling best nak join sebab I pun terlibat jadi urusetia dan jadi tukang tangkap gambor. Amboi, ada skill lagi ke nak menembak ni? Macam dah kureng je. Harapnya dipermudahkan.

Kursus ni merangkap semua kakitangan Bahagian P&K. Semuanya adalah dalam 40 orang termasuk Pengarah. Tahun lepas diadakan di Pulau Pinang. Tahun ni pulau jugak, Pulau Langkawi. Alhamdulillah, rezeki lagi nak ke Pulau Langkawi. Tapi kali ni berkursus. Walaupun tahun depan bulan Januari I akan ke sana jugak dengan Mama, Acu dan Sonny. Yang berbezanya cuma kalau dengan pejabat, dari Seremban naik bas le.

Kami akan bertolak esok malam dalam jam 10.00 pm menaiki 2 buah bas untuk keselesaan. Macam biasa, mesti akan sampai awal pagi di jeti. I pun dah ambik banyak order ni dari kawan-kawan. Tak sabar gila nak berjalan sambil membeli belah orang punya barang. Sendiri? mungkin tidak.. Peruntukan ciput. Kena simpan lebih untuk next year. 

Sayang akan tinggal berdua dengan Mumu. Semoga Allah lindungi mereka dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan Sayang dan Mumu. Semoga perjalanan I selamat jugak pergi dan balik. Nervous sangat sebab tak tau dapat bilik dengan siapa. Surprise katanya... Harapnya De Baron Resort ni akan meninggalkan kenangan manis-manis belaka untuk kami. 

Kamera pun dah diambil dari Bahagian Arkitek. Dan rasanya, SJ4000 pun akan dibawa jugak. Malam ni dah kena mula packing. Sebab esok sempat ke??? Mesti mengelabah... 

P.S. Makan malam hari Jumaat tu ada karaoke. Sempat ke tukang tangkap gambor nak genggam microphone? Haha

Wednesday, October 29, 2014

Cabaran Berkursus Siang Malam

Gempak sangat rasanya berkursus dari pagi sampai malam. Rasa macam 3 hari 2 malam tu sekejap aje. Tiba-tiba dah habis kursus dan dah nak bergerak balik. Tak sempat langsung nak berjalan merata-rata sekitar Penang. Walaupun perancangan pada mulanya banyak jugak nak dilakukan di Pulau Mutiara tu. Kekangan masa dan transportation menjadi penghalang kepada I dan Dell.
*nanges kejap wuwuwuwuwuwuwu*

HARI 1 - 08.10.2014

10.00 am - Bertolak dari Seremban
12.30 pm - Berhenti berehat dan Solat Zuhur di R&R Tapah
4.00 pm - Tiba di Copthorne Orchid Hotel, Tanjung Bungah, siap-siap check in ke bilik dan terus kami minta Pakcik Rahim hantarkan kami ke Tesco berhampiran. Tapi balik hotel naik teksi, RM12 jugaklah.
7.00 pm - Makan malam yang sedap!
8.30 pm - Ceramah pertama bermula. 
10.30 pm - Minum malam dan naik ke bilik. Terus lelap sebab penat kot!

Sunset. Dari pandangan di balkoni bilik we ols. Canteks!
The hallway. Puas hati dengan hotel ni. Best....
HARI 2 - 09.10.2014

8.30 am - 4.30 pm - Dalam kelas, dengar ceramah, skema kan... hahaha
5.30 pm - Bercanda di pasiran pantai bersama Dell. Pantai itu juga yang menyaksikan Dell terjatuh dan sebelum makan malam kami sempat berpiknik sambil makan-makan bekalan yang ada dan bergambar puas-puas!
7.00 pm - Makan malam. Konon nak makan sikit jeeeeee.. KONON!
8.30 pm - 10.30 pm - Ceramah lagi. Best kan?
10.40 pm - Jasa baik Hotguy telah membawa I dan Dell ke Restoran Kapitan di Little India adalah sangat-sangat dihargai. Lepas jugak gian! Hampir jam 12.00 tengah malam baru balik ke hotel semula dan berkemas untuk balik esok...
Mula-mula, lepas habis ceramah, melawat kawasan dulu hehehehe
Lepas tu, lupa diri la! Hahahahaha
Inilah hotel we ols yang menghadap lautan nan luas terbentang
HARI 3 - 10.10.2014

8.30 am - 10.30 am - Sesi ceramah terakhir dan penyampaian sijil-sijil kepada peserta
2.00 pm - Late checkout. Bersapau tunggu Pakcik Rahim di lobi hotel. Ada orang tu, sampai tertidur-tidur la... Shiannnnnn!
3.00 pm - Pakcik Rahim tiba dengan jayanya. Berangkat ke Batu Ferringhi untuk bagi peluang Pakcik Rahim makan dan basahkan tekak. We ols pun makan lepas beli Jeruk Pak Ali di sana. Lepas makan terus berangkat ke Georgetown pulak. Tak sempat jugak nak melawat Penang Street Art terpaksa ditunda ke trip akan datang. Eh?! Lepas berjalan ala kadar di Georgetown, kami pun berangkat pulang ke Seremban. Ada kemalangan di Lebuhraya PLUS tapi I tak ingat area mana. 
11.45 pm - Tiba di pondok jaga Wisma Negeri. Sayang, I'm home!

Kejadian menunggu sejam di lobi hotel
kejadian menyesal beli jeruk dekat sini... pfftttt!
Kejadian kemalangan di Lebuhraya PLUS
Sebelum nak tutup entri ni, I ada a few DOs dan DONTs untuk peringatan I kalau lagi sekali I ke Penang nanti :

DONTs :

1. JANGAN beli jeruk di Batu Ferringhi sebab harganya agak mahal beberapa ringgit dari di town
2. JANGAN datang awal ke Batu Ferringhi untuk ke Night Market, datanglah dalam jam 6.30 pm
3. Ada sebuah kedai makan yang I dah marked di Batu Ferringhi untuk tidak ke sana lagi
4. Kalau berkursus di Penang lagi lepas ni, JANGAN naik kenderaan jabatan. Banyak isu tak best. Ok case closed!
5. JANGAN duduk di tingkat atas Restoran Kapitan kalau datang waktu malam sebab menjelang tengah malam tingkat atas akan ditutup. Sila duduk bawah terus.


DOs :

1. Copthorne Orchid Hotel sangat mesra pengguna. Wifi seluruh hotel sampai tepi laut
2. Nak ke Penang Street Art sila download brochure dan peta di Tourism Penang atau Timeout
3. Nak bergambar sekeliling Penang Street Art bolehlah menyewa basikal dengan harga RM10/hari dengan bayaran deposit sebanyak RM100 akan dipulangkan bila basikal dipulangkan dengan selamat kepada tuannya

Samani-Dell with their own street style wakakaka muka terpaksa senyum sebab tak jumpa Armenian Street
Arggghhhhhhh!
Sekian saja karangan ringkas mengenai kursus yang telah I hadiri. Rumusannya ialah, kursus tersebut sangat bagus intipati cuma, it's PENANG baby! U should go out and have fun. Ok, next time maybe.
Bye!

Tuesday, December 3, 2013

Nak Kurus : Dalam Dilema

Baru ni ada terbaca dalam blog kevinzahri.com pasal aktiviti Jom Kurus. Terus diri dalam dilema. Macam-macam dalam otak dah fikir. Hadoi, kenapa la time macam ni ada benda camni. Time takde geng, time betul-betul baru kawin, memang 'best' sangat timing aktiviti ni. Nak ajak suami, tak tentu dia boleh join on the weekend. Kawan-kawan semua dah berumahtangga dan alasan yang macam biasa, memang family first. Yang belum berumahtangga pulak segan silu hehehe. Comel la!

Memang best ok, aktiviti ni depends on your area. Takkan la orang tinggal Sabah nak kena turun KL selama 6 minggu semata-mata nak kurus. Ini memang logik. Tapi I memang suka sangat nak join ni. Mana tau dapat membantu dalam fertility I nanti kan. Nak tau lebih lanjut kena tengok sendiri, click link di bawah  ni la, sorry tak dapat ape-ape share pun cuma suka nak membantu mudahkan kawan-kawan yang malas nak berusaha tu tu tu. Bahahaha! Jahatnya gelak I :D


Rupanya dekat Seremban akan ada team leader ye. Selama ni kenapa I tak tau.

Amacam? Ada berani tak?
Bila I click pada Facebook yang ada dekat Team Leader Seremban tu. I was like, whoa! What's on earth is happening in Seremban? Why I didn't know about it before? Rasa nak hantuk kepala dekat dinding ade jugak hahaha, bila tengok Seremban Fit Challenge punya page rupanya ramai kawan senasib. Hahahaha! Serius yang ni memang kelakar. Awak-awak semua kenapa tak inform saya yang jahil ini T_____T

This is great, I wanna join u guys :)
Untuk luar KL dan Negeri Sembilan jangan nak mengelat ye sebab area lain pun Jom Kurus ni cover. Bayar sikit la, bukan senang nak cantik dan hebat. Kena ada sacrifice sikit. I cuma menyampaikan, yang lain terpulang pada diri masing-masing. By the way, Good Luck, SAMANI! Hahaha bukan taknak good luck kat u all, tapi u all yang taknak luck. 

Sekian, berita tamat.

Saturday, July 6, 2013

Seminar Wanita, Kesihatan Dan Kecergasan

...Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2013 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Darul Khusus memang best! Pertama kali join seminar macam ni tak sangka yang ni sangat meninggalkan kesan pada I. Walaupun tarikh 4 Julai 2013 sama dengan jemputan makan tengahari untuk pemain bola jaring IPJKRNS, tapi I dan Ain gagahkan juga diri untuk ke seminar. Berbaloi! Makan dapat, seminar pun dapat.

Seminar awal pagi dimulakan dengan senamrobik. Memang kesukaan! Sampai tak kisah berpanas pun. Hahaha. Senamrobik ni Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan yang lead. Memang setiap hari mereka yang buat senamrobik dekat Kompleks Belia dan Sukan Seremban. Fun fun fun. Biasa aerobic petang dan malam. Kali ni pagi. Sangat energetic.

Slot pemakanan yang sihat pun sangat menarik. Kiranya boleh tau la mitos dan fakta pasal makanan supaya lepas ni lebih tau dan tak percayakan mitos. Banyak sangat ilmu berguna yang dicurahkan. Semuanya pasal makanan. Puas hati bila dah tau apa punca diet tak kurus-kurus. Dapat tau jugak brisk walk dapat bakar lemak berbanding dengan berlari laju-laju. Rupanya peluh macam hujan sebab main netball tu membakar gula dalam darah. Good one!

Slot kedua berkenaan dengan kecergasan hanya dapat join part teori je. Sebab dah nak dekat jam 1.00 pm nak ke Restoran Raudah. Kandungan dia menarik dan ada ilmu yang disampaikan dengan teori dapat diamalkan juga.

Paling favorite, GYM TO FIT. Pertama kali masuk gym dan pegang peralatan dalam gym. Selama ni tengok dalam gambar je. Datang seminar ni baru tau apa kegunaan peralatan dalam gym. Siap ada gym instructor yang bagi penerangan untuk kitorang ye. Dapat juga ilmu cara-cara nak kurangkan lemak di bahagian lengan, perut dan paha. Semoga Ain ingat lagi cara dia hehehehe.

Final words, memang berbaloi la seminar ni. Banyak gila info berguna yang diberikan. Kalau ada seminar lagi macam ni silalah lapangkan diri untuk join. Boleh release tension, seminar pasal kecergasan yang tak bersangkut dengan hal kerja langsung.

Tambah koleksi sijil dan kursus dah lebih 7 hari ;P

Monday, July 1, 2013

RSVP : Hadir Kursus Pengurusan Kewangan

Kami kakitangan state memang susah kalau nak berkursus ke luar dari negeri. Tapi dapat peluang sekali sekala aje ni kena la ikut dah orang offer. Kalau nak dikira, sejak 8 tahun lepas berkhidmat sebagai penjawat awam, sekali je pernah keluar dari negeri untuk berkursus. Itupun ke JB dan cuma duduk di hotel bila masa terluang.

Masa entri ni ditulis I dah berada di hari kedua Kursus Pengurusan Kewangan yang bertempat di Hotel Royal, Pulau Pinang. Sounds good when u read 'Pulau Pinang' as this place is the FOOD HEAVEN. Terlambat nak post entri sebab hari Jumaat lepas memang I sibuk dan tengah menaip tiba-tiba ada gangguan luar. Hehehehe. Cuma yang tak menarik, kursus ni dibuat pada hujung minggu, iaitu 28 hingga 30 Jun 2013. Alahai, kalau hari bekerja kan best!

Thanks Sayang sebab hantar I untuk menaiki bas di hadapan Kompleks Kraf, Seremban. Hari ahad (esok) I balik ye. Rindulahhhhhh!!!! Nasib baik ada whatsapp, boleh send gambar kan. Tapi kan, boring la bila u takde... Kalo tak, boleh jugak kita merayau dekat sini.

Actually, I tak tau kenapa entri ni ternaik ke atas. Rather than dia bawah dari entri Till We Meet Again, Penang tu lah. Ade sesiapa tau camne nak adjust? Huaaaaaaaa!

Sunday, June 30, 2013

Till We Meet Again, Penang

I'm kinda excited to reach Penang. To catch up with friends and to eat famous food in this food heaven. But things were the other way around. I only stayed at the hotel and hit their restaurant every meal time. Some sort of money saving when we went to courses, anywhere, the accommodation and food were ready for you. Don't need to go out and search for it. In this matter, its a time saving, though. 
View dari bilik I tingkat 16.. oh mai!
I beriya nak datang Penang sebab masa pergi tahun lepas memang best. Macam-macam tempat kitorang explore. Kali ni macam, dull, ok berkursus! Niat asal ye itu. Lainlah kalau memang nak bersuka ria. Ye betul jugak tu. Hehehehe. Back to the purpose of why am I here, at the first place.

Perjalanan pergi dah spoiled bila bus kami naiki broke down dekat Hentian Simpang Pulai. Erghhhh, bad sign, isn't it? We stopped there at 12.30 pm and the driver had to bring the bus to mechanic. The substitute bus only reached at 2.30 pm. All the while we had to wait and we just had nothing to do there! The new bus managed to sent us to our hotel and reached about 5.30 pm. At least kami sampai juga Hotel Royal. Alhamdulillah. Mulalah kehidupan makan, makan, makan. Gulp!

This is the hotel 
Life macam biasa sahaja. Dengan kursus sepanjang masa, makan on time, penuh kemengantukan bila bukan bidang kerja dan tidur awal sebab nak bangun awal. Sungguh skema macam duduk hostel. Tapi tak jugak! Kalau dapat kawan kepala ting tong mau sampai kitorang ke mana-mana. Nasib baik.roomate ikut jadual. So I pun gitu jugak. Malam kedua memang merayau, tapi naik bas. Ke Batu Ferringghi dan Padang Kota Lama. Tapi I tak turun langsung di Padang Kota Lama. Not with this crowd.. Hurmmmm. What a memorable places for me and Sayang. It reminded me of him. I miss you, Yang! Can't wait to see you this evening.

Amir Haziq (anak Siti Urusetia)
Hari ni dah mau balik. Kempunan yang belum terlaksana ialah Nasi Kapitan, Laksa Penang, jumpa Dayah HA, Nurul HA, Nae HA, Tasha Penang HA, Kak Mar HA dan merayau-rayau. Kempunan jugak beg dekat Batu Feringghi Night Market. I must have that bag.

Review untuk Royal Hotel pula, semuanya bagus. Bilik dan ballroom macam winter. Dengg! Makanan ok biasa-biasa. Ada sedap dan ada yang kurang. Alhamdulillah rezeki setakat ini. Tak tau hotel ni di kawasan mana sebab tak berjalan langsung. Keluar pun naik bas. Yang paling kureng ialah, setiap toilet takde bidet ataupun paip air. Ye, ini ialah sangat menyusahkan I. Tak selesa ok! Memang akan dicadangkan dalam ulasan dan cadangan kepada pihak hotel.

Perasmian penutup oleh Dato' Pengarah
P.s. dek sebab terlampau excited nak balik Seremban, dengan jujurnya I lupa nak buat aduan pasal bilik air tu. Eh stress tau tak sebab takde paip nak curah sana sini. Ngeeeee~

Tuesday, January 1, 2013

Satria Baja Hitam Tersadai

Semua gara-gara I yang nak cepat dan bawak macam orang gila dan tak tau yang temperature naik dan pffftttttttt.. Ok sedapkan hati, memang meter temperature dah kong. Huaaa. Terpadam sekali enjin masa on the way ke Labu tapi dapat dihidupkan balik. Kali kedua padam masa perjalanan balik ke Seremban. Exactly 1 km nak sampai Shell Gadong Jaya enjin pun padam dan dengan nasib yang baik jalan menurun bukit dapat SiDia teruskan jalan sampai park dalam kawasan Shell.

Semalaman WFW tidur dekat Shell. Nasib baik selamat. Keesokannya terpaksa naik tow truck untuk bawak ke bengkel. Adui kesiannya SiDia dengan demam dengan kereta breakdown. Dengan girlfriend psycho asyik marah-marah dia hahaha.

Selamat sampai bengkel nak bawak tuan kereta pulak ke klinik sebab pun sama. Breakdown jugak. Result, tonsil bengkak teruk ada nanah sikit. Aiyooo. Takpelah u makan antibiotik semoga cepat sembuh. Baru boleh karaoke lagi. Result kereta, errrrr.... Nanges kuat-kuat boleh tak??

Kejadian enjin berasap

Kejadian tuan kereta kena tow 

Kereta naik wheelchair :D