Nuffnang Ads

Showing posts with label madeinSeremban. Show all posts
Showing posts with label madeinSeremban. Show all posts

Wednesday, June 22, 2016

DIY Rumah Kotak Untuk Kucing

Semoga Mumu tenang dimana juga Mumu berada...

I dan Sayang dah amik kucing baru. Kutip sebenarnya. Dari KPJ, Seremban tempat Sayang bekerja. Ye, Mumu dah kembali ke Penciptanya... Malas nak cerita pasal Mumu nanti nanges. Tunggu kekuatan baru dapat buat a very long story about my lovely cat in my life ever. I miss u, Mumu. I do! Walaupun bumi terbelah dua, Mumu takkan datang lagi... Takde pengganti setandingnya.

Back to Gigi. Kami panggil dia Gigi sebab hyperactive sangat. Kuat mengigit orang! Tengah tidur pun dia gigit. Sabor je lah. Banyak kali kena jentik telinga dengan Sayang. Tapi Gigi bagus dan berdisiplin. Bab menggigit tu je la tak tahan. Nama pun sayang, tahan aje hihi. Lama-lama dia ok. In shaa Allah. At least, tak hantar dia balik ke KPJ.

Gigi went missing too! T____T

Masa Sayang bawak balik ke rumah pun menggunakan kotak. Bila nk buang sayang pulak kotak tu. Nak pakai, dah bau Gigi hahahaha :D bucuk! Alternatif lain yang diambil ialah dengan mengerat dan membentuk kotak tersebut agar menjadi sebuah rumah kos rendah yang mampu dimiliki Gigi sebagai rumah pertamanya.

Kotak terpakai yang bersih :)
Langkah-langkah yang penting sebelum mulakan DIY rumah kotak :

1. Pastikan kotak tu bersih, kalau ada najis tak perlulah nak pakai jugak

2. Janganlah pakai kotak yang dah lembik habis, ambil yang tegap sikit

3. Dua buah kotak yang berlainan saiz boleh disambungkan jika kena dengan design

4. Sediakan peralatan - gunting, cutter, tape, gam, cable tie (jika perlu)

5. Tentukan lantai dan bumbung sebelum proses menyambung - lekatkan dahulu

6. Potongkan tingkat dan pintu terlebih dahulu

7. Mulakan proses penyambungan

8. Lekatkan setiap penyambung dengan kuat, kucing kan ganas hehehehe

9. Jika siap, bolehlah diwarnakan dengan spray atau cat atau hanya lekatkan wallpaper lagi senang 

10. DECOR, DECOR, DECOR!

Dengan ini, siaplah RUMAH KOTAK UNTUK KUCING sekadar untuk hiasan ni. Depa akan duduk, kadang-kadang je hehehehehe.

Bumbung pun belum pasang dia dah menyibuk :D hahahaha
Update terbaru : Sejak Gigi dah jumpa boyfriend, takde pun Gigi balik rumah lagi T____T rumah Gigi tu akan diwasiatkan kepada mana-mana anak bulu yang akan kami fikirkan sesuai bermain di dalamnya...

Samani rindu Gigi... 

Saturday, January 16, 2016

Terima Kasih Tahun 2015 - Sazzie's Sweet Treats

Hasil doorgift yang ditempah sepanjang 2015. terima kasih kepada pelanggan yang setia, terima kasih kepada pelanggan baru, terima kasih semuanya. Tanpa izin Allah dan tanpa anda semua, Sazzie's Sweet Treats takkan berjaya pada hari ini. Semoga Tahun 2016 memberi sesuatu yang lebih positif dalam perniagaan kecil-kecilan kami. In shaa Allah, naik dan turunnya Sazzie's Sweet Treats adalah kerana Allah dan kami terima semua ketentuan-Nya. Doakan yang terbaik buat kami ye.

Banyak majlis gegerl ye hihi
2 birthday dan 1 majlis perkahwinan
Di kesempatan ini juga suka kami nak mengingatkan bahawa sebarang tempahan doorgift bagi minggu kedua Bulan Februari 2016, minggu pertama Bulan April 2016 dan minggu pertama Bulan Mei 2015 adalah ditutup kerana kami telah menerima tempahan dari pelanggan setia kami. Untuk minggu-minggu lain dan bulan lain bolehlah berhubung terus dengan kami. Dan kalau boleh, beritahu sebulan awal ye. Kami perlukan sedikit masa untuk persiapan barangan dan jadual bekerja kami masing-masing. 

Semoga dipermudahkan Allah. Amin.

Wednesday, January 13, 2016

Suka Suki Penjual Popcorn

Proud
Belum lama lagi dan belum pun stabil lagi. Masih mencungap. Belum ngam lagi timing meniaga dan bekerja hakiki. Sangat memerlukan tunjuk ajar dari yang senior. Itulah I dan Sayang yang masih merangkak dalam dunia perniagaan. Sikit-sikit sokongan padu dari mereka yang mempercayai kami menjadikan kami yang masih merangkak ini dapat berdiri walaupun bertatih. Eh panjang pulak intro nye ye hihihi. Excited nak tulis pasal bisnes yang kami dah terjebak hampir setahun ni. Ye, baru lagi. Orang kata, sejuk lagi sebab tu kami pun mengeletor tak tentu arah. 

Ladzat! Hehehehe
Memang banyak sangat cabaran dalam perniagaan ni. Walaupun konsep kami hanyalah homemade, masalah tetap juga timbul. Lagi-lagi kami bermodalkan sendiri. I cuma nak share anekaragam kesakitan yang kami dah rasai. Mungkin ada yang sama dengan orang lain. 

MASAK SECARA MANUAL
Nak tau macam mana cara kami memasak? Masih menggunakan cara lama a.k.a old school. Meletupkan popcorn menggunakan kuali bersaiz sederhana dan mengacau caramel menggunakan kuali yang besar. Kekuatan tangan adalah sumber tenaga utama semasa mengacau caramel dan popcorn di atas dapur gas. Korang rasa......? Kami takde mesin canggih. Tengah kumpul modal sendiri untuk membeli satu yang boleh meringankan beban dan mengurangkan muscle. Kihkihkih. Tapi kata Mama, kacau guna tangan tu yang berkat orang makan sedapppp. Amboi Ma, tangan dah tak terangkat ni hehehehehe.

ORDER BERTURUTAN
Ni sedih sikit lah. Sebabnya, I jenis yang kesian bila orang dah order yang teringin sangat nak popcorn tu tapi kami tak dapat laksanakan. Serba salah rasanya terpaksa tolak atau postponed order ke satu masa yang ditetapkan. Kami terpaksa, kalau tak nanti tercabut tangan nak mengacau. Putus pinggang berdiri seharian. Paling tidak, order seminggu awal, agar kami dapat uruskan masa bekerja kami dan semua dapat merasa sorang sedikit. In shaa Allah... Semua order kami siapkan dalam tempoh yang ditetapkan, ada sesetangah tercicir sikit. Lumrah manusia. Kami tak lepas dari kekhilafan. Ayat play safe hehehehehe~

DELIVERY LUAR KAWASAN
Yang ini pun menjadi masalah bagi kami. Kami takde runner, apatah lagi unit logistik. Semua penghantaran dilakukan sendiri sahaja. Paling jauh setakat ini ialah Melaka dan Subang. Setakat dalam kawasan Seremban boleh sangat-sangat kami buat penghantaran. Kalau di luar Seremban, KL terutamanya, masalah yang timbul adalah dari segi masa kalau kesesakan lalu lintas dan kos penghantaran. Oleh kerana itu, antara solution bagi masalah ini ialah penghantaran hanya akan dilakukan sekiranya order minimum 100 pax. Terpaksa buat macam ni.. Cumanya, tidak terlalu jauh kawasan penghantaran sampai ke Ipoh atau JB. Belum mampu lagi... Satu hari nanti ye :) Amiiin!

ORDER TERLAMPAU BANYAK
Kami menggunakan konsep memasak secara manual. Kalau order sebanyak 300 pax tu boleh kami laksanakan. Kalau order sebanyak 1000 pax, dalam 3 ke 4 hari jugak berfikir tu. Nak terima ke tidak. Taknak ianya menghantui kami. Taknak terganggu kerja hakiki. Taknak eksyen sangat nanti tak terbuat. Tapi, kalau diberikan masa yang sesuai, in shaa Allah kami laksanakan. Dan order lain terpaksa ditutup sementara waktu. Hihihihi.

KECEDERAAN KETIKA MEMASAK
Siapa kata masak popcorn tak cedera hahahaha. Cedera jugak tau. Pernah popcorn meletup semasa I tengah mengacaunya dan tak sempat ditutup. Itu belum kira kecederaan Sayang terpercik caramel panas yang boleh dikatakan kalau terkena plastik akan menyebabkan hangus. Ye, jari I sendiri masak dek caramel panas. Dan minyak panas pun menggigit tangan dan seluruh badan yang lain. Itu part memasak popcorn, part membuka tin marjerin, kami memang dah tak berdaya nak menangis kalau tersiat dibucu tin. Dahlah dalam lukanya, melingkar pulak tak lurus. Haihhhh!

DITIPU BUYER
Pernah... Tak nak bagitau siapa. Tapi cukuplah kami membuat penghantaran di luar kawasan dan bila tiba di tempat yang dijanjikan, tiada langsung bayang pembeli :( Bukan itu saja, telefon tak berangkat dan mesej tidak dibaca. Selama 2 jam juga kami menunggu tercongok namun, kami pulang dengan kehampaan... Syukur, ianya mematangkan kami.

DILAYAN SEPERTI...
Nak cakap dah macam mendoakan diri sendiri tak elok kan. Tapi, itulah hakikatnya. Kami seperti bekerja dengan bos yang sangat bossy. Mengikut setiap arahan dan menunggu lama sudah biasa dialami. Sedih je kalau nak diikutkan. Apakan daya, cabaran perniagaan sebegitu. Kalau mengeluh, satu benda pun takkan menjadi. Cuba kalau orang yang membuat tempahan tu dilayan seperti mana dia melayan kami. Doakan kami diberi kesabaran dan ketabahan hati lebih dari orang lain, amin..

ADUAN
Ini yang paling rasa kelakar sangat. Serious lah, banyak gila aduan tau. Cuba kerja dengan kami selama seminggu. Antara contoh aduan adalah seperti : "...caramel manis sangat, boleh kurangkan?" "...ada popcorn yang tak kena caramel la... rugi!" "...mahalnya..." "...bekas yang haritu tak sama besar dengan bekas hari ni..." "tak rasa macam TGV pun..." takpe, inilah yang akan menguatkan lagi kami. Kalau takde aduan macam ni kita akan sentiasa rasa produk kita perfect. Bersyukurlah dengan aduan berhemah ini, jangan sampai viral di media sosial. Nauzubillahiminzalik...

Setakat ni, itu saja yang I dapat share :) Sebenarnya ada beberapa lagi. Tunggu post lain lah ye. Sekali lagi nak promote, Kalau berminat nak beli atau nak buat doorgift bolehlah Whatsapp husband I nanti ye kita bincang harga. Hihihihihi. Kemain lah Samani!

Monday, June 15, 2015

SAYA JUAL HOMEMADE CARAMEL POPCORN

Nak cari tit bits? Nak cari goodies untuk door gift? Boleh follow :

Instagram @sazziesst 

Selain daripada Homemade Kek Batik, sudah selangkah lagi Sazzie's Sweet Treats dengan Homemade Caramel Popcorn. Alhamdulillah, semakin hari semakin ada peminat dan ada saja tempahan dari rakan sepejabat, keluarga dan tak kurang juga ada dari media sosial. 

Bermula dengan something yang I suka sangat makan kalau pergi tengok movie, sekali ada kawan buat majlis aqiqah untuk anaknya dan ada door gift popcorn yang colorful. Hati sangat sangat sangat terpaut. Cuba buat, cuba makan, cuba market dan cuba jual. Tak sangka ada peminat. Sampai ke hari ini, tak menang tangan, rezeki Allah bagi.

Sazzie's Sweet Treats menjual homemade caramel popcorn ni dalam 2 saiz saja buat sementara waktu untuk menjaga kualiti popcorn ini. Saiz lain belum ada lagi buat masa ni. Yang biasa kami jual ialah seperti di bawah ini.

Saiz kecil
RM3.50 sahaja

Saiz yang kedua ialah saiz yang sesuai untuk dibuat door gift, lengkap dengan sticker dan harganya yang sangat berbaloi-baloi.

Tempahan terbaru yang kami terima untuk size door gift.
RM1.50 sahaja.
Kalau nak tester dan nak tempah terus bolehlah call terus nombor telefon yang tertera ye. Itu nombor telefon Encik Hafizi. Dia akan membantu hehehehe. Sama jugak kalau Homemade Kek Batik by Sazzie's Sweet Treats pun boleh saja berurusan dengan Encik Hafizi. Jangan segan-segan, nak dapat quotation dulu pun boleh saja.

Tapi nak bagitau awal-awal, kami memang COD sahaja ye kawasan Negeri Sembilan dan sekitar yang berhampiran. Setakat ini tiada pengeposan, takuttttt! Hehehe. Kalau nak datang ambil sendiri pun boleh saja. In shaa Allah, apa-apa bincang dulu hihihihi. 

Jangan lupa like page

SAZZIE'S SWEET TREATS di Facebook ye.

Friday, May 15, 2015

SAYA JUAL HOMEMADE KEK BATIK

Actually its not really me alone, it is Sayang's thang also. Mula dijual di KPJ Seremban, di kalangan kawan-kawan. Alhamdulillah, sehingga hari ni dah ada jugak regular customer. Bukan saja dari kalangan rakan-rakan pejabat, ada juga ahli keluarga yang memang sukakan Kek Batik dari Sazzie's Sweet Treats. 

Mulanya dari sesuatu yang I suka makan, resipi tak diubah langsung, sama macam kegemaran I dan mengekalkan rasa yang I suka. Siapa tak suka kan Kek Batik. Cuma I difahamkan, tak semua orang rajin nak mengacaunya. Lagi-lagi sampai pekat. Sebab tu lah Sayang mengambil inisiatif dengan membuat Tester dan diedarkan.

Kek Batik dari Sazzie's Sweet Treats dijual dalam dengan 2 jenis bungkusan. Untuk potongan yang kecil hanya RM3.50 dan kalau berminat untuk beli seloyang pun boleh, harganya hanya RM25 sahaja. Harga ialah untuk COD sekitar Seremban sahaja ye. Setakat ni belum ada lagi permintaan dari luar Seremban. Sikit hari lagi, mungkin. In shaa Allah, doakan ye...

Inilah rupa Kek Batik dari Sazzie's Sweet Treats. Kalau berminat bolehlah hubungi kami ye!
Yang ini potongan kecil dan gemuk-gemuk lagi. Yummeh!
RM3.50 sahaja.

Rupa bentuk kalau seloyang... Yang ini customer dah siap potong-potong hihihi!
RM25 sahaja
Untuk sementara waktu, kalau nak beli memang kena order sebab, kami berdua bekerja hehe. Takde ready stock. Alhamdulillah, walaupun tempahan bermula dari sedara mara dan rakan terdekat, namun, kami bersyukur sangat Homemade Kek Batik ni mendapat sambutan. Buat tambah-tambah belanja harian hihihi.

Oh nak ingatkan lagi... Jangan lupa follow Instagram @sazziesst dan like facebook.com/sazziesst
Thank you!