Nuffnang Ads

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

Kempen Berbasikal Ke Pejabat

*Tulisan ini adalah sekadar imaginasi penulis dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak*

Kihkihkih disclaimer sesiap nanti ada yang salah sangka. Baik sound awal. Sebabnya, orang Malaysia ni suka sangat jump into conclusion terus. Baca tajuk je terus nak terjah, tak baca isi kandungan dan komen2 orang lain. Selalunya macam itu lah.... Tak semuaaaa. Cover balik. Ngeeee~

Kempen berbasikal ni memang imaginasi I sendiri. Dekat KL mungkin pemandangan ni tak berapa nak ada. Di Seremban, terdapat ramai warga asing yang bekerja di kilang-kilang dan pasaraya menjadikan basikal sebagai pengangkutan utama mereka. Selain daripada berjalan kaki, basikal ni senang sikit mengayuh je, ada bakul pulak. Yang kreatif boleh decor basikal bubuh riben kalerpul ke... I Google, banyak gile basikal cecantiks.

Beskal camnih!
Pernah sekali, I suarakan pada Sayang, untuk mengayuh basikal ke pejabat. Jarak antara pejabat I dan rumah sekarang hanyalah 10 minit berkereta kalau tak jammed. Kalau banyak kereta pun keluar rumah jam 8.15 am boleh lagi I punch sebelum 8.30 am. Macam gitulah gayanya. Permintaan I tidak dilayan langsung oleh Sayang. Memang tak dapek tu jang. Hehehe. bahaya katanya.

Pendapat I, kempen begini tak sesuai untuk dilaksanakan di kota besar macam Kuala Lumpur ke PJ ke yang jarak rumah ke pejabat memakan masa berjam dan perjalanan memang masuk lebuhraya. Kan dalam lebuhraya tak dibenarkan berbasikal. Setakat bandar kecik kiut comel macam Seremban, I rasa takde masalah sangat. Bukan maksud I orang dari Sendayan sila berbasikal ke pejabat yang terletak di Senawang. Janganlah fikir macam tu ye.

Kebanyakan mereka yang bekerja di Seremban tinggal di sekitar bandar seperti Taman Permai, Sikamat, Ampangan, Paroi dan Labu (sekadar menyebut beberapa taman ye) yang jaraknya ke bandar Seremban tak lah sampai setengah jam. Kalau naik basikal, senang sikit rasanya. Senang parking, tak payah mengeluh minyak naik. Sedangkan naik motor pun dah beribu rahmat. Senang yang amat.

Lawa kan basikal ni :)
Macam di Kuala Lumpur memang ada Kempen Hari Tanpa Kereta pada hari Ahad. Ini kerana mereka ada pengangkutan awam yang baik iaitu LRT dan Komuter yang menghubungkan antara bandar. Kita di Seremban, ada bas je hehehe. I cuma mencadangkan je, satu kempen ke tempat kerja menaiki basikal. Tapi I dah tau, statement ini akan mendapat banyak tentangan dari orang atasan dan bawahan. Takpe, I dah sediakan beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada kempen ni. 

CUACA
Malaysia bukan macam negara Eropah atau negara lain yang tidak terletak di garisan Khatulistiwa. Kedudukan negara kita sememangnya takde musim sejuk, salji, bunga apa semua. Panas dan lembab sepanjang tahun. Kalau ada pun musim jerebu dan musim tengkujuh saja. Nak berbasikal macam mana kan. Dengan panas berdentum. Bak kata orang sekarang, "...panas sekarang ni lain macam dah... " Yelah abang-abang, kakak-kakak, macam mana tak panas. Pembakaran terbuka, jentera-jentera canggih, bangunan pencakar langit, semua tu kan penyebab lapisan ozon menipis. Tu belum lagi sampah tak recycle menyebabkan pokok ditebang. Dah sudah lain pulak jadi topik ni kekekeke. Oh ye, jangan dilupakan dengan Fenomena El Nino yang sedang melanda negara. Garing beb!

Kan best kalau macam ni....
KOMITMEN
Komitmen ni merujuk kepada, pagi hantar anak ke sekolah, tengahari ambil anak dari sekolah dan hantar ke transit atau kelas agama. Petang pulak kena ambik anak dan hantar ke tuisyen. Jadinya, berbasikal akan menghalang semua ini berlaku. Kalau anak tak bersekolah pun, pagi kena hantar anak ke babysitter dan petang ambik semula. Orang akan kata, I senang bercakap sebab belum mengalami. Ye, I paham sebabnya, I bergaul dengan orang sekeliling yang mempunyai komitmen tinggi setiap hari. Dan I dah perhatikan semuanya...

JALAN TERUK
Ha, yang ni jangan nak salahkan JKR pulak ye. Hihihi. Ala, teruk sikit pun mengeluh. Anggap je macam naik basikal off-road. Boleh gitu? Kekeke! I tak nafikan, ada jalan yang landai ada yang perlu naik bukit dan ada yang perlu turun pulak. Nak turun tu boleh tahan lagi kena ada brek yang bagus tapi bab menaiki slope tu hahahahaha! Rumah I sendiri di atas bukit. Renung-renungkanlah... Adakah kalau kempen ini diadakan, I akan menjadi kurus dengan kerahan tenaga menaiki basikal? Best pulak rasanya tetiba. Ahaks!

I harap suatu hari nanti akan tercapai impian I untuk berbasikal ke pejabat. Jimat parking kereta. Satu petak boleh masuk beberapa buah terus. Benda tak serious pun, jangan anggap penulisan ini adalah sesuatu yang akan menganggu sistem pengangkutan di Seremban ye. Mungkin ada lagi kekangan untuk berbasikal ke pejabat di Seremban selain dari yang sebutkan di atas, segala permasalahan tersebut boleh disimpan di dalam hati saja. Hehehehehe.

Ops!
*Semua gambar di atas adalah I dapat dari Google. Sekian*

Friday, April 17, 2015

Malam Minggu Berdarah

Berkobar-kobar nak share satu pengalaman baru dalam hidup, yang mematangkan I dan lebih menghargai hubungan I dan suami. Tak mungkin semua orang dapat merasa pengalaman begini. Insan kesayangan Allah dan yang paling utama, yang terpilih sahaja. Alhamdulillah, I masih diberi nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah.

11/4/2015, Sabtu.
Macam biasa, I tiba di KOMBES, Paroi untuk sesi senamrobik bersama KEG, memang menjadi rutin malam minggu. Walau Sayang bekerja, I tetap setia menjadi salah seorang yang mengikuti aktiviti tersebut setiap jam 9.00 pm sehinggalah 10.30 pm atau 11.00 pm paling lewat. Minggu itu, entahlah, berkobar rasa nak pergi menyertai setelah 2 minggu I terlantar demam dan batuk selsema yang teruk. Tak beriya sangat pun, buat ala kadar. Orang baru sudah baik demam gitulah. Tapi bahagia sangat, sebab dapat jumpa kawan-kawan seangkatan. Rindu nak berpeluh, rindu dekat kawan-kawan pun ye. Hihihi. Oh ye, elok pulak malam tu Sayang bercuti, makanya, Sayang yang menghantar dan mengambil I dari KOMBES Paroi dengan menaiki motosikal.

Jam 11.00 pm, setelah habis saja sesi senamrobik, berkobar I menelefon Sayang untuk pulang. Lapar sebenarnya. Lepas tu dah berjanji pulak dengan Kak CT dan Abang Rock untuk minum bersama. Sebabkan lapar sangat, I dan Sayang terus ke Kedai Atuk untuk menikmati mihun sup ayam special. Nenek siap buatkan yang baru sebab kuahnya dah habis. Alhamdulillah.....! Selepas berhubung melalui Whatsapp Group, kononnya Kak CT pun nak datang join lepak dekat Kedai Atuk. Tapi, awal pulak tutupnya malam tu. Mungkin dah habis dan kerusi meja pun dikemas. Ok, tak jadi lah nak lepak situ, I pun mintak Kak CT datang ke Shell Paroi untuk tunggu kitorang sementara nak isi minyak motosikal sebelum kitorang sambung lepak. Cadangnya nak ke NKI di Seremban Prima. Sambil lepak, boleh cuci mata sikit kalau dekat Seremban Town ada budak kereta ber'racing'.

Jam 11.40 malam, selesai I dan Sayang mengisi minyak motosikal, kami pun melambai pada Kak CT dan Abang Rock yang berkereta untuk ikut di belakang kami. Nak lead diorang ke NKI sebenarnya. Everything went smooth, sampailah ke traffic light betul di hadapan Sekolah Menengah Seri Ampangan. Ye, dari jauh memang lampunya merah, Sayang bersiap untuk berhenti. Sampai saja betul di traffic light, lampu bertukar hijau dan Sayang yang tak mau Abang Rock kehilangan dari pandangan, perlahan saja jalannya terus menyusur jalan sehinggalah....... I dan Sayang terbaring di atas jalanraya betul-betul di hadapan sekolah!

Ye, dengar bunyi hon kereta di tepi telinga I, terus I tarik bahu Sayang untuk bangun dari jalanraya. Motosikal dah menghempap kaki kami. Kereta dan motosikal yang lain dah berhenti di bahu jalan. Untuk menolong kami. Bila Sayang bangun saja, I nampak muka Sayang berlumuran darah. Ya Allah! I masih di atas jalanraya kerana lutut I tak mampu dan tak berdaya nak mengangkat sendiri motosikal yang di atas I. Dengan bantuan seorang pakcik untuk membantu I untuk menaikkan motosikal tersebut. Namun, yang I paling sedih ialah kaki I yang tidak mampu diangkat sendiri. Sehinggalah I dibantu oleh seorang wanita dan Kak CT sendiri yang masih terkejut tengok I dilanggar di depan matanya. Ye, kaki kanan I masih lagi tak mampu bergerak. Sedihnya tak terkata. Dengan kaki inilah, kekuatan untuk beribadat kepada Allah, kekuatan I untuk menggerakkan badan untuk tugas hakiki I di pejabat, kekuatan I untuk perniagaan sampingan I dan kaki inilah, yang berfungsi untuk I bersenam, I nak kuruskan badan, dalam usaha untuk mendapatkan zuriat kerana Allah. Sempat, I menelefon Ayong untuk memberitahu keadaan kami.

Sudah ditakdirkan Allah, ramai yang membantu kami. Ditambah pula dengan saksi yang ada, yang boleh hadir untuk memberikan keterangan atas kes kemalangan kami ini. Allah bantu lagi, dengan kebetulan, ada sebuah ambulans dalam perjalanan dari Hospital Kuala Pilah menuju ke HTJS. Allah, syukur... Kami ditumpangkan ke dalam ambulans tersebut bersama seorang lagi pesakit. Muka Sayang berlumuran darah, kaki I tak mampu bergerak. Tangan dan kaki kami tak usah dicakap lagi. Semuanya berlumuran darah. Tiba di Unit Kecemasan dan Trauma HTJS, kami terus di bahagian saringan. Luka kami dibersihkan disitu. Pedihnya, Allah saja yang tahu. Sayang terus dibawa ke Zon Kuning kerana kesukaran untuk bernafas. I pula hanya di Zon Hijau. 

:'(
Semasa doktor merawat, I telah diminta untuk melakukan X-ray. Alhamdulillah, ya Allah, tiada keretakan atau apa-apa yang patah pada lutut kanan I. Ya Allah, sedihnya I mendengar perkhabaran itu. Masih lagi Allah beri kesempatan dan kasih sayangNya untuk hambaNya yang seringkali lalai ini. Paling takut, kalau I terpaksa memakai simen, akan menyusahkan semua disekeliling I. Entahlah, I berdoa agar I diberi kesihatan yang baik agar tak perlu Mama Ayah, Mama Baba, Sayang, Ayong, Abang, Kak Long, Kak Ratna dan semua keluarga bersusah untuk I. Syukur lagi sekali. Cuma yang menyedihkan I, melihat Sayang terlantar dan dimasukkan wad. Sedih sangat I, tengok nasib kami yang diuji sebegini. Aku bersyukur ya Allah andai ini penghapus kepada dosa-dosa kecil kami. Aku bersyukur ya Allah dengan kasih sayang Mu yang Kau berikan kepada kami untuk peringatan bahawa mati itu pasti. Aku bersyukur ya Allah, Kau berikan kami nafas lagi untuk kami segera bertaubat kepadaMu. 

Cerita malam itu berakhir dengan kemasukan Sayang ke wad. Tiada keretakan tulang atau apa-apa yang patah pada I dan Sayang. Alhamdulillah. Lutut kanan I masih cedera dan tak mampu berjalan dengan sempurna. Tangan kanan I bercalar sehingga ke siku kerana tersagat pada jalanraya. Tangan kanan Sayang pun besar calarnya di lengan. Tangan kiri Sayang pula berlubang besar di tangannya. Lutut cedera dan muka bercalar di sebelah kiri. Antara komplikasi lain pada Sayang ialah, bahagian dada sebelah kanan Sayang masih sakit bila digerakkan, kaki kanan Sayang penuh lebam, semua calar dan luka pada tangan Sayang masih dirawat untuk dicuci setiap hari. Tangan I pulak masih terik pada lukanya dan bengkak. Tiada apa-apa keretakan pada tangan I. Dada sebelah kiri I masih sakit bila melakukan kerja berat. Lutut kanan I masih tidak boleh berfungsi seperti biasa. Sakit yang teramat bila I cuba membengkokkan lutut kanan. 

Kronologi kejadian kemalangan yang dapat I ingat ialah :

1. SETELAH MELEPASI LAMPU ISYARAT, I RASA LUTUT KANAN I DILANGGAR KERETA SECARA TIBA-TIBA DAN DIHIMPIT KE KIRI JALAN

2. MOTOSIKAL SEPERTI MELEKAT PADA KERETA TERSEBUT NAMUN SAYANG HILANG KAWALAN

3. KERETA TERSEBUT BERGERAK KE KANAN SEMULA DAN MOTOSIKAL KAMI TIDAK MELEKAT PADA KERETA LAGI

4. SAYANG HILANG KAWALAN MOTOSIKAL

5. KAMI JATUH DI SEBELAH KANAN BERSAMA MOTOSIKAL

6. KAMI BERSAMA MOTOSIKAL TERSERET KE BAHU JALAN SEBELAH KIRI

7. TANGAN I MASIH MEMELUK ERAT BADAN SAYANG TERSERET SEKALI DI ATAS JALANRAYA

8. I TERASA SUDAH TERBARING DI JALANRAYA TAPI TAK MAMPU BERBUAT APA

9. TERDENGAR BUNYI HON KERETA TERLAMPAU DEKAT DENGAN TELINGA I MEMBUATKAN I TERKEJUT 

10. I TERUS MENARIK BAHU SAYANG UNTUK MENGEJUTKANNYA YANG SEPERTI TIDAK SEDAR

11. TANGAN KANAN TERASA KEBAS DAN BERLUMURAN DARAH, LUTUT KANAN TIDAK MAMPU BERGERAK SENDIRI

12. I DIPAPAH UNTUK BANGUN DAN DIDUDUKKAN DI BAHU JALAN

13. HELMET I DITANGGALKAN DAN TIADA KECEDERAAN PADA MUKA DAN LEHER I

Semuanya, masih segar dalam kotak ingatan I. Setiap malam, sebelum melelapkan mata, I sentiasa terbayang setiap saat kejadian itu. Apa yang I dapat bayangkan ialah, walaupun kejadian itu berlaku seperti hanya 5 saat, tapi bila recall, semuanya jadi macam slow motion. I tak mampu nak luputkan langsung.. Moga Allah bantu I dan suami untuk mendapat pembelaan. Takut, tengok keadaan Sayang. Semua yang berlaku buat I terfikir yang tak mungkin I akan naik motosikal lagi. 

Di kesempatan ini, banyak ucapan terima kasih yang tak terhingga I nak ucapkan. Pertama sekali pada Allah, kerana peringatan mesra ini. Kemudian, berjuta ucapan terima kasih pada semua yang membantu I dan suami di tempat kejadian. Pada pakcik yang tidak bernama, pada adik yang tidak bernama juga. Terima kasih pakcik kerana mengangkat motosikal dari atas I. Terima kasih adik yang membantu I untuk berpaut padanya untuk angkat I duduk di bahu jalan. Allah saja dapat membalas budi baik kalian dan keluarga. Terima kasih Kak CT dan Abang Rock yang menjadi saksi utama kejadian dan membantu mengejar kereta yang melanggar kami. Terima kasih juga kerana menjadi peneman setia I di hospital sementara ahli keluarga I yang lain tiba pada malam itu. Terima kasih Abang dan Ayong yang hadir dan menanti sampai Adik masuk wad. Terima kasih Mama Ayah, Mama Baba dan kawan-kawan yang lain, Izham, Mizal, Shafiq dan Amal semasa di Unit Kecemasan HTJS.

I nak berterima kasih jugak pada yang sudi melawat Sayang semasa di hospital. Pegawai-pegawai dan kakitangan KPJ Seremban, pegawai-pegawai Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan, keluarga dari dekat dan jauh, kawan-kawan JKR yang hadir, Fira, Hajar, Chaa sekeluarga. Semua hommies Sayang dari Paroi Jaya dan sekitar. Terima kasih atas kesudian melawat.. Terima kasih juga atas doa dari semua di Whatsapp, Instagram dan Facebook. Allah... ramai yang mendoakan, terima kasih tak terhingga. Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. Terima kasih untuk doa, hadiah-hadiah dan saguhati.  

Semoga Allah kuatkan kasih sayang antara kita... I love you.

Wednesday, February 25, 2015

Selit Menyelit Je!

Fuh, baru I tau betapa indahnya dunia bila merempit naik motorsikal kesana sini dengan yang tersayang. Prinsip I yang merasakan naik kereta adalah lagi bagus dari naik moto ternyata meleset sekali. Prinsip I juga yang ala diva, kononnya naik moto nanti panas la basah dek hujan la, telah berjaya dicabul hihihi.

Masa ni moto tengah bergerak tau cetengok tu tudung dah kelepet hehe
Lately, Sayang selalu hantar dan jemput I dari opis dengan moto. Best wo! First, sebab angin rasa kuat gila menampor muka. Dan second, boleh menyelit dimana juga yang kita suka. Contohnya, bila dah lambat ke opis dan bajet memang akan jam la depan Terminal One tu. Takde masalah! Naik moto lagi cepat sampai dari naik kereta tau. 

Apa pun, I suka sangat konsep naik moto ni. Lagilah jimat, bila minyak dah turun harga, selamat poket. Dan best jugak, kalau pergi shopping, PALM MALL la terutamanya, senang je parking! Naik moto sebab dekat pun ye, nak senang parking moto pun ye. Lagipun moto Sayang ada box belakang. Boleh je letak-letak barang macam car boot hahaha bayangkan je la. Tapi, box untuk moto ialah limited sangat ruang. Ini juga menggalakkan supaya jangan membeli-belah dengan ghairah gituuuu.

Gayo memang mantap. Moto tu tak naik pun tongkatnya :D
Bukan saja dalam negeri tau, kitorang pernah la ke KL naik moto! Oh mai!!! Kebas punggung, kaki, muka, bahu, jari, pendek kata, seluruh anggota badanlah. Maklumlah, awak berdua comel lote. Naik moto berdua dah jadi 2 tan, bak kata Baba mertua I. Selamat sampai pergi dan pulang. Yang paling best pergi berdating ke Port Dickson la. Relax je, semata-mata nak pergi tengok sunset dan makan ABC tepi laut.

Suami I ambik naik moto wuhuuuuu
Dulu, I risau nak naik moto sebab risau kalau pakai helmet nanti tudung I akan kelepet. Sejak dah tau konsep pemakaian yang betul, sekarang dah tak kisah lagi. Cuma kena Sayang yang pakaikan kalau tak I tak tau nak adjust macam mana.

Cuma yang menyedihkan, tak pasti perbuatan khianat atau tidak sengaja bila tempat letak kaki untuk pembonceng belakang dah patah. Masa tu Sayang parking di opisnya. Bila nak balik je nampak dah terkulai je. Hurmmmmm. Sampai ke hari ni belum bertukar lagi benda tu. Rindu nak naik moto. Rindu nak nyelit-nyelit. Rindu nak polok-polok suami masa atas moto. Huaaa!

Tuesday, February 24, 2015

Pengalaman Ujian DRAC 2

Ok kali ni bukan ujian multiple choice sangat ye. Itu masa DRAC 1 dah jenuh ketuk-ketuk meja sebab nak cari jawapan. Untuk Ujian DRAC 2 ni kena menulis sikit, bukan buat karangan, tapi menulis speech! Aduh, stressnya... 

Here we go again, IDB Kuala Lumpur
Nampak tak secebis insan yang nun jauh disana... He's my other half. And I'm proud of him
Rupanya ada dua hari ujian ini untuk 240 orang calon. Maklumlah, nama pun huruf S dah kebelakang, dapat la sesi terakhir. Dalam 4 sesi, kamilah yang penghabisan. Uish, kira ramai jugak tu kan. Dapat ke I nanti? Nak tunggu result tu yang nervous sangat. 
Nampak tu, tengah menghafal nombor giliran sambil tunggu turn untuk mendaftar
Oh, tak perlu hafal, bukak je senarai pendaftaran terus nampak nama tersergam indah 
Ada 2 kategori untuk ujian kali ni. Ada yang akan buat ujian Bahasa Inggeris dulu dan kumpulan I, buat Pengucapan Awam Bahasa Melayu dulu. Dalam hidup, ini kali pertama I memohon pekerjaan dan dapat sampai ke tahap ini. Exam PTD selalunya dekat ujian bertulis tu je dah kandas! Hahaha ok malunye.

Sebelum ke bilik panel, disinalah soalan akan diberikan kepada calon.
Dan disini juga tempat calon membuat persediaan selama 20 minit.
Alhamdulillah, soalan untuk Bahasa Melayu dengan yakin I dapat bercakap panjang lebar. Dengan tajuk yang menarik, apakah kelebihan di KL yang mampu menarik pelancong. Soalan dari panel pun mudah. Bagaimana KL dapat mengekalkan destinasi pelancongan yang dinamik. Phew! Menggigil jugak suara I. 

Alhamdulillah, untuk bahasa Inggeris, walaupun I tak dapat bercakap selancar mungkin dengan tajuk Negotiation, tapi berjaya jugak sampai ke conclusion. Ingat senang ke, dia bagi soalan macam tu je. Kalau diorang bagi soalan berbunyi 'online shopping' ke mampulah jugak I jawab. Muahahahaha.

Apa pun keputusan, I redha seredha redhanya. Nak lawan kuasa Allah takkan boleh. Kalau dah Kun Fa Ya Kun tu Allah sebut, maka dapatlah I jadi warga KL lepas ni. In shaa Allah. U all kalau berdoa tu selit-selit sikit nama I ek hihi secebis je. Thank you :)

Balik je terus macam weng sikit. Hahahahaha!

Wednesday, January 28, 2015

Pulau Langkawi 2015 : Hari 1

Mesti u all muntah kan sebab kali ni je dah masuk 3 kali I menulis berkenaan Pulau Langkawi dalam blog kihkihkih! Sila hadap, sebabnya inilah percutian paling affordable untuk I walaupun sekali pergi tu sebab berkursus. Ok apa, support la sikit local punya destination. Dan, Pulau Langkawi best apa! Ada banyak cokelat! Yer, itulah yang menguatkan I sangat.

Jam 5.00 am bergerak dari Seremban terus ke KLIA 2. Masih, I kagum dengan KLIA 2. Kali ni kagum sebab jauh rupanya kena berjalan untuk ke Pintu Pelepasan tu. Arghhh! Selalu dengar orang lain je cerita, this time I sendiri yang mengalaminya. Flight AK6308 akan berlepas melalui Gate K20 bukan main di hujung dunia. Kalau hari-hari travel mau kurus kaki.

My family
Mama - Acunen - Sonny
Perjalanan semuanya ok. Pertama kali dalam sejarah hidup menggunakan tandas yang terdapat dalam flight. Selama ni naik memang I dah mengosongkan semua pundi, kali ni tak sempat. Resah gelisah nak menunggu sampai dekat Langkawi kononnya. Memang tak tahan walaupun perjalanan sejam sahaja.

Tengok muka tak mandiiiii haha
Sampai di Langkawi Airport lebih kurang jam 9.00 am dan kami meneruskan cabaran pertama kami iaitu, MENCARI KERETA SEWA DI AIRPORT LANGKAWI. Jangan risau, keluar je dari gate yang Arrival tu terus akan ada beberapa kaunter yang akan memangggil-manggil pelanggan. Pilih sajalah. Bagi I, sama saja harganya dah tentu semuanya satu persatuan. I pilih kaunter seorang perempuan namanya ialah Wan Asma. Secara ringkasnya, kami menyewa kereta Viva jenis automatik yang berharga RM120 untuk 2 hari setengah. Ok lah tu, senang nak bawak, senang nak parking dan murah pulak minyaknya.

Perjalanan hari tu diteruskan ke Pekan Kuah. Sebaik saja dapat kereta, terus I bawak Mama, Acu dan Sonny ke kedai mamak untuk bersarapan pagi. Lapor woi, bangun awal tak makan ape. Sonny sampai 3 pinggan Maggie Goreng. Milo Ais lagi hehe. Lepas makan, kami meneruskan cabaran selanjutnya iaitu, MENGHABISKAN DUIT MEMBELI COKELAT. Masih awal pagi, belum dapat nak check in ke hotel, kenalah berjalan keliling kawasan Jalan Pandak Mayah yang menempatkan semua kedai Duty Free.

I love Nutella!
Lepas membeli ala kadar, (ala kadar ke?), kami terus tapau makan tengahari dan terus check in hotel pada jam 1.30 pm di Sunderland Motel. Ianya terletak betul-betul di tengah-tengah kawasan Duty Free. Senang gila nak cari tempatnya. Memang strategik. Hehehehe. Biliknya ok, sesuai untuk trip 3 hari 2 malam yang budget. I book melalui AsiaRooms dan harga untuk 1 bilik ialah RM130 untuk 2 malam termasuk cukai. 

Lepas dah lepak-lepak sakan dalam bilik meluruskan pinggang, I dan Mama meneruskan cabaran kedua tadi. Acu dan Sonny tewas dan tidur kerana terlampau letih. Malamnya, kami meneruskan pula cabaran MAKAN MALAM DI PANTAI CENANG. Nak kata menyesal, tak jugaklah sebab makanan dekat sana memang sedap. Kalau nak tau sedap ke tak, mahal ke tak, silalah ke TELAGA SEAFOOD di Pantai Cenang. Kerapu 3 Rasa memang marvelous. Di balas dengan Nasi Goreng Udang. Fuhhhh! Dan, tiada gambar, sebab dah terlampau lapar.

Bukan main cekik kan rege sini... ok fine! 
Lepas makan terus ke Pekan Kuah. Ada pesta macam tu. Sempat je I sambar sehelai tudung. Ish ish ish! Kemudian kami terus balik ke hotel untuk tidur. Tidurlah, esok nak bangun awal. 

Tuesday, November 18, 2014

Kenangan Paling Diingati

Seperti yang telah di'RSVP' kan minggu lepas I berkursus dengan rakan-rakan satu department di pejabat ni. Ke Pulau Langkawi wey! Best gila lah. Kursus best, lawatan pun best. Poket je tak best sebab koyak. Pffttt! Ok it doesn't matter la poket ke seluar ke beg ke koyak, yang penting happy. Sebabnya, kursus kali ni ada meninggalkan satu kenangan yang takkan pernah luput dan hilang dari ingatan untuk kami BERTUJUH.
Semua ni terjebak kecuali Kak Midah, room mate I yang paling hujung tu :)
Jangan ingat Pulau Langkawi ada Telaga Tujuh, kami pun ada bertujuh yang agak keras kepala jugak. Hahahaha. Tak berapa tujuh sangat kot sebab dewasa memang tujuh tapi ada satu bayi :D memang kelakar dan tak sangkalah benda ni happened. Tak tercapai dek akal kalau mak-mak orang, bapak orang, anak dara orang dan bini orang buat hal macam ni.

Kami yang bertujuh itu ialah I, Dell, Zana, Tulip, Helmi, Linda anak beranak, Fairuz dan Aqil telah melalui satu pengalaman yang sangat menghiburkan dan kelakor. Sampai ke office, gelak tak habis. Dan baru berani nak cerita dekat kawan-kawan lain!

Masa malam kedua, pada 15/11/14 tu kami dah planning best sangat nak ke pasar malam berhampiran Bazaar Pandak Mayah di Pekan Kuah. Ok, jalan kaki pun boleh sampai. Tetiba muncul si Helmi, datang ke pasar malam berkereta dengan Linda anak beranak. Bincang punya bincang, nekad nak ke Pantai Cenang. Kereta tak muat... macam mana?

Kalau dah nekad tu ada-ada je caranya.. Lepas dah cuba pelbagai posisi hahahahaha I dan Dell memutuskan untuk balik ke hotel dan biarkan diorang pergi berlima. Namun, bak kata Fairuz, "...kalau kita cuba jugak ni boleh jadi kenangan terindah..." hahahahaha lagi sekali! Gila la diorang ni!

Pantai Cenang berjaya kami takluki dengan menaiki kenderaan seramai 7 orang menaiki Nissan Sentra, bukan naik Alphard mahupun Ezora mahupun apa-apa kenderaan MPV. Sempoi kan... Tergelak-tegelak lagi kitorang dalam kereta dengan keadaan : I memandu kereta (legaaaa!), Fairuz memangku Linda dan Akil di sebelah pemandu (anak beranak hahaha), Dell dan Zana memangku Tulip yang duduk tinggi bukan main dan Helmi paling seleso sambil layan Waze. 

Punyalah takut kalau ada apa-apa hazard reported ahead, bak kata Waze. Bukan apa, ada road block memang masaklah we ols. Itupun ada 2 buat motosikal polis trafik lalu tepi kereta nasib baik gelap dia tak nampak kot.

I - Dell - Tulip - Zana - Helmi - Fairuz - Linda - Aqil
Apa pun, itulah kenangan paling gila sekali pada kursus kali ni. Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga kejadian macam ni takkan berulang lagi. Untuk yang lain-lain, jangan contohi kami yang terdesak ni ok!

** gambar lain akan menyusul... banyak sangat nak kena edit nye pun! **

Jumpa lagi lain kali!

Tuesday, March 25, 2014

Tahniah Boboy dan Finaz

Bagai pinang dibelah dua. Memang cantik dan memang sepadan. Tahniah Boboy dan tunang, Finaz. Tahniah jugak kedua belah keluarga. Semuanya cantik belaka, daripada bakal pengantinnya, hantarannya, pelaminnya dan door-gifts nya. I tak ambil banyak gambar. Rugi! Sebab telefon dah habis bateri. Kecewa sikit disitu...

Cantik kan hantaran!
Tengok sirih junjung... weeee~ I suke!
Selamat dah Majlis Pertunangan berlangsung pada 22 Mac 2014 di Simpang Renggam, Johor. Awal hari Sabtu tu kami ke Permatang Pasir di Melaka untuk sedikit sambutan majlis hari lahir dan bacaan doa selamat di rumah Pakcik. Dalam jam 12.30 tengahari kami pun bergerak ke R&R Pagoh dan berkumpul di sana.
Birthday Tachi, Pakcik dan Adam
Ahha, sebelum bergerak wajib la posing maut dulu
Gambar dari IG Noyin :)
Tengok Mama kite sporting tau posing gittew :)
Dah cukup kereta, ada lah dalam 12 kot.. terus kami ke Tol Simpang Renggam. Agak jauh ye sebab atas lagi dari Batu Pahat. Lagi sikit nak sampai ke JPO, phew! Itu kata-kata kosong je, tak singgah langsung ke sana sebab belum gaji lagi.. huaaa!!

Keluarga pihak Finaz sambut kedatangan kami dengan sabar. Adalah dalam 3.25 petang kami sampai. Hehehe lambat kan. Sampai je terus majlis dimulakan dan lepas selesai tangkap gambar semua terus kami makan dan bertolak balik. Ada yang ke Johor, ada yang balik ke Melaka semula. Kami pergi bertiga, bawak Mama sekali. Balik pulak Noyin naik sekali.

Angah Ina & bakal menantu :) Cantik dedua.
Sama cantik, sama padan
Gambar dari IG Noyin :)
Malam, Pakcik terus ajak BBQ. Fuh fuh fuh! Sementara keluarga Abang, keluarga Busu dan keluarga Jiji ke Zoo Melaka, kami yang tinggal dah bedal dulu la bbq tu. Hehehe. Mana boleh tahan tengok lamb. Tapi nak puji banyak, marinated lamb yang beli dekat Giant tu memang sedap gila. Siapa orang Melaka yang dah terdesak nak bbq tapi takde bahan makanan bolehlah tapau lamb dekat Giant je.

Selesai dah cerita Majlis Pertunangan Boboy dan Finaz. Jumpa semula bulan Disember nanti, untuk Majlis Perkahwinan pulak. Ni yang seronok ni bab kenduri-kendara. Semoga dipermudahkan segala urusan bakal pengantin. Kalau ada nak apa-apa bantuan Mak Teh sila bagi tau ye. 

Oh lupa nak cakap, ini ialah anak buah pertama belah Sayang yang bertunang. There are more to come. Ni baru anak Angah Ina. Ramai lagi yang akan ikut jejak langkah Boboy. Kita tungguuuu~

Mak Teh kena diet! Sebab Mak Teh dah gemok. Tidakkkkkkkkkk~

Bukti Mak Teh gemok!
Gambar dari IG Noyin :)




Kredit kepada gambar-gambar dari Instagram Noyin. Terima kasih Noyin, kalau baca sini ye :)



Tuesday, March 18, 2014

Kadar Tol Utara-Selatan

Pernah stuck dekat lane Smart Tag? Pernah kehabisan kredit untuk Touch n Go? Pernah travel dalam keadaan kewangan tak mengizinkan? Wahhhh, soalan ala-ala iklan yang menawarkan pinjaman peribadi, blacklist juga boleh memohon. Hahaha ok let's back to track.

This is some useful information or application or website kot, apa-apalah. Kita di atas Lebuhraya Utara-Selatan dan in the middle of nowhere tiba-tiba hati terdetik like this one,

"Eh, berapa balance Smart Tag canggih aku nih?" 
...sambil picit button tepi tu dan Smart Tag pun tunjukkan amount RM5.60.

"Aduhhhhh, sampai tol PD tol dia RM7.70 lahhh. Macam mana ni nak kalau tak dapat topup dekat R&R?" 
...ayat skema kita sewaktu mengeluh.

Inilah masanya kita gunakan website


Click saja dan u all akan nampak Toll Fare Calculator. Mudah sangat, semua di hujung jari anda. Cara nak guna tu je terpulang pada kekuatan akal kita untuk berfikir.

Ok senang, lepas ni boleh check kadar tol. Suka nak diingatkan lagi ye, untuk Lebuhraya Utara-Selatan sahaja. Lebuhraya lain kena check website diorang kot.

Maklumat macam ni senang sangat dan berguna untuk kita. Bukan promote, tak dapat apa pun. Untuk diri sendiri dan orang tersayang saja. Lepas ni boleh travel tanpa ragu-ragu. Lagi orang macam I yang particular sangat berapa duit nak kena keluar. 

Tak caya tanya Sayang! 

:D

Inilah rupa website, kalau application I tak pasti ada atau tak. Cari sendiri k. Bye.

Wednesday, June 5, 2013

Perjalanan Ke Tanjung Karang

Nak merasa macam mana jauhnya SiDia pergi kerja bulan lepas. Dapat jugak I join trip nak hantar pekerja ke Tanjung Karang yang I sendiri tak dapat bayangkan dekat mana sebenarnya tempat ni. Sungguh luar dari jangkaan I. Selama ni pernah dengar la.jugak nama Bukit Melawati. Tapi tak pernah sampai. Ohhh inilah tempatnya. Jatuh pulak pada cuti umum. Memang sedaplah I mengikut.

Perjalanan sangat jauh ye. Berjam-jam rasanya. Dalam hati mula berdetik,
"Jauh juga Sayang memandu selama ni. Balik tengah malam dengan keadaan macam ni..."
Dapat tengok kedai yang SiDia siapkan. Dapat tengok rumah sewa yang dalam gambaran je selama ni. Dapat tengok kawasan keliling yang selama ni SiDia selalu hantar pada I. Fuh.. Timbul keinsafan hidup I dipermudahkan Allah selama ni.. Alhamdulillah.

Perjalanan kami diduga dengan cuaca panas. Ditambah dengan penghawa dingin kereta yang bagai mintak diservis. Allah saja yang tau macam mana kritikal keadaan kami berempat di dalam kereta di kala jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Terpaksa...

Perjalanan yang penuh dugaan dibalas dengan kebahagiaan. Dalam perjalanan pulang semula ke Seremban, kami singgah jugak di Kampung Kuantan. Ada kelip-kelip dekat sana tapi beroperasi malam sahaja. Takkan siang nampak lampu kelip-kelip. Dapat jugak I melepas rindu berdating dengan SiDia setelah sekian lama tak keluar berjalan jauh macam ni. Setiap moment dan semua tempat yang pergi bersama berharga. So swiiiiiiittttt! Hihihi.

Dapat jugak beli kerepek untuk Mama dan Mama. Dan dah tau dekat mana letaknya Cendol Bakar yang boleh drive thru macam McD hehehe.

Ni kawasan sekitar kedai... gambar sikit je sebab panas tak larat nak keluar amik gambar pemandangan
Apakan daya, siang hari tak nampak kelip-kelip, snap gambar sign board aje lahhh
Kena naik sampan tu ye nak pegi tengok kelip-kelip
Boleh ade accident depan ni, gelojoh nak masuk Cendol Bakar punye drive thru ke bang??
P.s. I rinduuuu sangat nak dating macam ni dengan u la, Sayang. Love u! Tq sebab u sudi bawak I jalan tengok tempat orang.

Thursday, March 28, 2013

Banyak Berubahnya Pulau Langkawi

Hari 1 (Ahad, 24/2/2013)
Bergerak seawal jam 5.15 am ke LCCT bersama-sama Mama, Ayah, Wanyong dan Wanteh. Berjaya jugak I mengemas kain baju dan beg dalam masa 45 minit. New record! Sampai LCCT terus je check in luggage dan masuk tunggu depan gate dan tepat jam 7.30 am terus flight take off :) Alhamdulillah semua selamat.. Sampai je di Langkawi Airport terus mencari-cari kereta sewa. Disebabkan sewa selama 3 setengah hari dan semuanya 'sihat-sihat' belaka badannya, kami decide untuk sewa Toyota Avanza je terus dengan bayaran RM300. Auto dan senang! Tak payah susah-susah ye... Belum sempat check in hotel, Wanteh dah buat introduction membeli-belah dekat Idaman Suri. Tepat jam 2.00 pm terus I pergi check in kan hotel untuk warga-warga emas yang dah keletihan. Review untuk Citin Hotel, bolehlah tahan cuma bilik kecik memang sesuai untuk tidur berdua. Bila masuk I, Wanteh dan Wanyong memang nampak penuh bilik. Petangnya kami cuma berehat dan Ayah decide nak keluar lepas Maghrib. Malamnya kami ke Haji Ismail Group dan Langkawi Saga pulak sebelum mencari tempat makan di Pantai Cenang. Seronok bukan main Pantai Cenang! Macam dekat Batu Feringghi pulak rasanya *teringat*. Oh ye, sedap ye santapan kami Aliah Seafood.


Big Boss berposing sambil melarang I bersoping hihihi
ni semua pemusnah wallet I ye kawan-kawan
Hari 2 (Isnin, 25/2/2013)
I cuma breakfast Toblerone sekotak dan mereka yang lain breakfast di hotel. Terus ke Dataran Lang, tujuannya untuk bergambar sahaja hehehe. Selepas bershopping ala kadar, proceed pulak journey ke Oriental Village Langkawi untuk naik Langkawi Cable Car. Wow! Banyaknya berubah. I cuma naik dengan Ayah. Makcik-makcik semua gayat katanya. Ok, kitorang berdua dan meluahkan perasaan anak beranak sesama sendiri. Tq Ayah, sebab faham Samani :) Tinggi dan sejuk dan best dan tak berapa adventurous sebab jambatan tu tutup pulak untuk maintenance. Bored! Turun cable car dah pukul berapa, terus balik ke Kuah semula dan lalu di spot menarik di Langkawi. Teringin nak pergi Black Sand Beach tapi terlepas sudahhh! Macam biasa, balik ke Kuah bershopping dan balik hotel untuk mandi manda. Malam kedua ni kami masih berjalan di Pantai Cenang. Kurang menyelerakan makanan pada malam ni..

Big bos, ma'am and aunt :)
Ayah at Gunung Mat Cincang
Ayah at Dataran Lang
Hari 3 (Selasa, 26/2/2013)
Hari terakhir, mulalah I mengaruk nak shopping sakan. Bukan apa takut cokelat semua cair baik beli hari terakhir ni kan :D Pagi breakfast di Kuah dan shopping ala kadar (ehem2!) untuk insan tersayang yang tinggal jauh di Seremban. Sempat jugak rehat di hotel sampai jam 11.45 am kami check out dan terus ke Makam Mahsuri. Wanteh nak sangat pergi katanya. Dah puas bergambar dan makan laksa sedap Warong Mak Andeh, proceed ke Beras Terbakar pulak. Takde pun berasnya... :( yang ade kedai-kedai yang membuatkan I membeli belah. Dan terjumpa rakan UiTM sambil bergelak ketawa. Ciss, dekat KL tak jumpa pun ye! Last, kami lunch + tea time di Pantai Cenang jugak. Hadoi... I kalau datang lagi sekali memang akan stay di Pantai Cenang. Best! Perjalanan berakhir jam 5.00 pm bila sampai di Langkawi Airport dan flight take off tepat jam 7.00 pm. Kesian Wanteh yang tiba-tiba jatuh sakit masa dalam flight dan kena tolak dengan wheelchair untuk keluar.

Menziarah makam :)
Makcik-makcik dah letih bersoping sakan.. di Pantai Cenang
Cheeeeeeeee-eee-eeeeeeeeeeeese!
Terima kasih lagi sekali Waze! Sebab berjaya jadi penunjuk arah yang baik. Ayah pun dah suka dengan Mr.Robert (padahal suara tu perempuan). Hahahahaha! Layannnnnnn~

Al-Fatihah... Makam Mahsuri
Apa yang I dapat hasil dari aliran wang tunai keluar dari wallet : 
Coklat yang banyak untuk diri sendiri seperti Toblerone, Hersheys, Cadbury, Nutella dan D'aim, Tshirt untuk Adik Kak yang tak dapat pergi dan SiDia yang tersayang, keychain untuk semua Wondergirls, coklat jugak untuk office mate dan Bam Gamat untuk diri sendiri juga yang sama function macam Felinna Inchloss Lotion. Muahahaha! 

Sekian karangan excited! 

Tuesday, January 1, 2013

Satria Baja Hitam Tersadai

Semua gara-gara I yang nak cepat dan bawak macam orang gila dan tak tau yang temperature naik dan pffftttttttt.. Ok sedapkan hati, memang meter temperature dah kong. Huaaa. Terpadam sekali enjin masa on the way ke Labu tapi dapat dihidupkan balik. Kali kedua padam masa perjalanan balik ke Seremban. Exactly 1 km nak sampai Shell Gadong Jaya enjin pun padam dan dengan nasib yang baik jalan menurun bukit dapat SiDia teruskan jalan sampai park dalam kawasan Shell.

Semalaman WFW tidur dekat Shell. Nasib baik selamat. Keesokannya terpaksa naik tow truck untuk bawak ke bengkel. Adui kesiannya SiDia dengan demam dengan kereta breakdown. Dengan girlfriend psycho asyik marah-marah dia hahaha.

Selamat sampai bengkel nak bawak tuan kereta pulak ke klinik sebab pun sama. Breakdown jugak. Result, tonsil bengkak teruk ada nanah sikit. Aiyooo. Takpelah u makan antibiotik semoga cepat sembuh. Baru boleh karaoke lagi. Result kereta, errrrr.... Nanges kuat-kuat boleh tak??

Kejadian enjin berasap

Kejadian tuan kereta kena tow 

Kereta naik wheelchair :D