![]() |
| Nak cutting macam ni balik... |
Showing posts with label kuruskuruskurus. Show all posts
Showing posts with label kuruskuruskurus. Show all posts
Wednesday, July 1, 2015
Wednesday, May 6, 2015
Wednesday, March 18, 2015
Akhirnya... Diet Atkins
Akhirnya... Setelah sekian lama I menolak diet ini, kehadiran kawan-kawan yang dah terbukti kurus menjadi penguat semangat. Ditambah dengan rakan-rakan seangkatan TTC dalam support group semuanya berjaya dalam perjuangan dengan Diet Atkins. I cuma sedih sebab I tak boleh tinggalkan Milo Ais kegemaran I. Dah seminggu, berjaya jugak I tinggalkan minuman kegemaran I. Alhamdulillah.
Yerp, I buat Diet Atkins. At last! Setelah didorong oleh seseorang. Seseorang yang masakkan untuk I, yang kejut I bangun, yang picitkan kepala bila I pening sebab tak makan. Hehehehehe. I pun dapat kekuatan sebab masa I ber'medical leave' macam tak ada nak buat apa sangat dekat rumah. Buat research lebih kurang dan terus dapat ilham. Why not, cuba waktu dekat rumah. Kalau sakit pening permulaan, boleh tidur je dekat rumah. Compared to, kalau dah masuk office. Susah nak ngelat. And that's it! I dah genap 7 hari mengamalkan Diet Atkins.
Dekat sini I bukan nak bagi tips macam otai-otai Diet Atkins ini tapi nak berkongsi apa yang I rasa dan pengalaman I yang baru seminggu berdiet ni. Honestly, dekat rumah I takde weighing scale (and I better get one) cuma dekat rumah Mama yang ada. Jadi I tak tau berapa penurunan sampai ke hari ini. Cuma selepas 3 hari, I ke rumah Mama dan timbang, berkurang sebanyak 2 kg. Yay! Dan honestly lagi sekali, I memang ada makan cupcakes dan nasi. Sebabnya? Baca sampai habis ye :)
First of all, untuk semua rakan seperjuangan yang kerap sakit kepala kalau kurang makan atau makan lambat, meh sep sikit. I pun sama je... Sebab tu I refused nak buat Diet Atkins mula-mula dulu. Sebab tu, sebelum nak mula, I banyak gather information untuk memudahkan I kalau I dapat komplikasi apa-apa. Dan untuk kawan-kawan, I dedikasikan post ini untuk u ols. Ini ialah ketosis yang I alami :
PENING KEPALA - Sakit teramat sangat, macam nak hantuk kepala dekat dinding. Sumpah! Selama 2 hari setengah I suffer sangat. Jadi tak tentu arah. Sayang ada je dekat rumah siaplah I mintak tolong dia picitkan. I tidur sepanjang 3 hari. Nak tengok cahaya terang pun tak mampu.
LOYA - Of course, bila pening memang loya semacam. Perut masuk angin orang kata. Dah biasa makan nasi sekali ditinggalkan begitu saja. Hehehe. I bukan tak makan pun, makan sehari mau dekat 7 ke 8 kali hahaha lapor wey! Dada pun rasa pedih je. Gas muntah tu nak lalu pastu patah balik ke bawah haha. I telan sebijik cupcake, lagi rasa nak muntah! Pastu menyesal...
MENGANTUK - Mungkin disebabkan pening kepala. Mungkin disebabkan takde gula. Mungkin juga disebabkan I seorang insan yang kuat tidur. Errmm, rasanyalah. Mengantuk sepanjang zaman, orang kata. Bangun dah lambat, kesiangan gitu, tidur nak awal je. Macam tak cukup, macam tak puas.
MULUT KERING - Macam ada vacuum. Disedut semua air dalam mulut. Jadi kering dan pedih rasa mulut. Itu yang rasa nak minum air dengan banyak. Solution, jangan minum air sejuk sangat nanti sakit pulak tekak. Banyak gila stok air suam dekat dapur, jarang-jarang berlaku. I haus sangat. Nak minum lagi dan lagi dan lagi.
LEMAH GEMALAI - Nak kata kebuluran, tak lah kebuluran pun. Makan kemain hebat jugak lagi. Tapi yang lemah gemalai macam penari tradisional tu tah kenapa lah agaknya. Macam nak pengsan jugak. Mata berpinau. Kalau boleh masa ni jangan keluar rumah ke bawak kenderaan ke nanti accident susah.
DISCHARGE - Ok ini khusus untuk kaum wanita. I mengalami perkara ni dan I sangat takut. Bila buang air kecil je berketul-ketul keputihan dalam mangkuk jamban. Serammm. Kamonnn, takkan tak seram kan bila tak pernah-pernah ada discharge sedemikian rupa sekali muncul dengan banyak. Bagi gegerl, perkara ni penting dan merupakan tanda penyakit. I ada baca tanda-tanda ketosis dalam blog-blog berkenaan pengalaman Diet Atkins. Ianya normal. Solution, jangan panik. Hanya 5 hari saja I mengalami. Lepas tu clear macam biasa. In shaa Allah....
Alhamdulillah. Berjaya I atasi masalah I yang pertama ini. Masa nak mulakan Diet Atkins, pening kepala lah perkara yang I paling takuti barulah diikuti dengan rasa lapar. I berjaya atasinya, walaupun mengambil masa selama 2 hari setengah. I berjaya menjadi seorang 'silent reader' yang menggodek file yang dilampirkan di dalam Kelab Diet Atkins Malaysia di Facebook. Seronok gila I baca semua tu. Setiap hari baca sikit-sikit. Lagi berkobar tengok diorang post gambar. I want to be one of them.
Dan kalau Kelab Diet Atkins Malaysia ialah buku teks, blog bicikut.blogspot.com adalah buku rujukan I. Jangan malas, kalau nak berjaya. Itu je. Kalau siapa pernah baca blog I dari awalnya, bukan tak tau kaedah-kaedah I nak kurus ni pelbagai sangat. Apa je yang I tak cuba. Dari berZumba sampai ke sapu losyen kurus tu hihihi.
Will update more on my progress soon. I makan tak extreme pun. Cuma ayam goreng. Tapi, I akan sedaya upaya share cara pemakanan I nanti untuk peminat-peminat I yang tersayang hahahaha puiiiii! Bagilah mak nak perasan happy sikit....
I read something good yesterday, orang yang mengamalkan Diet Atkins ni happy semacam. Hati berbunga-bunga indah riang semualah. I have to admit it. Walaupun kerja serabut dekat office, kena buat 2 persaraan, tapi semaknya tu sekejap je. Hehehehe. Try lah u ols... Tapi jangan lupa, sertakan doa dan niat pada Allah. Setiap kali nak makan tu niat nak turun berat badan sebab apa kerana Allah...
Nanti sembang lagi k... Semenjak dua menjak ni, banyak pulak idea :)
| Nak kurus cenggini balik... or even smaller :) #throwback Hari Pernikahan |
Monday, March 16, 2015
RSVP : Zumba Fiesta
Kesinambungan dari Zumba Fiesta yang pernah diadakan di Putrajaya tahun lepas. I pernah buat entri pasal event ni. Bolehlah recall balik DI SINI ye. Memang best tau masa dekat Putrajaya yang dikendalikan oleh ahkak-ahkak 3 SAKA yang memang ramai followers. Untuk tahun 2015 ni, zin dah bertukar kepada Zin Juliana dan Zin Adza. Mesti best jugak tuh!
Masa di Putrajaya yang lepas, keadaan dewan agak kecik, ruang terhad sangat. Yang hadir pulak macam nak terkeluar dari dewan. Kali ni diadakan di ILKAP, Bangi pulak. Harap ruangnya selesa dan paling penting, senang parking! Hahahaha, in case, kalau I kena drive sendiri. Tu yang kena ada parking senang. Kalau susah nanti menggagau u ols.
Kalau ikutkan, memang nak join. Tengah cari kawan-kawan yang nak pergi. Kalau sorang pun, I boleh je redah. Tunggu green light dari Sayang. Lepas tu tunggu gaji lah nak bayar kannnnn. Hahahaha. Itu yang penting sebenarnya. Untuk u ols yang nak join bolehlah call number yang tertera di gambar dibawah. Jangan contact I pulak. I cuma sampaikan je. Belum mampu lagi nak jadi organizer. Kehkehkeh.
Tuesday, February 24, 2015
Nak Kurus : Pantau Jumlah Kalori Setiap Hari
I was introduced to this application by a friend. Sangat berguna, sangat user friendly, sangat mudah dan sangat membantu. Macam biasa, kalau I yang omong-omong nak menguruskan badan ni kan memang hebat bunyinya kihkihkih! Harap maklum, insan PCOSer macam I ni memang ambil masa yang lama untuk menurunkan berat badan berlebihan yang sentiasa bergayut di seluruh anggota badan dan organ-organ dalaman.
I ada strategi sendiri lepas ni. Memantau jumlah pengambilan kalori di samping membuat aktiviti untuk membakar kalori. Melalui pembacaan, makanan berebus adalah yang paling baik untuk diet rendah kalori ini. Macam I, seorang PCOSer, ada makanan yang I boleh ambil dan ada yang I tak boleh ambil, due to high insulin level. I kena betul-betul menjaga pemakanan I, untuk mengurangkan berat badan dan TTC.
Sebelum I memperkenalkan (cewah!) application yang I gunakan di smartphone ini, eloklah kiranya kita membuat sedikit research atau kajian mengenai calorie intake ini ke atas tubuh kita. Untuk diet kali ini (masih lagi mencuba, mana yang sesuai untuk I hahaha kesian kan!) antara rujukan yang I buat ialah seperti senarai di bawah ini (sila click link di bawah untuk lebih info) :
I memang tengah gigih lagi mencari info dekat 3 blog di atas ni. Pesanan biasa, nak seribu daya lah kita usaha membaca semua maklumat yang diberikan, kalau taknak, memang seribu dalih la malas nak click pada link-link yang diberikan hahahaha! Oh ye, sebelum terlupa, I ada juga terjumpa Calorie List yang disediakan dalam bentuk jadual oleh SusuSejat
Ok, kalau dah selesai buat kajian dengan rujukan dan maklumat yang diberikan, inilah cara I untuk mengira jumlah kalori yang diambil dan dibakar. Bagi memudahkan proses pengiraan, silalah install application MyFitnessPal. Rupanya adalah seperti di bawah ini :
![]() |
| Macam ni la rupa app nya ye |
![]() |
| Sehari banyak tu je la ye yang I boleh ambik |
![]() |
| Mak aih! Beratnya Samani! Hahaha in 5 weeks berat gitu, sekarang???? |
![]() |
| Macam-macam ada... sila install ye :) |
Bukan ini saja, dengan application ini juga kita boleh menambah makanan kita sendiri. Dengan ruangan recipes itu, bila kita masukkan saja bahan-bahan nanti kalori akan dikira keseluruhan makanan itu. Bagi goals, boleh juga dipilih untuk kurangkan berat atau maintain berat atau tambahkan berat.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada segala kemudahan yang ada. Jangan disalahgunakan, kita buat yang baik-baik saja ok. Selamat mengira kalori!
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada segala kemudahan yang ada. Jangan disalahgunakan, kita buat yang baik-baik saja ok. Selamat mengira kalori!
Thursday, February 5, 2015
Fun & Fit Zumba With RAPI
One word, TAK PUAS! Huaaaaa... Senang je konsep dia kalau dengan 3 SAKA, 3 ke 4 jam pun belum tentu cukup puas. Hahaha. Actually, dalam promo dinyatakan sampai jam 10.00 am, tapi, hari kejadiannya, hanya 1 jam aje berZumba. Oklah tu, asalkan I sempat dari awal sampai ke habis. Ini je lah yang dapat mengubat hati, Nak ke Fit N9, tak dapek, sobab eh, anak buah kawen. Ku korbankan je lah... Walaupun sakit mata memandang kawan-kawan upload dekat IG dan FB.
I bergerak dari Taman Melati dalam jam 7.15 am dan tiba di Jalan Sepana 15/3, Shah Alam pada jam 8.10 am. Alhamdulillah, lagi sekali, dengan bantuan Waze, tepat, cepat dan mudah untuk I sampai di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Dan paling penting, I drive sorang-sorang tau! Sayang terus ke rumah kenduri sebab nak tangkap gambar pengantin tengah bermekap.
100 peserta mendaftar akan dapat gifts dari penganjur. I dapat jugak! Terima kasih Put sebab tolong register untuk I hihihi. Best sangat free gift tu, macam-macam ada... Kawasan depan Pentas Utama untuk Karnival Karangkraf 2015 tu adalah atas tar. Nasib baik I dah biasa atas jalan tar muahahaha. Selepas berZumba selama sejam, kitorang berjalan seround ke dalam kawasan pameran. Ok fine, buku murah-murah ala BBW jugak ni. Iman ada sedikit goyang. Tapi dapat ditahan. Pastu goyang lagi sebab nampak majalah Impiana. Tahan punya tahan, Put yang teruskan berjalan, I terus surrender.
| Inilah Putt, dia slim, I tembam! Hummppph! |
| Gambar buku murah-murah takde, ini je yang ada. Ini masa dah habis Zumba ye... Yang tinggi-tinggi atas stage tu model Majalah Rapi :) Wahhhhhh! |
Later that day, I pulang ke Taman Melati dibantu dengan Waze jugak. Ada polis dihadapan katanya, memang ada. Nasib baik tak kena 'tembak' hahaha. Alhamdulillah...
Labels:
event,
HA,
hati,
KAMI,
kawankawan,
KL,
kuruskuruskurus,
lasak,
love,
Zumba
Friday, January 30, 2015
RSVP : Fit N9 atau Fun & Fit Zumba With RAPI
Tak tau yang mana satu. Dua-dua best, dua-dua gempak, dua-dua free dan dua-dua adalah ZUMBA! Cuma, yang mana satu I join pun, tetap dapat join separuh hari saja. Tengahari akan ke KL untuk kenduri anak buah, Boboy dan Finaz. Untuk tarikh 1 Februari 2015 ni I kena buat decision yang takkan merugikan sesiapa.
| Promote sikit. Yang penting ada KJ hahaha untung-untung dapat selfie dengan KJ nanti wey! |
Fit N9 adalah yang pertama diadakan oleh Fit Malaysia di dalam tahun 2015 dan pertama kali dibuat di Negeri Sembilan. Fit Malaysia menyediakan pelbagai acara yang melibatkan run, ride, self-defense & fitness. Memang best! Sebab ada booth, ada jadual untuk semua acara dan ada photo-booth. Itu yang penting ye, photo. Untuk mengabadikan memori katanya hahaha. Ada Zumba, Jazzercise, Aerojamming, Body Combat dan lain-lain lagi. Rugi, like seriously, rugi u all tak join ni especially warga Seremban. Bawah ni ada jadual dan layout untuk Fit N9 nanti. So, bolehlah adjust masa untuk pergi sesi yang mana satu ye.
| Boleh adjust timing untuk hantar anak balik kampung dulu kalau tengok jadual ni hehehehe |
| Banyak gak khemah I nampak diorang dah pasang keliling padang ni memang nampak meriah! Huaaaa!~ |
Fun & Fit Zumba with RAPI pulak adalah acara Zumba yang dianjurkan oleh Karnival Karangkraf 2015 yang bertempat di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Kenapa I nak pergi? Sebab ada kakak-kakak 3 SAKA yang hot itewww! Dan ianya adalah PERCUMA! Diulang, PERCUMA! Takkan I takmau pergi kan, punyalah best punya kakak-kakak ni. I rasa Karnival Karangkraf 2015 ni terbuka untuk semua dan jangan tanye I berkenaannya sebab I cuma nak pergi yang Zumba tu je. So, warga Shah Alam atau sekitar yang takde buat apa pada hari Ahad tu bolehlah join ye.
| Hah! PERCUMA! Percaya tak sekarang? |
Mana-mana event yang I akan pergi adalah limit sampai jam 11.00 am je. Hati tu berat nak ke Shah Alam, tapi macam jauh dan tak reti jalan. Tapi dek sebab hati tu nak sangat memang gigih la akan guna Waze haha. Fit N9 pun best sebab ada macam-macam. Silap-silap dapat t-shirt pun dah kira best. Lepas tu, ada pulak booth jualan. Ok ini bahaya! Macam la Karnival Karangkraf takde booth jualan. I nak pergi Fit N9 jugak, tapi nak kena roger kawan-kawan dulu. Kalau Karnival Karangkraf dah ada geng. So..........
Which one?
I wish I can be in Seremban and Shah Alam at one time. Hahaha ini gilo!
Labels:
aplikasi,
cuti,
cuti umum,
event,
in laws,
keluarga,
KL,
kuruskuruskurus,
love,
RSVP,
samani,
Seremban,
Zumba
Friday, January 23, 2015
Jom Ber'Masala Bhangra' Di KOMBES Paroi
Saje je nak memeriahkan suasana. Tak best kalau happy sendiri-sendiri je, kena share dengan orang sekeliling. Macam biasa, setiap Sabtu malam memang ada aerobic bersama KEG Group di KOMBES, Paroi. Dan macam biasa jugak, I lah antara yang suka nak join semua sesi aerobic ni. Hihihi. Dan untuk Sabtu ini, 24/01/2015 kita akan ber'Masala Bhangra'!
Untuk sesi Masala Bhangra kali ini, kalau nak datang kena ada syarat. Kena pakai Punjabi Suit ok! Hehe, takdelah I main-main je. Boleh je pakai kurta ke apa-apa pakaian yang memudahkan pergerakan aerobic. Dan paling penting sekali, berkasut! Jangan lah satu suit pakaian nak Masala Bhangra dengan sandal ye. Pakai kasut sukan.
Yang segan silu macam I pulak, segan nak pakai Punjabi Suit bolehlah pakai pakaian sukan biasa tapi ada penambahan sikit je. Kena bawak 2 helai sapu tangan ok. Ala, menari feeling Mohabbatein sikit la. Ada sapu tangan duk kibai-kibai. Hihihi. Comel kan?!
Kita jumpa di KOMBES, Paroi ye. In shaa Allah, kalau ada kelapangan dan paling penting kalau panjang umur dan diizinkan Allah, bolehlah kita layan Masala Bhangra bersama KEG Group di KOMBES, Paroi. Jom korang, kita meriahkan malam minggu dengan bersenam. Lupakan clubbing, lupakan merempit, lupakan melepak bergosip-gosip hahahaha! Sorry, tagline jujur!
P.S. Kemain, balik ni I nak pergi cari sapu tangan! Kehkehkeh!
Wednesday, January 21, 2015
Largest Zumba Party! Weeehuuuu!
The party was held on 18.1.2015 at Stadium Merdeka, Kuala Lumpur and I'm happy to be part of history. This is the largest Zumba party in Malaysia and the gathered about 5,800++ participants, including me! I can't believe this big, and I can't believe such crowd. That was an awesome event I've ever joined.
| Early that day |
Semuanya mudah pada pagi tu. Perjalanan senang je sampai, parking pun mudah cari, tunggu Salalyn pun senang je jumpa, nak register pun masuk dan jalan terus je. Once u registered, dapat Gatorade dan roti. Boleh lah buat isi perut, walaupun perut I dah diisi dengan Mihun Goreng dan Tuna Sandwich yang dibeli Sayang di R&R Seremban. Alhamdulillah, cuaca pun panas elok. Seram jugak I kalau hujan... Mana nak datang baju hujan. Cuma panas ni, habis lebam le muka. Hehehe.
But everything was good and I was satisfied. Sama macam event Zumba yang I pernah join selama ni. Cuma kali ni terlampau ramai la penyertaan. Sebelum ni, paling ramai di Stadium Melawati, Shah Alam. Ini Stadium Merdeka beb! Dan stadium tu almost penuh. Sound system pun ok, siap ada big screen untuk mereka yang di belakang-belakang ikut step kalau tak nampak apa yang berlaku atas stage. And all the Zins was so good! They danced well. Movement untuk Zumba pun best dan simple. Senang nak ikut. Taklah extreme sangat walaupun David Velez yang lead. Ecehhh, macam bagus pulak. Hehehe.
Cuma dekat sini, I berbesar hati nak senaraikan beberapa perkara yang tak berapa sedap pada waktu event ini berlangsung. Antaranya ialah :
1. Parking cekik darah RM20 terperanjat I! Logiknya, takkan I dari Seremban nak naik public transport seawal pagi gitu kan. Dah tu, kena balik awal pulak untuk Sayang bekerja... Alasan dari parking attendance itu, pihak penganjur tak menyediakan parking dan semua participants berasak untuk meletakkan kenderaan di situ. Satu kereta RM20, bayangkan. Penganjur perlu titik beratkan hal ini jugak...
2. Ramai sangat participants yang selfish. Kita sama-sama rakyat Malaysia, tak perlu nak sombong sangat. U boleh bayar RM75, I pun boleh bayar, even double the price also I can pay you. Bukan nak cakap apa, dahlah step u ke laut, beranjak-anjak ke belakang sampai sempit orang belakang. Bila I ke depan, dijeritnya I. Hurmmmm, apa sangatlah nak dikejar senang dekat dunia ni kan. Nasib bangsa lain, kalau Melayu kita, bikin malu je.
3. Takde adab, kesopanan dan kesusilaan. Not to mention, but, this is Malaysian. Tak kira lah Melayu ke Cina ke India ke... Di dalam padang tersedia 6 buah photo wall. Bolehlah bergambar dekat situ untuk mengabadikan kenangan katanya. I was in queue while waiting for one couple that were still taking photos, suddenly a group of Chinese rushed towards the wall when the couple done with their selfies. We waited so patiently for that group and I believed they saw our face expression although we didn't say any words to them. When they moved from the wall, it's our turn to take some photos and a group of Malays and Indians went to overtake us. We just gave our, 'u're DEAD!' look and they were like, "eh, kena beratur ek??!" Hahahahaha, ini kelakor. Walaupun I dan Salalyn berjaya jugak snap di photo wall tersebut tapi hati tetap rasa tak puas. Ahahaha.
4. I know, it was my fault to chose the shirt's size wrongly, tapi, I rasa pihak penganjur patutnya menggunakan budi bicara mereka untuk memberikan kami, peserta berbayar, sebanyak RM75 untuk menukar saiz baju kami. Benda ni nampak simple, cuma, ada diantara kita yang buta IT, macam I. Bila dah pilih baju untuk women barulah terperasan patut I pilih baju untuk men. Macam itulah pendapat I. Sila pertimbangkan di lain masa ye...
So far, itu saja ketidakpuasan hati I pada penganjuran dan penyertaan untuk event kali ini. Selama ni event lain tak pernah I ada masalah begini. Biasalah, kata orang, event besar macam ni tak ada yang perfect. Semoga diperbaiki di masa akan datang.
| Lepas habis, I dan Salalyn terus bergerak balik. Tak tunggu pun lucky draw. Salalyn ada event lain, I kena rushing untuk Sayang kerja pulak. |
Apa pun, I'm looking forward to join more party after this. Because I love to dance!
Terima kasih Sayang kerana masih menjadi penunggu setia I dimana dan kemana juga I pergi. Alhamdulillah...
Monday, January 12, 2015
Sambutan Tahun Baru Di KOMBES Paroi
Tajuk diatas nampak macam tak prihatin dengan kesempitan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir dan mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat nahas kapal terbang. Walaupun begitu, hanya Allah yang tau apa yang hambaNya lakukan untuk membantu semua yang memerlukan bantuan di kala ini. Alhamdulillah..
Berbalik kepada sambutan tahun baru di KOMBES, Paroi pada hari Rabu lepas. Memang penat, letih dan lesu. Gila, 3 jam kot mengerah tenaga. dan of course, ada cabutan lucky draw lepas tu disambung lagi dengan pancutan bunga api. Pancuran atau pancutan I macam confuse sikit penggunaannya disitu ye. Tak sangka, I masih mampu berZumba selama 3 jam sepanjang malam. Last sekali masa sambutan malam Merdeka Tahun 2014. Yang paling gila ialah, I baru je pergi party Zumba di Grand 3 SAKA pada Hari Krismas dan terus proceed ke 3 jam ini pulak. Rasa lutut tu gigil jugaklah. Nasiblah baik esoknya cuti.
| Dah siap dikepung kawasan untuk senamrobik itu |
Malam tu, kawasan biasa yang kami aerobic dikepung dengan tali menandakan mereka yang berbayar boleh duduk di dalam kawasan. Antara yang lain ialah, tempat pembayaran terletak betul di bahagian hadapan dan setiap yang telah membuat pembayaran akan diberikan ribbon berwarna putih diikatkan di pergelangan tangan dan diberikan goodies berupa mineral water dan roti. Ada juga nombor bertuah, macam biasa, I ain't lucky enough. Maybe next time :)
5 orang instructor yang hadir memang hebat-hebat belaka. Tu agaknya sebab kenapa I rasa nak patah kaki ni. Orang Nismilan kato, gilo boto lah! Mereka ligat-ligat belaka. Step pun best, senang nak ikut. Ada la satu dua tu blur jugak I dibuatnya camne diorang buat hehehehe. Apa pun, harapnya KEG dapat jemput diorang lagi. Best! Participants memang ramai, dan sporting. Ada di kalangan mereka merupakan followers kepada instructors yang merupakan dari Bahau, KL dan Nilai kalau tak silap I. Apa pun, I dapat kawan baru. Yay! Jumpa dekat Grand 3 SAKA dan kali ni dekat Paroi pulak.
Apa lagi nak cerita, the whole celebration was totally awesome. I'm so addicted to this kind of stuff. I tak berapa suka jogging, I kurang sikit weightlifting, nak suruh I buat body combat pun jangan harap. Aerobic, Zumba, Batuka, Masala Bhangra dan yang lain seangkatan itulah yang mampu dan I suka buat. Tahun 2015, I akan teruskan usaha menguruskan badan lagi lagi lagi dan lagi. Walaupun macam payah. Hehehe!
P.s. Kepada akak yang email I untuk tanya schedule KEG Group di KOMBES Paroi, kehadiran akak sangat dialukan. Nanti kita joget sama-sama ye. Kita kasi burn itu lelemaks.
| The fireworks! |
| Habis fireworks terus nyanyi Negaraku. |
| Ini kakak I kalau dekat KOMBES. Nama dia Kak Ita. Kecik kan beliau :D I besau bagak hahaha ops. |
| Selfie sikit. Tahniah KEG atas kejayaan mengumpul peserta yang ramai. |
Labels:
cuti,
cuti umum,
draft KIV,
event,
kawankawan,
kuruskuruskurus,
lasak,
samani,
sembang,
Seremban,
sukan,
Zumba
Friday, January 9, 2015
Perancangan 2015
Yang ini kira confirmed dilaksanakan pada tahun 2015. Dah booked, dah buat payment dan dah siap perancangan dengan jayanya. Amboi bukan main! Antara beberapa event dan perancangan yang paling I tak sabar untuk buat dalam tahun 2015 ini ialah :
PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI
Walaupun baru saja balik dari berkursus dalam November yang lepas, kali ni tetap berkobar nak pergi. Ada misi dan matlamat yang menanti. Ecehhhh! I akan pergi bersama keluarga tercinta. Mama, Acu dan Sonny. Dah siap web check in, kami betul-betul bertawakal. Banyak kejadian yang tak berapa sedap didengar akhir-akhir ini. Semoga dilindungi dari semua bencana, in shaa Allah, amiiiin! Hotel pun dah booked, cuma kereta saja akan cari last minute di airport nanti. Senarai barang yang nak beli? Dah 3 mukasurat kot! Hahaha, Astaghfirullah, bawak-bawaklah bertenang. Masalahnya luggage balik 30 kg sahaja ye jangan nak membeli lebih-lebih hihihi.
SCORE FITMOB LARGEST ZUMBA FITNESS PARTY
Yang ni awal-awal I dah buat RSVP. Muahahaha. Tak sabar nak ambik entry pack yang ada t-shirt dan lain-lain. Tak sabar nak berparty dengan 15 Zin yang mantap-mantap belaka. Woohooo! Dari tahun lepas I dah register dan tunggu masa saja nak kick-off je. Bertempat di Stadium Merdeka, harap-harap I tak bangun lewat untuk kesana. Memang ada promotion untuk dapat special rate dari beberapa hotel bagi peserta Zumba, tapi, tak mungkin I dapat tidur sana, Sayang kerja. Huaaaa! Serious, I can't wait to be a part of history. Yang bestnya jugak, my beautiful cousin, Salanglyn pun akan join the party! Ohhhh yeah! Can't wait! Can't wait! Kali ni takde beli baju baru sebab akan dapat t-shirt. Hehehe.
OPEN WATER DIVE
Yang ini confirmed, but we didn't fix the date yet. But it already confirmed. Tak sabar nya nak masuk laut, tengok semua hidupan laut dekat dasar. Selama ni tengok dekat permukaan, bawak roti, genggam-genggam sikit lepas tu ikan comel-comel datang rebut. Kali ni, nak bawak action camera, masuk ke dasar dan snap semua yang indah-indah dekat bawah sana. Sabar Pulau Tioman, dasar lautmu akan ku selam tak lama lagi. Untuk aktiviti ni rasanya kena beli Muslimah swim wear ke apa tah namanya. Dah survey, tunggu nak grab je. Amboi kemain Samani!
MAJLIS PERNIKAHAN NUIN & PASANGAN
Nak jugak mention pasangan tu. Biorlah surprise sikit dah sampai masa baru reveal nama. Tak sabar, tarikh dah ada, tapi bridesmaid belum ada baju cantek lagi ni. Macam mana?? Nuin dah siap-siap busy cari mak andam dan menyiapkan kelengkapan. Apa yang I boleh cakap ialah, the wedding is in June! Cuma I pelik sikit bila, Nuin yang nak kawen kenapa I pulak yang excited berbunga riang? Happy for you la kiranya hehehehe.
MAJLIS PERNIKAHAN NUIN & PASANGAN
Nak jugak mention pasangan tu. Biorlah surprise sikit dah sampai masa baru reveal nama. Tak sabar, tarikh dah ada, tapi bridesmaid belum ada baju cantek lagi ni. Macam mana?? Nuin dah siap-siap busy cari mak andam dan menyiapkan kelengkapan. Apa yang I boleh cakap ialah, the wedding is in June! Cuma I pelik sikit bila, Nuin yang nak kawen kenapa I pulak yang excited berbunga riang? Happy for you la kiranya hehehehe.
AIDILFITRI 1436H
Dah nekad, nak buat kaler champagne! Warna ini sangatlah menjadi pujaan hati. Disebabkan Sayang pun suka warna-warna pastel aje, oklah kan warna champagne ni. Dah siap pikir nak beli kain tapi rasanya tak mampu jugak kot, takut tak sempat nak hantar ke tailor. Tunggu kawan-kawan kot ada pergi Vietnam memang I kirim je! Baju lelaki tak apa, senang cari. Tapi baju perempuan ni dah kena start beli kain dan tempah sekarang kalau tak melepasssss lah makcik oi.
Actually kan, ada banyak lagi tau perkara yang akan dilakukan dalam 2015 ni tapi duk tahan-tahan je dari menulis. Biarlah. Lagipun, I memasuki tahun baru dengan beberapa ujian yang hebat. Biar Allah saja yang mengetahui. Tapi, perasan tak? Ni post pertama untuk tahun ni. Walaupun ada berlambak draft yang tengah KIV. Nampak kepemalasan sikit nak hapdet tu sebab ada banyak benda nak kena settle la.
Dah nekad, nak buat kaler champagne! Warna ini sangatlah menjadi pujaan hati. Disebabkan Sayang pun suka warna-warna pastel aje, oklah kan warna champagne ni. Dah siap pikir nak beli kain tapi rasanya tak mampu jugak kot, takut tak sempat nak hantar ke tailor. Tunggu kawan-kawan kot ada pergi Vietnam memang I kirim je! Baju lelaki tak apa, senang cari. Tapi baju perempuan ni dah kena start beli kain dan tempah sekarang kalau tak melepasssss lah makcik oi.
![]() |
| Kenapa I tetiba suka sangat warna ni? Refer pada shawl belah kanan ye Gambar dari : www.lovewaffaa.com/ |
Labels:
cuti,
cuti umum,
draft KIV,
family,
FizNie,
HA,
hati,
kahwin,
KAMI,
kawankawan,
keluarga,
kuruskuruskurus,
sukan,
wedding,
Zumba
Friday, December 26, 2014
ZUMBA - Grand 3 SAKA
Lencun habis! Itu je words yang dapat describe macam mana perasaan dapat join event akak-akak SAKA ni. Lagunya dari selaju-laju step sampai lah ke lagu All About That Bass tu memang best. Rasa macam tak cukup je 2 jam punya Zumba tu. Eh tak cukup ke? Hahahaha jangan buat hal.. Sedangkan 2 jam gitu pun cungap dia dah sampai hujung nyawa.
No pictures, sorry, I have to respect the event itself. Event ini melibat semua wanita sahaja. Ada juga hijabers yang membebaskan diri dari berhijab untuk sementara waktu sepanjang tempoh event berlangsung. Membebaskan diri dari berhijab maksudnya menanggalkan tudung aje. Jangan salah faham banyak sangat ok. Hehehehe. Gambar pun dapat tangkap bebetul masa sebelum tutup lampu dan lepas dah habis event, bila semua lampu dah dinyalakan. Itu pun Zin Aliez akan tanya kalau-kalau semua dah berpakaian sempurna atau belum. Terima kasih kak.
| Gambar sebelum tutup lampu, belum start lagi ni |
Nak tau bila lagi event diorang ni? I akan cuba sedaya upaya untuk update kalau-kalau ada lagi event macam ni. Keep track dengan tag RSVP yang ada dalam blog I ni. Semua event yang I join I akan hangkut masuk cerita dalam blog I ni dan tag dekat situ. Eceh, macamlah orang Google terus jumpa waniesekuntum.blogspot.com kan hihihihihihi~
Macam biasa, seperti event yang lepas dekat Nilai, I pergi sorang jugak. Kali ni Sayang hanya dapat hantar dekat parking lot je sebab boboy semua dilarang masuk. Dan macam biasa jugak, excitement untuk berZumba sorang-sorang tu melonjakkan rasa disiplin diri. But the truth is, jangan risau apa-apa sangat, semua adalah buddies. Tengok kita sombong ke tidak je. Betul tak?
So, cerita mencecer panjang lebau tapi gambarnya dua tiga keping je. Itu pun satu ihsan dari kawan I jugak yang rupanya ada join. Alhamdulillah. See, u're not alone. Whatever it is I cuma nak condemn satu benda je dekat Zin Shah, Zin Aliez dan Zin Eija iaitu, apesal korang ni ligat sangat hahhhh???? Raso nak putuih kaki eden terluncek-luncek hahaha. Actually, best sangat akak-akak oi! Rasa nak jerit, "we want more! we want more!" tapi memandangkan baju luar sampai dalam dah lencun, kaki dah gigil-gigil mintak diurut, perut dah lapar melampaui batas, terkunci mulut nak jerit gitu hahaha.
Semoga akak 3 SAKA sukses selalu sampai bila-bila. Dapat pahala kak sebab mengajor kami gegerl-gegerl gemok ni mengeluarkan peluh dan burn semua kalori dengan teknik Zumba tu. Semoga ada lagi event di masa akan datang. Diharap Kak Eija jangan lupa den ok kalau ada lagi. Pada pendapat I, satu kejayaan jugak lah event semalam. Masa mula masuk stadium tertutup tu nampak luas sangat stadium tu lepas tu ada stage dekat bucu. Masa pertengahan event, nampak ruang stadium yang kosong hanya suku! Wow! Tak boleh tangkap gambar, kalau tak dah lama tunjuk bukti. Lepas tu yang lagi 2 orang Zin undangan kalau tak silap I namanya TT Fly dan Dora pun best! Kecil-kcil cili api. Pedasnya sampai tak gigil kepala lutut hihihi.
Ok dah malas puji lebih-lebih nanti punggung diorang kembang macam I jugak. Hahaha. Jumpa dekat Stadium Merdeka pulak nanti!
Allah! Lupa nak kredit dekat Sayang momok sebab gigih hantar I ke Shah Alam dan tunggu sampai habis event. Semoga Allah pelihara hubungan kita dan rasa give and take ni sampai bila-bila. Aminnnn!
| Sebelum nak ambil group photo |
| Bayangkan je stadium ni dah hampir penuh... ramai kan? |
Ok dah malas puji lebih-lebih nanti punggung diorang kembang macam I jugak. Hahaha. Jumpa dekat Stadium Merdeka pulak nanti!
Allah! Lupa nak kredit dekat Sayang momok sebab gigih hantar I ke Shah Alam dan tunggu sampai habis event. Semoga Allah pelihara hubungan kita dan rasa give and take ni sampai bila-bila. Aminnnn!
| Gambar dari FB Kak Eija yang di'tag' kepada beliau. Best sangat! Ni pun ramai dah balik... |
Labels:
cuti umum,
event,
FizNie,
hati,
kawankawan,
kuruskuruskurus,
lasak,
love,
pendapat,
samani,
sidia,
stadium,
sukan,
Zumba
Wednesday, December 24, 2014
2 Tahun Lepas Punya Cerita
Setelah 2 tahun berlalu, barulah KAMI dapat menatap gambar Aidilfitri dan percutian ke Pulau Redang. Sekian lama hahaha. Masa dekat Pulau Redang tu I memang comot habis dengan gemoknye hahahaha. Masa Aidilfitri pulak baru tengah stress sebab training netball dan sibuk nak kawen, tu nampak susut sikit. Kelakor habis la serius bila tengok balik.
| Baju kibai, berseluar legging colorful! Hahahaha rindu gila! |
Dalam gambar tu, ada yang dah berlalu pergi pulak tu. Ada jugak penambahan dan bertukar status Bila nak publish memang kena fikir banyak kali. Hehehehe. Tapi bila ditengok balik memang seronok je. Pergi bercuti beramai-ramai. Lepas tu gather untuk raya. Belek punya belek, alahai, rindunya zaman huha huha gitu walaupun semuanya mak pak budak.
| Rindu laut! Rindu korang... T____T |
| Rindunya nak holiday beramai-ramai macam ni lagi.. Alahai Kayla kecik sangat time ni hehe |
Terima kasih Kak CT dan Abang Rockstar yang bagi jugak gambar tu walaupun makan masa 2 tahun. Tapi Abang Rockstar ada hutang lagi gambar dan video dari GoPro tu. Ala bang, ko jangan bebuat lupa gambor kitorang tengah snorkeling la, bercakap dalam air la, kejor ikan la hahahahaha.
I tak sabar gila nak looking forward for another event and vacation. Event untuk tahun depan, ada majlis perkahwinan. Vacation pulak dah semestinya PULAU! Ada dengar jugak diorang nak ke Vietnam untuk shopping-shopping. I tak minat. I suka berendam dan cuci mata je hehehe. Meh cuci mata sikit. Gambar KAMI yang happening 2 tahun lepas.
If you girls are reading this, I cuma nak cakap yang rindu dangat dekat korang! Geng Legam, Geng Baju Saka, Geng Baju Kibai, Geng Omak Anak Duo, Geng KAMI dan terutamanya, korang Geng Forum HA yang gila! Hahahaha. Bila nak happening lagi woi????!
| Gambar paling win! Nasib bini ko kurus bang, kalau macam den wakakaka |
| I have to admit this, I yang paling comot among all hahahaha!! |
| Serius! Meriah gila time ni |
| Bukan main masing-masing hehehe |
| Okbai! |
Labels:
budak-budak,
cuti,
cuti umum,
draft KIV,
event,
gambar,
HA,
hati,
kahwin,
KAMI,
kawankawan,
kuruskuruskurus,
laut,
love
Subscribe to:
Posts (Atom)







