Nuffnang Ads

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Friday, January 15, 2016

Diari PCOS : 06

Mungkin ramai yang salah faham, bila mereka Google search mengenai Diet Atkins, mereka akan menemui link yang I post kan hampir setahun yang lepas mengenai proses ketosis yang I alami. Post berkenaan adalah :


Ye, memang betul pada bulan Mac tahun lepas, 2015, sempat I mengamalkan Diet Atkins hampir sebulan. Bersama-sama dengan aktiviti fizikal, I berjaya sangat-sangat turunkan berat badan. Hampir sepanjang masa terluang, I menyertai aktiviti Zumba, joging dan setiap minggu menawan puncak Bukit Broga. Kawan-kawan, dengan mengawal pemakanan kita, kurangkan karbohidrat dan manisan, in shaa Allah, hasilnya sangat memuaskan. Aktiviti fizikal untuk memastikan kita get in shape. Takdelah nampak lembik badan kita ni. Maaf, sekadar menggunakan bahasa pasar sebab I tak paham penggunaan bahasa saintifik.

Malangnya, pada bulan April, I telah mengalami satu kemalangan yang sangat tragis bagi I sebabnya dah kira teruk sangat. I waktu tu bercuti sakit sehingga 2 minggu. Boleh baca disini :


Lutut I dah tak sekuat dulu, doktor kata bengkak sebabnya baru lepas kena langgar. Bila x-ray, takde apa-apa patak atau retak dan sewaktu dengannya. Kalau sakit lagi, maknanya kemungkinan ada ligamen yang koyak. But, yes, until now, the pain is still there. I can't even climb stairs, can cause my right knee feel very painful. Tangga pun tak boleh naik, apatah lagi nak naik bukit dan berjoging. Zumba? Lagi laju step, tak terkejar I dibuatnya.... Cuma yang selamatnya, tangan yang koyak-koyak ok je semuanya. Masa bengkak teruk tu memang sakit la. Sekarang getting better. Parut masih ada, I akan ingat sampai bila-bila.

Semua yang I usahakan menjadi sia-sia. Banyak gila painkiller masuk dalam badan I waktu tu. Kalau takde memang sakit lah. Nafsu makan jadi melonjak naik. Ditambah lagi dengan acara nak TTC hehehe. Walaupun I ada temujanji dengan Klinik Diet tapi semuanya rasa macam sia-sia. Pemakanan I tak terkawal. I naik berganda-ganda. Perancangan Allah tiada tandingan. Dengan kesakitan yang I dapat, perniagaan menjadi-jadi. Alhamdulillah.....

In shaa Allah, selepas ni Diet Atkins akan diteruskan semula. Diharap I berjaya dengan diet kali ni, Macam mana I pernah sukses tahun lepas. Perniagaan kecil-kecilan pulak sekarang under control. Tak macam mula-mula, serabut sikit hihihi. Lepas ni punye cerita nanti I share lagi ye. Perancangan tu ada. Pelaksanaan tu masih dalam progress. In shaa Allah, I tolak nasi sekarang. Semoga dipermudahkan. Aminnnnn.

And lastly, ye, I ada PCOS yang teruk. Period I menjadi semakin tidak regular dan hasil dari ujian darah yang doktor telah lakukan ke atas I, memang tiada ovum yang matang langsung. Di kesempatan inilah, I menyeru kepada semua sahabat-sahabat yang sedang TTC, jom kita turunkan berat badan dan makan seimbang. Jangan stress ye masa nak diet kena relax dan gelak-gelak. Sebab, makin stress makin lapar jadinya hehehehe. In shaa Allah kita semua boleh. 

Wednesday, November 11, 2015

WW : Takziah

Ditujukan khas buat Allahyarham En.Ahmad Hasbullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 November 2015

Thursday, July 16, 2015

Menggamit Memori

Bukan main title macam lirik lagu ke filem cinta Melayu tah. Kalau ikutkan content kenalah ayat bunga-bunga sikit kan. Hahahaha. Sebenarnya nak menyatakan keseronokan dapat jumpa kawan-kawan lama je. Memang lama gila tak bersua muka. Bertahun jugak. Rindu jangan cakap. Dulu sepanjang hari, sepanjang malam, muka depa je. Sekarang.....

Ahad lepas, 12/7/2015 berjaya jugak Leez organize satu sesi berbuka puasa bersama-sama bebudak Segamat yang dikasihi. Walaupun tak ramai yang bagi kerjasama, I kisah apa! Hahahaha. Cukup je tu 2 table dan 8 orang termasuk Sayang. Ok what... berpuluh jugak orang like gambar kitorang. Kihkihkih. Oh ye, last minute plan works! Kalau plan awal-awal memang kacau sangat! Hahaha.

Dak-dak Segamat!
Paling best, makan tu dekat Murni Bukit Jalil. Lega tekak dapat makan Aglio Olio. Fuhhh! Selesa! Kalau ikut tekak ni dah lama air I Love You ke I Miss You ke menjadi mangsa kerakusan perut I. Tapi apakan daya, tak boleh nak minum. Milo Dinosour pun jadi! Hahaha. Eh sorry, ini tergamit memori dengan makanan. Niat hati nak cerita pasal kawan-kawan tadi kan. Ok sambung balik.

Yang ada malam tu, Leez, Comel, Abid, Simba, Zami dan Mona dan anak-anak depa. Itu pun dah cukup I rasa nak merasai nikmat macam dulu. Lepak malam-malam sambil makan pastu gelak-gelak. Walaupun sekejap je rasa masa berlalu, rasa puas jumpa kawan lama yang pernah share sesama macam-macam dulu tak boleh nak beli dengan wang ringgit. Sekarang, semua dengan haluan masing-masing. Tak macam dulu, semua kita langgar. 

Semua ni dulu orang gila ahahaha
Dulu cerita semuanya pasal lecturer la kelas la, potblack la, PTPTN la, exam lah. Sekarang tak lagi. Semuanya bercerita hal kerjaya, hal anak-anak, hal dunia, hal negara. Berubah 360 darjah. I diam sebab I perhati, masing-masing dah matang soal berbicara. Biasa, yang perangai dedulu memang takkan dapat buang. Cuma depa dah upgrade ke version yang lebih bagus. Alhamdulillah. Diharap ikatan persahabatan ini kekal sampai bila-bila.

Hopefully ada la lagi sesi reunion macam ni. Nak jumpa yang lain-lain. Semua dah merata Malaysia. Semua dah berjaya, Alhamdulillah....

Paling rindu dekat awak Normama... dapat borak kejap je tak puas T____T

Friday, June 26, 2015

RSVP : The Lailis' Raya Gathering

We've been waiting this for so long. Can't wait to get together and celebrating our Eid just like the old time. I can't believe we are just few steps closer to the date. The last time was in 2011 and the gathering held in Salalyn's place. Opah was still there, back in 2011. But for this time, just us. The granddaughters and the grandsons of Atuk Laili and Opah Rahmah is celebrating Eid in Seremban. All of us : The Azians, The Aziahs, The Azmahs, The Azmis, The Azlans, The Azizans, The Aznins and not forgetting The Azizahs.

The Lailis, back in 2011
Tahun ini, satu Majlis Sambutan Hari Raya Anak Cucu Mohd Laili akan diadakan di kampung halaman kami, Seremban. Yes, Atuk dan Opah both were from Perak but they had moved and settled down in Seremban after they had 5 children. Azizan and Aznin were born in Seremban but their sisters and brother were born in Perak. When they passed away. both Atuk and Opah were buried in Seremban, though. 

L-R : PC Lan - Mummy - Wan Yong - Wan Anje - Arwah Opah - Nyanyah - Wan Teh - Wan Jan
Majlis berkumpul anak beranak ini akan diadakan pada 18 Julai 2015 bersamaan 2 Syawal 1436H bersamaan birthday Salalyn! Hehehehehe. Mesti le meriah ada birthday celebration sekali. For now, we've decided to held the event in some other place, not in or home. Most probably in a bungalow homestay, near Seremban town. 

Hal makanan, hal aktiviti, hal kewangan dan hal decor akan dibincangkan kemudian sesama kami. Hari Sabtu, pengerusi majlis akan adakan mesyuarat tergempar khas untuk membincangkan semua yang berkenaan majlis ini nanti. Maknanya semua kena bawak paperwork la hahahahaha kemain! Tugas I ialah mencari homestay dan kalau diikutkan dah selesai le semua tu. Cuma belum book lagi. Takut jugak kalau lambat nanti melepas. Homestay cantik dan strategik untuk anak beranak yang ramai dan riuh rendah. Too bad, kami tak ada rumah pusaka... Kalau ada, tak jadi masalah untuk carikan lokasi. Tapi Alhamdulillah, we're still family :)

Semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar dan baik-baik hendaknya. Bukan selalu dan bukan senang nak kumpulkan semuanya. Ini pun, dikhabarkan, ada jugak yang tak dapat nak join kerana beraya di kampung mertua. Takpe, next event kena ada tau! Hehehehe. Diharap majlis ni dapat mengembalikan rasa macam dedulu, kumpul ramai-ramai. Walaupun Atuk dan Opah dah pergi mengadap Illahi.

Al-Fatihah untuk Atuk Mohd Laili bin Mohd Aroop dan Opah Rahmah Binti Hassan yang sangat kami sayangi dan rindui...

Cousins!
Zaman muda mudi - 2009
Zaman muda mudi jugak - 2009

Tuesday, June 2, 2015

Get Well Soon, Sayangku...

I've known her since she was in her secondary school. I used to have a very very very good relationship with her before. We shared almost everything. I'm so lucky to have a special girl like her. Of course, my love towards her is thicker than blood. Although, she is not my biological sister but all I can say is, she is way more special than anyone else.

Terkejut, dapat berita Kakak dimasukkan ke wad. Due to some O&G things di KPJ Seremban. Itu pun I tau pasal Sayang sendiri yang attend untuk kes ini. Alhamdulillah, pagi yang I pergi melawat, Kakak akan ditolak ke Dewan Bedah pada jam 8.00 am. Lepas tu, I dah tak tau apa-apa perkembangan berkenaan dengan Kakak lagi. Cuma satu doa I agar dipermudahkan segalanya untuk Kakak. Berpeluang juga jumpa Mama dan Babah after a few years. 

Semoga kesihatan Kakak selepas ni bertambah baik. Memang I tau dah lama pun sakitnya, now baru nak operate. Takpe, Allah sayang sebab tu dia bagi ujian sikit. Kalau kita tak pernah merasa sakit, kita takkan faham betapa indahnya 'pelangi yang muncul selepas hujan' dan I percaya, Kakak akan kuat menempuh segala ujian kasih sayang dari Allah. Lepas dah operate pun jangan lupa pantang elok-elok... Kalau tak pantang, lihatlah diriku yang tembam ini hahahahaha! 

Diharap selamat lah semuanya untuk Kakak. Diharap Allah mudahkan semuanya untuk Kakak. Diharap Kakak mendapat sembuh seperti sediakala dan menjalani kehidupan macam biasa semula. Paling penting, bersangka baik dengan Allah... Jaga diri, ok! Semoga Allah pelihara lah adikku yang sorang ni. Aminnnn.

Get well soon, Sayangku.

Love,
Kak Wanie :)

Kiri - Kakak, Kanan - Adik

Friday, April 17, 2015

Malam Minggu Berdarah

Berkobar-kobar nak share satu pengalaman baru dalam hidup, yang mematangkan I dan lebih menghargai hubungan I dan suami. Tak mungkin semua orang dapat merasa pengalaman begini. Insan kesayangan Allah dan yang paling utama, yang terpilih sahaja. Alhamdulillah, I masih diberi nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah.

11/4/2015, Sabtu.
Macam biasa, I tiba di KOMBES, Paroi untuk sesi senamrobik bersama KEG, memang menjadi rutin malam minggu. Walau Sayang bekerja, I tetap setia menjadi salah seorang yang mengikuti aktiviti tersebut setiap jam 9.00 pm sehinggalah 10.30 pm atau 11.00 pm paling lewat. Minggu itu, entahlah, berkobar rasa nak pergi menyertai setelah 2 minggu I terlantar demam dan batuk selsema yang teruk. Tak beriya sangat pun, buat ala kadar. Orang baru sudah baik demam gitulah. Tapi bahagia sangat, sebab dapat jumpa kawan-kawan seangkatan. Rindu nak berpeluh, rindu dekat kawan-kawan pun ye. Hihihi. Oh ye, elok pulak malam tu Sayang bercuti, makanya, Sayang yang menghantar dan mengambil I dari KOMBES Paroi dengan menaiki motosikal.

Jam 11.00 pm, setelah habis saja sesi senamrobik, berkobar I menelefon Sayang untuk pulang. Lapar sebenarnya. Lepas tu dah berjanji pulak dengan Kak CT dan Abang Rock untuk minum bersama. Sebabkan lapar sangat, I dan Sayang terus ke Kedai Atuk untuk menikmati mihun sup ayam special. Nenek siap buatkan yang baru sebab kuahnya dah habis. Alhamdulillah.....! Selepas berhubung melalui Whatsapp Group, kononnya Kak CT pun nak datang join lepak dekat Kedai Atuk. Tapi, awal pulak tutupnya malam tu. Mungkin dah habis dan kerusi meja pun dikemas. Ok, tak jadi lah nak lepak situ, I pun mintak Kak CT datang ke Shell Paroi untuk tunggu kitorang sementara nak isi minyak motosikal sebelum kitorang sambung lepak. Cadangnya nak ke NKI di Seremban Prima. Sambil lepak, boleh cuci mata sikit kalau dekat Seremban Town ada budak kereta ber'racing'.

Jam 11.40 malam, selesai I dan Sayang mengisi minyak motosikal, kami pun melambai pada Kak CT dan Abang Rock yang berkereta untuk ikut di belakang kami. Nak lead diorang ke NKI sebenarnya. Everything went smooth, sampailah ke traffic light betul di hadapan Sekolah Menengah Seri Ampangan. Ye, dari jauh memang lampunya merah, Sayang bersiap untuk berhenti. Sampai saja betul di traffic light, lampu bertukar hijau dan Sayang yang tak mau Abang Rock kehilangan dari pandangan, perlahan saja jalannya terus menyusur jalan sehinggalah....... I dan Sayang terbaring di atas jalanraya betul-betul di hadapan sekolah!

Ye, dengar bunyi hon kereta di tepi telinga I, terus I tarik bahu Sayang untuk bangun dari jalanraya. Motosikal dah menghempap kaki kami. Kereta dan motosikal yang lain dah berhenti di bahu jalan. Untuk menolong kami. Bila Sayang bangun saja, I nampak muka Sayang berlumuran darah. Ya Allah! I masih di atas jalanraya kerana lutut I tak mampu dan tak berdaya nak mengangkat sendiri motosikal yang di atas I. Dengan bantuan seorang pakcik untuk membantu I untuk menaikkan motosikal tersebut. Namun, yang I paling sedih ialah kaki I yang tidak mampu diangkat sendiri. Sehinggalah I dibantu oleh seorang wanita dan Kak CT sendiri yang masih terkejut tengok I dilanggar di depan matanya. Ye, kaki kanan I masih lagi tak mampu bergerak. Sedihnya tak terkata. Dengan kaki inilah, kekuatan untuk beribadat kepada Allah, kekuatan I untuk menggerakkan badan untuk tugas hakiki I di pejabat, kekuatan I untuk perniagaan sampingan I dan kaki inilah, yang berfungsi untuk I bersenam, I nak kuruskan badan, dalam usaha untuk mendapatkan zuriat kerana Allah. Sempat, I menelefon Ayong untuk memberitahu keadaan kami.

Sudah ditakdirkan Allah, ramai yang membantu kami. Ditambah pula dengan saksi yang ada, yang boleh hadir untuk memberikan keterangan atas kes kemalangan kami ini. Allah bantu lagi, dengan kebetulan, ada sebuah ambulans dalam perjalanan dari Hospital Kuala Pilah menuju ke HTJS. Allah, syukur... Kami ditumpangkan ke dalam ambulans tersebut bersama seorang lagi pesakit. Muka Sayang berlumuran darah, kaki I tak mampu bergerak. Tangan dan kaki kami tak usah dicakap lagi. Semuanya berlumuran darah. Tiba di Unit Kecemasan dan Trauma HTJS, kami terus di bahagian saringan. Luka kami dibersihkan disitu. Pedihnya, Allah saja yang tahu. Sayang terus dibawa ke Zon Kuning kerana kesukaran untuk bernafas. I pula hanya di Zon Hijau. 

:'(
Semasa doktor merawat, I telah diminta untuk melakukan X-ray. Alhamdulillah, ya Allah, tiada keretakan atau apa-apa yang patah pada lutut kanan I. Ya Allah, sedihnya I mendengar perkhabaran itu. Masih lagi Allah beri kesempatan dan kasih sayangNya untuk hambaNya yang seringkali lalai ini. Paling takut, kalau I terpaksa memakai simen, akan menyusahkan semua disekeliling I. Entahlah, I berdoa agar I diberi kesihatan yang baik agar tak perlu Mama Ayah, Mama Baba, Sayang, Ayong, Abang, Kak Long, Kak Ratna dan semua keluarga bersusah untuk I. Syukur lagi sekali. Cuma yang menyedihkan I, melihat Sayang terlantar dan dimasukkan wad. Sedih sangat I, tengok nasib kami yang diuji sebegini. Aku bersyukur ya Allah andai ini penghapus kepada dosa-dosa kecil kami. Aku bersyukur ya Allah dengan kasih sayang Mu yang Kau berikan kepada kami untuk peringatan bahawa mati itu pasti. Aku bersyukur ya Allah, Kau berikan kami nafas lagi untuk kami segera bertaubat kepadaMu. 

Cerita malam itu berakhir dengan kemasukan Sayang ke wad. Tiada keretakan tulang atau apa-apa yang patah pada I dan Sayang. Alhamdulillah. Lutut kanan I masih cedera dan tak mampu berjalan dengan sempurna. Tangan kanan I bercalar sehingga ke siku kerana tersagat pada jalanraya. Tangan kanan Sayang pun besar calarnya di lengan. Tangan kiri Sayang pula berlubang besar di tangannya. Lutut cedera dan muka bercalar di sebelah kiri. Antara komplikasi lain pada Sayang ialah, bahagian dada sebelah kanan Sayang masih sakit bila digerakkan, kaki kanan Sayang penuh lebam, semua calar dan luka pada tangan Sayang masih dirawat untuk dicuci setiap hari. Tangan I pulak masih terik pada lukanya dan bengkak. Tiada apa-apa keretakan pada tangan I. Dada sebelah kiri I masih sakit bila melakukan kerja berat. Lutut kanan I masih tidak boleh berfungsi seperti biasa. Sakit yang teramat bila I cuba membengkokkan lutut kanan. 

Kronologi kejadian kemalangan yang dapat I ingat ialah :

1. SETELAH MELEPASI LAMPU ISYARAT, I RASA LUTUT KANAN I DILANGGAR KERETA SECARA TIBA-TIBA DAN DIHIMPIT KE KIRI JALAN

2. MOTOSIKAL SEPERTI MELEKAT PADA KERETA TERSEBUT NAMUN SAYANG HILANG KAWALAN

3. KERETA TERSEBUT BERGERAK KE KANAN SEMULA DAN MOTOSIKAL KAMI TIDAK MELEKAT PADA KERETA LAGI

4. SAYANG HILANG KAWALAN MOTOSIKAL

5. KAMI JATUH DI SEBELAH KANAN BERSAMA MOTOSIKAL

6. KAMI BERSAMA MOTOSIKAL TERSERET KE BAHU JALAN SEBELAH KIRI

7. TANGAN I MASIH MEMELUK ERAT BADAN SAYANG TERSERET SEKALI DI ATAS JALANRAYA

8. I TERASA SUDAH TERBARING DI JALANRAYA TAPI TAK MAMPU BERBUAT APA

9. TERDENGAR BUNYI HON KERETA TERLAMPAU DEKAT DENGAN TELINGA I MEMBUATKAN I TERKEJUT 

10. I TERUS MENARIK BAHU SAYANG UNTUK MENGEJUTKANNYA YANG SEPERTI TIDAK SEDAR

11. TANGAN KANAN TERASA KEBAS DAN BERLUMURAN DARAH, LUTUT KANAN TIDAK MAMPU BERGERAK SENDIRI

12. I DIPAPAH UNTUK BANGUN DAN DIDUDUKKAN DI BAHU JALAN

13. HELMET I DITANGGALKAN DAN TIADA KECEDERAAN PADA MUKA DAN LEHER I

Semuanya, masih segar dalam kotak ingatan I. Setiap malam, sebelum melelapkan mata, I sentiasa terbayang setiap saat kejadian itu. Apa yang I dapat bayangkan ialah, walaupun kejadian itu berlaku seperti hanya 5 saat, tapi bila recall, semuanya jadi macam slow motion. I tak mampu nak luputkan langsung.. Moga Allah bantu I dan suami untuk mendapat pembelaan. Takut, tengok keadaan Sayang. Semua yang berlaku buat I terfikir yang tak mungkin I akan naik motosikal lagi. 

Di kesempatan ini, banyak ucapan terima kasih yang tak terhingga I nak ucapkan. Pertama sekali pada Allah, kerana peringatan mesra ini. Kemudian, berjuta ucapan terima kasih pada semua yang membantu I dan suami di tempat kejadian. Pada pakcik yang tidak bernama, pada adik yang tidak bernama juga. Terima kasih pakcik kerana mengangkat motosikal dari atas I. Terima kasih adik yang membantu I untuk berpaut padanya untuk angkat I duduk di bahu jalan. Allah saja dapat membalas budi baik kalian dan keluarga. Terima kasih Kak CT dan Abang Rock yang menjadi saksi utama kejadian dan membantu mengejar kereta yang melanggar kami. Terima kasih juga kerana menjadi peneman setia I di hospital sementara ahli keluarga I yang lain tiba pada malam itu. Terima kasih Abang dan Ayong yang hadir dan menanti sampai Adik masuk wad. Terima kasih Mama Ayah, Mama Baba dan kawan-kawan yang lain, Izham, Mizal, Shafiq dan Amal semasa di Unit Kecemasan HTJS.

I nak berterima kasih jugak pada yang sudi melawat Sayang semasa di hospital. Pegawai-pegawai dan kakitangan KPJ Seremban, pegawai-pegawai Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan, keluarga dari dekat dan jauh, kawan-kawan JKR yang hadir, Fira, Hajar, Chaa sekeluarga. Semua hommies Sayang dari Paroi Jaya dan sekitar. Terima kasih atas kesudian melawat.. Terima kasih juga atas doa dari semua di Whatsapp, Instagram dan Facebook. Allah... ramai yang mendoakan, terima kasih tak terhingga. Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. Terima kasih untuk doa, hadiah-hadiah dan saguhati.  

Semoga Allah kuatkan kasih sayang antara kita... I love you.

Thursday, April 2, 2015

Majlis Perkahwinan Misya Di Muar

Tak lama pun kenal dengan Misya. 2 semester je duduk sebilik di rumah No.12, Taman Segamat Indah itu pun dah cukup membuat kenangan yang terindah buat I. Dengan rakan-rakan serumah yang lain semuanya junior. Sebilik, sebilik air, sedapur bagai, takkan lah I pernah lupa itu semua. Walaupun dah bertahun berlalu, still, adik-adik Taman Segamat Indah yang terbaik.

Tak sangka, perkenalan yang singkat itu membawa kebahagiaan kepada I. Kami serumah selalu makan bersama, buat bakar-bakar sempena hari raya bersama, lepak tengok movie bersama dan paling best, kalau nak exam, memang study bersama-sama. Bukan dengan Misya je, dengan Ain, Wanie, Fatin, Nad, Nas, Zira, Niza, Sue dan Jue.

Tahun lepas, tak sempat nak menghadiri wedding Fatin dan PC. Ini pun bercinta zaman UiTM Segamat jugak hihihi. Maafkan Kak Wanie ye Fatin, tak sempat kita nak berjumpa. Tahun ni I gagahkan jugak Sayang untuk bawak I ke Muar menghadiri wedding Misya dan pasangan. Termakbul dengan izin Allah! Best gile.

Hehehe walaupun kami agak lost. Punyalah I sebijak manusia, boleh delete pulak conversation I dan Misya. Dia ada bagi direction ke rumahnya. Fuh! Sayang dah hampir sentap dengan I. dengan fantas, nasib baik I pm terus Fatin dan PC di FB. Alhamdulillah! Jumpa juga rumahnya di Bukit Kangkar, Sungai Mati, Muar. Tapi sedihnya, lepas makan, Sayang terus ajak pulang. Tak sempat tunggu Misya bersanding. Tak sempat jumpa Fatin dan kawan-kawan yang lain.

Walaupun sekejap, merasa jugak I dapat ke wedding Misya. Dapat jugak I sampai ke Muar. Dan, dapat jugak jumpa parents Misya. Dulu, Misya ni pernah datang ke rumah I di Seremban. Berhari raya. Kali ni I pulak mengambil giliran, untuk datang ke rumah Misya, meraikan persandingannya. Takde yang lagi indah selain dari tengok Misya tersenyum lebar.

Tiada ucapan yang panjang lebar untuk Misya, cukup lah Kak Wanie peluk Misya tempoh hari. Sekuat mana pelukan itu, sekuat itu lah rindu dan sayang menyayang Kak Wanie dekat Misya hihi. Semoga jadi isteri yang solehah ye. Dan semoga berbahagia selalu. Kalau ada masa jalan-jalan dekat Seremban nanti datang rumah Kak Wanie ok. Muah!!

Pengantin lelaki belum sampai hihihi

Tuesday, March 17, 2015

Keep In Touch

Nak keep in touch dengan kawan-kawan lama? Nak selalu update dengan seluruh keluarga? Nak berbincang hal percutian dengan BFF? Nak berkongsi cerita dengan support group? Tak mampu nak bukak FB sebab dekat office kena block? Di zaman teknologi ni macam-macam lah cara dan inisiatif yang kita ada untuk dekat dengan keluarga dan rakan-rakan rapat. Bukan tu je, yang dah lost contact berpuluh tahun pun boleh didekatkan balik. Power tak....

Inilah cara I berkomunikasi dan keep in touch dengan semua orang. Whatsapp Group! Senang ok, semuanya di hujung jari anda. Kalau ada smartphone, semua benda boleh jadi. Kalau takde, smartphone dah murah sekarang! RM200 dah boleh dapat telefon yang basic. Tak caya? Tak caya sudah... Pergilah kedai, tak payah jauh la. Courts Mammoth pun ada. Hehe.

Hari ini, I tetiba dapat satu PM dari FB. Rupanya dari member lama dekat SMKWM 2 dedulu. Paling tepat ialah, budak Pengakap. Yeah! Tetiba Ijai menyapa dengan PM nak minta nombor telefon I dan rakan-rakan lain. Nak masukkan dalam group katanya. Alhamdulillah! Rupanya wujud lagi diorang semua ni! Best gile ok.. Ramai yang dah terlupa nama tapi masih ingat muka. Gilelah, cerita lebih kurang 20 tahun lepas. Macam mana nak ingat semuanya.

Gambar muda mudi :D
Terima kasih yang sudi invite ye. Habis bateri I dikerjakan oleh bebudak ni. Macam biasa, kepala diorang ialah kembar 2 orang tu lah. Waktu pejabat ni mungkin slow sikit. Malam-malam kang macam mana lah kecohnye. Sebenarnya best jugak group ni, dapat info sikit apa-apa aktiviti kan. Walaupun semuanya dekat KL, I sorang je la tercampak dekat Seremban ni kan.....

1998
Honestly, I kasar sangat dulu. Takde mellow macam sekarang. Sekarang mellow? Baru minggu lepas Sayang detect lengan I ada triceps hahahaha oops! Sebab tu I geng Pengakap dulu. Kawan dengan bebudak laki. Pegi camping la, war game la. Sangat tak masuk roh dengan Pandu Puteri dan Puteri Islam yang lemah gemalai. I dan kawan-kawan geng Pertandingan Kawad dan diberi tugas sebagai Ketua Platun. Gilelah... Tak caya boleh jadi mellow macam sekarang.. Kalau cerita mesti rasa tipu. Kebangkitan semula era Pengakap ni mungkin membawa I ke zaman ganazzzssss balik kot. Hahahahaha!

Now, I really need my power bank back!

Waktu ni, I seorang lelaki hahahahahahha!

Thursday, February 5, 2015

RSVP : Nak Pergi Wedding Joe!

Alahai, dah nak kahwin kawan sorang ni. Zaman gila-gila kita dah habis, sekarang zaman mendirikan rumahtangga. Hihi pastu gila balik kot! Kalau nak gila ajak la kawan-kawan k bahahahahaha! Kami setia menanti dan menemani. 

Sebelum ni ada jugak jumpa Joe dan bakal isteri dekat KOMBES Paroi, jogging katanya. Nak fit kan badan. Ada jugak diberitahu nak kahwin, tapi belum tau lagi tarikhnya. Tiba-tiba, semalam Sayang dapat satu Whatsapp dari number yang tak save dalam contact. Its from Joe! 

Lepas dapat Whatsapp jemputan dari Joe, Sayang terus call. Cakap dengan tuan badan baru puas sikit. Menurut Joe, dia akan menikah pada hujung minggu ini dan belah lelaki akan dilangsungkan pada 15.02.2015 hari Ahad. Alhamdulillah... 

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk Joe sekeluarga dan ucapan tahniah in advance. So excited to go for the wedding to meet them, our old friends. Excited lebih jugak sebab Joe nak kahwin! Yayyy! 

Selamat menempuh alam rumahtangga untuk Joe dan bakal isteri. Berbahagialah! Walaupun adat resam rumahtangga ni ada ups and downs, tapi kita sendiri yang corakkan perkahwinan kita ni menjadi sesuatu yang indah atau sebaliknya. Kitorang doakan Joe dan bakal isteri kekal bahagia selamanya. Aminnnnn!

Kitorang bersama Joe yang belah kiri tu. Adoi, blur sungguh gambar lama ni. Ambik dari IG je hehehehehe

Wednesday, January 28, 2015

Rotan Kang!

Heboh dan viral sangat kes rotan merotan ni. Selain dari kes penyanyi menyanyi dalam lokap tu kan. Tak mau sebut pasal tu sangat sebab sedih nanti, maklumlah, salah seorang peminat hihi. Kali ni bab rotan merotan jadi topik hangat ye. Macam I ada dengar sikit la dalam radio pagi ni, dalam perjalanan ke tempat kerja. 

Mencabar jugak tugas sebagai ibubapa zaman sekarang ek. Rotan anak pun akan dikenakan tindakan. Siapalah yang buat undang-undang macam ni. Rotan sedas dua tak bererti nak mendera budak tu sampai koma. Nak tau istilah mendera? Tu, yang berlambak dalam FB, video pengasuh main lontar-lontar je budak tu. Jangan tak tau, mengurung anak dalam bilik dipenuhi najis pun mendera tau. Lagi satu, bila kekasih kepada ibu kanak-kanak berusia 3 tahun memukul anak sehingga mati. Yes! Itulah mendera... Susah sangat nak bezakan kan?

Berkenaan hal lain, takmau I tulis dekat sini sekadar gosip-gosip artis, tapi, melibatkan hal semasa macam ni memang terpanggil jejari nak mengetik papan kekunci. Sebenarnya dah ramai yang bagi pendapat mengenai isu rotan ni. Tak perlu lah I nak mengolah lagi komen. Of course, ramai yang membantah dengan tindakan ini, Setakat ni I belum nampak lagi komen positif, "Ya! Saya suka ibubapa dikenakan tindakan jika merotan anak!"

Anak berdisiplin ke tak bergantung dengan cara didikan ibubapa, cliche sangat! Sekarang ni cerita pasal rotan. Mula-mula, ditegahnya cikgu memukul murid di sekolah. Tah siapa yang suka sangat undang-undang macam ni, sampai keluar pulak berita, guru dipukul pelajar. Kali ni, ibubapa sendiri yang tidak dibenarkan merotan anak sendiri. Phew!

Alhamdulillah, hasil dari dirotan, I menjadi I sekarang... Pernah je I tengok hasil tak pernah dirotan, ada yang menjadi seorang manusia yang hebat, ada jugak yang spoil, manja tak tentu arah, dan ada jugak yang rosak terus. Walaubagaimanapun, kalau untuk mendidik anak ikutlah cara Rasulullah SAW. Janganlah secara membabi buta. Yang penting Istighfar... Dan macam biasa, kalau tak buat salah, tak perlulah menghukum kan. Itulah konsep rotan sebenarnya. 

Sebagai seorang wanita yang lahir ke dunia dalam generasi tahun 80-an, kami memang kenal rotan, tali pinggang, hanger, getah paip dan bulu ayam. Masa budak-budak dulu, sampai waktu senja, "oklah geng, aku nak balik kang Ayah aku rotan aku takut arrr..." adalah ayat paling common digunakan pada waktu itu.

Kalau I kena hayun macam ni mau 3 bulan MC tak berjalan haha perasaan!
Gambar ihsan dari Google

Thursday, November 20, 2014

Review Kursus P&K JKRNS

Rasa nak berenang atas Toblerone! Itulah ayat pertama nak memulakan pengalaman dan review Kursus P&K pada kali ini. Bukannya nak menerapkan ilmu dalam kepala, nak berenang dalam cokelat pulak dia ye. This is our journey : 

13.11.2014 - Khamis

10.30 pm : Bertolak dari Wisma Negeri, Seremban

14.11.2014 - Jumaat
Susun pun senget-senget eh...
Tak sempat ambik group photo! Sedihhhh!
Keadaan ballroom sebelum huru hara. Sebabnya malam tu ada games.
Setiap staff dapat ni untuk cabutan bertuah... Dan, malam tu jugak I habiskan!
Kemain kan dapat barangan dari Langkawi. Cewah2!

5.30 am : Tiba di R&R Gurun dan siap bersarapan
8.00 am : Tiba di Jeti Kuala Perlis dan bersedia untuk menaiki feri
9.30 am : Bertolak dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi
11.00 am : Tiba di Pulau Langkawi dan terus ke De Baron Resort
12.30 pm : Makan tengahari di hotel
3.00 pm : Baru dapat check in masuk bilik. I sebilik dengan Kak Midah
4.00 pm : Kursus dimulakan
7.00 pm : Kursus tamat dan bersiap sedia untuk Majlis Makan Malam Bersama Pengarah
8.30 pm : Bermulanya acara makan malam, sesi menyerahkan cenderamata, games dan karaoke
11.30 pm : Time to sleep! Acara tamat dan terus pulang ke bilik masing-masing

15.11.2014 - Sabtu
Nak bergambor dengan helang katenye..
Best sangat tempat ni. Looking forward to come here again.
Semua ni tengah hulur jari nak bagi ikan pancut air haha neves ek!
7.30 am : Bersarapan sebelum memulakan perjalanan
9.00 am : Bertolak menaiki bas untuk lawatan sekitar Pulau Langkawi
9.15 am : Tiba di destinasi pertama, Dataran Lang dan bertolak selepas sudah bergambar
10.00 am : Tiba di Kilim Geoforest Park, membuat lawatan di sekitarnya dan beberapa aktiviti
12.30 pm : Bertolak ke Padang Mat Sirat untuk makan tengahari di Jom Ikan Bakar
1.00 pm : Singgah di Kilang Gamat dan kedai menjual kain batik
3.00 pm : Tiba di Pasaraya Billion, Kuah untuk sesi mengoyakkan poket masing-masing
4.30 pm : Tiba di Idaman Suri untuk membeli belah selama 30 minit.
5.30 pm : Tiba di Kompleks Haji Ismail Group sebelum pulang semula ke hotel untuk makan malam
7.00 pm : Tiba di hotel untuk makan malam sebelum acara bebas pada malamnya
8.30 pm : Berjalan kaki dari hotel ke pasar malam di Bazaar Pandak Mayah
10.30 pm : Berhimpit menaiki kereta dan terus ke Pantai Cenang
11.30 pm : Meneruskan perjalan pulang semula ke hotel selepas selesai bergambar dan supper di Pantai Cenang

16.11.2014 - Ahad
Amboi comelnya Amani... beliau sangat tak sabar nak balik haha
7.00 am : Bersiap untuk bersarapan dan terus checkout dari hotel
8.30 am : Menaiki bas untuk ke jeti
10.00 am : Meninggalkan Pulau Langkawi dengan 1001 memori
12.00 pm : Meneruskan perjalan ke Padang Besar, Perlis
12.30 pm : Tiba di Restoran Tok Mek untuk makan tengahari dan sangat tidak berbaloi
2.00 pm : Tiba di Padang Besar dan lagi sekali, poket pun bocor....
3.30 pm : Bertolak pulang ke Seremban

17.11.2014 - Isnin

2.30 am : Tiba di Wisma Negeri, Seremban
9.30 am : Kerja! Hahahahaha

So far, perjalanan memang lancar dan tepat pada masanya. Kecuali pada waktu balik tu tak dapat elak kan singgah sana sini. Bas pun ok, taklah sesak sangat dengan barang yang dibeli. Cuma pesanan untuk pelancong macam kami yang menggunakan khidmat kargo di Jeti Kuah, perlu berhati-hati. Mungkin sebab kami beramai-ramai dan senang ditipu bila bilangan barangan yang banyak macam tu. 

De Baron Resort pun best hotelnya, bolehlah duduk di sini ye untuk yang mampu. Kalau nak cari yang lebih bajet, ada juga rangkaian Baron ni. Search je, mesti jumpa. Hotelnya selesa dan makanannya pun boleh tahan. Cuma yang agak frust sebab I lambat check in kerana masalah bilik belum sedia. Maklumlah datang ramai-ramai macam tu la.. Hotel ni dekat dengan Rams dan Bazaar Pandak Mayah, dimana terletaknya beberapa rangkaian HIG. Dekat dan mudah, tak payah sesat-sesat sebab betul dalam pekan Kuah.

Dapat view sunset ok dari hotel ni. NICE!
Makanan di Jom Ikan Bakar pulak memang banyak, sedap dan murah. Masa kami tiba, dah ada beberapa buah bas jugak. Tempatnya besar dan harganya berbaloi. Bulan Januari nanti I akan ke sini lagi. Untuk makanan di Restoran Tok Mek yang kami singgah semasa dalam perjalanan ke Padang Besar, bagi I, amat tak berbaloi dan berganda bezanya dengan Jom Ikan Bakar. 

Itu saja review untuk kursus sambil melancong ini. Keseluruhannya, kalau muda mudi dan kuat belaka, dipersilakan naik bas dan feri untuk ke Pulau Langkawi. Nak memudahkan lagi perjalanan, naik kapal terbang adalah lebih selesa. Kalau nak beli pressure cooker dan pemanggang ajaib bolehlah kirim sesiapa nak ke Pulau Langkawi. Murah wo! Ok tu je, sebelum mencecer panjang lagi. Bai!

Tuesday, November 18, 2014

Kenangan Paling Diingati

Seperti yang telah di'RSVP' kan minggu lepas I berkursus dengan rakan-rakan satu department di pejabat ni. Ke Pulau Langkawi wey! Best gila lah. Kursus best, lawatan pun best. Poket je tak best sebab koyak. Pffttt! Ok it doesn't matter la poket ke seluar ke beg ke koyak, yang penting happy. Sebabnya, kursus kali ni ada meninggalkan satu kenangan yang takkan pernah luput dan hilang dari ingatan untuk kami BERTUJUH.
Semua ni terjebak kecuali Kak Midah, room mate I yang paling hujung tu :)
Jangan ingat Pulau Langkawi ada Telaga Tujuh, kami pun ada bertujuh yang agak keras kepala jugak. Hahahaha. Tak berapa tujuh sangat kot sebab dewasa memang tujuh tapi ada satu bayi :D memang kelakar dan tak sangkalah benda ni happened. Tak tercapai dek akal kalau mak-mak orang, bapak orang, anak dara orang dan bini orang buat hal macam ni.

Kami yang bertujuh itu ialah I, Dell, Zana, Tulip, Helmi, Linda anak beranak, Fairuz dan Aqil telah melalui satu pengalaman yang sangat menghiburkan dan kelakor. Sampai ke office, gelak tak habis. Dan baru berani nak cerita dekat kawan-kawan lain!

Masa malam kedua, pada 15/11/14 tu kami dah planning best sangat nak ke pasar malam berhampiran Bazaar Pandak Mayah di Pekan Kuah. Ok, jalan kaki pun boleh sampai. Tetiba muncul si Helmi, datang ke pasar malam berkereta dengan Linda anak beranak. Bincang punya bincang, nekad nak ke Pantai Cenang. Kereta tak muat... macam mana?

Kalau dah nekad tu ada-ada je caranya.. Lepas dah cuba pelbagai posisi hahahahaha I dan Dell memutuskan untuk balik ke hotel dan biarkan diorang pergi berlima. Namun, bak kata Fairuz, "...kalau kita cuba jugak ni boleh jadi kenangan terindah..." hahahahaha lagi sekali! Gila la diorang ni!

Pantai Cenang berjaya kami takluki dengan menaiki kenderaan seramai 7 orang menaiki Nissan Sentra, bukan naik Alphard mahupun Ezora mahupun apa-apa kenderaan MPV. Sempoi kan... Tergelak-tegelak lagi kitorang dalam kereta dengan keadaan : I memandu kereta (legaaaa!), Fairuz memangku Linda dan Akil di sebelah pemandu (anak beranak hahaha), Dell dan Zana memangku Tulip yang duduk tinggi bukan main dan Helmi paling seleso sambil layan Waze. 

Punyalah takut kalau ada apa-apa hazard reported ahead, bak kata Waze. Bukan apa, ada road block memang masaklah we ols. Itupun ada 2 buat motosikal polis trafik lalu tepi kereta nasib baik gelap dia tak nampak kot.

I - Dell - Tulip - Zana - Helmi - Fairuz - Linda - Aqil
Apa pun, itulah kenangan paling gila sekali pada kursus kali ni. Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga kejadian macam ni takkan berulang lagi. Untuk yang lain-lain, jangan contohi kami yang terdesak ni ok!

** gambar lain akan menyusul... banyak sangat nak kena edit nye pun! **

Jumpa lagi lain kali!

Tuesday, July 8, 2014

Zaman Anak-Anakku

Tidak selamat langsung. Ramai penculik, pendera, pembunuh, perogol, malah, peliwat. Risau tak? Anak-anak kita bakal membesar dalam dunia yang penuh dengan.... Tak tergamak nak digelarkan binatang kerana, sekarang, binatang lagi kasihkan anaknya, lebih melindungi puaknya dan pentingkan keselamatan jenisnya dari haiwan pemangsa lain. Malu sungguh dengan binatang...

Ingat tak dulu, kalau ibu-ibu nak memasak, ditulis satu kertas kecil, diselitkan wang yang cukup-cukup dengan perkara yang hendak dibeli. Lebih, buat upah. Seiringan ke kedai, kadang tu bawa adik, kadang tu laungkan kawan dan minta diteman. Barang sudah dibeli, tapi masih ralit bermain dengan kawan-kawan. Letak sekejap santan, gula, bawang dan cili di tepi longkang. Nampak dek ibu, dijerit sampai tersentak. Terus berlari pulang.... Itu DULU, selamat... Kedai Pakcik Musa takde, patah ke kedai Aci, masih takde, jom pergi Klang Gate! Tiada rasa gentar, ibu dan ayah dengan yakinnya melepaskan anak-anak berjalan sendirian. Pergi kedai je pun... Cuba diulang sekarang, perbuatan membiarkan anak ke kedai sendirian. Cuma satu pesanku, JANGAN MENYESAL...

Ingat tak dulu, beramai-ramai berjalan kaki ke sekolah. Main panas, main hujan, main banjir. Tak peduli disebat ibu, tak heran dirotan ayah, asalkan hati puas bermandikan hujan. Keluar seawal pagi, dengan kawan-kawan. Balik tengahari, dikejar anjing, masih gagah berlari sambil ketawa. "...tab bat ya daaaaaa..." Siapa pernah? Kerna dulu, sekolah dekat dengan rumah, tidak kisah mutu guru, guru tetap guru, kami masih berjaya, tidak kisah prestasi sekolah, kami berjaya juga menjadi yang profesional, malah atlit, dan tidak kisah peratusan kecemerlangan, kami bangga, walaupun 3A 1B dalam UPSR dah dikira hebat. Kalau jauh pun sekolah dihantar, akan disumbat dalam asrama. Sekarang, hendak dibagi anak berdikari, jangan silap langkah. Banyak mata-mata yang memerhatikan. Dari atas ke bawah, mungkin membayangkan luar dan dalam anak kita, baik lelaki, baik perempuan. Sekarang, "Oh emaknya, rasanya sekolah di kampung ni tak bermutu, moh hantar ke bandar lah, Ayah sanggup jemput pergi dan balik..." Untunglah anak-anak... ITULAH SEKARANG....

Ingat tak dulu, mana reti selfie, upload dan like. Petang, sarung roller-blade dan kayuh, kayuh, kayuh sampai letih. Pulang untuk mandi, bersiap pulak ke kelas mengaji. Di bulan Ramadhan, "haaa budak-budak ni dari bising meh tolong Acik siapkan moreh ni..." Solatnya 8 rakaatnya, kegembiraannya sampai ke solat Subuh rasanya. Anak-anakku kelak, seharian dan semalaman di depan gajet, lupa untuk bersosial. Jangan LUPA UNTUK BERSOLAT...

Ingat tak dulu, budak-budak Melati lawan meriam buluh dengan budak Klang Gate. Yang lelaki bersemangat membakar meriam, yang perempuan bertepuk riang. Tepat jam 10, sesudah moreh, terus ayah panggil pulang. Dengar dari rumah, bibir berketap, hati meronta nak bersorak! Perempuan, duduk rumah... Anak-anak millenium, baru main mercun bola dah putus semua jarinya. Sayang, jangan di'adjust' semuanya. Cukuplah kalau begitu, itulah ia. Tak perlu tunjuk hebat, kerna kami dulu lebih hebat. Puncanya mercun merbahaya? Dari mana datangnya agenda penyeludup ini untuk merosakkan anak-anak kita? 

Takut kan... Nak besarkan anak, modalnya tinggi sekarang. Dari botol susunya hinggalah ke stokinnya. Kerana duit, sanggup manusia berbunuhan. Takut kan... ibu dan ayah ke pejabat, anak 'buat kerja' di rumah. Paling hebatnya dosa, dibuangnya hasil 'kerja' yang sempurna sifatnya itu. Dan dosa-dosa ditanggung oleh...? 

Allah, bantulah kami....

Sesungguhnya kami takut, takut pada kemurkaan Allah. 

Berdoalah, Allah sayang orang yang sentiasa mengingatiNya. 

-waniesamani-

Baju Abang Sayang

Ceteka, ceteka, ceteka...! Baju apakah itu? I dah cuba search dekat Google tapi hasil dari search engine sangat tidak memberangsangkan dan menyebabkan kita kena filter lebih sikit otak kita. Kalau search benda lain dan terjumpa benda lain maapkan I ok. Tidak terniat nak double meaning tapi cuma sekadar nak bercerita...

I dah makin banyak ada Baju Abang Sayang ni. Senang nak pakai dan bila pakai nampak terletak dan cantik. Kalau baju kurung biasa nampak gedobos dan takde cutting. Melainkan kalau baju kurung Pahang atau berpesak. Ada juga sesetengah baju kurung Pahang dan pesak dah jadi sebahagian dari Baju Abang Sayang. Bagi memudahkan lagi pemakaian hahaha. Nervous pulak apa la I sebut-sebut baju camni ye.

FYI, kalau baju kita berzip belakang tu, kan kadang tu susah kita nak capai zip tu sendiri lagi-lagi insan comel macam I ni. Kalau baju ngam-ngam lagilah hebat peluh merecik-recik keluar dek nak kenakan zip dekat belakang tu. Maka dengan itu, Abang-abang terpaksa la bantu ye. Untuk kenakan zip tu. Nak taknak, suami kena jugak, kalau tak nanti apa rupanya bini tak zip baju hahaha. Sebab tu bagi insan-insan terpilih macam kita ni I rasa kebarung adalah pilihan selamat dan senang dipakai. Kesimpulannya ialah Baju Abang Sayang hanyalah satu mitos yang sengaja Mama buat sebab dengan selambanya bila I mintak Mama kenakan zip baju kurung I, Mama telah berkata,

"..ha.... tu lah, buat lagi baju Abang Sayang! Kan susah tu Kakak nak zip!" 

Wakakaka maafkan daughter mu la Ma, I sangkakan diri ini cutting Nasha Aziz hehehe. Yerp, inilah kali pertama dongeng Baju Abang Sayang telah didengari. Masa zaman Mama dulu tak tau lah macam mana tahap glamour nya panggilan baju macam ni kan.

Baju Abang Sayang ini kebiasaannya baju kurung moden, yang mana ikut cutting badan kaw punya. Yang bila disarung dari bawah atau dari atas akan terkandas dek traffic jam. Sekarang lambakan baju kurung moden ni dapat kita tengok merata. Of course, tak menepati syariah, tapi tak semua baju kurung moden ialah sarung nangka. Kadang-kadang tu baju Muslimah pun ada yang zip belakang. Perasan tak baju dulu-dulu, yang ada kembung dekat bahu tu, kan semua ikut pattern gaun, ada zip belakang.

Dah takde cite ke Samani nak cerita hal Baju Abang Sayang ni? Untuk gegerl-gegerl kurus, yang senang cari saiz baju, kalau nak ignore cerita I pun tak ngape. Tapi I menyeru rakan-rakan seangkatan I yang berusaha untuk diet tapi sering gagal, buatlah Baju Abang Sayang, dimana, tailor akan ukur baju yang hendak dijahit kalau nak ikut ukuran badan pun tak perlu risau kalau tak 'celuih'. Pesan dekat tailor supaya letakkan zip dekat belakang. Rasanya most of them tau kot kalau kurung moden akan letak zip punya. Cuma soalan,

"...mau letak zip sorok? kena charge lebih sikit untuk zip sorok.." 

Hahaha siapa pernah situasi macam ni? I mula-mula blur ok?! Sorok apa? Kalau sorok macam mana I mau pakai la auntie... Sekali dia tunjuk contoh, ok faham, ok nak, ok I bayar. Grrrrrr~ Pandai buat duit ek. Maunye tak kalau zip biasa nampak macam zip seluar je. Imaginasi gitu, sorry!

Nah... zip sorok untuk Baju Abang Sayang
Gambar dari Google aje :)
I memang dah ada banyak Baju Abang Sayang. Maaf sikit ye, certain baju tangan I masih sampai untuk habiskan zip sampai atas. Ada sehelai je baju raya tahun 2012 kot, punyelah ketat! Itu yang kena mintak tolong Mama. Hehe. Camne pun, I suka baju kurung moden berzip belakang dan kain beralun. Kemungkinan lepas ni I nak beli net atau chiffon keras sikit lepas tu nak buat ala-ala tutu. Budget je la cute, harap jadi elok nanti.

P.s. Suamiku, ini bukan post nak mengendeng suruh u beli baju raya punnnnn. Tapi kalau ada sepasang, 

ALHAMDULILLAH! 

Contoh Baju Abang Sayang hihi

Monday, July 7, 2014

Dah Masuk Second Half

Harini, 1 Julai 2014 yang bersamaan dengan 3 Ramadhan 1435H (lambatnya post ni I publish hehehe), apa khabar semua hamba Allah yang sedang berpuasa? Harapnya baik-baik saja dan moga Allah permudahkan semua urusan ibadat kita. Dah masuk tengah tahun ni, apa sumbangan kita pada agama, keluarga dan masyarakat? Hehe, nampak macam skema je kan tapi itulah hakikatnya yang kita tak nampak. Inilah masa untuk kita review balik apa yang kita dah lakukan untuk diri kita sendiri...

Mula-mula nak review perkara yang membahagiakan. Of course la, dapat anak buah tetap masuk ranking pertama. Walaupun bukan dari rahim I sendiri tapi I bahagia tengok sepupu-sepupu dah melahirkan anak-anak yang comel belaka. Alhamdulillah, awal rezeki mereka. Walaupun I tau ada jugak antara kami keluarga yang belum dikurniakan nikmat yang satu itu. Tak lupa juga kawan-kawan yang melahirkan anak. Nak sebut memang ramai.

Paling syok, Si Puteh beranak, Cinonet pun beranak. Family I ada ramai anak kucing. Hahaha ramai! Meriah dengan kucing aje lah ni untuk raya yang akan mendatang. Cuma yang menyedihkan bila yang hidup pasti akan pergi jua walaupun orang kata patah tumbuh hilang berganti. Keluarga I kehilangan Baby, Tam Pecit, Opie dan Putih. Semoga Allah sejahterakan semua kucing-kucing ni dimana jua mereka berada. Yang sudah pasti ada kuburnya hanya Opie je, yang lain hilang, tak tau kemana...

Ada jugak benda yang tak syok, bila kena bertukar antara bahagian dalam pejabat. Punyalah malas nak mengemas, dengan tak sihatnya. Perpindahan ni memang menyusahkan. Sila baca entri di bawah untuk berkongsi kesedihan kami. Huaaaa waaaa waaaa~ Yang sudah tu sudahlah ye... Apa pun, BERSYUKUR sangat dapat tempat sempit muat-muat badan, bil abergerak je abis bergegar meja depan belakang. Pfffttt!~

Ni pun sedih jugak, bila SiDia jatuh sakit dan dimasukkan ke wad pada bulan Februari yang lepas. Alahai, tolonglah jangan duga kami dengan kesakitan macam tu lagi, Ya Allah... Perit sangat. Sama jugak dengan I, dapat viral fever tapi I tak sampai masuk ward. Yang menyakitkan I ialah satu penyakit yang betul-betul ganggu sangat kebahagiaan I dan SiDia. Let me keep it just to myself, tak sedia langsung nak share dengan sesiapa berita ni. Masih lagi I berusaha, mengubatinya, dan sedang prevent apa yang boleh menggalakkannya. Semoga Allah memberikan penawar kepadaku T____T

Adik ada girlfriend! Hahaha inilah satu contoh kakak yang gelupor nakkan adik perempuan. Kadang rasa jeles, kadang rasa baguslah. Actually, baguslah... Dia pun dah besar, Kakak please la jangan jadi overprotective sangat. Dia pun ada life dia yang nak dicorakkan. Sama macam Kakak kan... So far, life I lepas berkahwin, ada messy sana sikit, itu biasa, dan paling bangga, bila rumah complete sangat! Selesa sangat! Tak sangka... I akan hidup dengan orang yang I sayang dalam rumah sederhana yang kitorang sendiri deco. Syukur.....

Pasal diri sendiri, I became so active and energetic, lately. Kami ke Broga, dan I gigih dengan Zumba party dan sesi exercise, dekat mana pun I hantam sajalah labu. I sparkled myself with sweats, the healthy one. Rasa sangat cergas. But honestly, berat tak turun ye, makan macam hape, nak turun apenye. Tapi I lebih cergas dan power bila naik Broga sebab tak lama lagi nak hiking sana sini. Kan Sayang kan? Kikiki

As for my spiritual, I rasa lebih sihat. Masih jauh lagi perjalanan nak melengkapkan rohani. Nak berkasih sayang dengan Allah. Dengan kelas yang I hadiri, harapnya dapat merubah segala kekurangan dalam diri yang hina ini. Sekali sekala terbabas juga, tapi, taknak jauh sangat terbabas, bahaya nanti. Semoga lelaki syurga I selalu tabah dan sabar dengan I. Hehehe, FIZIIIIII jugak!

Apa yang u all dah perbaharui untuk diri u all dalam first half? Renung-renungkanlah...

Assalamualaikum.

Wednesday, June 18, 2014

Pindah Rumah Lagi Sekali

Actually, bukanlah I yang berpindah ke rumah lain. Cuma Ayah yang pindahkan barang ke rumah kami. Selama ni rasa rumah bergema je kalau kitorang gelak kuat-kuat. Sekarang ni rasa paduan suara tu lain macam sebab barang dah banyak. Almost perfect, ade satu dua yang perlu ditambah. Alhamdulillah, rezeki Allah pada hambaNya yang sangat memerlukan. Terima kasih Ayah, terima kasih Mama.

Dengan berlorikan Abang Ajis, beberapa barangan dari hometown I dah berjaya diangkat ke Seremban. Tapi bang Ajis, kenapa lah abang datang lewat sangat. Dalam jam 11.00 pm baru sampai lori di Taman Melati. Nak mengangkat fridge dengan meja tempered glass bukan ringan kot dari penthouse tu. Takde lif! Memang tangga je la laluan yang ada....

Tu belum kira kena hantar pekerja ke Sg.Buloh dan patah balik ke Seremban. Sumpah memang I flat sangat. Mana nak tolong Ayah mengemas sikit-sikit barang dekat rumah lepas tu berangkat balik ke Seremban. Nasib baik ada Sayang yang kuat dan gagah perkasa. Kami siap berhenti tidur 2 kali sepanjang perjalanan balik ke Seremban. I dah balik rumah dan tidur, kerja selesai pun lebih kurang 5.00 am. Barulah Sayang dan Ayah dapat makan nasi. Allah je yang tau macam mana penatnya dua lelaki syurga I tu.

Kesimpulannya dari apa yang I alami dah beberapa kali pindah rumah - dari Seremban ke Segamat, dari Segamat ke Seremban, dari Dusun ke Melati, dari Rasah ke Permai, dari Dusun ke Kelisa dan dari Melati ke Kelisa. Amboi, banyak kali jugak tu ye. Memang memenatkan... 

Walaupun kita tengok barang tu sikit je, tak boleh dijangka. Mengikut pengalaman I, kita kena betul-betul pack barang dan tandakan kotak dengan barangan apa yang di dalamnya, kalau tak habis lah nak punggah satu-satu kalau nak cari barang urgent.

Akhir kata, tiada gambar untuk ditayangkan sebabnya dah tengah malam, telefon pulak dah rosak flash light dia. So bayangkan je la bawak barang berat turun dari tingkat 5 lepas tu dinaikkan ke lori. Kalau sekadar rumah teres takpe. Ikutkan hati, kalau boleh dah-dahlah tu pindah randah ni. Kalau boleh nak pindah lepas ni nak ke permanent house. Eh, macam mana orang yang pindah berkali-kali tu ek kebiasaannya polis dan tentera...

Thursday, June 5, 2014

9 Tahun Berkhidmat

03.06.2005 - 03.06.2014

Genap 9 tahun. Masuk tahun kesepuluh, cuti rehat dinaikkan ke 25 hari. Masuk tahun ke 13, lagi 4 tahun je, dapat KUP ke gred N22. Ya Allah, lamanya I dah berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Masih lagi di jabatan pertama iaitu Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Semuanya I belajar disini. 9 tahun lepas I menamatkan karier dalam perbankan dan memilih untuk masuk ke perkhidmatan awam atas kehendak kedua orang tua. Dan, inilah cerita I.. 

MENAPAK DARI TERMINAL ONE KE WISMA NEGERI
Jauh wey, cuba u all berjalan. Ya Allah, 10 minit penuh penyeksaan. Nak kena lintas jalanraya sesak, nak elakkan longkang, nak elakkan terkena kereta simbah air. Macam-macam rintangan. Paling susah waktu hujan, berpayung ke tidak ke memang akan kuyup. Dengan air longkang naik ke kaki, sampai sekarang kudis tak hilang. Hahaha~

BAS SKS, PUTRA LRT & BAS RAPID
Inilah transport utama untuk I datang dan balik kerja. Pagi-pagi naik dari depan Dayabumi sampai ke Terminal One dan waktu baliknya bas SKS akan berhenti di depan Central Market untuk I naik Putra LRT sehingga ke Stesen Wangsa Maju. Dari stesen kena naik bas Rapid ke Klang Gate. Maunya tak kurus! Punyalah jauh perjalanan. Nasib ada pas bulanan. Taklah rasa susah sangat waktu tu. Dapat gaji je beli terus pas bulanan untuk sebulan.

PASUKAN KOIR
Macam biasa, budak baru confirm la kena buat itu ini dek orang lama kan. Masalah utama, I dipaksa masuk koir. Daripada koir jabatan sampailah ke koir PUSPANITA walaupun I takde kena mengena dengan PUSPANITA. Kelakar tu. Cikgu tu dari berambut sampai dah terang duk mengajar I menyanyi je. I dapat masuk part suara soprano. Paling sempoi waktu majlis persaraan dan paling seram masa Karnival Sukan JKR Semalaysia baru-baru ni dan Hari Inovasi. Masa karnival sukan sebab pertama kali menyanyi depan menteri dan makhluk yang sangat ramai. Hari Inovasi pulak kena nyanyi solo untuk 2 rangkap. Hoi hoi hoi!

PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN & MAULIDUR RASUL
Paling best, masa muda mudi la. Kalau sekarang suruh I berbaris memang I takmau. Dengan panasnya, jauhnya, penatnya. Bagi adik-adik muda pulak ye. Akak dah berusia, tak sesuai lagi kederat ni. Alasan, sebenarnya dah malas kan, dah takde geng. Kalau dulu semua belum kahwin, jom join perbarisan, ON! Hihihi. Dapat lah jugak free costume, free kasut dan peluang melancong dengan semua ahli perbarisan tu. Best kan!

BOLA JARING
This is the best part! I suka sangat main netball tapi game tu jarang-jarang ada. Pertama kali main antara daerah di JKR Tampin. Ya Allah rindunya moment seperti itu. Dengan BFF semua, kami satu team. Dan, menang! Yang the latest, perlawanan antara JKR. Pun best jugak. Walaupun sampai quarter final je I redha. Tahun-tahun mendatang harap dapat join lagi. Amin!

Perasan tak, takde langung cerita hal urusan kerja, semuanya cerita benda di luar tugas hakiki. Bukan apa, nanti tahun kesepuluh, bila pengalaman dah bertambah, I akan cerita berkenaan tugas hakiki I pulak ye. Ok bai!

9 tahun lepas... tak sangka cepat masa berlalu :'(

Monday, June 2, 2014

Berbahagialah Sahabat

Sampai ke syurga hendaknya... Untuk pasangan Izan dan Wawa, satu aje pesanan dariku, ini hanyalah baru permulaan. Permulaan bagi kebahagiaan, kesempurnaan dan pancaroba duniawi dan syurgawi. Tak mudah untuk kita hadapi apa yang Allah telah turunkan. Tak mudah juga nak hadapi segala prasangka orang pada kita. Hanya kita, diri sendiri yang patutnya redha dengan apa yang telah tertulis untuk kita.

Saat diijabkabul :) I pun nervous time ni.
:)
Pada 30 Mei 2014, dalam jam 4.00 pm, bertempat di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat, Bangi selamat sudah Izan dinikahkan dengan Wawa oleh adik Wawa sendiri iaitu Jiji. Tak ramai pun hadir, keluarga sebelah Wawa dan beberapa kawan Izan. Segak dua-dua pakai rona kelabu. Cuma sayang la takde official photographer sebab wasa dah bermekap cun meletup.

Adam dan Daddy baru.
I sebagai kawan yang hanya mampu menumpangkan bahu bila-bila masa Wawa perlukan sangat bersyukur dengan pernikahan ini. Tamatlah segala spekulasi dan andaian yang berkaitan dengan Wawa lepas ni. Semoga Wawa dan Izan juga dapat menjadi ibubapa yang terbaik buat Adam. Hidup kita ada naik turun. Semoga Allah berikan semua kemanisan hidup berumahtangga kepada mereka.
Ehhh pengantin lama apesal over????
p.s. Sorry la Loccos aku tak dapat singgah opis ko sebab ko taknak blanje aku tudung Fareeda selai. Hahaha. Sorry bro, laki ku keje. Next time la aku g ye, dah tau opis ko katne.