Nuffnang Ads

Showing posts with label HTJS. Show all posts
Showing posts with label HTJS. Show all posts

Thursday, June 18, 2015

HSG : Pengalaman Kali Kedua

Lagi sekali, I melalui prosedur HSG selepas setahun ianya berlangsung di SALAM Senawang Specialist Hospital pada 14 Februari 2014. Kalau ada yang nak baca semula entri I pada tahun lepas yang berkaitan dengan HSG bolehlah klik pada link di bawah :



Setiap hospital dan doktor yang kita pergi mempunyai pengalaman yang sangat-sangat berlainan. Itu lah yang berlaku pada I jugak. Memang lain sangat pengalaman di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan SALAM Senawang Specialist Hospital. Macam tahun lepas, I buat di SALAM dan tahun ni bersambung lagi TTC dengan prosedur HSG di HTJS. 

Seperti di entri yang lepas, sekejap saja prosedur HSG di SALAM. Berlainan dengan di HTJS, ianya mengambil masa selama satu jam setengah, hampir ke 2 jam. I redha, kerana permasalahan yang I alami, tak mengapa lah, teruskanlah selama mana pun yang I perlu buat. Tarikh HSG pada kali ini ialah 10 Jun 2015 dan temujanji adalah pada jam 2.00 pm. Untuk yang pertama kali, setiap prosedur HSG akan diberikan Cuti Sakit selama sehari saja. 

I telah dipanggil masuk ke dalam OT room tepat jam 2.30 pm dan I perlu menukar kepada pakaian yang disediakan oleh pihak hospital. Di dalamnya ada 4 orang termasuk seorang radiologist, seorang doktor O&G, seorang pembantu radiologist dan seorang jururawat. Dan, air-cond yang sangat kuat. Brrrrr! Sebelum prosedur, I telah diberi penerangan oleh radiologist berkenaan apa yang akan dilakukan. Mereka akan menyuntik cecair yang contrast kan di dalam uterus dan tiub fallopio dan sekiranya akan ada blockage, satu cecair lain akan disuntik di tangan untuk mengesan kedudukan sebenar blockage yang berlaku. I faham, dan I mengangguk dengan redha.

Saat I disuruh berbaring, mulut pun dengan laju membacakan zikir agar dipermudahkan Allah. Walaupun ada sedikit kesulitan dalam prosedur itu, tapi I redha dengan ujian Allah. Selama satu jam setengah, I bertarung dengan kesakitan dan muntah kerana tak mampu menahan kesakitan yang teramat. Namun I betul-betul berpuas hati dengan prosedur di hospital kerajaan kerana ianya betul-betul menjalankan prosedur sehingga mendapat jawapan kepastian di mana permasalahan yang i sedang alami. 

Selesai saja prosedur, terus lemah seluruh badan dan sakit seperti senggugut. I keluar dari OT room dengan pelbagai rasa, loya, letih dan sakit. Keluar saja terus I minta Sayang belikan I air minuman untuk I makan ubat tahan sakit. Kali ini memang sakitnya berbeza dan lebih hebat dari sebelumnya. Alhamdulillah, sedikit-sedikit inilah persediaan I untuk melahirkan kelak. In shaa Allah. Selepas I diberikan Cuti Sakit oleh jururawat bertugas, I terus pulang sambil airmata berlinangan di kedua belah pipi. Seriously, sakit....

Apa pun, I nak share lagi beberapa tips dan kesan yang I alami untuk pengalaman kali ini.

TIPS SEBELUM MENJALANKAN PROSEDUR HSG

1. Bersedia mental dan fizikal
2. Makan sebelum masuk OT Room nanti angin perut susah
3. Bersedia dengan makan ubat tahan sakit. Please, makanlah..
4. Bercukur dan membersihkan kawasan yang akan dimasukkan cecair contrast
5. Bawa sekali pad atau panty liner, sebaiknya, pad lah sebab kita tak tau banyak mana bleeding nanti
6. Jangan bersama suami dulu ye...


KESAN DARIPADA PROSEDUR HSG

1. I mengalami kesakitan senggugut selama 4 hari dan memerlukan bantuan ubat tahan sakit setiap 8 jam.
2. Keluar fresh blood selama seminggu
3. Rasa nak demam tak demam

Alhamdulillah, selesai sudah episod HSG untuk kali ini. Result akan diketahui pada bulan Oktober. Semoga semuanya baik-baik saja.

Alhamdulillah, selesai kali kedua

Friday, April 17, 2015

Malam Minggu Berdarah

Berkobar-kobar nak share satu pengalaman baru dalam hidup, yang mematangkan I dan lebih menghargai hubungan I dan suami. Tak mungkin semua orang dapat merasa pengalaman begini. Insan kesayangan Allah dan yang paling utama, yang terpilih sahaja. Alhamdulillah, I masih diberi nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah.

11/4/2015, Sabtu.
Macam biasa, I tiba di KOMBES, Paroi untuk sesi senamrobik bersama KEG, memang menjadi rutin malam minggu. Walau Sayang bekerja, I tetap setia menjadi salah seorang yang mengikuti aktiviti tersebut setiap jam 9.00 pm sehinggalah 10.30 pm atau 11.00 pm paling lewat. Minggu itu, entahlah, berkobar rasa nak pergi menyertai setelah 2 minggu I terlantar demam dan batuk selsema yang teruk. Tak beriya sangat pun, buat ala kadar. Orang baru sudah baik demam gitulah. Tapi bahagia sangat, sebab dapat jumpa kawan-kawan seangkatan. Rindu nak berpeluh, rindu dekat kawan-kawan pun ye. Hihihi. Oh ye, elok pulak malam tu Sayang bercuti, makanya, Sayang yang menghantar dan mengambil I dari KOMBES Paroi dengan menaiki motosikal.

Jam 11.00 pm, setelah habis saja sesi senamrobik, berkobar I menelefon Sayang untuk pulang. Lapar sebenarnya. Lepas tu dah berjanji pulak dengan Kak CT dan Abang Rock untuk minum bersama. Sebabkan lapar sangat, I dan Sayang terus ke Kedai Atuk untuk menikmati mihun sup ayam special. Nenek siap buatkan yang baru sebab kuahnya dah habis. Alhamdulillah.....! Selepas berhubung melalui Whatsapp Group, kononnya Kak CT pun nak datang join lepak dekat Kedai Atuk. Tapi, awal pulak tutupnya malam tu. Mungkin dah habis dan kerusi meja pun dikemas. Ok, tak jadi lah nak lepak situ, I pun mintak Kak CT datang ke Shell Paroi untuk tunggu kitorang sementara nak isi minyak motosikal sebelum kitorang sambung lepak. Cadangnya nak ke NKI di Seremban Prima. Sambil lepak, boleh cuci mata sikit kalau dekat Seremban Town ada budak kereta ber'racing'.

Jam 11.40 malam, selesai I dan Sayang mengisi minyak motosikal, kami pun melambai pada Kak CT dan Abang Rock yang berkereta untuk ikut di belakang kami. Nak lead diorang ke NKI sebenarnya. Everything went smooth, sampailah ke traffic light betul di hadapan Sekolah Menengah Seri Ampangan. Ye, dari jauh memang lampunya merah, Sayang bersiap untuk berhenti. Sampai saja betul di traffic light, lampu bertukar hijau dan Sayang yang tak mau Abang Rock kehilangan dari pandangan, perlahan saja jalannya terus menyusur jalan sehinggalah....... I dan Sayang terbaring di atas jalanraya betul-betul di hadapan sekolah!

Ye, dengar bunyi hon kereta di tepi telinga I, terus I tarik bahu Sayang untuk bangun dari jalanraya. Motosikal dah menghempap kaki kami. Kereta dan motosikal yang lain dah berhenti di bahu jalan. Untuk menolong kami. Bila Sayang bangun saja, I nampak muka Sayang berlumuran darah. Ya Allah! I masih di atas jalanraya kerana lutut I tak mampu dan tak berdaya nak mengangkat sendiri motosikal yang di atas I. Dengan bantuan seorang pakcik untuk membantu I untuk menaikkan motosikal tersebut. Namun, yang I paling sedih ialah kaki I yang tidak mampu diangkat sendiri. Sehinggalah I dibantu oleh seorang wanita dan Kak CT sendiri yang masih terkejut tengok I dilanggar di depan matanya. Ye, kaki kanan I masih lagi tak mampu bergerak. Sedihnya tak terkata. Dengan kaki inilah, kekuatan untuk beribadat kepada Allah, kekuatan I untuk menggerakkan badan untuk tugas hakiki I di pejabat, kekuatan I untuk perniagaan sampingan I dan kaki inilah, yang berfungsi untuk I bersenam, I nak kuruskan badan, dalam usaha untuk mendapatkan zuriat kerana Allah. Sempat, I menelefon Ayong untuk memberitahu keadaan kami.

Sudah ditakdirkan Allah, ramai yang membantu kami. Ditambah pula dengan saksi yang ada, yang boleh hadir untuk memberikan keterangan atas kes kemalangan kami ini. Allah bantu lagi, dengan kebetulan, ada sebuah ambulans dalam perjalanan dari Hospital Kuala Pilah menuju ke HTJS. Allah, syukur... Kami ditumpangkan ke dalam ambulans tersebut bersama seorang lagi pesakit. Muka Sayang berlumuran darah, kaki I tak mampu bergerak. Tangan dan kaki kami tak usah dicakap lagi. Semuanya berlumuran darah. Tiba di Unit Kecemasan dan Trauma HTJS, kami terus di bahagian saringan. Luka kami dibersihkan disitu. Pedihnya, Allah saja yang tahu. Sayang terus dibawa ke Zon Kuning kerana kesukaran untuk bernafas. I pula hanya di Zon Hijau. 

:'(
Semasa doktor merawat, I telah diminta untuk melakukan X-ray. Alhamdulillah, ya Allah, tiada keretakan atau apa-apa yang patah pada lutut kanan I. Ya Allah, sedihnya I mendengar perkhabaran itu. Masih lagi Allah beri kesempatan dan kasih sayangNya untuk hambaNya yang seringkali lalai ini. Paling takut, kalau I terpaksa memakai simen, akan menyusahkan semua disekeliling I. Entahlah, I berdoa agar I diberi kesihatan yang baik agar tak perlu Mama Ayah, Mama Baba, Sayang, Ayong, Abang, Kak Long, Kak Ratna dan semua keluarga bersusah untuk I. Syukur lagi sekali. Cuma yang menyedihkan I, melihat Sayang terlantar dan dimasukkan wad. Sedih sangat I, tengok nasib kami yang diuji sebegini. Aku bersyukur ya Allah andai ini penghapus kepada dosa-dosa kecil kami. Aku bersyukur ya Allah dengan kasih sayang Mu yang Kau berikan kepada kami untuk peringatan bahawa mati itu pasti. Aku bersyukur ya Allah, Kau berikan kami nafas lagi untuk kami segera bertaubat kepadaMu. 

Cerita malam itu berakhir dengan kemasukan Sayang ke wad. Tiada keretakan tulang atau apa-apa yang patah pada I dan Sayang. Alhamdulillah. Lutut kanan I masih cedera dan tak mampu berjalan dengan sempurna. Tangan kanan I bercalar sehingga ke siku kerana tersagat pada jalanraya. Tangan kanan Sayang pun besar calarnya di lengan. Tangan kiri Sayang pula berlubang besar di tangannya. Lutut cedera dan muka bercalar di sebelah kiri. Antara komplikasi lain pada Sayang ialah, bahagian dada sebelah kanan Sayang masih sakit bila digerakkan, kaki kanan Sayang penuh lebam, semua calar dan luka pada tangan Sayang masih dirawat untuk dicuci setiap hari. Tangan I pulak masih terik pada lukanya dan bengkak. Tiada apa-apa keretakan pada tangan I. Dada sebelah kiri I masih sakit bila melakukan kerja berat. Lutut kanan I masih tidak boleh berfungsi seperti biasa. Sakit yang teramat bila I cuba membengkokkan lutut kanan. 

Kronologi kejadian kemalangan yang dapat I ingat ialah :

1. SETELAH MELEPASI LAMPU ISYARAT, I RASA LUTUT KANAN I DILANGGAR KERETA SECARA TIBA-TIBA DAN DIHIMPIT KE KIRI JALAN

2. MOTOSIKAL SEPERTI MELEKAT PADA KERETA TERSEBUT NAMUN SAYANG HILANG KAWALAN

3. KERETA TERSEBUT BERGERAK KE KANAN SEMULA DAN MOTOSIKAL KAMI TIDAK MELEKAT PADA KERETA LAGI

4. SAYANG HILANG KAWALAN MOTOSIKAL

5. KAMI JATUH DI SEBELAH KANAN BERSAMA MOTOSIKAL

6. KAMI BERSAMA MOTOSIKAL TERSERET KE BAHU JALAN SEBELAH KIRI

7. TANGAN I MASIH MEMELUK ERAT BADAN SAYANG TERSERET SEKALI DI ATAS JALANRAYA

8. I TERASA SUDAH TERBARING DI JALANRAYA TAPI TAK MAMPU BERBUAT APA

9. TERDENGAR BUNYI HON KERETA TERLAMPAU DEKAT DENGAN TELINGA I MEMBUATKAN I TERKEJUT 

10. I TERUS MENARIK BAHU SAYANG UNTUK MENGEJUTKANNYA YANG SEPERTI TIDAK SEDAR

11. TANGAN KANAN TERASA KEBAS DAN BERLUMURAN DARAH, LUTUT KANAN TIDAK MAMPU BERGERAK SENDIRI

12. I DIPAPAH UNTUK BANGUN DAN DIDUDUKKAN DI BAHU JALAN

13. HELMET I DITANGGALKAN DAN TIADA KECEDERAAN PADA MUKA DAN LEHER I

Semuanya, masih segar dalam kotak ingatan I. Setiap malam, sebelum melelapkan mata, I sentiasa terbayang setiap saat kejadian itu. Apa yang I dapat bayangkan ialah, walaupun kejadian itu berlaku seperti hanya 5 saat, tapi bila recall, semuanya jadi macam slow motion. I tak mampu nak luputkan langsung.. Moga Allah bantu I dan suami untuk mendapat pembelaan. Takut, tengok keadaan Sayang. Semua yang berlaku buat I terfikir yang tak mungkin I akan naik motosikal lagi. 

Di kesempatan ini, banyak ucapan terima kasih yang tak terhingga I nak ucapkan. Pertama sekali pada Allah, kerana peringatan mesra ini. Kemudian, berjuta ucapan terima kasih pada semua yang membantu I dan suami di tempat kejadian. Pada pakcik yang tidak bernama, pada adik yang tidak bernama juga. Terima kasih pakcik kerana mengangkat motosikal dari atas I. Terima kasih adik yang membantu I untuk berpaut padanya untuk angkat I duduk di bahu jalan. Allah saja dapat membalas budi baik kalian dan keluarga. Terima kasih Kak CT dan Abang Rock yang menjadi saksi utama kejadian dan membantu mengejar kereta yang melanggar kami. Terima kasih juga kerana menjadi peneman setia I di hospital sementara ahli keluarga I yang lain tiba pada malam itu. Terima kasih Abang dan Ayong yang hadir dan menanti sampai Adik masuk wad. Terima kasih Mama Ayah, Mama Baba dan kawan-kawan yang lain, Izham, Mizal, Shafiq dan Amal semasa di Unit Kecemasan HTJS.

I nak berterima kasih jugak pada yang sudi melawat Sayang semasa di hospital. Pegawai-pegawai dan kakitangan KPJ Seremban, pegawai-pegawai Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan, keluarga dari dekat dan jauh, kawan-kawan JKR yang hadir, Fira, Hajar, Chaa sekeluarga. Semua hommies Sayang dari Paroi Jaya dan sekitar. Terima kasih atas kesudian melawat.. Terima kasih juga atas doa dari semua di Whatsapp, Instagram dan Facebook. Allah... ramai yang mendoakan, terima kasih tak terhingga. Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. Terima kasih untuk doa, hadiah-hadiah dan saguhati.  

Semoga Allah kuatkan kasih sayang antara kita... I love you.

Monday, March 16, 2015

Cukuplah Satu Malam!

Taknak 7 malam macam tempoh hari. Taknak operate macam tempoh hari. Taknak terganggu tidur macam tempoh hari. Taknak susah mandi best-best, lama-lama macam tempoh hari. Taknak pakai baju hijau sepanjang masa macam tempoh hari. Tak berkongsi bilik mandi dan jamban macam tempoh hari. Taknak kena injection macam tempoh hari. Kalau nak cerita, macam-macam taknak...

Kesian birthday boy kena bersapau dekat hospital ;D
Selepas seminggu menahan kesakitan, Klinik Kesihatan tak dapat berbuat apa-apa kecuali bagi painkiller saja. I dengan rela hati, membawa diri ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban... AGAIN! Kalau ikutkan memang tak mau. MEMANG TAK MAU... Sebab dah tau keadaan diri, confirm akan masuk ward. Dan ianya berlaku dengan sekelip mata, tak sekelip sangat. Since 11.00 pm mendaftar, 4.30 am dimasukkan ke ward. Sabar.......

Kesian bini birthday boy kena naik wheelchair 
Alhamdulillah, tak lama pun masuk. Walaupun dengan komplikasi yang menyeramkan sesetengah pihak, I discharged pada petang itu jugak. Cukuplah satu malam! Taknak banyak malam... Dekat sini nak bagitau, ward yang baru untuk Wanita dan Kanak-Kanak di HTJS sangat selesa. Compared to blok lama. Merasa, masuk Dewan Bersalin hahaha. Seram oi, tengok katil bersalin tu. Hihihihihi!

Wad baru u ols!
Terima kasih pada Sayang, walaupun menyambut hari lahir di HTJS, sanggup teman dan bawak I dan tunggu I sampai I warded. Sorry, takde birthday celebration tahun ni... Terima kasih, keluarga yang menyampaikan salam dan yang datang melawat. Terima kasih kawan sepejabat yang hadir memberi sokongan. Terima kasih pada yang bertanya khabar melalui WhatsApp dan media lain. Alhamdulillah... Samani strong lah! Hehehe.

Tak suka! tak suka! tak suka!
Pening juga kepala dapat MC seminggu. Dalam pening tu, ada something yang I dah start sekarang. I'll write about it, soon. Apa pun, kita jumpa semula doktor pakar pada 4 Jun 2015 ya!

Thursday, March 5, 2015

Nasib Tak Baik Di KK Seremban 2

Segala aduan telah dipanjangkan pada hari kejadian kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui dalam talian. Diharap pihak bertanggungjawab akan mengambil maklum.

Pada 7/1/2015 (HARI RABU), saya telah mendapatkan rawatan di KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 kerana masalah demam. Selepas ujian darah diambil, doktor telah meminta saya membuat ujian darah FBC semula pada 8/1/2015 (HARI KHAMIS) untuk ujian terpaksa dirahsiakan.

Saya telah hadir semula di KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 pada HARI KHAMIS (8/1/2015) untuk tujuan mengambil darah. Saya difahamkan, untuk bacaan keputusan darah adalah mengambil masa selama 2 bulan selepas darah diambil kerana sample darah perlu dihantar di makmal di HOSPITAL TUANKU JAAFAR. Petugas kaunter NO.26 telah memberi satu tarikh iaitu 4/3/2015 (HARI RABU) untuk tujuan mengambil keputusan ujian darah.

Pada hari ini, 4/3/2015, saya telah hadir ke KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 untuk temujanji yang ditetapkan pada jam 10.00 pagi. Pada jam 9.55 pagi saya telah mendaftar dan diarahkan ke KAUNTER NO.24 untuk mengambil keputusan ujian darah sebelum ke Bilik 34 untuk bertemu dengan doktor yang bertugas.

Malangnya, apabila saya sampai di KAUNTER 24, petugas di kaunter telah membuat saya kecewa. KEPUTUSAN DARAH saya tiada didalam rekod mereka walaupun setelah 2 bulan saya menunggu dan telah hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan di dalam kad temujanji. Petugas di KAUNTER 24 telah mengajukan 2 soalan dengan nada yang tidak menyenangkan.

PETUGAS DI KAUNTER : BILA AMBIL DARAH? SEPATUTNYA AWAK TAHU BILA TARIKH AWAK DATANG MENGAMBIL DARAH. PENTING TU.

SAYA : SAYA DAH CHECK BALIK DALAM DIARI SAYA YANG BETUL SAYA DATANG PADA 8/1/2015 YANG LEPAS. DAN ADA TERCATAT DI DALAM KAD TEMUJANJI SAYA...

PETUGAS DI KAUNTER : AMBIL DARAH UNTUK APA? SEPATUTNYA KENA TAU UNTUK APA DARAH AWAK DIAMBIL. KENA TAU TU.

SAYA : DOKTOR YANG MERAWAT SAYA ADA CAKAP BERKENAAN NAK BUAT UJIAN tuuuuuuuttttt. DALAM KAD RAWATAN TU ADA RESULT DARAH YANG SEBELUM NI SAYA PERNAH BUAT DAN DOKTOR PUN ADA BUAT CATATAN DISITU.

PETUGAS DI KAUNTER : HURMMMM TAK ADA PUN KEPUTUSAN NI SAYA DAH CARI DEKAT SINI PUN TAK ADA.

SAYA : TAKPE LAH KAK, SAYA DUDUK DULU YE AKAK CARI LA DULU..

PETUGAS DI KAUNTER : HA DUDUKLAH DULU, LAMA LAGI NI NAK CARI.

Selepas saya duduk beberapa ketika, petugas di kaunter tersebut telah memanggil nama saya dan dengan harapan saya sangkakan keputusan saya telah ditemui. Malangnya masih tidak dijumpai. Beliau menyoal saya berulang kali dengan soalan yang sama. Dan menyatakan tiada keputusan ujian darah saya disana.

Saya telah diarahkan untuk hadir semula pada 10/3/2015 (HARI SELASA) untuk mengambil semula keputusan darah saya. Dan, saya disuruh menelefon dahulu KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 untuk mengesahkan samada keputusan ujian darah tersebut telah ada atau tidak dan doktor pakar hadir pada hari berikut.

Saya seorang kakitangan Kerajaan dan bekerja di dalam Daerah Seremban juga. Saya telah mengambil masa bekerja saya untuk berjumpa dengan doktor dengan harapan akan diberikan time-slip untuk diberikan pada majikan saya. Waktu bekerja saya amat berharga dan saya bukan keluar dari pejabat secara sesuka hati. 

Diatas ialah petikan daripada aduan yang telah I buat berkenaan dengan perkhidmatan yang I terima dari KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2. Selepas beralku saja kejadian ni terus migrain kepala I. Bayangkan, selama 2 bulan I menunggu untuk dibacakan keputusan ujian darah tersebut. I juga terpaksa menghentikan urusan TTC untuk memastikan I dalam keadaan yang baik sebelum mempunyai zuriat sendiri. 

Diharap pihak yang bertanggungjawab dengan permasalahan yang I hadapi ni memberi kerjasama dalam menyelesaikannya. Sampai ke hari ini, masih lagi sakit kepala I yang terpaksa menunggu sampai minggu depan...

Monday, March 3, 2014

Penangan Summer Di Seremban

Hahaha no words can describe what we've been through for these few months. It summer time in Seremban! I ain't joking. Seremban happened to not having rain for a long time and now the heat is killing me inside. Bukan I sorang, yang dipercayai sakit. Ramai lagi di luar sana. Tak tau nak describe macam mana tapi cukup I katakan yang seminggu lebih I bercuti.

I fell sick. Kronologinya ialah Ayah terpacak di hirarki pertama dan diikuti dengan I. Mama menyusul dan diakhiri dengan Sayang. Huaaaaaaaa! Sakit yang menyakitkan dan meletihkan. Ye, gara-gara musim summer dekat Seremban la jadi macam ni. Atau mungkin Ayah pembawa virus dari KL. Paling tepat, ketentuan Allah. Dah diizinkanNya maka sakitlah kami. Alhamdulillah, sakit I telah hilang berikutan dengan pengambilan antibiotik dari Klinik Kesihatan Seremban. Batuk pun dah makin kurang. Syukur sangat-sangat sebab hanya Allah yang tau sakitnya I masa itu.

First, ia akan attack dada. I ingat lagi batuk pertama ialah makan asam dekat office. Penyebab je asam Hajar tu. Sebenarnya I memang dah nak sakit. Malam tu I mula demam-demam. Tangkap sendi dan seluruh badan dari hujung rambut ke hujung kaki. Allah... Lemah terus dan jadi lembik wanita sasa macam I ni. Manakan tidak, demam sekitar 38° ke 39° memang melemahkan. Hampir seminggu ye. Pergi kerja pun half day, ape kejadahnya.

Paling teruk ialah Sayang... Admitted sampai 3 hari di HTJS. Fuh, ini dugaan paling hebat. Berulang dari Kelisa ke Wad 7B dan ke Dusun dan ke Paroi dan ke hospital. Pitam. Tapi syukur kesihatan I pun elok waktu Sayang admitted. Kalo dengan I pun terbaring lemah memang habislah. Syukur lagi sekali, Sayang discharged dengan jayanya. Dibekalkan dengan antibiotik, bolehlah Sayang balik pada hari Ahad. Lemah longlai rasa badan bila dapat baring sekejap. Tidur pun puas.

Time ni lemah sangat le ni....
Get well soon dear husband... Takmo sakit lagi tau!
Serius la, summer time dekat Seremban ni harapnya berakhir dengan cepat. Walaupun hujan rahmat turun sekejap je Ahad lepas tapi I masih menguatkan doa untuk Seremban dilimpahi hujan selalu. Baju tak kering boleh pakai dryer tapi kalau manusia dehydrated memang macam-macam masalah akan timbul. Pening wo!

I don't want to sleep alone at home. Nak polok-polok hahaha

Monday, October 7, 2013

Pertama Kali MC

Kesian, ni pertama kali SiDia bercuti sakit. Dalam sejarah bekerja di tempat baru. Memang patut kena jaga prestasi, MC kalau betul-betul sakit saja. Tapi apakan daya, bila dah tak boleh menahan langung mana boleh pergi kerja jugak. Kalau terbaring dek nak kejar kan kerja semata, memang tak patut. Boleh report Pejabat Buruh tak? Mulalah tu..

Kronologi 30.09.2013

8.30 am - I ke pejabat macam biasa, lepas punch kena isi SKT pulak. Tak fikir apa cuma ingat SiDia demam biasa macam selalu :(

9.10 am - Bergerak ke Paroi Jaya untuk bawak SiDia ke Klinik Kesihatan Ampangan

9.45 am - Sampai di Klinik Kesihatan Ampangan, drop SiDia, I berpusing cari parking kereta. Monday, biasalah klinik penuh. Pfffffttttt! Sampai klinik terus SiDia diberikan neb dan I masuk tengok SiDia masih di bilik rawatan. Takde orang di Asthma Bay, hanya Hafizi sahaja ye..

10.00 hingga 12.30 pm - Berjumpa doctor, disahkan belum clear lagi paru-paru. Terpaksa ambik neb sekali lagi dan jumpa doctor semula. Masih belum clear, terpaksa diberikan antibiotic dalam bentuk cecair yang disuntik dan neb sekali lagi.

12.45 pm - Doktor buat referral letter untuk dibawa ke Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Ops, tak boleh naik kenderaan sendiri ok. Kena tunggu ambulan datang ambik.. Sudahhh, ambulan bagai...! Call Auntie Pipah untuk bawak sekali ke HTJS. Tapi kami naik kereta ye..

1.30 pm - Gedebuk gedebak gedebik, SiDia dah dibawa ke HTJS menaiki ambulan. I dan Auntie Pipah menyusul kemudian. Sampai di Unit Kecemasan, I cuma drop Auntie Pipah dan macam biasa I cari parking di kawasan parking baru. Eh selesa ok sebab berbumbung. Tapi kena berjalan sikit la sebab lif rosak. Takpe, exercise...

2.00 pm - SiDia dalam keadaan terbaring lemah mungkin sebab tak makan dari pagi. Siap pakai oksigen lagi tuh. Hadoiii, masa ni jantung I pulak lemah. Macam biasa, Unit Kecemasan tak kira pagi petang siang malam ada aje kes. Lagi-lagi SiDia dekat Yellow Zone. Takpe, bertahan ok...

3.00 pm hingga 5.00 pm - I dan Auntie Pipah bersapau di HTJS. SiDia kena ambik lagi sekali neb. Alhamdulillah dah hampir clear. Tapi still kena buat X-Ray dan ECG. Kata doctor mungkin jangkitan kuman di paru-paru. Lepas Asar, doctor sahkan result ECG clear, cuma X-Ray ada tunjukkan yang paru-paru dijangkiti kuman. Sebab tu SiDia demam dekat nak 3 hari. Kena habiskan antibiotic yang diberi dan kalau sesak nafas lagi datang terus ke Unit Kecemasan dan Trauma HTJS.. Oklah tu, dapat ubat asthma, antibiotic, ubat batuk dan MC selama 2 hari.

5.30 pm - MAKAN NASI ARAB DAMSYIK DI TAMAN PAROI JAYA. Haaaa???!!

 Pengajaran pada hari itu ialah,

STOP SMOKING, JAGA KESIHATAN, REHAT SECUKUPNYA

Kesian, kena inject antibiotic...

I tak suka costume hijau tu >,<
U tau tak masa tu I risau gila? Sampai seharian tak makan dan tak minum mengenangkan u macam tu? Makan ubat tu habiskan tau... Tak best kan pergi hospital? Haaa, tau pun... Dan I memang tak sukakan hospital lagi-lagi dekat Unit Kecemasan dan Trauma sebabnya I memang bebetul TRAUMA nak masuk wad. Eeeeeeeeeeeeeeeeee, tak suka!
 

Tuesday, September 24, 2013

Kahwin Oh Yeah : Persiapan Kad Sebelah Lelaki

20.09.2013 ke HTJS lagi. SiDia ada appointment dengan dermatologist. Plus, ambikkan ubat untuk Mama. Sambil snorkeling minum air la ni. Actually, dah lama tak buat aktiviti berdua. Selepas meneman SiDia, dengan rela hati I terus ambik cuti. Letih la nak terkejar-kejar sangat.

Berjaya jugak setelkan beberapa perkara dalam tempoh masa setengah hari sahaja. Rasa lega untuk a few things that we had done. Kalau tak dikerah tenaga memang takkan bergerak checklist tu. Kosong tak bertanda. Kami ambik kesempatan untuk selesaikan perkara sebelah pihak lelaki pula. Alhamdulillah.. Allah mudahkan kami. Sangat mudah...

Kad kahwin sebelah lelaki, no, tak mungkin DIY kan. 500 keping boleh pengsan woooiiiii. Lepas tangkap gambar untuk kad nikah, kami bergerak berdua ke Taman AST. Ke satu printing company yang SiDia dah kenal lama. Harga? Ermmm boleh tahan. Keputusan muktamad belum ada lagi ye tapi bentuk kad dah ada. Cuma tak berapa banyak pilihan. Takpe, ada masa nak survey lagi.

Keesokannya, kami ke Bangunan MARA pulak untuk survey lagi satu printing company. Harga memang best dan mungkin SiDia dalam perbincangan dengan family untuk buat yang mana satu. Paling penting, bilangan kad yang perlu ditempah. Nanti tak cukup naya je berulang 20 kali untuk pergi print. Miahahaha.

Legaaaaaaaaaaa dah! Lepas ni yang kena kuarkan.. MONEY MONEY MONEY aje lah ye Sayang hehehehe.

Wow, suci ker????


Thursday, August 1, 2013

Hospital Kerajaan Tak Susah

I menulis disini kerana terpanggil dengan beberapa tohmahan orang luar pada jabatan-jabatan Kerajaan yang menyatakan betapa tidak efektif dan efisien jabatan-jabatan ini dalam aspek berurusan. Semua jabatan Kerajaan terkena tempiasnya. Lebih-lebih lagi hospital Kerajaan yang menghadapi saingan dengan hospital-hospital dan klinik-klinik swasta yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia. Lebih lagi ditambah dengan syarikat-syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan dan yang lebih terkenal sekarang ialah Medical Card. Setiap hari akan ada saja panggilan telefon yang menawarkan insurans.

Sebagai kakitangan kerajaan yang hanya mempunyai polisi insurans perlindungan nyawa dan kecacatan kekal sahaja, I memang berharap sepenuhnya kepada hospital Kerajaan yang menawarkan perkhidmatan percuma khusus kepada penjawat awam yang mempunyai perbelanjaan yang agak terhad berbanding gaji di swasta. Bukan semua, tapi I percaya sesetengah penjawat awam sependapat dengan I.

Banyak rungutan dengan menyatakan betapa rendahnya taraf perkhidmatan pelanggan di hospital Kerajaan. Mama adalah salah seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur yang telah berpencen. Sepanjang perkhidmatan Mama, kami sekeluarga memang menjadi pengunjung tetap hospital Kerajaan. Di samping harga yang sangat murah, tahap kepakaran pakar-pakar di hospital Kerajaan adalah memuaskan sepanjang I menikmati perkhidmatan di sini. Ini yang terbaik, untuk keluarga kami. Kami bukan keluarga yang berkemampuan untuk ke hospital dan klinik swasta bagi mendapatkan rawatan. Setakat hospital Kerajaan dan kami masih bernafas sehingga sekarang.

Setakat ni sudah 2 kali I dimasukkan wad di hospital Kerajaan. Pengalaman semuanya berlainan. Cuma bila terjadi ketidaksabaran sesetengah pihak akan mula melenting dan menyalahkan hospital Kerajaan yang tidak cekap. Alhamdulillah, layanan yang I terima tidak kurang hebatnya. I juga pernah dibedah dan semuanya berjalan lancar. Berserah kepada Allah, itu yang termampu buat kami.

Baru-baru ini, I telah ke HTJS bagi mendapatkan rawatan Pakar O&G. Agak lewat I keluar dari pejabat kira-kira jam 8.20 am sedangkan temujanji pada jam 9.30 am. Dalam hati gundah gulana tak menentu dan risau akan mengalami kelewatan. Lagi sekali, berserah. Tiba di kaunter pendaftaran kelihatan orang ramai yang sudah mendaftar. Dalam hati berbisik, sempatkah? Jangan disalah anggap sekiranya kita sendiri tidak mengalaminya. Walaupun bilangan menunggu ialah seramai 46 orang tapi atas kecekapan petugas kaunter yang ramai pada waktu puncak semuanya berjalan lancar. Nombor dipanggil berturut-turut dan perkhidmatan diberikan semesra dan secepat yang mungkin. Terima kasih. Sekejap sahaja urusan di Kaunter Pendaftaran dan selesai sudah urusan menyerahkan Guarantee Letter (GL), iaitu pengesahan menyatakan I adalah kakitangan Kerajaan dan layak mendapat perkhidmatan secara percuma.

Di Klinik O&G pula, I terus ke Ruang Temubual setelah selesai mendaftar. Lagi sekali, selesa dan nurse melayan adalah mesra, seolah memahami gulana di hati... Selesai ditemubual, I menunggu lagi tidak sampai 10 minit jugak nombor sudah dipanggil. Semua kesabaran akan ada ganjaran sekiranya kita redha. Cuma tak perlu gelojoh. Melainkan kemampuan itu tinggi dan rasa diri sangat layak untuk dilayan sesempurna yang mungkin. Cuma ingin diperbetulkan disini, bahawa perkhidmatan daripada hospital Kerajaan adalah tidak seburuk yang disangka. Jika teruk, kenapa masih ramai yang memerlukan khidmat hospital-hospital Kerajaan sehingga penuh Kaunter Pendaftaran. Tidak kiralah di hospital ataupun Klinik Kesihatan. 

Kalau ditanya pada empunya diri ini, tidak dinafikan semua perkara pasti ada sedikit cacat cela yang tidak akan dapat dielakkan. Tiada yang sempurna di dunia ini. Jangankan ada kecuaian di hospital Kerajaan, kes yang di hospital swasta pun ada juga. Bezanya bila cerita itu di war-warkan atau tidak. 

Memang pakar terbaik di seluruh semesta ni hanya Allah SWT. Yang penting berserah. Bertawakal. Bila ada kemudahan yang baik, gunakanlah sebaik mungkin. Bila mana kita dah berhabis setiap bulan lebih kurang RM100 ++ bagi membayar harga polisi, maka gunakanlah ia. Jangan yang hanya mampu setakat itu sahaja tak mahu mengukur baju di badan sendiri. Dan jangan yang mempunyai kelebihan memandang rendah pada yang agak kurang kemampuannya daripada anda. 

Sememangnya rezeki itu dari Allah. 

Terrific Tuesday

ALHAMDULILLAH. Dalam masa tak sampai 4 jam, banyak berita gembira yang I terima. Semua atas izin Allah. Perjalanan hari ni mudah sangat. Semuanya. Dari mencari parking sampailah balik ke office semula. Allah perkenankan doa dari hamba yang lemah dan hina ini. Semuanya Allah dengar. Rasa nak menangis dan meraung pun ada. Tahan aje. Tapi terlepas jugak masa dekat Surau tadi..

Kaunter dia cekap lah... Kejap je nombor I naik.
Alhamdulillah... ada seat :)
Perjalanan pagi tadi bermula jam 7.00 am. Perjalanan dan urusan meletak kenderaan sangat mudah. Dapat parking dekat tempat yang strategic dan senang nak keluar untuk ke hospital nanti. Urusan GL selesai dan terus ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) untuk urusan temujanji bersama Pakar O&G pada jam 9.30 am. Mudah juga semua urusan. Urusan pendaftaran pun lancar walaupun giliran menunggu seramai 46 orang tapi nombor giliran laju sangat. Kemudian proceed ke Klinik O&G dan mudah juga. Masuk terus ke Pendaftaran dan ke Ruang Temubual bagi mengambil berat dan tekanan darah.

Waktu ni memang boring sikit..
"120/80 bacaan darah. Ok bagus ye," tengkiu nurse. At least lega sikit.

Nampak ada beberapa orang dekat ruang menunggu giliran. Berbekalkan nombor 4876, ingatkan lama waktu menunggu. Tak sampai 10 minit rasanya nombor dipanggil terus. Macam tak percaya. Terus I masuk ke Bilik 8. Dalam hati memang nervous. Macam-macam dalam kepala otak. Nak tanya dan nak dapatkan result. Pertama mestilah nak tau result darah yang diambil 6 bulan lepas. Kedua, nak tanya berkenaan status fibroid yang tumbuh dalam rahim I ni. Ketiga, will I get pregnant when we get married soon? Itu semua bermain dekat dalam kepala otak. Nampak doktor ni sweet sangat, semoga dapat bantu I.

Selesai buat ultrasound. Dan vaginal scanning. Ragu-ragu untuk buat VS tapi kata doktor takpe bagi tujuan perubatan. Bukan benda tu yang I ragu-ragu, I kan dah tak biasa memasukkan sesuatu dalam rongga badan. Tak ke perit nanti? Nasib baik doktor faham :) Fibroid hanya sebesar 1.4cm x 1.5cm sahaja. Bukan di ovari kanan cuma di luar kawasan rahim. Lain masalah tiada. Kes fibroid selesai. Kes parut-parut pada flammable liquids sebelum ni yang doktor risaukan. Sekarang I faham. Dalam kes I, begitu mudah nak dapat ectopic pregnancy. Perlu dapatkan nasihat doktor kalau betul disahkan mengandung. Insya Allah, Doc. Result untuk blood test semuanya normal, tiada apa-apa yang pelik. Fibroid kecil dan period regular. Keputusan doktor, discharged kes I dari apa-apa appointment. Alhamdulillah lagi sekali. Nak menangis rasa. Cuma kalau ada apa-apa cuma bawa appointment card dan terus ke Klinik Kesihatan atau ER. Rekod tetap diorang ada.

Urusan di MOPD untuk dapatkan appointment Mama pun berjalan lancar. Terima kasih nurse yang membantu. Cuma I kena marah sikit, kesian Mama ubat dah habis.

So far, semua appointment dengan pakar dah discharged. Ada 2 je pun. O&G dan Dermatologist. Belajar dari kesilapan. Mana yang tak elok kena elakkan. Mana yang baik perlu dimanfaatkan.

Insya Allah...

Friday, November 30, 2012

2 Cerita 1 Hari

Tu dia balas dendam punya hal. Geram agaknya duduk hospital 6 hari sampai marathon tengok wayang. Paginya pegi ke HTJS kononnya nak buat appointment dengan Dermatologist tapi tunggu Tasha buatkan nanti. Balik dari ambik referral letter dari Mr.Syafri terus shoot ke KLCC. It's been a while! Gile lama tak jejak kaki ke tempat ni. Things change a lot. And I grew up from a teenagers (when the first time I stepped on Suria KLCC) till now I've turned to my early 30's. Teruja dan garu kepala. Tengokkan perubahan tempat, manusia dan masa adalah segalanya. Sangat rindu nak duduk KL...

Seriously memang best la 007 Skyfall tu memang mulanya agak lambat. Tapi bila sampai punchline (main belasah je kan!) memang gempak. Ada orang tu nak tengok sangat tapi mengantuk. Good boy sebab kali ni beliau behave tengok diam-diam je. Habis Skyfall pegi makan sikit then sambung Life Of Pi. Whoaaaa! Kapal karam dan survive tengah laut bersama seekor harimau Bengal. SiDia sukalah tu cerita haiwan ye. Untuk mereka yang sensitif bab agama rasa elakkan dari menonton cerita ni sebab ada berkaitan Tuhan lagi-lagi masa dekat laut. Memang akhirnya Priscine percayakan Tuhan tapi tak tau yang mana. Terpulang sebenarnya pada sensitiviti masing-masing. For me, I can take it as it only a movie but Skyfall rocks! Worth watching. Sekian review dari I, si sakit yang bernafsu nak tengok wayang berkali-kali. Hahaha
Tabah betul hati SiDia bawak I keluar :) U tau I bosan kan. Ada cerita best lagi ke? I nak tengok lagi sekali Twilight boleh tak...

Bukti ke hospital siap pegang pinggang sakit :D
Rindu hot chocolate :(