Nuffnang Ads

Showing posts with label website. Show all posts
Showing posts with label website. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

RM10 from Santa!

Alaa... Terguna lah Promo dari Groupon ni. Menyampah betul dengan email yang menjerat tu. Rasa membuak rasa nak shopping online. Maklumlah dah lama tak menghumbankan diri ke lembah shopping ni. Banyak komitmen lain la. Hehehehe. Komitmen dekat kedai Adidas, kedai Aidijuma, kedai Naelofar Hijab opssss! Astaghfirullah.

Menyampah tengok promo ni...
Kali ni I dapat email berkaitan dengan promo oleh Groupon. Walaupun RM10 tapi elok digunakan jangan membazir. Kena beli benda RM40 ke atas baru boleh guna promo code itu. Tak mau la guna untuk dinner ke western restaurant ke sebab I tengah diet.. (EHEM!) lepas tu ada pulak restoran yang menyediakan macam p*rk ke, tak sesuai la better tak payah kan. Lepas tu ada jugak yang restoran best-best tapi untuk seorang je, tak adil la untuk partner pulak eh hehehehehe!

Kalau I nak beli untuk getaways pulak semuanya atas RM100. Tak baloi! Semata nak redeem RM10 kena pulak beli hotel RM100++ yang ada time valid pulak tu. No, no, no... Rasanya tak perlu la kot nak getaways bagai. Hard Rock Hotel je dah RM800++. Pitam! 

Lepas tu I berubah pulak ke home appliances dan gadgets. Alahai, macam tak menarik je shoe rack 9 tingkat ada waterproof woven cover. Benda tu macam murah tapi harganya sampai RM50 pulaknya. Ok untuk gadget pulak, tak dapek do Fujifilm Instax Share Printer tu memurah dek non oi. Mini sewing machine pun takde. Geramnye, kenapa bukan Lazada yang buat offer macam tu ek boleh beli sewing machine idaman. Dekat Groupon takde, yang betul kecik hand sewing tu je ada. Tak mau....

I pun dengan senang hati sambil bersiul riang terus grab something yang sangat berguna untuk aktiviti tidur I di pejabat. Dapat jugak I sleeping bag hahaha macam tak mencabar langsung kan? Takpelah, asalkan I dah terapi minda hari ni. Barulah lega sikit rasa hati :D

P.S. Weekend getaways kita bolehlah menjelajah ke Matrade untuk Vendeur Festival pulak. Musnah, punah, habis rentung I macam ni.

Tuesday, November 4, 2014

Jom Perangi PCOS

Didedikasikan untuk sahabat-sahabat TTC.

Tak perlu I nak terangkan lagi APA ITU PCOS? APA PUNCA PCOS? APA TANDA PCOS? Sebab I rasa dah banyak website yang menerangkan secara ringkas mahupun lengkap berkenaan dengan PCOS ini. Apa yang I cuba nak berkongsi di sini ialah serba sedikit cara kita nak perangi PCOS ni. Sebab I tau, apa perasaan wanita-wanita yang mengalaminya. Senang cerita, ianya disebut sebagai hormonal disorder. Ianya memang sangat sangat sangat sangat dan sangat mengganggu kesuburan dan perancangan untuk kehamilan.

Walaupun ada banyak faktor yang menyumbang kepada ketidaksuburan, namun, kita, PCOSer juga ada cara-cara untuk memerangai masalah ini. I sendiri tengah giat berperang, colek info sana, ambik info sini dan baca info situ. JANGAN buat tak tau je kalau kita tau kita ada masalah.


Dari pembacaan dan pengamatan I, terdapat beberapa cara untuk kita mengatasi iaitu : PEMAKANAN, AKTIVITI, SUPLEMEN dan SOKONGAN MORAL.

PEMAKANAN

AKTIVITI
SUPLEMEN
  • Vitamin D
  • Omega 3
  • Asid Folik
  • Inositol
  • Habataussauda
  • Susu Kambing dan Kurma
SOKONGAN MORAL
  • Jangan bersendirian, masalah PCOSer ialah seringkali merasa kekurangan diri
  • Sertai forum-forum atau group di Facebook yang membincangkan mengenai fertility program
  • Jangan malu untuk bertanya kalau terdapat permasalahan lebih lagi mengenai kitaran haid
  • Update http://www.pcosdietsupport.com/ setiap hari... Baca setiap cerita dan motivasikan diri sendiri dengan kisah-kisah di dalamnya selain terdapat tips penting yang sangat berguna.
Semua info di atas adalah dari http://www.pcosdietsupport.com/ dan Tarryn yang tak pernah berhenti bagi motivasi pada I. Walaupun bukan secara langsung, tapi melalui pembacaan yang ringkas tetapi padat seperti itu dapat memberi banyak pengetahuan kepada I dalam memerangi PCOS yang menghantui. 

Semoga entri ini dapat membantu semua sahabat-sahabat TTC. 

Monday, November 3, 2014

Keputusan Temuduga Penguasa Kastam Gred W41

Silalah check keputusan u all masing-masing ye. Boleh click pada link di bawah.. Nak click pada gambar pun boleh jugak. Hahahaha! 


Masukkanlah IC :)
Keputusan I? Jangan tanya sebab dah dijangka hahahaha. 30 ribu calon nak pilih pun dua tiga kerat je lain kali silalah cuba lagi. Ayat cliche, masih belum rezeki.. Dah berjaya exam hari tu kira bersyukurlah jugak kan...

Nahhhhh! Nak jugak puaskan hati hahahaha.
Rasanya ni lah entri I yang paling pendek. Sebab ayatnya ialah DUKACITA. Kalau BERJAYA tu gigih jugak la nak menulis serangkap dua ucapan kepada mak, abah, orang kampung. Dahlah, I nak pergi nangis dekat toilet kejap. Maklumlah, muka memang rockstar tapi dalam hati ada Hello Kitty kaler pink misai 3 helai. 

Ok bai!

p,s, harap-harap ini bukan scam (masih berharap) muahahahahhaha!

Tuesday, October 28, 2014

PENAFIAN Iklan Jawatan Kosong RISDA

Tolonglah, jangan bagi harapan palsu dekat kami-kami orang yang memerlukan pekerjaan yang lebih baik. Masalah yang melanda sekarang ialah, semua benda nk di'forward'kan dan bahasa media sosialnya ialah VIRAL. Kadang-kadang bagus, untuk sekadar nasihat dan pengetahuan am. Tapi bila melibatkan jabatan dan peluang pekerjaan macam tu, memang menyedihkan...

Kalau yang ada WhatsApp, mesti perasan kan sekarang dikhabarkan ada Iklan Jawatan Kosong di RISDA. Baru ni, I ada terbaca mengenai Penafian dari pihak RISDA. Sila klik terus ke link di bawah :


Ini adalah tidak bagus sama sekali. Macam mana orang kata tu, memberi harapan palsu kepada, terutamanya, fresh graduate yang dahagakan jawatan kosong lebih-lebih lagi di agensi-agensi Kerajaan. Pernah terjadi, adik kepada rakan pejabat I sendiri telah beriya-iya bersiap sedia menghadiri temuduga terbuka sebuah badan beruniform, namun, ianya bukan terbuka tapi hanya untuk mereka yang telah dipanggil melalui surat panggilan.

Pada pendapat I, benda-benda macam ni sebelum di'forward' silalah buat siasatan dan selidik terlebih dahulu. I tau mengenai penafian ini pun sebab I nak mencuba memohon. Tengok-tengok website RISDA terus nampak link pada penafian... Frust!

Please, kawan-kawan. Kita tak tau, berapa orang lagi yang kecewa dengan tindakan kita yang sewenang-wenangnya forward berita palsu macam ni... 


Monday, October 6, 2014

RSVP : Temuduga Jawatan Penguasa Kastam Gred W41

Dengan munculnya RSVP ini maka penyertaan I ke Pink Aerobic pada 18.10.2014 adalah terbatal serta-merta. Ini kerana ingin memberi laluan kepada I untuk menghadiri temuduga jawatan yang dinantikan selama ini. Sedih tu sedih jugak sebab dah lama tak join event Zumba. Masa pelancaran FIT Malaysia tu I tak dapat pergi.
 
I dapat SMS dari Fira malam tadi (thanx babe!) yang bagitau pada I dia akan ditemuduga pada hari Selasa ni, which means, ESOK! Ya Allah, tiba-tiba dating rasa stress tu sebab pusat temuduga Fira di Wisma Negeri je. I punya yang di Putrajaya. Confirm ramai :( Ada ke harapan... Masa Fira SMS tu I tengah memandu nak ke Dusun Setia. Sampai je dekat rumah, terus I online dan semak nama I. Untuk sesiapa nak check bolehlah click terus :
 
 
Alhamdulillah, I punya interview adalah pada 18 Oktober dan terus I teringat I memang ada event Zumba pada hari tersebut. Perkara pertama I buat ialah SMS pada Sayang untuk minta bawakkan I ke Putrajaya nanti. Nak suruh I memandu dalam keadaan nervous entahlah boleh ke tidak hahaha. Ini adalah kali pertama I ke temuduga selepas 2 tahun lepas temuduga Penolong Pegawai Tadbir di Wisma Persekutuan, Seremban. Berdebor!
 
Alhamdulillah lagi sekali... I pun nak ke pejabat esok dengan persiapan dokumen untuk ditemuduga. Hari ni nak start prepare dah sijil-sijil sebab Hari Rabu nak berkursus di Penang. Esok, macam-macam kena buat. Yang penting, nak sediakan surat untuk Fira. Nasib baik interview petang, boleh la pagi tu I bantu dia mana patut.
 
Doakan kami berdua yang terbaik ye :)
 
Semoga Allah permudahkan semua urusan I. Aminnnnnn!
 

Wednesday, October 1, 2014

USB Modem

Alhamdulillah! Tak sangka sangat Sayang berjaya buatkan untuk I. Rupanya pembantu kedai telefon tu menipu kitorang. Sudahlah menipu, nak melariskan barang diorang pulak. Nasib baik tak tergadai duit. Rupanya, benda tu boleh dapat percuma. 

Selama ni memang I ada USB modem yang dibeli bersama sim card Celcom. Dekat modem tu dah ada logo Celcom, I pun dengan lurus bendulnya memang percaya dekat orang yang menjual tu yang modem ni untuk Celcom saja. Kalau masukkan sim card untuk carrier lain mesti tak boleh function. Dan ianya adalah BENAR! Sebab I pernah cuba buat.

Baru-baru ni I dah tak berapa nak keruan sebab telefon pun rosak, data 2G masih berjalan. Rugi woo kalau tak pakai. Gigih I try ke kedai telefon lagi sekali untuk cari USB modem yang dikhususkan untuk Digi sahaja. RM50 katanya... Ok nanti kalau rasa perlu sangat I belilah. Siap mamat tu cakap kalau I nak draw duit dia tunggu dulu. Ehhhhhh!

Akhirnya, Sayang berjaya jugak menemui solution yang tak disangka-sangka. Maklumlah I ni kan buta IT, mana nak reti benda canggih-canggih gini. Godek punya godek, modem Huawei itu berjaya digodam dan di'unlock' oleh Sayang. Punyalah senang! Dasar kedai-kedai ni memang menipu betul la.. Kalau tak kerana kegigihan Sayang tu mesti I pun tak guna lagi data I. Kalau tak kerana Sayang, I takkan dapat online dekat rumah dan depend pada PC di office sahaja.

Kesimpulan dari cerita kelam kabut I ni ialah, benda lama jangan dibuang, satu hari nanti pasti akan ada kegunaannya yang kita sendiri tak sangka. I memang dah pasang niat nak buangkan je USB modem ni sebab macam dah takde kegunaan dan eloklah disisih. Tapi, I silap.... Dengan itu, bolehlah I bertenet tanpa had di rumah. Harapnya waktu membaca I tak terganggu langsung. Hehehehe.

Apa pun I nak wish, Terima kasih banyak-banyak Sayang! Tanpa u, siapalah I, dan tanpa u, tiadalah entri ini :)

boleh je kalau nak unlock USB Modem ni k... Jangan dibuang-buang
Sumber gambar : Google

Wednesday, September 24, 2014

Period Ketika Bersukan Air

Siapa pernah??? I sendiri pernah mengalami. Waktu tu I betul-betul period bila tiba di pulau. Hati tu resah je, sesuai ke nak snorkeling walaupun tengah period? Tak bocor ke nanti bila dalam air? Malunya, segannya, tapi, sayang pulak rasa kalau nak quit. Sebab pakej dah bayar. Rugi kan... Dengan rasa kental jiwa, I tetap teruskan aktiviti dan siap mandi manda lagi.

Sila rujuk pada artikel di bawah :

As a dive instructor, I receive countless questions from my students. Over time, the same types of questions seem to reoccur. One of the most common recurring questions I get as a female instructor, relates to “that special time of the month”.

Is it ok to go scuba diving on my period?

These days, I can answer the question before it has even been asked. The scenario is always similar. Generally, during one of the first breaks on a dive course, a slightly awkward looking female will corner me one on one. I often feel like a doctor. The nervous female will precede her question with often graphic gynaecological details of her menstrual cycle, followed by “so, is it safe to dive?”
The simple answer to this question is yes, it is perfectly safe to dive on your period. Diving whilst menstruating should not be any cause for concern, provided that normal exercise does not increase your menstrual symptoms. So, simply go about it in your normal way, such as if you were going for a swim. If you are at all concerned about your personal circumstances, do ensure you consult with your GP prior to making your mind up.

Will sharks attack me if I dive on my period?

So that’s the simple answer to the simple question. However, I often find that the simple question masks the real question. What the real question should be is “will I get attacked by sharks if I dive when I’m menstruating?”. The answer to the real question is no! For starters, the chances of being attacked by a shark in any case is so minuscule that you should assume it is nil. From the small amount of shark attack data in existence, there is simply nothing to support the fact that menstruation increases your chances of being attacked. Contrary to popular misconception, sharks are just not that interested in human blood. Studies have been conducted to show that sharks appear curious, but not aggressive when human blood is in the water. In fact, sharks are more attracted to fish gastric juices, rather than fish blood, such as a fish that has been attacked, is dying or injured and leaking gastric juices.
In any case, the amount of blood loss due to menstruation is very small, only a few millimetres of blood a day, with the majority of fluid loss being water and uterine lining cells. Furthermore, most females will find that their period actually stops during their dive; the vaginal opening stays closed and the increase in ambient pressure would stop any potential fluids from leaking.
As a dive professional, I dived every day of the month throughout the year, and you will find that most other female divers also dive continually, whether during their periods or not. Some studies suggest that scuba diving while menstruating may increase a diver’s chance of decompression sickness, but I suspect this may be more to do with fluid loss and dehydration, so I’d advise to dive conservatively and always stay fully hydrated when diving on your period. But, whether on your period or not, I’d always say you should dive conservatively and stay fully hydrated when diving!
Finally, some evidence does suggest that surfers who periodically urinate in their wetsuits may have a higher chance of shark attack than those who do not, although the odds are still statistically minuscule. So, the bottom line is, you are more likely to be attacked from urinating in your wetsuit, whether male or female, than you are from menstruating!
So there you have it. There’s no excuse to stay dry during your time of the month!
Artikel bertajuk Girlie Talk - diving on your period ini telah ditulis oleh Janine a.k.a J9 untuk divebuzz.com
Secara ringkasnya, janganlah kita, gegerl-gegerl ni risau bila berada di dalam air untuk aktiviti snorkeling atau scuba atas sebab-sebab yang dah dinyatakan oleh J9 diatas. Memang period, tapi darah yang keluar hanyalah sedikit dalam masa sehari dan bukanlah sebanyak yang kita sangka dan tekanan di dalam air akan menghentikan apa-apa untuk mengalir keluar. Haaaa, ayat pasor je ni I bagi. Hehehe! Takpelah asalkan faham.
Oklah, sekadar berkongsi. Nak lagi lanjut, bolehlah terus ke website diatas ye. Bagi I, ini ialah perkongsian yang  bagus sebab tak semua gegerl-gegerl di luar sana yang tau pasal ni. In shaa Allah akan ada lagi perkongsian yang I akan kongsikan. Berapa banyak kongsi daaaaaa...~
Sumber gambar : http://www.womenontheirway.com/wyndham-wisdom/scuba-diving-trips/
p.s. Terima kasih kepada Admin untuk group Muslimah Divers yang telah berkongsi artikel yang sangat bagus ni. 

Tuesday, September 23, 2014

Perhentian 2014 : Foto Album

Untuk album kali ni semuanya diambil dari kamera SJ4000 dan Sony Nex-3 sahaja kerana telefon dah tak boleh diselamatkan langsung. Sobs! Sobs! Silalah menjamu mata dengan album di bawah ye. Sebarang gambar adalah hak milik Wanie Samani :) Tidak copy sama sekali dari mana-mana web.


Alhamdulillah... Dapat I simpan semua memori ni. Untuk kenangan kepada anak cucu kelak. Jangan termuntah sebab tengok gambar banyak sangat udahlah ye... 

Monday, September 22, 2014

Kembali Membaca

This is a great opportunity when my phone broke down a few days back in Perhentian. Tidak sama sekali I kelam kabut dengan tiadanya talian Internet yang baik sama ada di telefon ataupun di PC. Walaupun iPhone 6 baru keluar dengan penuh gayanya dan harga yang telan air liur sangat. Cuma hidup rasa keliru sikit sebab kebiasaannya hari-hari I diisi dengan tetamu dari Whatsapp yang ada saja ceritanya hal duniawi dan syurgawi. Dan dulu, pasti ada balasan dari I terhadap group-group itu, sekarang, I hanya membacanya saja.

Alhamdulillah, hidup I macam biasa, makin terisi dengan ilmu-ilmu melalui cara yang berbeza. I banyak masa untuk membaca buku semula sekarang. Bestnye, nikmatnye, rindunye! Ye, I rindu membaca. Paling rindu nak membaca sambil baring atas katil, selimut tutup kaki sampai lutut je dan bilik sejuk. Dan I dah dapat semula feel tersebut. Setelah sekian lama geram tengok buku bersusun, kali ni dapat juga I menjamu mata. Oh ye, tak lama lagi ada BBW di Seremban. Bolehlah tambah koleksi! Bahahaha. 

So, let's back to track! Mari membaca, menambah ilmu dan merangsang urat mata. Come on, tenung handphone lama-lama pun tak elok, better ambil buku dan baca hahahahaha. Maafkanlah I ni insan takde smartphone, memang macam ni peelnye. 

I wish my babies will be like this :)
Gambar sumber dari Google sahaja 
Oh ye, sebelum menamatkan entri ini, I nak share sesuatu yang I rasa sangat berguna, iaitu, 12 Kebaikan Membaca Buku. Boleh click terus pada link di bawah : 


Yeah! This is me! Dan yang I paling suka ialah nombor 9 : 

Reading Expands Your Vocabulary, So You’ll Sound Smarter

Friday, September 19, 2014

Supplement : Kapsul Baraka Habbatus Sauda

Baru-baru ni ada kakak dekat office ni bawak berkotak-kotak. I baca dekat kotak tu BARAKA 450 mg : Nigella sativa oil dan ianya adalah keluaran dari Pharco Pharmaceuticals. Tengok juga ada kawan-kawan yang membeli dan menurut sorang lagi akak office mate I ni dia memang makan supplement Baraka ni dah lama dan ada perubahan positif dalam diri dia. Bukan nak kata apa tapi I pernah baca Sabda Rasulullah SAW :

“Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (Riwayat Bukhari) 

Dan ini menguatkan lagi I untuk beli 2 kotak supplement ni dengan niat, sekotak untuk I dan sekotak lagi untuk Sayang. Baru sangat I beli ni dan I tak boleh nak review lagi sekarang. In shaa Allah lepas dah habis sekotak nanti I akan tuliskan review di sini. Untuk sementara tu, I ada juga Google pasal supplement ni dan ini yang I jumpa dari laman web Kedai Bestari yang menyatakan berkenaan apakah dia Kapsul Baraka dan kebaikannya seperti di bawah : 

Kapsul Habbatus Sauda BARAKA

Habbatus sauda digunakan sebagai suplemen/pemakanan tambahan.
Banyak kajian yang telah dilakukan kepada habbatus sauda. Dari penyelidikan dan pengalaman didapati Habbatus Sauda adalah :

Lebih 100 komponen.
Kaya dengan asid lemak tak tepu
35% minyak, 21% protin, 38% karbohidrat.

Lebih dari 50% minyaknya adalah asid lemak penting.

Asid linolik dan asid linolenik gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan system imunisasi badan dan meregulasi reaksi alahan.

Asid linolenik gamma juga membantu mengstabilkan membran sel.

Volatile oil Nigellone dan thymochinon yang bertanggungjawab kepada anti histamine, anti oksida, anti jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (broncho dialating effect)

Amalan mengambil  Kapsul Habbatus Sauda BARAKA  secara berterusan menyebabkan kesihatan yang berpanjangan.

________________________________________________________________________

Antara kebaikan  Kapsul Habbatus Sauda BARAKA  :-

MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA - Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.

__________________________________________________________________

Cadangan pemakanan  Kapsul Habbatus Sauda BARAKA :-

1 - 2 kapsul 3 kali sehari

Isi : 24 kapsul minyak
Kandungan : 450g minyak habbatus sauda setiap satu kapsul

Buatan : Egypt (kilang GMP)
Sijil KKM : MAL 08120837T

Bolehlah kalau sesiapa nak mencuba ada banyak online seller yang menjual produk ni dengan harga yang berpatutan. Akak office ni cuma ada 50 kotak sahaja dan terhad sebab sorang kawan dah order 10 kotak terus.. Untuk kawan-kawan TTC, selagi tak memudaratkan, jom kita cuba sama-sama. 

I rancang nak makan ni waktu pagi sahaja sesudah makan Kapsul Buah Zuriat. Sebab dengarnya Habbatus Sauda ni panas, makanya, I tak berapa berani nak makan 2 biji sehari. Takpe, perlahan-lahan dulu. Jangan sampai mudarat. Apa-apa pun kena yakin.

Gambar ni I dapat dari Google. Memang macam ni lah rupa kotaknya
Sumber gambar : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=636159

Tuesday, September 9, 2014

Periksa Keputusan Peperiksaan Online

Penggunaan Bahasa Melayu baku sangat ni. Mungkin semua dah mengetahui kot yang Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41 telah pun dijalankan pada Sabtu (6/9/14) yang lepas dan pada hari ini, Selasa (9/9/14) result telah keluar. I was shocked! Sangat cepat eh.. Check bebetul ke tidak tu? Sampai I re-check berkali-kali dengan keputusan tu adakah betul atau tak. Yelah, benda susah dan tak menaruh harapan, berkali-kali la I tenung. 

Untuk yang nak check keputusan exam online yang lepas bolehlah click pada link dibawah : 


I dapat tau pun dari Kak E.J yang menyatakan beliau tidak berjaya. Masa tu I dekat rumah lagi, kan yang kes tukar tudung tadi tu hehe. Dekat rumah kalau guna Internet nak kena tethering bagai, I've decided to check on the result when I reached office. Apa lagi, sampai office terus I kelam kabut on PC. Result beb, siapa tak nervous.... 

Mula-mula I diberitahu oleh Kak E.J yang check la result dekat website SPA. Server pihak SPA sangat traffic jam pada hari ni. Ye, mungkin sebab banyak aduan berkenaan exam online ini. Nak check result memang tak boleh masuk langsung. Kemudian baru I dapat emel dari syarikat yang menjual nota tempoh hari, baru lah boleh click. Haiyaaaa! Lain rupanya url nye!

Selepas memasukkan nombor kad pengenalan, tertera lah result seperti di bawah :

ALHAMDULILLAH!

Masih tak percaya? Atau masih buntu? I sendiri tak reti nak tafsirkan perasaan I ketika ini. Pertama kali yang keluar dari mulut I masa dapat result ini ialah, "biar betul???? betul ke link ni?" sambil jari tu duk click pada url dan tengok betul ke address yang I click atau hanya propa dari syarikat berkenaan. Sampai macam tu lah kan perangai I. Hahahaha!

Memang betul, seperti di taklimat, result akan keluar secepat mungkin dan panggilan temuduga juga akan dijalankan dalam bulan September ini juga. Allah.... Takutnya.... I tetap bersyukur sangat pada Allah kerana telah mendengar doa I yang lemah ini. Allah tetap mudahkan urusan I dan kawan-kawan yang lain. Lepas ni silalah hadap cerita nervous nak interview pulak ye :D Ngeeeeee!

Terima kasih Sayang, Ayah, Mama, Mama Paroi, Baba dan seluruh keluarga yang mendoakan. Terima kasih saudara mara yang tahu I nak ambil exam dan mendoakan dimudahkan urusan I dengan doa dari setiap mulut kalian yang kebiasaannya berbunyi, "Ala... boleh tu kalau rezeki tak kemana" Allah.... Itulah doa yang dah diucapkan setiap kali I ditanya soalan mengenai peperiksaan ini. Untuk rakan-rakan yang tidak berjaya, percayalah, setiap kegagalan ada kemanisan yang tersendiri kerana Allah tak berikan yang ini tapi berikan yang lebih baik di masa akan datang. Kepada yang berjaya, Alhamdulillah, kita sama-sama nanti bertentang mata dengan Panel Temuduga. In shaa Allah...

Terima kasih tak terhingga juga pada Fira dan keluarga yang memberi kemudahan untuk I membuat peperiksaan ni di rumah mereka. Tanpa mereka, tak mungkin I dapat buat sebaik ini. Terima kasih juga pada Adik hehehehehehehhe. Tahniah juga untuk Fira kerana kita telah BERJAYA bersama-sama. Congrats babe!

Monday, September 8, 2014

Pemalu? Atau Anti-Sosial?

I've been blog-walking everywhere lately and I saw many bloggers with their beautiful blog. I sendiri pun tak pasti, adakah I seorang pemalu atau I seorang yang anti-social. Huuuurrrmmmm. Why I said that? Kerana I suka membaca corak penulisan bloggers semua ini dan mereka semua hebat. Sungguh. Rasa kerdil sangat dengan diri sendiri, dimana, I tak patut berasa begitu. Ye, semua orang ada keistimewaan masing-masing :)
 
I berkata begini sebab I've been following a few blogs that always caught my attention with its contents and I saw one interesting post about 'Kelab Blogger' hahahaha! I just saw the post and I was like, "wow, I never knew about this." The community of the club is BLOGGERS, a lot of them! Jap, apa kejadah bercakap bahasa omputih ni???? I turned to be someone else when I got too excited towards something. Boleh pulak macam gitu hihihi.
 
Mengaku sekaranglah, I sebenarnya pemalu dan kalau boleh bila berjalan depan orang pun I nak pakai mask biar orang tak boleh nampak muka nervous dan peluh-peluh I. Even, dalam soalan Psikometri di peperiksaan yang lepas, beberapa soalan yang berkaitan, "Adakah anda akan memulakan perbualan dengan orang yang anda tidak kenali?" My answer was really, "NO!" dan inilah kejujurannya. Don't ever get me wrong, I memang gitu, pemalu tak tentu hala. Please, jangan kata I anti-social. Nak tau I anti-social ke pemalu ke sila tanyakan pada kawan-kawan rapat I, Wondergirldix, KAMI dan Gojez Gegerl and BoiBoi. Takde maknanya pemalu dan anti-social haih! Gi la tanye diorang siapa yang gila sebenarnya. Hik!~
 
Inilah realitinya dengan seorang insan bernama SAMANI (bukan nama sebenar). I hanya beramas mesra dengan orang yang betul-betul I kenal dan boleh dibawa berbincang hehe. Honestly, my first impression is a MUST for me to get to know people. Sesiapa pun, termasuk ahli keluarga. Honestly lagi sekali, keluarga sendiri pun I ada yang malu-malu kucing bila bersembang. Tapi, kalau orang tu dah hari-hari dihadap mukanya saja, I'll be as wild as a cat! Huh? Cat??? Nak tau rahsia? Sedangkan Nuffnang tu pun I baru join dalam tahun ni walaupun jari dah hampir haus sebab ber'blog' sejak 2010. Cuma, blog lama jangan dikenang kerana Ruang Kosong Teman Pengganti ni la pengubat rasa I untuk menaip.
 
Di dalam kelab blogger tersebut I tengok ramai bloggers yang share link mereka di samping penulisan-penulisan yang menarik dan penuh dengan info yang baik. And I get back to my waniesekuntum.blogspot.com and I talked to myself,
 
"No, you're not like them, they had so many followers with the minimum number of 100, they're already famous and shine bright like a diamond! You, Samani just should stay here and write whatever you wanna write without anyone concern what language do you use to express your feelings and excitement. Just stay here, be yourself and they'll find you whenever they want any informative post from your blog."
 
And suddenly, the other side of me said,
 
"Go! Make friends! Enjoy your blogging and share more information with people. Your talent is one of a kind, don't misjudge yourself with those negatively thoughts that can kill you one day. Everybody is different from everybody. The girl with the blue scarf was busying herself on writing poems and that lady over there was searching more and more stuffs on TTC. And you, right here writing on your life journey and about what you love the most."
 
Eh, main-main bercakap sesama sendiri kepada diri sendiri pulak. Nanti my Sayang ingat I ada invisible friend. Kot diingatnya ada Saka lagi lah parah kot! Hahahaha kidding. As you can see above, my blog post always longer than anyone else eventhough I wrote just about me for almost everyday. I just love writing and I love reading it again and again.
 
Kesimpulan dari cerita diatas, I pun dah request untuk menyertai kelab blogger tersebut dan I harap owner group itu akan approve my humble request to join the community. Maklumlah, nak join masak memasak punye community, I memang tak hardcore punye cook. I cuma extreme, passionate dan crazy towards writing je. Suka lah dengar keyboard tu bunyi ketik ketik ketik. Kalau boleh, kemana-mana I nak bawa laptop. Ada ilham je terus ketik ketik ketik.
 
 

Friday, September 5, 2014

Kerap Tersedu - Hic! Hic! Hic!

Pernah kan? Bila bunyi, HIC, HIC, HIC! Betul-betul mengganggu kalau nak bernafas, nak makan, nak minum, nak bercakap dan semua yang melibatkan mulut kita. Itu yang I sedang suffer sekarang. Hiccups! Dah tak reti nak buat style apa untuk hilangkan sedu ni. Daripada style nganga mulut sampai lah ke style tahan nafas, air suam jangan cakap lah dah bergelen I minum. Tapi ianya tetap akan menyerang I kembali. Sampai penat.
 
I ingatkan diri I sorang je yang macam itu alkisahnya setiap hari rupanya ada insan-insan senasib dengan I. Mengikut info yang I dapat dari cyberclinics, ada beberapa faktor yang membuatkan kita sering tersedu, iaitu ;
 
1.Penyakit saraf yang diwarisi

 2.Kecederaan pada saraf phrenic dan vagus

 3.Toxic atau penyakit metabolic yang merosakkan saraf

 4.Tahap gula yang tinggi dalam darah (hyperglycemia)

 5.Selepas mengambil minuman bergas, alcohol, roti kering malah makanan yang pedas

 6.Gelak yang berterusan

 7.Makan terlalu cepat

 8.Ubat chemotherapy

 9.Paru-paru berair (pleural effusion)

 10.Kesan sampingan ubat
 
 
Paling I seram baca yang hyperglycemia dan paru-paru berair tu. Makan terlalu cepat tu time lapar selalu jugak buat... Tapi paling I kena buat research selanjutnya ialah berkenaan saraf phrenic dan vagus. Puas jugak nak mencari info berkenaannya. Ok dapat!
 
sakit wo diaphragm kalau asyik tersedu je :(
 
Macam-macam petua nak menghilangkan sedu atau hiccups ni. Apa yang I selalu buat ialah ;
 
1. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan tahan sambil kira sampai 10 kemudian lepaskan nafas melalui mulut dan buat balik sampai lega.
 
2. Tarik nafas dalam-dalam dan nganga mulut seluas mungkin.
 
3. Minum air kosong sebanyak yang boleh dan jangan terlalu gelojoh. Perlahan-lahan.
 
4. Tarik nafas dalam-dalam, kembongkan mulut dan tutup hidung.
 
Cubalah buat semua benda diatas ni ye. In shaa Allah kalau tak jadi petua yang pertama cuba sampai yang nombor empat. Kalau buat empat petua ni tak menjadi jugak, ulang semula nombor satu. Hahahaha! Maaf, tak berapa membantu sebab I sendiri pun tak tau macam mana nak tolong diri sendiri.
 
Haaa, ini lagi clear menerangkan permasalahan HICCUPS.
Rupanya ada juga medication yang boleh menghilangkan hiccups ni. Info dari cyberclinics juga, ubatan yang membantu ialah :
 
1.Xylocaine liniment 3% or gel 2% di telinga (external ear)
2.Haloperidol

 3.Metoclopromide (Reglan)

 4.Chlorpromazine (Thorazine)

 5.Sekiranya disebakan penyakit metabolik, maka rawatan berdasarkan jenis penyakit metabolic tersebut seperti hypokalaemia, hyponatraemia dll.
 
Jangan Tanya I pasal ubatan ni sebab I bukan pharmacist atau doktor. Kalau nak tau jugak bolehlah ke klinik berhampiran. Alhamdulillah, buat masa sekarang I masih belum sampai tahap perlu ke klinik. Semoga ianya boleh dikawal dan berkurangan.
Amiiiiiiiiin!
 
P.S. Amboi.....! I suka bila ada mulut-mulut laser yang kata, "Eh sedu ke? Nak besor lagi tu.. Tak cukup besor ke badan tu?????" Hahahaha. ALHAMDULILLAH!

Monday, May 5, 2014

Wake Up And Workout!

Pertama sekali, terima kasih lagi sekali Chor sebab concern dengan aktiviti I untuk berdiet. Jasamu selalu ku kenang. Bagi semangat dan tips-tips. Bila share info ni yang jadi best ni. Kamu pun dah kurus ke sekarang? Ye la, gambo latest kemut-kemut nak share kat FB. Pastu Instagram pulak private, retissss sangat! Hahaha sila terasa :)

Kat sini I nak share gambar dari website kevinzahri.com yang sangat-sangat senang untuk kita ikut. Mane tidaknya, kalau rasa terbeban sangat nak ikut Jillian punye workout, jom la cuba benda mudah-mudah dulu. Mudah tak mudah lah, hopefully dapat bertahan dengan semua workout dari Kevin Zahri ye.

Mampu ke I buat crunches tu? Nak tau, jom datang rumah I muahaha!
Best sangat! Walaupun sakit, perlu diteruskan jugak. 
I love doing this third workout. Takde babit-babit perut I ok. Kalau usik perut memang nangis.
Gegerl, pernah dengar tak orang kata nak body lentik sila buat squat! First time memang rasa ragu-ragu dengan apa yang kita buat. Bila dah tau teknik tu rasa syok wo buat. Jangan salah teknik ye, tanyakan pada yang pakar cara-cara yang betul untuk squat. Lepas tu barulah boleh buat selalu. Sambil tengok TV ke, sambil tunggu goreng ikan ke.

Girls, benda macam ni buat dekat rumah je. Biasakan diri. Bosan-bosan boleh jumping jacks, ataupun sediakan je skipping rope.

GOOD LUCK!

Friday, March 28, 2014

A Must Read Website For Us, TTCians


Not exactly for all TTCians, I guess. But to whom that have been diagnosed with PCOS, I've found one good website for all of us. Untuk kita jadikan panduan, semangat untuk bangun balik. Faham, bukan semua orang tau apa yang kita maksudkan tapi I yakin mereka yang berada dalam keadaan kita akan tau betapa keinginan itu tinggi tapi kemampuan sangat di tahap yang rendah.  


I just love this website so much and I haven't finish reading it yet. It taught us on how we managed our diet together with the PCOS thing, what exercise we should go for and food we should take to lower down our testosterone level. I don't need to say much. Just read through it and u will find, there are still hopes, for us to conceive. 



Kita sendiri bantu diri kita. Kalau bukan kita, siapa lagi. I sendiri pun tengah mencari maklumat berkenaan PCOS ni. Kalau diikutkan, punca PCOS adalah tidak diketahui. Bila gynae dah sahkan mengenai PCOS ni, cubalah kita sendiri cari solution. Bukan duduk diam aja.

Memang rezeki dari Allah, tapi tanpa usaha jadi tak lengkap la permintaan kita. Best website ni, bolehlah dijadikan sumber rujukan. Lepas baca semua ni, berkobar-kobar pulak rasa nak beli Omega 3. Tau kan kenapa, hahaha kalau tak tau cari sendiri dalam sana ye.

 Jangan hanya duduk dan termenung menunggu disogok semuanya. Cari sendiri, baca sendiri, usaha sendiri. Bila dapat reward tu baru puas sebab dengan titik peluh sendiri.

Yang cuma nak baca permasalahan kami, dan kemudian nak gelakkan, dan memadankan muka kami, silakan ye, hak masing-masing. Ucapan setinggi kasih diucapkan :) But, still, we unite and help each other by saying positive quotes each time we spoke about it. And, in Allah we trust.

Tuesday, March 18, 2014

Kadar Tol Utara-Selatan

Pernah stuck dekat lane Smart Tag? Pernah kehabisan kredit untuk Touch n Go? Pernah travel dalam keadaan kewangan tak mengizinkan? Wahhhh, soalan ala-ala iklan yang menawarkan pinjaman peribadi, blacklist juga boleh memohon. Hahaha ok let's back to track.

This is some useful information or application or website kot, apa-apalah. Kita di atas Lebuhraya Utara-Selatan dan in the middle of nowhere tiba-tiba hati terdetik like this one,

"Eh, berapa balance Smart Tag canggih aku nih?" 
...sambil picit button tepi tu dan Smart Tag pun tunjukkan amount RM5.60.

"Aduhhhhh, sampai tol PD tol dia RM7.70 lahhh. Macam mana ni nak kalau tak dapat topup dekat R&R?" 
...ayat skema kita sewaktu mengeluh.

Inilah masanya kita gunakan website


Click saja dan u all akan nampak Toll Fare Calculator. Mudah sangat, semua di hujung jari anda. Cara nak guna tu je terpulang pada kekuatan akal kita untuk berfikir.

Ok senang, lepas ni boleh check kadar tol. Suka nak diingatkan lagi ye, untuk Lebuhraya Utara-Selatan sahaja. Lebuhraya lain kena check website diorang kot.

Maklumat macam ni senang sangat dan berguna untuk kita. Bukan promote, tak dapat apa pun. Untuk diri sendiri dan orang tersayang saja. Lepas ni boleh travel tanpa ragu-ragu. Lagi orang macam I yang particular sangat berapa duit nak kena keluar. 

Tak caya tanya Sayang! 

:D

Inilah rupa website, kalau application I tak pasti ada atau tak. Cari sendiri k. Bye.

Thursday, March 13, 2014

Seremban Jerebu Teruk!

Sakit kepala, mata kabur-kabur, dada sesak, batuk-batuk? Silalah pakai topeng kalau nak keluar ke mana-mana. Keadaan jerebu dekat Seremban sekarang dah dalam kategori TIDAK SIHAT. Atas jalanraya pun boleh nampak kabur memang bahaya sangat sekarang. Bukan kata siang, kalau malam pun boleh nampak berasap-asap dekat lampu jalan. Kalau boleh berhentikanlah segala aktiviti luar untuk anak-anak. Tak boleh nak biar, nanti jadi lah kes-kes serangan lelah. 

I baru je bukak website untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Kalau ada sesiapa nak check kawasan u all sekarang bolehlah ke website ni. Agak up to date jugak. Sebab dia bagi reading untuk hourly based.


Agak-agak, bila udara akan clear balik. Dengan tak berhujan, dengan keringnya rumput-rumput. Sedangkan kita manusia pun kena minum banyak air inikan pulak hidupan lain. Kami di Seremban bersyukur sangat-sangat sebab masih lagi tiada catuan bekalan air. Susah woi kalau air kena catu. 

Inilah website yang I cakapkan tadi..
Di harap keadaan akan kembali elok. Kita semua tak diuji dengan gunung berapi, tsunami, perperangan tapi, inilah sedikit ujian dan peringatan yang Allah turunkan kepada kita. Dengan macam-macam penyakit timbul sekarang, dengan musibah kehilangan pesawat dan cuaca yang panas. 

Jom, kita tambahkan lagi amalan kita. Agar kita selalu di bawah lindungan Allah dan berpayung dengan rahmat dariNya. Amin.

Indeks bacaan IPU yang menunjukkan bacaan di Seremban pada hari ini.

Wednesday, February 19, 2014

Ex-Member Forum HA

Siapa yang pernah TTC dalam masa 5 ke 6 tahun lepas mesti pernah dengar nama forum ni. Diambil dari website Prof. Dr. Hamid Arshat, ada forum di dalamnya. Sangat top dulu. Dari forum ni jugak I dapat kenal ramai kawan-kawan. Kami semua senasib. Semuanya hal berkaitan zuriat. Share macam-macam benda dalam ni. Untuk yang tak tau, TTC ialah Trying To Conceive. Dalam bahasa I sendiri, nak dapat baby :) 

Zaman Forum HA masa tu I tengah study lagi. Dekat UiTM Segamat. Memang happening sangat. Setakat share pasal TTC tu perkara biasa. Macam-macam lagi kami share. Dari resipi sampailah masalah kesihatan yang lain. Tempat makan sedap pun boleh tanya dekat thread. Nak bercuti dan ada nak jual-beli barang second pun ade thread jugak. Masa ni memang best sangat, semua satu hati. Sakit yang sama, diubati dengan kata-kata semangat sesama sendiri. Masalah yang sama, dihuraikan dengan perbincangan sesama sendiri. Takde segan silu, sebab kami semua sama.

Antara ilmu yang I dapat masa Forum HA ialah : 

1. Jus Toge - I pernah cuba! Bluerrrrghhhhh!~
2. Buah Zuriat - belum ada kesempatan
3. EPO - belum ada kesempatan jugak
4. Folic Asid / Susu Anmum - banyak jugak dah telan sampai gemok hehehe
5. BBT - setiap pagi ok...
6. Urut - pernah cuba sekali je sebab geli la tak tahan
7. Clomid - berjaya! Walaupun miscarriage selepasnya tu...

... dan macam-macam lagi tak payah cerita la dari doa-doa sampai ke posisi semua kami cuba jugak. Semua berkat dari perkongsian dalam forum.

Kami rapat. Sampailah ada perjumpaan di Titiwangsa pada tahun 2009 memang I kecewa teramat sangat tak dapat join sebab ada final exam :'(  Sedihnya tak tau nak cakap macam mana. Padahal dah plan terbaik sangat. Tapi ada hikmahnya, walaupun tak join potluck tu tapi I tetap bersama dengan diorang sampai sekarang, Tak dinafikan faktor usia memang lah membantutkan ingatan kekal abadi. Lagipun, bukan 20 orang dalam forum tu mau hampir seratus orang yang betul-betul kita rapat dan berborak sesama sendiri. Sampai sekarang, masih ada nama yang terlupa...

Bila Iela naik status di FB pasal kawan-kawan forum, terus menderu komen semalam. Telefon I cepat turun bateri ye semalam. Hehehe. Ada pahit dan manisnya semua ni. Bila manisnya tu, seronok sangat nak recall tapi bila bab pahitnya tu terus terbantut rasa.. Banyak jugak kes penipuan, penyamaran dan perselisihan faham dalam forum. Apa pun, tak semua macam tu. Ada yang naif tapi ada jugak yang 'kepala' cuma bagi I, biarlah... Sampai bila pun diorang nak macam tu.

I cuma rapat dengan beberapa orang saja sampai sekarang dan tak perlulah I sebutkan nama setiap sorang sebab diorang sendiri tau siapa diorang tu. I seronok, dapat bawak kawan-kawan jugak masuk jadi geng forum. Semoga bermanfaat hendaknya. I terjumpa satu forum di Internet yang menyerupai Forum HA. I dah join pun Forum Ratuhati. Kadang-kadang ada perkara TTC yang dah terlupa I refer jugak pada forum ni. Bila tengok cara diorang berborak, serupa macam kami dulu. Rindunya...

Macam mana I boleh jumpa Forum HA ye? Waktu tu period I dah delay, dan I cari penyelesaian sebab UPT menunjukkan result yang negatif, means, not pregnant. I search dalam Google dan jumpa forum. Dari situ, terjebak siang malam pagi petang. Dulu takde smartphone, kerja kami, berkampung depan PC atau laptop masing-masing. Berjanji, bila habis waktu kerja menderu komen di thread. Susah mod nak control. Hahaha. Serius best time ni. Semuanya kenangan..... 

Pada waktu sekarang, kalau ada sahabat-sahabat yang nak berTTC kita sekarang ada banyak saluran yang boleh dijadikan rujukan. Kalau tak faham sangat bahasa formal macam doktor dan nurse bolehlah join jugak Forum Ratuhati. Sebijik macam kami berforum dulu gayanya. Best. Kalau ada yang masih TTC dan menanti kekuasaan Allah, di FB pun ada group TTC dan IVF/ICSI/IUI/Fertility. Sebenarnya, lagi senang tanya pada orang berpengalaman dan sama nasib kita. Berbanding nak tanya pada doktor, kadang gynae adalah lelaki. Tak mungkin dia berpengalaman. The best way, tanyalah yang orang yang mengalaminya bersama dengan kita. In shaa Allah mereka tak kedekut ilmu. 

Apa pun, the very best of luck to all my TTC's darlings. Jangan malu bertanya nanti sesat jalan. Tak salah benda baik kita bertanya. Kalau memandai sangat nanti bila dapat susah dah menyesal kemudian hari. Trust me, ask around and live happily. Get in touch with more TTC friends because they won't bite :)

Rindu Iela jugakkkkkkk!