Nuffnang Ads

Showing posts with label RSVP. Show all posts
Showing posts with label RSVP. Show all posts

Friday, June 26, 2015

RSVP : The Lailis' Raya Gathering

We've been waiting this for so long. Can't wait to get together and celebrating our Eid just like the old time. I can't believe we are just few steps closer to the date. The last time was in 2011 and the gathering held in Salalyn's place. Opah was still there, back in 2011. But for this time, just us. The granddaughters and the grandsons of Atuk Laili and Opah Rahmah is celebrating Eid in Seremban. All of us : The Azians, The Aziahs, The Azmahs, The Azmis, The Azlans, The Azizans, The Aznins and not forgetting The Azizahs.

The Lailis, back in 2011
Tahun ini, satu Majlis Sambutan Hari Raya Anak Cucu Mohd Laili akan diadakan di kampung halaman kami, Seremban. Yes, Atuk dan Opah both were from Perak but they had moved and settled down in Seremban after they had 5 children. Azizan and Aznin were born in Seremban but their sisters and brother were born in Perak. When they passed away. both Atuk and Opah were buried in Seremban, though. 

L-R : PC Lan - Mummy - Wan Yong - Wan Anje - Arwah Opah - Nyanyah - Wan Teh - Wan Jan
Majlis berkumpul anak beranak ini akan diadakan pada 18 Julai 2015 bersamaan 2 Syawal 1436H bersamaan birthday Salalyn! Hehehehehe. Mesti le meriah ada birthday celebration sekali. For now, we've decided to held the event in some other place, not in or home. Most probably in a bungalow homestay, near Seremban town. 

Hal makanan, hal aktiviti, hal kewangan dan hal decor akan dibincangkan kemudian sesama kami. Hari Sabtu, pengerusi majlis akan adakan mesyuarat tergempar khas untuk membincangkan semua yang berkenaan majlis ini nanti. Maknanya semua kena bawak paperwork la hahahahaha kemain! Tugas I ialah mencari homestay dan kalau diikutkan dah selesai le semua tu. Cuma belum book lagi. Takut jugak kalau lambat nanti melepas. Homestay cantik dan strategik untuk anak beranak yang ramai dan riuh rendah. Too bad, kami tak ada rumah pusaka... Kalau ada, tak jadi masalah untuk carikan lokasi. Tapi Alhamdulillah, we're still family :)

Semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar dan baik-baik hendaknya. Bukan selalu dan bukan senang nak kumpulkan semuanya. Ini pun, dikhabarkan, ada jugak yang tak dapat nak join kerana beraya di kampung mertua. Takpe, next event kena ada tau! Hehehehe. Diharap majlis ni dapat mengembalikan rasa macam dedulu, kumpul ramai-ramai. Walaupun Atuk dan Opah dah pergi mengadap Illahi.

Al-Fatihah untuk Atuk Mohd Laili bin Mohd Aroop dan Opah Rahmah Binti Hassan yang sangat kami sayangi dan rindui...

Cousins!
Zaman muda mudi - 2009
Zaman muda mudi jugak - 2009

Wednesday, May 13, 2015

RSVP : Eddie & Dahlia VS Fayzal & Haslina

Alololo, dah nak kawen budak berdua ni. Eddie is my cousin from my mum's side. Dahlia, a beautiful Kelantanese girl and the sempoi one is my future cousin in law. Dah lama plan untuk ke majlis pernikahan dan persandingan mereka ni. Bulan Februari yang lepas kami sekeluarga tak dapat pergi pun ke majlis pertunangan mereka ni. Sebab tu nak lepas geram memasing hujung bulan ni.

In shaa Allah jika dipanjangkan umur, jodoh dan pertemuan kita, kami sekeluarga akan berangkat ke Kubang Kerian, Kelantan pada 29 Mei 2015 melalui jalan darat untuk meraikan Big Day mereka. Paling best, hari tersebut merupakan permulaan kepada cuti persekolahan. Jangan jam sudah. Harapnya keberangkatan pada pagi Jumaat dapat mengelakkan kesesakanlah.

Semua dah ready, kereta, tempat tinggal, baju-baju dan kelengkapan. Yang belum settle ialah kucing-kucing sekalian alam tu. Nak tak nak, kena boarding kan mereka. Alaaaa, mesti Suzi dah beranak waktu tu. Sian lah dia. Takpe kot, Mama pergi satu malam je.. Keesokannya dah balik ke Seremban semula. 

Dalam masa yang sama, I dan Sayang akan sambung perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan pulak. Sebab nak meraikan satu lagi pasangan sepupu kepada Sayang, merangkap kawan satu induksi 10 tahun yang lepas iaitu Fayzal. Alang-alang dah dekat Kelantan tu, kami akan tidur satu malam lagi di sana untuk ke satu lagi majlis pernikahan. Kemungkinan besar, Sayang akan bekerja pada 6 Jun masa majlis sebelah lelaki tu. I pulak ada satu majlis lagi di KL. 

Tujuan utama, nak meraikan 2 pasang pengantin. Tujuan kedua, nak berjalan-jalan! Hehehe. I dan Sayang dah lama tak berjalan jauh. Kali terakhir kami ke Pulau Perhentian... Jauh la tu kan, tapi naik bas. Kali ni berkereta best sikit kot. Cuma hati tu rasa tak sedap meninggalkan Mumu The Cat yang manja tu. Sian baby boy Samani... Boarding untuk 2 malam takpe kan Mu... Walaupun berat hati, tapi Mumu kena berdikari jugak tau Sayang...

Apa pun, I dah tak sabar nak ke Kelantan ni! Yayyy!


Monday, March 16, 2015

RSVP : Zumba Fiesta

Kesinambungan dari Zumba Fiesta yang pernah diadakan di Putrajaya tahun lepas. I pernah buat entri pasal event ni. Bolehlah recall balik DI SINI ye. Memang best tau masa dekat Putrajaya yang dikendalikan oleh ahkak-ahkak 3 SAKA yang memang ramai followers. Untuk tahun 2015 ni, zin dah bertukar kepada Zin Juliana dan Zin Adza. Mesti best jugak tuh! 

Masa di Putrajaya yang lepas, keadaan dewan agak kecik, ruang terhad sangat. Yang hadir pulak macam nak terkeluar dari dewan. Kali ni diadakan di ILKAP, Bangi pulak. Harap ruangnya selesa dan paling penting, senang parking! Hahahaha, in case, kalau I kena drive sendiri. Tu yang kena ada parking senang. Kalau susah nanti menggagau u ols.

Kalau ikutkan, memang nak join. Tengah cari kawan-kawan yang nak pergi. Kalau sorang pun, I boleh je redah. Tunggu green light dari Sayang. Lepas tu tunggu gaji lah nak bayar kannnnn. Hahahaha. Itu yang penting sebenarnya. Untuk u ols yang nak join bolehlah call number yang tertera di gambar dibawah. Jangan contact I pulak. I cuma sampaikan je. Belum mampu lagi nak jadi organizer. Kehkehkeh. 

Jom ramai-ramai!


Thursday, February 5, 2015

RSVP : Nak Pergi Wedding Joe!

Alahai, dah nak kahwin kawan sorang ni. Zaman gila-gila kita dah habis, sekarang zaman mendirikan rumahtangga. Hihi pastu gila balik kot! Kalau nak gila ajak la kawan-kawan k bahahahahaha! Kami setia menanti dan menemani. 

Sebelum ni ada jugak jumpa Joe dan bakal isteri dekat KOMBES Paroi, jogging katanya. Nak fit kan badan. Ada jugak diberitahu nak kahwin, tapi belum tau lagi tarikhnya. Tiba-tiba, semalam Sayang dapat satu Whatsapp dari number yang tak save dalam contact. Its from Joe! 

Lepas dapat Whatsapp jemputan dari Joe, Sayang terus call. Cakap dengan tuan badan baru puas sikit. Menurut Joe, dia akan menikah pada hujung minggu ini dan belah lelaki akan dilangsungkan pada 15.02.2015 hari Ahad. Alhamdulillah... 

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk Joe sekeluarga dan ucapan tahniah in advance. So excited to go for the wedding to meet them, our old friends. Excited lebih jugak sebab Joe nak kahwin! Yayyy! 

Selamat menempuh alam rumahtangga untuk Joe dan bakal isteri. Berbahagialah! Walaupun adat resam rumahtangga ni ada ups and downs, tapi kita sendiri yang corakkan perkahwinan kita ni menjadi sesuatu yang indah atau sebaliknya. Kitorang doakan Joe dan bakal isteri kekal bahagia selamanya. Aminnnnn!

Kitorang bersama Joe yang belah kiri tu. Adoi, blur sungguh gambar lama ni. Ambik dari IG je hehehehehe

RSVP : Ujian DRAC 2

Alhamdulillah. Dapat teruskan lagi perjuangan dalam usaha nak mendapatkan jawatan di DBKL. I pun sebenarnya tak sangka boleh lepas Ujian DRAC 1 yang diadakan pada tahun lepas. Calon pun ada lebih kurang 800 orang... 

Hari Isnin lepas baru I dapat surat panggilan untuk ke ujian seterusnya. Nervous nya bukan main. The test consist of Public Speaking. Allah... Dah lama tak buat presentation, harap lidah ni masih lancar menyebutnya. I dah nekad, nak beli suratkhabar berbahasa Inggeris sahaja. In case of they ask me to present on any current issues. I hope I can speak well.

I pun tak berapa faham maksud surat yang berkenaan dengan 'analitikal' dan 'persembahan' tu. Adakah calon akan berlakon berada dalam mesyuarat ke macam mana? Kalau masa ambik MUET dulu memang ada grouping punya presentation. Dapat situation dan bercakap. Dah macam-macam dalam otak ni. Nervous punyalah tebal... 

In shaa Allah, berkemungkinan besar Sayang lagi akan setia menjadi peneman I. Untuk calon lain, jangan lupa satu perkara, kita yang perempuan ni kena pakai kasut hitam tau, kot terlupa, cuma secebis reminder. Apa pun, good luck untuk semua yang terlibat. And me too!


Doakan I dapat ke peringkat temuduga pulak ye :)

Friday, January 30, 2015

RSVP : Fit N9 atau Fun & Fit Zumba With RAPI


Tak tau yang mana satu. Dua-dua best, dua-dua gempak, dua-dua free dan dua-dua adalah ZUMBA! Cuma, yang mana satu I join pun, tetap dapat join separuh hari saja. Tengahari akan ke KL untuk kenduri anak buah, Boboy dan Finaz. Untuk tarikh 1 Februari 2015 ni I kena buat decision yang takkan merugikan sesiapa. 

Promote sikit. Yang penting ada KJ hahaha untung-untung dapat selfie dengan KJ nanti wey!
Fit N9 adalah yang pertama diadakan oleh Fit Malaysia di dalam tahun 2015 dan pertama kali dibuat di Negeri Sembilan. Fit Malaysia menyediakan pelbagai acara yang melibatkan run, ride, self-defense & fitness. Memang best! Sebab ada booth, ada jadual untuk semua acara dan ada photo-booth. Itu yang penting ye, photo. Untuk mengabadikan memori katanya hahaha. Ada Zumba, Jazzercise, Aerojamming, Body Combat dan lain-lain lagi. Rugi, like seriously, rugi u all tak join ni especially warga Seremban. Bawah ni ada jadual dan layout untuk Fit N9 nanti. So, bolehlah adjust masa untuk pergi sesi yang mana satu ye. 

Boleh adjust timing untuk hantar anak balik kampung dulu kalau tengok jadual ni hehehehe
Banyak gak khemah I nampak diorang dah pasang keliling padang ni memang nampak meriah! Huaaaa!~
Fun & Fit Zumba with RAPI pulak adalah acara Zumba yang dianjurkan oleh Karnival Karangkraf 2015 yang bertempat di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Kenapa I nak pergi? Sebab ada kakak-kakak 3 SAKA yang hot itewww! Dan ianya adalah PERCUMA! Diulang, PERCUMA! Takkan I takmau pergi kan, punyalah best punya kakak-kakak ni. I rasa Karnival Karangkraf 2015 ni terbuka untuk semua dan jangan tanye I berkenaannya sebab I cuma nak pergi yang Zumba tu je. So, warga Shah Alam atau sekitar yang takde buat apa pada hari Ahad tu bolehlah join ye. 

Hah! PERCUMA! Percaya tak sekarang?
Mana-mana event yang I akan pergi adalah limit sampai jam 11.00 am je. Hati tu berat nak ke Shah Alam, tapi macam jauh dan tak reti jalan. Tapi dek sebab hati tu nak sangat memang gigih la akan guna Waze haha. Fit N9 pun best sebab ada macam-macam. Silap-silap dapat t-shirt pun dah kira best. Lepas tu, ada pulak booth jualan. Ok ini bahaya! Macam la Karnival Karangkraf takde booth jualan. I nak pergi Fit N9 jugak, tapi nak kena roger kawan-kawan dulu. Kalau Karnival Karangkraf dah ada geng. So..........

Which one? 

I wish I can be in Seremban and Shah Alam at one time.  Hahaha ini gilo!

Tuesday, December 23, 2014

RSVP : Sambutan Tahun Baru 2015 Bersama KEG

Havoc! Mesti nak kena join ni. Bayaran murah. Instructor hebat-hebat. Participants yang sporting belaka. Dan malam yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaanjang! Baru dapat info pada malam Sabtu yang lepas. Bila Kak Ena buat announcement berkenaan dengan adanya sambutan tahun baru bersama KEG Group dan ianya bertemakan RETRO! 

Instructor yang hebat-hebat ini dibawakan khas oleh KEG Group dan pastinya puas. Untuk sambutan malam Merdeka yang lepas, Kak Eija menjadi instructor jemputan dan memang best! Siap ada nyanyian lagu Merdeka dan bunga api tau. Kali ni 5 instructor bakal menggegarkan KOMBES Paroi. Rugi lah kalau tak join. Frankly, rugi sangat. Sedangkan Kak Ena sendiri yang buat aerobic tu dah best, inikan pulak ada jemputan khas. Lagi lah bergegar lelemak I nanti hahahaha. Actually, KEG ni memang selalu buat tema-tema ni untuk bagi kita semua enjoy. I tak pernah pakai tema sebab maluuu hihihi. Walaupun hati meronta nak pakai jugak hihi. Ok gedik pulak.

Warga Seremban! Tak perlu turun ke KL untuk sambutan tahun baru. Setakat tengok persembahan artis dan tunggu bunga api selama 10 minit. Its not worth your money, your health and your time. Let's stay healthy. Susah sangat rasa nak jogging, kita dance 3 jam dengan bayaran RM5 sahaja!. Ini bukan macam Zumba Party yang memerlukan kita bayar RM50 ke RM80 untuk 2 jam saja punya keriangan dan sedikit Lucky Draw untuk yang betul-betul lucky sahaja :) 

Ini adalah sambutan tahun baru yang luar biasa dan lain dari yang lain. Tak perlu malu kalau tak tau step, KEG buat step lain-lain setiap minggu, kami pun masih terkial-kial. Tak perlu segan kalau takde kawan, I pun pergi sorang je :) tak perlu kawan-kawan sangat pun, kakak-kakak dekat sana mesra alam semuanya. Tak perlu risau nak bawak sekeluarga, ada playground untuk anak-anak, ada gymnasium untuk bapak-bapak, dan padang sintetik juga. Tak perlu risau lapar, ada je kedai makan, cakap saja, waffle, burger, aiskrim pun ada.

Sambutan ini terbuka pada semua. Tiada had pada umur dan jumlah penyertaan. Lelaki perempuan semua boleh sertai. Ajak sekampung, setaman, sekolej dan sekeluarga seperti ketetapan berikut : 

TEMPAT : KOMBES Paroi, Seremban (betul-betul depan padang sintetik tu)

TARIKH : 31 Disember 2014 - 1 Januari 2015

HARI : Rabu

MASA : 9.00 pm - 12.00 tengah malam

BAYARAN : RM5 sahaja setiap orang

TEMA : RETRO! atau pakaian sukan pun ok. Kita pakai baju warna Pink untuk Hari Rabu

HAD UMUR : Tiada had umur dan jantina

Amboi besaunya tulisan di atas ni hahahaha!

Jom lah. Jangan malu jangan segan. KOMBES Paroi tu untuk kita semua. Kalau segan jugak tak tau lah hahahaha. Eh lupa nak pesan, jangan lupa bawak air banyak-banyak tau. Sebab haritu 3 jam memang tak cukup I minum 1 liter tu. Maybe I kena bawak 3 liter kot. Hehehehehe. Haus!

Monday, December 8, 2014

RSVP : Grand 3 SAKA

Akhirnya! Setelah bermain-main dengan tarikh, I dapat jugak join Grand 3 SAKA yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Hati mula berbelah bagi bila teringatkan wedding Boboy dan Finaz ni Johor. Rupanya majlis akad nikah akan berlangsung pada petang 26.12.2014. Syiok! Bermakna, 25.12.2014 bolehlah I ke party Zumba! Fuh fuh fuh.

Mula-mula tu I pandang je gambar yang Kak Eija duk share tu. Dalam hati simpan je la keseronokan dan keterujaan nak join tu. Dek ingatkan kenduri, tu yang I lepaskan je party ni... Dalam pada tu, I push jugak Sayang untuk tanya nanti majlis Boboy berapa haribulan. Tak sia-sia pertanyaan I tu secara paksa. Dapat tarikh sebenar terus I Whatsapp dekat Kak Eija

Bayaran pun dah buat. Nombor tiket pun dah dapat. Lepas ni bolehlah siap-siap nak pakai baju apa. Sebabnya, party kali ni semua gegerl je. Tu yang best! Macam yang di Putrajaya I pernah pergi, syoknya sangat bila kita semua bebas nak pakai apa pun. Tapi bila keluar terus semua bertudung litup jubah besar-besar. Hihihihihi.

Korang, kalau nak pergi bolehlah refer pada gambar di bawah ni ye. Lengkap ada semua details. Dan yang paling penting.... Orang Shah Alam... JOMS! Nantikanlah gambar tergedik-gedik I sambil selfie nanti. Maklumlah, geng semua tak minat nak pergi haha.

Belum cuba tak tau... baik try skali mesti ketagih. Diorang ni best!
p.s. I dah dapat tiket! Yay!

Wednesday, December 3, 2014

RSVP : Ujian Khas DRAC 1

Alhamdulillah dapat lagi satu panggilan untuk jawatan baru. Kali ni tukar angin pulak dari SPA ke PBT. Memang I ada apply hari tu tapi kebiasaannya tak pernah pun dapat panggilan macam ni ke DBKL, mungkin kali ni rezeki Allah bagi nak cuba sini pulak. Takpelah, ujian aje, berjaya ke tak belakang cerita cuma kena struggle sikit sekarang. I ada komitmen untuk dua ujian dan temuduga. Untuk hujung minggu ni I akan ke SPA dan ujian di DBKL seperti gambor di bawah.

Surat jemputan belum dapat..
Walaupun I tau, dalam PBT macam ni kebiasaannya ada internal punya calon tapi I tetap nak pergi mencuba. At least tau la apa soalan yang akan keluar kalau untuk jawatan N41. Ini pertama kali I nak ke ujian untuk jawatan ini. Tiba-tiba kan, rasa nervous la pulak! Padahal dah berapa kali exam. Hahahaha.

Kebanyakan yang I tau jugak, macam DBKL ni, MPS dekat Seremban ni, diorang pentingkan aktiviti sukan. I cuma ada bakat netball aje, dengan Zumba! Boleh pakai ke muahahaha! Tiba-tiba macam nervous tu dah double up. I harap ni berbekalkan netball aje le... Berserah!

Oklah untuk kawan-kawan yang di luar yang dapat jugak jemputan ke ujian ni, semoga berjaya dan sama-sama kita berjuang. Ewaaaaahhhh! Macam askar le pulok! 

Ok bai!

Thursday, November 27, 2014

RSVP : Score FitMob Zumba Fitness Party

Party! Party! I'm officially registered for this party! I have made the payment online and now I can't wait to collect for the entry pack, which is only can be collect a day before the event day. I dah berjaya register ni, siap dah bayar setelah sekian lama cari ilham. Nak pergi ke tak.. Nak ke tak... Ok nak!

The fitness party will be held on January 18th, 2015, next year la derr, lambat lagi. Ada masa lagi nak setting masa tu kan. Hihihihi. Dekat Stadium Merdeka, KL! Amboi, macam besor sangat tu, macam meriah je. I ada scroll balik event dari Score ni, yang Body Combat tu. Macam menyesal pulak tak join. Seronok pulak tengok video diorang tu. Tu yang tak sabar-sabar nak join Zumba punya pulak.

Frankly, kawan-kawan I tak join kot. Ada yang kata mahal, ada yang kata jadual tak keluar lagi, ada yang kata fikir dulu. So, untuk menyelamatkan diri, baik I register siap-siap sebelum hujung bulan. Sebab closing date untuk registration and payment is November 30th, 2014. Bukan takde langsung kawan-kawan yang join, ada je yang dekat Seremban ni. Yang I tau, Kak Eija confirm la pergi. Lepas tu Kak Nurul geng aerobik pun ada. Tiba-tiba macam nervous kan hahaha.

Silalah daftar ye, by end of this month dah closing date. Nak join kena cepat tau. Macam biasa, tagline untuk hari ni, kalau takde geng leh je contact I nanti eh hahahaha! Eh, u ols nak register terus ke link bawah ni ek :


PARTY ON!

Tuesday, November 18, 2014

RSVP : HADIR Temuduga Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27

Ini lah temuduga kali kedua yang I dapat hadiri selepas kekecewaan yang melanda setelah gagal temuduga Penguasa Kastam yang lepas. Alhamdulillah... Dipanggil lagi kerana masih diberi peluang untuk ditemuduga dan masih mendapat kepercayaan dari pihak SPA untuk terus berada di dalam Perkhidmatan Awam. Hahaha ayat manis sangat kan! 

Untuk yang ada dapat SMS dari SPA dalam minggu lepas bolehlah terus ke link di bawah untuk check maklumat berkenaan Jadual Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan / Temuduga untuk jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27.


I akan menghadiri sesi temuduga kedua untuk kali ini seperti di ketetapan di bawah.

doakan I ye... Semoga ada rezeki kali ni. Aminnnn~
Doakan I berjaya kali ni. Sebab temuduga kali ni ada pemeriksaan fizikal. Ada timbang berat dan ukur ketinggian. Ada juga kiraan BMI T____T tak mungkin I akan dapat ke peringkat seterusnya. Sebab BMI je dah memang melampau melambung. Melainkan ada consideration oleh pihak yang membuat ujian. Nanti saya akan diet lah bangggg huaaaaaaaaa! Serius, I dapat rasa, akan melepas lagi kot jawatan ni... 

Wednesday, November 12, 2014

RSVP : Kursus P&K 2014

ATTENDING! Sebab ni ialah department I, so, penyertaan diwajibkan. Paling best nak join sebab I pun terlibat jadi urusetia dan jadi tukang tangkap gambor. Amboi, ada skill lagi ke nak menembak ni? Macam dah kureng je. Harapnya dipermudahkan.

Kursus ni merangkap semua kakitangan Bahagian P&K. Semuanya adalah dalam 40 orang termasuk Pengarah. Tahun lepas diadakan di Pulau Pinang. Tahun ni pulau jugak, Pulau Langkawi. Alhamdulillah, rezeki lagi nak ke Pulau Langkawi. Tapi kali ni berkursus. Walaupun tahun depan bulan Januari I akan ke sana jugak dengan Mama, Acu dan Sonny. Yang berbezanya cuma kalau dengan pejabat, dari Seremban naik bas le.

Kami akan bertolak esok malam dalam jam 10.00 pm menaiki 2 buah bas untuk keselesaan. Macam biasa, mesti akan sampai awal pagi di jeti. I pun dah ambik banyak order ni dari kawan-kawan. Tak sabar gila nak berjalan sambil membeli belah orang punya barang. Sendiri? mungkin tidak.. Peruntukan ciput. Kena simpan lebih untuk next year

Sayang akan tinggal berdua dengan Mumu. Semoga Allah lindungi mereka dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan Sayang dan Mumu. Semoga perjalanan I selamat jugak pergi dan balik. Nervous sangat sebab tak tau dapat bilik dengan siapa. Surprise katanya... Harapnya De Baron Resort ni akan meninggalkan kenangan manis-manis belaka untuk kami. 

Kamera pun dah diambil dari Bahagian Arkitek. Dan rasanya, SJ4000 pun akan dibawa jugak. Malam ni dah kena mula packing. Sebab esok sempat ke??? Mesti mengelabah... 

P.S. Makan malam hari Jumaat tu ada karaoke. Sempat ke tukang tangkap gambor nak genggam microphone? Haha

Wednesday, October 29, 2014

RSVP : Wawa & Benos Happily Ever After

Tak sabar nak ke wedding dan tak sabar nak ke Ipoh pun ye! Hari tu, dalam perjalan ke Penang cuma lalu je hometown Mama. Kali ni baru betul-betul akan duduk di Ipoh biarpun hanya 1 malam. Selain dari ke Manjoi, dalam perancangan dah ada beberapa port makan yang akan di serbu oleh kitorang. Kitorang??? Bukan I dan Sayang berdua aje tau. No honeymoon T____T sebab Sayang tak dapat pergi.

Kejor yop kejor! Caption tiada kena mengena dengan gambor. Eh, bersoreh pulok kite ye :D
Sumber gambar ialah dari Google.
I, Adik, Mama, Acu dan Sonny akan ke Ipoh pada 7.11.2014 ni meraikan pernikahan dan persandingan Wawa dan Benos. Adik sepupu yang cantik ini akan bertemu jodohnya dengan si handsome. Serius lah, bagai pinang dibelah dua, mesti cantik ni wedding diorang. Sama padan. Macam I dengan Sayang la contohnya, elok je dedua bulat bila bersanding tu kan hahahahaha.

Invitation card pun dah dapat. Cuma tunggu masa je ni nak serbu. I love weddings! I suka tengok benda cantik-cantik. I suka tengok orang punye baju, door gifts, dais, photo booth dan decor decor decor semualah. Lepas tu ditambah dengan pengantin cantik. Lagi lah suka nak tengok kan.

Sabar Ipoh, sesudah Subuh kitorang akan bergerak. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Yang paling seronok si Sonny tu la kan tengah-tengah exam boleh berjalan lagi! Hehehehe rezekiiii :D Eh kejap, Mama nak ke Ipoh je kan takdelah sampai Taiping ke Kuale ke kan kan kan? 

Thursday, October 23, 2014

RSVP : Wondergirldix Reunite

Yay! Esok ada reunion untuk gegerl sekalian. Kawan-kawan lama bila berjumpa haruslah nak ber'HAGHUK' kan... First thing first, mintak izin dari Sayang. Approved! Hahaha panjang langkah esok ni. Jangan diorang ngada-ngada dari nak makan-makan je ke karaoke pulak. Memang takkan dijangka :)

Sebenarnya Fura yang proposed nak lepak untuk lunch esok memandangkan hari Jumaat adalah pre-weekend kitorang :D Bila Fura dah up dalam group, haruslah mak budak yang lain-lain ni bagi sokongan padu. Come on guys, acara makan-makan takkanlah taknak! Cuma belum ada cadangan tempat je, tapi dah fixed akan di Palm Mall, Seremban.

Yang dijangka akan join esok ialah : Fura - Fira - Samani - Ain (lambat sikit katanya) - Chaa dan Aimy - Zana (Paling jauh, dari PD ni) - Huda 

Ini ajelah geng kamceng I sejak masuk keje di JKR sampai ke hari ni. Inilah geng fly dari opis sama-sama. Ini jugaklah geng kamceng kalau bab makan-makan, bercuti dan posing-posing bila tiba apa-apa event di pejabat. Lantaklah u ols, gila glemer ke apa ke kitorang ni, asalkan I ols happy di samping rakan-rakan tercinta.

Apa pun, I masih susah hati, nak makan dekat mana esok ni? I dah proposed Seoul Garden tapi macam kena reject je nih. Ish ish ish......

Gegerl I! 

Monday, October 6, 2014

RSVP : Temuduga Jawatan Penguasa Kastam Gred W41

Dengan munculnya RSVP ini maka penyertaan I ke Pink Aerobic pada 18.10.2014 adalah terbatal serta-merta. Ini kerana ingin memberi laluan kepada I untuk menghadiri temuduga jawatan yang dinantikan selama ini. Sedih tu sedih jugak sebab dah lama tak join event Zumba. Masa pelancaran FIT Malaysia tu I tak dapat pergi.
 
I dapat SMS dari Fira malam tadi (thanx babe!) yang bagitau pada I dia akan ditemuduga pada hari Selasa ni, which means, ESOK! Ya Allah, tiba-tiba dating rasa stress tu sebab pusat temuduga Fira di Wisma Negeri je. I punya yang di Putrajaya. Confirm ramai :( Ada ke harapan... Masa Fira SMS tu I tengah memandu nak ke Dusun Setia. Sampai je dekat rumah, terus I online dan semak nama I. Untuk sesiapa nak check bolehlah click terus :
 
 
Alhamdulillah, I punya interview adalah pada 18 Oktober dan terus I teringat I memang ada event Zumba pada hari tersebut. Perkara pertama I buat ialah SMS pada Sayang untuk minta bawakkan I ke Putrajaya nanti. Nak suruh I memandu dalam keadaan nervous entahlah boleh ke tidak hahaha. Ini adalah kali pertama I ke temuduga selepas 2 tahun lepas temuduga Penolong Pegawai Tadbir di Wisma Persekutuan, Seremban. Berdebor!
 
Alhamdulillah lagi sekali... I pun nak ke pejabat esok dengan persiapan dokumen untuk ditemuduga. Hari ni nak start prepare dah sijil-sijil sebab Hari Rabu nak berkursus di Penang. Esok, macam-macam kena buat. Yang penting, nak sediakan surat untuk Fira. Nasib baik interview petang, boleh la pagi tu I bantu dia mana patut.
 
Doakan kami berdua yang terbaik ye :)
 
Semoga Allah permudahkan semua urusan I. Aminnnnnn!
 

Thursday, October 2, 2014

RSVP : Hadir Kursus Pengurusan Tatatertib

Inilah akibat kursus tak cukup 7 hari. Makanya, apa yang ada depan mata akan disebat saja. Dan, mana-mana ada kursus pun akan dihantar saja. Kali ni I akan menghadiri Kursus Pengurusan Tatatertib. Partner in crime ialah Dell dan kami akan pergi menaiki kenderaan jabatan. Tak mampu nak drive jauh-jauh nun ke utara tanahair. Letih gilos.

I akan ghaib sementara dari alam cyber dalam masa 3 hari nanti lah ye, macam biasa. Selama ni PC di office dan di rumah je tempat melampiaskan rasa nak menaip. Kali ni berkursus tanpa apa-apa device yang membolehkan I melayari Internet, kena keras je la kot! Huaaaaa bosannye......

Kursus akan diadakan di Copthorne Orchid Hotel yang berlokasi di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Awwwww, I dah tengok dekat Google, ianya tepi laut dan ada pool. Adakah kemungkinan I akan berendam nanti? Tak kira la rendam ke tak ke, bikini tetap kena bawak nanti takdelah kempunan sangat bila dah sampai dan termenung je tengok air yang biru dan tenang itu. Hahaha. 

Back to main purpose, nak berkursus, nak berkursus, nak berkursus! Tapi feeling bercuti tu pulak yang over sekarang. Maunya tak feeling, dah terbayang Jeruk Pak Ali, tak sabar nak tangkap gambar dekat Penang Street Art, terliur-liur Nasi Kapitan, dah terbau Sotong Kangkung dekat Padang Kota Lama. Nampak tak dekat sini yang sebenarnya I excited nak ke Penang for the different purpose. 

Alhamdulillah, Sayang dah izinkan.. Nanti tolong tengokkan anak-anak kita ye Sayang. Tolong tengokkan Mama sekali. 3 hari tak lama, pejam celik je dah habis kursus nanti. I'll be back home on my birthday, alright? Love you!

I dah survey! I nak ajak gak Dell ke sini nanti. Confirm la kena bawak kamera nanti hehehehe
Sumber gambar : http://www.cocoamews.com/street-art-in-penang.html

Friday, September 26, 2014

RSVP : Pink Aerobics

Seghomban people, let's donate and get fit! Bukan main tag line yang I bagi dekat event yang ini kan. Untuk yang suka Zumba dan Masala Bhangra, dan dari kawasan Seremban, jemputlah ke Kip Mart untuk join event seperti di ketetapan di bawah ini ye. Nah posternya.

Ada contact number dekat situ, silalah call. Penyertaan terhad dengar ceritanya :)
Murah kan... RM20
Paling best, instructors ialah 3 SAKA. U all tau lah kan 3 SAKA akak bersaka-saka ni lincahnya macam mana. Jangan pitam sudah hehehe. Yang inform I pun Kak Eija (Thanx kak, ingat jugak dekat den hehehe maklumlah den jarang dah onlone FB) dan dia siap bagi borang untuk I fill up dan untuk hantar balik kepada beliau berserta bayaran RM20. Kata Kak Eija lagi, event ni untuk semua, maksudnya lelaki dan perempuan. Yang ala malu-malu kucing nak join sorang-sorang boleh bawak orang rumah. 

Berdasarkan tentative yang I baca di borang pendaftaran tu, its all about breast cancer awareness. So, it's a good party to join. Mehlah, berparty sambil berdonate. Haaa sungguh Bahasa Melayu rojak English Language. I guess, it is a good opportunity for us to learn about breast cancer too. Jangan sampai diri sendiri atau orang disayangi didiagnos menghidap Kanser Payudara barulah kita terhegeh-hegeh nak cari info berkenaannya. At least, kita dah tau ada support group untuk Kanser Payudara dan kita tau apa yang perlu kita lakukan walaupun tak reti nak mengubati at least, moral support penting kan...

Organizer untuk event ini ialah SALAM Senawang dan kalau ada apa-apa pertanyaan silalah ajukan pertanyaan pada mereka. I cuma berminat nak join je, not a part of the organizer nor the instructor. Gituuuuuu! So, apa lagi Seghomban people. Joms!

Sunday, September 7, 2014

RSVP : ATTENDING BBW In Seremban!

I'm going to attend this!
Woohoooo! Seremban people, raise your hand! Ada good news sini, sini, here in Seremban. Kepada semua ulat buku, Big Bad Wolf akan landing di Seremban. Where did I got such info? Just click the link below :
Now what?? Get prepare to buy the cheapest book ever. I'm going to prepare myself. I'm going to organized all the books that I've bought and make sure there will be spaces for the new one. I'm sooooo into books! And I'll put my bikini on to swim across the books that will be exhibit. Arghhh~
I just can't say more. Let's counting the days together for all bookworms. A week of the BBW doesn't suit us in Seremban. Because I am so greedy when in comes to books. Make it a month. Hahaha. The stress-relieve is coming and let's make Pasaraya Rapid our second home. During the period, if u can't find me at home, look for me at BBW, munching the books there during breakfast, lunch, tea-time and dinner.
Oh mai, Samani is going crazy now..!

Tuesday, August 26, 2014

RSVP : Peperiksaan Online Pegawai Kastam W41

Sebenarnya I macam ragu-ragu jugak. Sebabnya peperiksaan online sebelum ni I dengar khabar angin sangat tidak berjaya bila traffic untuk pautan ke link peperiksaan mengalami kesesakan. Kali ni tak tau lah macam mana pulak masalahnya sebab ini pertama kali I nak ambil peperiksaan sebegini. Harapan kami, calon-calon peperiksaan ialah semoga SPA memudahkan segala urusan dan semoga peperiksaan berjalan lancar.

Sambung cerita balik, apa kes dah pergi Peperiksaan KPSL N27 ni dah nak buat exam Pegawai Kastam W41 pulak. Sila jangan confuse la, siapa yang faham dia tau lah sebab apa. Sekarang ni, mana yang ada exam dan layak menduduki kita kena langgar semuanya. Langgar, tunggu dan lari-lari anak je. Hari ni I nervous post berkenaan RSVP nak ambik exam, esok lepas dah selesai exam, sure nervous pindah ke nak tunggu result. Fuh fuh fuh!
Lagi sekali, doakan I jugak...
Tau tak berapa belas ribu seluruh Malaysia yang ambik peperiksaan ni nanti? Untuk yang dapat tawaran dapat tengok benda ni dekat website SPA semasa nak daftar untuk hadiri kursus. I pilih untuk berkursus pada 28 Ogos 2014 (Khamis) jam 8.00 pm - 10.00 pm di Putrajaya. Dan masih, tak ada geng. Sebab gegerl I, Fira akan berkursus pada Hari Sabtu, I tak boleh committed hari yang berkenaan dan Fira tak boleh pergi sama hari dengan I. 

Nampak tak 17k huaaaaaaaa!
Apa pun, kita sama-sama doa semuanya dipermudahkan. Untuk sukatan peperiksaan rasanya dekat email tu ada kan. In shaa Allah :) Peperiksaan online ni akan dibuat di pejabat bersama-sama Fira. Ye la, rumah mana ada Internet. Takut tak stabil je guna line telefon....

RSVP : Hadir Peperiksaan KPSL N27

Saje nak mencecer kan, pergi exam N27 pun nak RSVP gituuuuu. Bak kata diri sendiri kepada semua orang, blog I, I punya sukalah, kalau tak suka sila unfollow. Camtu boleh? 

Exam ni ada 3 bahagian, sebenarnya I dah lulus 2 bahagian yang lain 3 tahun yang lepas. Ambik sekali je dapat lulus 2 bahagian kira oklah kan. Untuk peperiksaan kali ni, I perlu meluluskan diri sendiri untuk bahagian B, iaitu Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan PKPA, yang mana, bahagian ni semua kawan-kawan lulus dan I pulak boleh kandas. Best kan?

Oh, kali ni kan I kena menduduki peperiksaan jauh la pulak dekat Politeknik Nilai. Ada beberapa orang jugak kawan-kawan yang dapat jauh macam I, tapi semuanya berlainan bahagian. Kalau ada sesiapa yang kena dekat Politeknik Nilai bolehlah kita geng nanti ye :) Macamlah boleh meniru. Hahaha. Buku pun I belum tandakan lagi. Bagi senang nak cari jawapan. Macam biasa, peperiksaan Kerajaan ni senang sebab boleh bawak buku. Tapi tetap tak lulus tu kenapa yek. Kikikikiki!



Doakan I ye..