Nuffnang Ads

Wednesday, January 30, 2013

Pengantin Bertandu - Nampak Seram!

Eh kalau I dekat atas tandu tu mungkin akan terjerit-jerit dan hilang kesopanan I. Pertama kali tengok ni sebab masa Kak Yong dengan Abg Mi kahwin I tak pergi tengok pun. Cuma pergi siangnya sahaja. Now, bila dah tua bangka barulah terhegeh-hegeh ngajak SiDia tengok adat bertandu pengantin. No Sayang, u tak dibenarkan menaiki tandu ye kerana kita akan memusnahkan tulang bahu orang-orang yang akan mengangkat kita kelak. Bahahaha!

Tandu tu dibuat sendiri. Pemuda kampung yang buatkan untuk pengantin. Nampak cantik dengan lilin keliling buluh tu. Kerusi pulak diikat kerusi rotan. Wahhh, kurus betul pengantin. Kalau I dengan SiDia memang spoil terus tandu tu. Kalu tak bengkok mesti retak :D

Seronok tengok pelamin buatan Abang Ikmal. Rasa sweet lah pulak. Tiba-tiba feeling tak best datang. Memberontak sana sini. Hati macam ada tarik tali sikit. Mula-mula rasa, seronok dapat jadi pengantin. Lepas majlis dah dapat hidup berdua dengan hubungan Halal. Mana-mana pergi berkongsi suka-duka. Kongsi makan minum dan susah senang. Tiba-tiba awan putih ade bintang-bintang bulan tengah berangan tu kena ambush dengan awam hitam ade petir kilat menyabung pulak. Jantung macam kena siat-siat sakitnya bukan main. Rasa kena cakar dengan scrapper ye jugak. Pastu perah dengan air limau, mau tak perit. Macam tu la rasa tarik tali yang I alami sekarang...

Tak lama lagi sepupu rapat I akan melangsungkan perkahwinan. Hari tu dia kata ada kawan dia nak jadi pengapit. Ok I diam je sebab I pertama kali jadi pengapit pun masa perkahwinan sepupu sebaya I sebelah Ayah, iaitu Farah. Ini kira kali kedua. Takpelah berbakti kepada saudara sendiri. Seronok dengar Tasha dah tempah baju kahwin. Dah mula nak hantar borang-borang untuk jurunikah. Dah mula jenguk door gift dan dah mula fikir menu untuk dimasak waktu kenduri nanti.

Tapi yang tak best, bakal suami Tasha tak mau bertandu. Eeeeeeee! Kan best kalau macam gambar ni...

Sebelum diangkat...
Gayat woi!

Sunday, January 27, 2013

Tengok Bola, Beli Perfume, Pekena Mamat, Makan Satay

Pertama kali duduk sebelah menyebelah dekat Stadium Paroi. Dah bahagia bersama pun masih ke Stadium Paroi. Semua sebab perlawanan bola Pasukan ATM. Kalau tak berkawan dengan pemuda pemudi Taman Paroi Jaya mungkin I takkan bercinta dengan SiDia sekarang, eh silap. Mungkin takkan pernah jejak kaki dekat dalam stadium itu. Sokongan padu kawan-kawan terhadap Ejai memang bagus sangat. Setiap game Pasukan ATM diorang pergi. Masuk ni kali kedua I dah pergi tengok bola dekat stadium. Dengan SiDia :)

Dah lama sebenarnya tak melayan diorang ni. Tiba-tiba jebak balik. I taknak cerita hal jebak tak jebak ke apa semua I cuma nak cerita feel bila kita sendiri duduk dekat stadium tu. I pun sendiri tak faham kenapa tiket tu grandstand. Grandstand tu dekat mana? Kitorang duduk dekat batu-batu keras tu je. Dengan lagu macam-macam yang orang tentera nyanyi. Kuat dan bersemangat. Berdotap lah jantung kiranya. Dekat stadium nampak real je semua benda tu. Sama macam berada di tempat kejadian konsert. Betul kata orang, tengok dekat TV tak puas sebab kecik. Pegi stadium layan air Laici dengan kuaci, itu baru zaaassss ~ I dah pandai makan kuaci ye. Tapi yang buat best pergi tengok bola tu sebenarnya sebab duduk sebelah SiDia lalala ;) Tapi malu-malu lagi nak manja lah *blushing tak tentu pasal!

Lepas tengok bola lepak pulak Chiangmai. TERbeli body mist Victoria Secret! Ya ampun, kurang asam jawa lah Doyok dengan tunang beliau. I memang cepat terpengaruh. Dengan ade dust dalam tu bila sembur je I sungguh terasa jadi Bella Swan ;D yelah ada glitter ok. Aktiviti tersambung pulak dengan pekena Mamat dengan tepung, air sejuk dengan sembur-sembur ape tah. Happy Birthday! Walaupun jam Mamat lambat 2 minit. Hahaha. Paling terkejut, rupanya wife Mamat yang bagitau tepat 12.00 am nanti birthday suami dia. Ahakx!

Selesai pekena Mamat, adalah sorang ni pulak lapar nak makan satay katanya. Sambung lagi dekat Satay Tulang Jelebu, Bundo Kanduang, Senawang.. Huaaaa mana I tak gemuk? Ikut kan ajeeeeeeee tau! Eeeeeeeeeeeeee~ Gigit perut!
Gambar memori!
Happy birthday, Mamat!! pffffffftttt
Yeayyyy~

Friday, January 25, 2013

Luncheon Penutup Biro Ekonomi 2012

Majlis makan tengahari yang merupakan penutup kepada hubungan kami sesama ahli Biro Ekonomi dan Inovasi KSKJKRNS telah berlangsung dengan sempoinya. Makanan yang sedap, MC yang happy go lucky dan crew yang sporting menjadikan luncheon ni bermakna bagi I. Mungkin juga I dah bertungkus-lumus dengan Fira membantu menjayakan biro ini. Sebab tu rasa berbaloi.

Saje nak bagitau yang S2 City Park Oriental memang best! Mereka ada hall yang ada aircond sendiri yang dapat muatkan kami yang seramai 24 orang. Chinese food mereka memang sedap! Tiba-tiba teringat dan terliur. Grrrrrrr. Siakap sweet sour, butter prawn, yam ring sotong, ayam oriental, sayur campur, shark fin soup dan nasi putih. Ok jom nangisssss~

Bila tengok balik gambar-gambar ni I rasa nak pukul orang!

Gambar cari gaduh!
Makan ni tak perasan mak mertua tengah menyinga muahaha
Bos a.k.a Presiden berucap
Nampak tak MC yang riang ria tu :D
ok bye!

Tuesday, January 22, 2013

Jeling Sikit Je Nilai 3 *EXCITED*

Excited manja kata orang. Tak boleh melebih nanti Mama marah. Setelah bertahun ye tak menjejakkan kaki ke Nilai 3, masya Allah dah banyak perubahan rupanya. Bukan dari segi dan lokasi kedai tapi dari segi barangan, langsir, karpet dan barangan perkahwinan (ehem!) yang peniaga di sana jual. Macam-macam ada. Rambang mata. Sampai dah tak tau nak pilih warna apa nanti sebab semuanya cantik. Ahakx~ Belum lagi beli majalah Pengantin. Mesti lagi pening kepala tengok itu ini begitu begini. Eh kenapa cerita kahwin-kahwin? Takde kena mengena langsung....

Sebenarnya berjalan kesana pun sebab teman Mama, tuan rumah untuk membeli bebunga untuk rumahnya. Seriously, I was like fighting with my inner magnet to avoid the tulips while 'windowing' all the shops. I love tulips as much as I love chocolates. Some more, they are so colorful. I can't help myself to look for them each time I went to a florist. Barangan rumah macam lampu, langsir dan karpet pun meruntun jiwa rasa nak memberontak. When can I have them? I am 31 years old and still, I don't have my own property, not even a car. I still belongs to my parents, I sleep with my mom, I walk with them and I'm staying with them, currently. Ok let's ignore my private conflict. Ngeeeee~

Oh yea! Pasal barangan perkahwinan pun satu hal jugak. Kenapa decoration pengantin sekarang cantik-cantik sangat yea? Atau, hati I yang tengah berbunga riang? Atau, dah sampai masa? Yang pasti itu belum lagi.. Cuma nafsu dan keinginan dalam hati membuak-buak dan kecantikan bebarang itu yang membuatkan I bercakap-cakap dalam hati, "kalau guna ini, mesti cantik hantaran I.. kalau deco yang itu mesti best pelamin I... kalau I combinekan ini dan itu, great idea!" kononnya cuba menjadi sekreatif wedding planner dan bla bla bla bla bla bla. Dan bebaju pengantin juga! I promise that's my last words :) Puas..... Sebab dapat tengok semua tu. Dah dapat idea tapi mungkin dalam tempoh 3 tahun lagi (pasti ke???) semua dekorasi akan berubah sama sekali. Yang ada sekarang mesti ketinggalan zaman. Agaknye lahhhh....

P.s. rasa hati bunga-bunga riang, rasa dekat atas kepala ada fireworks, rasa dekat jejari dah kena solex bling-bling lah ;)


Bunga-bunga cantik!
Bunga untuk 'sawah' Samama :)
I punye magnet selalu dekat sini je

Friday, January 11, 2013

RSVP : Hadir Ke Potluck, Gathering, Reunion

Don't get me wrong. Kali ni bukan dengan kawan-kawan forum. Potluck kali ni ialah anjuran rakan-rakan rapat since sekolah rendah dan menengah dan sampai dah beranak pinak. Kami semua kawan rapat yang sekelas sampai habis SPM. Tapi dah lama tak jumpa sesama sendiri. Mesti banyak cerita keluar bila berjumpa Zaila, Wan Fazrina, Haza, Ayu, Fendi dan pasangan masing-masing, tak lupa juga anak-anak mereka kecuali Wan dan Fendi yang masih belum berkahwin. Sama status kita kan. Hihihi

Zaila dan suami, Yusri confirm akan bawa Hani dan Hadif dan menu popianya. Wawan datang lone ranger dan bawa spaghetti. Ayu, suami dan anak-anak khabarnya bawa menu kek cokelat. Tuan rumah, Haza dan Ajip menyediakan air, ruang makan, gosip-gosip dan gelak-gelak di samping merakam moment, which, I think that is the best part in meeting friends when u can save your memory and smile to yourself when u click on the folder "Gather rumah Haza" (Imaginasi yang tinggi perlu ye dalam penulisan belog). I dengan yakinnya akan bawa Ayam Rasamas untuk 8 ke 10 orang makan. Yeahuuuuu! Fendi, kadar kehadiran adalah 50-50 kerana sebelum belayar banyak kerja katanya. Takpe Fen, hope u can make it.

Makan tahun juga I tak jumpa rakan-rakan sekolah I ni. Mesti banyak cerita. Macam mana la rupa dan bentuk badan mereka sekarang. Oh rindunya! Semuanye bermula dengan perkahwinan adik kepada Zaila. Hanya I sorang yang datang ke majlis tu, of course with him. Bermula dari tu dapat lah idea mereka nak buat potluck cum gathering cum reunion cum cum cum cum. Yang pasti, banyak moment akan di'capture'! Dan meriah dengan kanak-kanak berlarian. Serius... indah.... Nantikan gambar-gambar ok :)