Nuffnang Ads

Friday, January 30, 2015

RSVP : Fit N9 atau Fun & Fit Zumba With RAPI


Tak tau yang mana satu. Dua-dua best, dua-dua gempak, dua-dua free dan dua-dua adalah ZUMBA! Cuma, yang mana satu I join pun, tetap dapat join separuh hari saja. Tengahari akan ke KL untuk kenduri anak buah, Boboy dan Finaz. Untuk tarikh 1 Februari 2015 ni I kena buat decision yang takkan merugikan sesiapa. 

Promote sikit. Yang penting ada KJ hahaha untung-untung dapat selfie dengan KJ nanti wey!
Fit N9 adalah yang pertama diadakan oleh Fit Malaysia di dalam tahun 2015 dan pertama kali dibuat di Negeri Sembilan. Fit Malaysia menyediakan pelbagai acara yang melibatkan run, ride, self-defense & fitness. Memang best! Sebab ada booth, ada jadual untuk semua acara dan ada photo-booth. Itu yang penting ye, photo. Untuk mengabadikan memori katanya hahaha. Ada Zumba, Jazzercise, Aerojamming, Body Combat dan lain-lain lagi. Rugi, like seriously, rugi u all tak join ni especially warga Seremban. Bawah ni ada jadual dan layout untuk Fit N9 nanti. So, bolehlah adjust masa untuk pergi sesi yang mana satu ye. 

Boleh adjust timing untuk hantar anak balik kampung dulu kalau tengok jadual ni hehehehe
Banyak gak khemah I nampak diorang dah pasang keliling padang ni memang nampak meriah! Huaaaa!~
Fun & Fit Zumba with RAPI pulak adalah acara Zumba yang dianjurkan oleh Karnival Karangkraf 2015 yang bertempat di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Kenapa I nak pergi? Sebab ada kakak-kakak 3 SAKA yang hot itewww! Dan ianya adalah PERCUMA! Diulang, PERCUMA! Takkan I takmau pergi kan, punyalah best punya kakak-kakak ni. I rasa Karnival Karangkraf 2015 ni terbuka untuk semua dan jangan tanye I berkenaannya sebab I cuma nak pergi yang Zumba tu je. So, warga Shah Alam atau sekitar yang takde buat apa pada hari Ahad tu bolehlah join ye. 

Hah! PERCUMA! Percaya tak sekarang?
Mana-mana event yang I akan pergi adalah limit sampai jam 11.00 am je. Hati tu berat nak ke Shah Alam, tapi macam jauh dan tak reti jalan. Tapi dek sebab hati tu nak sangat memang gigih la akan guna Waze haha. Fit N9 pun best sebab ada macam-macam. Silap-silap dapat t-shirt pun dah kira best. Lepas tu, ada pulak booth jualan. Ok ini bahaya! Macam la Karnival Karangkraf takde booth jualan. I nak pergi Fit N9 jugak, tapi nak kena roger kawan-kawan dulu. Kalau Karnival Karangkraf dah ada geng. So..........

Which one? 

I wish I can be in Seremban and Shah Alam at one time.  Hahaha ini gilo!

Wednesday, January 28, 2015

Pulau Langkawi 2015 : Hari 3

Cantik kan... Subhanallah!
How time flies. Hari ni dah nak balik. Barang dah siap dikemas malam tadi. Semua perkara yang nak dibeli pun berjaya dicari. Tak ada yang tertinggal langsung. Hari terakhir ni ambil peluang tidur lama sikit. Tepat jam 12.30 pm kami semua checkout dari hotel dan meneruskan perjalanan ke Padang Mat Sirat untuk makan tengahari di Jom Ikan Bakar. Sila search sendiri untuk ke sini ye. I tak sempat nak drive sambil ambil gambar sambil tengok nama jalan hehe.

Memang sedap dan tak salah memilih tempat kali ni. Lauk yang banyak dan sedap, harga yang berpatutan. Kedai ni diperkenalkan ketika I berkursus di sini 2 bulan lepas. Mama pun suka. Paling suka dalam dunia lah tu dapat top up air berkali-kali. Sedap pulak airnya tu. Ikan Terubuk bakar yang kami makan memang sedap. Menjilat jari!

Selepas makan tengahari, kami berjalan lagi di Pantai Cenang. Kali ni kami berkampung di Cenang Mall. Lepas berjalan dalam mall tu, kami pun melepak di KFC. Dapat lah jugak sambar 2 barang di surf shop. Memang best! Kami berkampung sampai jam 4.30 pm saja dan terus ke airport. Dah dekat pun. Hari terakhir ni memang dah reserve untuk tak buat apa-apa aktiviti sangat. Dah nak balik la katakan.

Kereta legend... minyak jimat gila! Sampai Mama suruh beli Viva plak ni hahahahaha
Lepas hantar kereta dengan selamat pada tuannya, kami terus ke tempat menimbang beg. Ngam-ngam! Mula-mula memang dah beli 30kg untuk balik. Atas rasa takut, sebanyak 20kg lagi ditambah. Nasib baik sempat beli. Semua beg dalam berat 45.5kg. Fuh fuh fuh! Setelah melepasi kastam, kami membalut beg roda yang baru dibeli. Senang ada benda balut ni. Tak lah rosak beg kalau masuk ke dalam perut kapal terbang nanti.

45.5 kg untuk 3 hari. Gilalah... gila... 
Mana-mana airport pun ada service ni
Selesai check in tuan badan dan beg sekali, kami terus masuk ke dalam ruang menunggu. Tak sabar nak balik... Nak unpack semua dan makan semua cokelat yang dibeli hahaha. Dalam jam 8.45 pm kami sampai di KLIA 2. Dan, perjalanan dari flight ke Arrival Hall pun jauh jugak! Dengan nak tunggu beg lagi. Lama jugak Sayang menunggu I. Hehehehe dapat kan rokok 4 kotak ok lettew.

Bye Pulau Langkawi! Nanti I datang lagi beli cokelat :D
Overall, perjalanan semuanya mudah dan santai. Takde terkejar-kejar dan ikut jadual beriya sangat. I suka macam ni. Tapi I lagi suka kalau, dapat pergi dengan Sayang. Last sekali pergi Pulau Perhentian. Takpe, tahun ni kita memang ada plan ok Sayang :)

P.S. Kali ni memang tak banyak gambar. Sobab eh, I kan drebar. Lepas sampai destinasi sibuk check Whatsapp, haram nak tangkap gambar hahaha!

Pulau Langkawi 2015 : Hari 2

Alhamdulillah, semuanya berjaya bangun awal. Hotel tempat kami menginap memang tidak disediakan sarapan. Pandai-pandailah berjalan sekitar Kuah untuk cari kedai makan ye. Tak susah pun, hari bekerja banyaklah kedai buka. Lepas makan, konon-konon nak meneruskan cabaran MENAIKI CABLE CAR, we were so unlucky, tutup pulak cable car tu untuk maintenance. Bukan Sonny je frust, I pun sama. Niat nak bergambor sakan tu padam terus. Huaaa!

Brrrrreakfast!
Malangnya, tutup. So sorry Sonny... Next time kita datang lagi k... NEXT TIME?!
Kami meneruskan perjalanan ke Pantai Cenang untuk ke Underwater World. Mulanya I macam malas nak masuk. Alahai, RM30 untuk tengok benda yang I selalu tengok live masa snorkeling kan. Malas arrrrrrr. Sekali dipaksa Mama. Ok Ma, ok... Bila masuk, I yang lupa diri! Teruja I tengok penguin la ikan yu la electric eel la.. Macam-macam lah. Paling teruja tengok lobster besor rasa nak tangguk amik buat makan tengahari bawak ke malam.

Best!
Seronok di Underwater World Langkawi diteruskan dengan meneroka pulak tempat shopping di situ. Macam-macam lah beli, tapi I lupa mana I letak fridge magnet yang I beli tu. Arghhhh! Lepas makan tengahari di Pantai Cenang juga, kami meneruskan perjalanan di tepi laut untuk sesi bergambar. I tak boleh tengok laut! Teruja bukan main. Macam budak-budak dapat mainan. Sepanjang perjalanan ke Makam Mahsuri, dapat lah I bergambar dekat tepi laut dan tepi sawah. Dia punya panas, feeling macam model dah rasa. Lighting memang cantik.

Happy Sonny ye dapat pegi Underwater World
Berjaya jugak tengok penguin depan mata
Rindu alam laut la.. hurmmmm!~
Sepanjang di Makam Mahsuri, kami singgah sekejap je. I dan Mama menikmati Goreng Pisang Cheese. Hanya Acu dan Sonny saja yang masuk ke dalam dan sedekahkan Al-Fatihah di makam. Alhamdulillah, rasa macam dah complete je perjalanan walaupun tak dapat naik cable car. I berjaya bawak Mama, Acu dan Sonny berjalan hehehehe.

Makam Mahsuri
Perjalanan balik ke pekan Kuah melalui Padang Mat Sirat dan berjaya singgah ke Perusahaan Gamat NH Nusantara untuk membeli Minyak Akar Seruntun. Dah banyak review I dengar pasal minyak ni, sebab tu memang nak beli jugak. Ada jugak I beli minyak gamat yang dikirim. 

Petang tu, Mama, Acu dan Sonny terus balik ke bilik untuk berehat. I? Meneruskan cabaran MEMBELI COKELAT SAMPAI PENGSAN dan I betul-betul suka tengok cokelat banyak tu. Terlupa, hari itu, 14 Januari ialah Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Maknanya, seluruh warga Negeri Sembilan Darul Khusus sedang bercuti umum. 

Malamnya, kami hanya makan di sekitar kawasan hotel. Restoran Seafood yang agak mengecewakan. Kali ni memang menyesal gila sebab tak patut makan dekat situ. Banyak lagi kedai yang ada, kenapa di situ. Demi mengubat hati yang luka, perut yang lapar lagi, kami sekali lagi ke tapak pesta di Pekan Kuah. Terubat rasa hati sebab dapat beli Burger Bakar yang besar dan sedap. Alhamdulillahhhhhh!

Pulau Langkawi 2015 : Hari 1

Mesti u all muntah kan sebab kali ni je dah masuk 3 kali I menulis berkenaan Pulau Langkawi dalam blog kihkihkih! Sila hadap, sebabnya inilah percutian paling affordable untuk I walaupun sekali pergi tu sebab berkursus. Ok apa, support la sikit local punya destination. Dan, Pulau Langkawi best apa! Ada banyak cokelat! Yer, itulah yang menguatkan I sangat.

Jam 5.00 am bergerak dari Seremban terus ke KLIA 2. Masih, I kagum dengan KLIA 2. Kali ni kagum sebab jauh rupanya kena berjalan untuk ke Pintu Pelepasan tu. Arghhh! Selalu dengar orang lain je cerita, this time I sendiri yang mengalaminya. Flight AK6308 akan berlepas melalui Gate K20 bukan main di hujung dunia. Kalau hari-hari travel mau kurus kaki.

My family
Mama - Acunen - Sonny
Perjalanan semuanya ok. Pertama kali dalam sejarah hidup menggunakan tandas yang terdapat dalam flight. Selama ni naik memang I dah mengosongkan semua pundi, kali ni tak sempat. Resah gelisah nak menunggu sampai dekat Langkawi kononnya. Memang tak tahan walaupun perjalanan sejam sahaja.

Tengok muka tak mandiiiii haha
Sampai di Langkawi Airport lebih kurang jam 9.00 am dan kami meneruskan cabaran pertama kami iaitu, MENCARI KERETA SEWA DI AIRPORT LANGKAWI. Jangan risau, keluar je dari gate yang Arrival tu terus akan ada beberapa kaunter yang akan memangggil-manggil pelanggan. Pilih sajalah. Bagi I, sama saja harganya dah tentu semuanya satu persatuan. I pilih kaunter seorang perempuan namanya ialah Wan Asma. Secara ringkasnya, kami menyewa kereta Viva jenis automatik yang berharga RM120 untuk 2 hari setengah. Ok lah tu, senang nak bawak, senang nak parking dan murah pulak minyaknya.

Perjalanan hari tu diteruskan ke Pekan Kuah. Sebaik saja dapat kereta, terus I bawak Mama, Acu dan Sonny ke kedai mamak untuk bersarapan pagi. Lapor woi, bangun awal tak makan ape. Sonny sampai 3 pinggan Maggie Goreng. Milo Ais lagi hehe. Lepas makan, kami meneruskan cabaran selanjutnya iaitu, MENGHABISKAN DUIT MEMBELI COKELAT. Masih awal pagi, belum dapat nak check in ke hotel, kenalah berjalan keliling kawasan Jalan Pandak Mayah yang menempatkan semua kedai Duty Free.

I love Nutella!
Lepas membeli ala kadar, (ala kadar ke?), kami terus tapau makan tengahari dan terus check in hotel pada jam 1.30 pm di Sunderland Motel. Ianya terletak betul-betul di tengah-tengah kawasan Duty Free. Senang gila nak cari tempatnya. Memang strategik. Hehehehe. Biliknya ok, sesuai untuk trip 3 hari 2 malam yang budget. I book melalui AsiaRooms dan harga untuk 1 bilik ialah RM130 untuk 2 malam termasuk cukai. 

Lepas dah lepak-lepak sakan dalam bilik meluruskan pinggang, I dan Mama meneruskan cabaran kedua tadi. Acu dan Sonny tewas dan tidur kerana terlampau letih. Malamnya, kami meneruskan pula cabaran MAKAN MALAM DI PANTAI CENANG. Nak kata menyesal, tak jugaklah sebab makanan dekat sana memang sedap. Kalau nak tau sedap ke tak, mahal ke tak, silalah ke TELAGA SEAFOOD di Pantai Cenang. Kerapu 3 Rasa memang marvelous. Di balas dengan Nasi Goreng Udang. Fuhhhh! Dan, tiada gambar, sebab dah terlampau lapar.

Bukan main cekik kan rege sini... ok fine! 
Lepas makan terus ke Pekan Kuah. Ada pesta macam tu. Sempat je I sambar sehelai tudung. Ish ish ish! Kemudian kami terus balik ke hotel untuk tidur. Tidurlah, esok nak bangun awal. 

Rotan Kang!

Heboh dan viral sangat kes rotan merotan ni. Selain dari kes penyanyi menyanyi dalam lokap tu kan. Tak mau sebut pasal tu sangat sebab sedih nanti, maklumlah, salah seorang peminat hihi. Kali ni bab rotan merotan jadi topik hangat ye. Macam I ada dengar sikit la dalam radio pagi ni, dalam perjalanan ke tempat kerja. 

Mencabar jugak tugas sebagai ibubapa zaman sekarang ek. Rotan anak pun akan dikenakan tindakan. Siapalah yang buat undang-undang macam ni. Rotan sedas dua tak bererti nak mendera budak tu sampai koma. Nak tau istilah mendera? Tu, yang berlambak dalam FB, video pengasuh main lontar-lontar je budak tu. Jangan tak tau, mengurung anak dalam bilik dipenuhi najis pun mendera tau. Lagi satu, bila kekasih kepada ibu kanak-kanak berusia 3 tahun memukul anak sehingga mati. Yes! Itulah mendera... Susah sangat nak bezakan kan?

Berkenaan hal lain, takmau I tulis dekat sini sekadar gosip-gosip artis, tapi, melibatkan hal semasa macam ni memang terpanggil jejari nak mengetik papan kekunci. Sebenarnya dah ramai yang bagi pendapat mengenai isu rotan ni. Tak perlu lah I nak mengolah lagi komen. Of course, ramai yang membantah dengan tindakan ini, Setakat ni I belum nampak lagi komen positif, "Ya! Saya suka ibubapa dikenakan tindakan jika merotan anak!"

Anak berdisiplin ke tak bergantung dengan cara didikan ibubapa, cliche sangat! Sekarang ni cerita pasal rotan. Mula-mula, ditegahnya cikgu memukul murid di sekolah. Tah siapa yang suka sangat undang-undang macam ni, sampai keluar pulak berita, guru dipukul pelajar. Kali ni, ibubapa sendiri yang tidak dibenarkan merotan anak sendiri. Phew!

Alhamdulillah, hasil dari dirotan, I menjadi I sekarang... Pernah je I tengok hasil tak pernah dirotan, ada yang menjadi seorang manusia yang hebat, ada jugak yang spoil, manja tak tentu arah, dan ada jugak yang rosak terus. Walaubagaimanapun, kalau untuk mendidik anak ikutlah cara Rasulullah SAW. Janganlah secara membabi buta. Yang penting Istighfar... Dan macam biasa, kalau tak buat salah, tak perlulah menghukum kan. Itulah konsep rotan sebenarnya. 

Sebagai seorang wanita yang lahir ke dunia dalam generasi tahun 80-an, kami memang kenal rotan, tali pinggang, hanger, getah paip dan bulu ayam. Masa budak-budak dulu, sampai waktu senja, "oklah geng, aku nak balik kang Ayah aku rotan aku takut arrr..." adalah ayat paling common digunakan pada waktu itu.

Kalau I kena hayun macam ni mau 3 bulan MC tak berjalan haha perasaan!
Gambar ihsan dari Google