Nuffnang Ads

Saturday, January 9, 2016

#kamiketioman2015 - Hari 1

*Ini ialah post throwback, setelah 4 bulan... hehehehe


Macam biasa, naik bas je lah. Dari TBS BTS ke Mersing. Nasib baik beli tiket awal. Kalau tak, kena menapak ke Mersing hahaha joking! Actually, tarikh bertolak ke Mersing ialah pada 12.09.2015 pada jam 11.30 pm. Sampai betul-betul di Perhentian Bas Mersing pada keesokan paginya jam 5.45 am. Dengan kekuatan hati yang ada, terus kami menapak ke kedai mamak yang berhampiran untuk makan pagi. Ikutkan organizer, iaitu, Nuin, kami perlu berada di Jeti Mersing pada jam 8.00 am untuk menaiki feri pulak. Dalam keadaan yang berjerebu tu, kami bergerak ke Pulau Tioman pada jam 9.00 am. Jom follow I dan Sayang, Nuin sekeluarga, Kak CT dan Abg Rockstar, Putt dan Abang Bas dan Kecik sekeluarga dalam adventure kami di Pulau Tioman. Kemain!

Dari Stesen Senawang ke Bandar Tasik Selatan
Breakfast lah dulu...  
Boarding Pass ade warna-warna tau melambangkan feri mana yang kita boleh naik
Lupa nak perkenalkan, tempat yang kami duduk di Pulau Tioman ialah Panuba Inn Resort. Alhamdulillah, jam 11.00 am kami pun transit di Jeti Kampung Ayer Batang sebelum satu bot kecil datang menjemput kami untuk terus ke resort. Perjalanan menaiki bot kecil tu memang sangat mencabar hahaha tapi I suka! Bestnyeeeeeeeeeee kena pukul dengan ombak. Kak CT sampai grip tangan I lah! Siannn hahaha. 3 kali trip jugak Wak, pemandu bot kena ambil kitorang.

Nuin dan Kecik sekeluarga
This is PANUBA!
All of us, menu, ikan kerisi hehehehehe
Bilik kitorang betul-betul atas kepala I tu, yang hujung tu hehehe tu je nak tunjuk!
Macam biasalah kan, waktu check in yang standard ialah jam 2.00 pm. Kalau dah tiba awal, confirm la kena tunggu. Makan tengahari ada disediakan. Apa lagi! Makan dululah. Lebih kurang jam2.45 pm barulah kami dapat masuk bilik. Perghhh! Macam mana yang u all Google kan, macam tu lah. Seaview sesaja! Disebabkan cuaca jerebu tu macam spoil sikit la jiwa I nak snap gambar bebanyak. Memang selesa. Sumpah tak tipu. Highly recommended. Hari pertama ni memang aktiviti sesendiri je. So, hari pertama je I dah terjun. Mana boleh tahan beb! Laut tuh. Gila kalau tak terjun.

View dari dalam bilik
Rasa ensem plak I posing gitu
Jerebe menghantui sangat... hurmmmm
Depan resort pun dah dapat view macam ni
Serious tak tipu... baek punyeee
Abang Bas dan equipmentnya nak pegi bagi ikan makan haha 
Diorang tak turun pun yang terejal I je kot hahahaha oh ye, Nuin sekali :D
Kesan jeti yang dipukul angin kuat
Nampak tu Abang Bas dikelilingi ikan... Fish therapy hehehe
Malam tu macam biasa, selepas makan malam, kami bercanda tepi laut, menikmati angin laut sambil berborak-borak. Melepas rindu sesama sendiri namanya. Apa barang pegi vacation duduk dalam bilik kan hihihihi. Kami masuk ke bilik pun dah hampir jam 2.00 am. Esok nak bangun awal, ada snorkeling trip. Heheheh.

Thursday, December 31, 2015

Azam Tahun Baru 2016

Jejakkanlah kedua orang tuaku ke rumahMu, ya Allah...
Selain daripada kurus, kurus dan kurus, impian I pada tahun baru ini ialah memenuhkan tabung untuk ke Tanah Suci. Ya Allah, harapnya diperkenankanlah... 

Antara wishlist yang kecik-kecik pulak, nak beli iPhone 6s kaler rose gold, nak ambik lesen dive, nak decor rumah cecantiks dan nak ada mesin Popcorn sendiri. Itu pun lepas wishlist terbesor ni dah realisasi la. Haishhhhh. Apa pun, semoga I dapat kurus hahahahahahahahahaha!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU!

Banglo A'Famosa Resort

Walaupun dah hampir basi, I tetap nak cerita jugak perihal kali kedua KAMI berfoya-foya di Banglo A'Famosa Resort, Melaka. Sebelum ni pernah pegi pada awal tahun 2014. Ceritanya boleh lah click pada link di bawah ye. 


Geng KAMI yang pergi tahun lepas tak sama dah dengan tahun ni. Ada penambahan dan pengurangan ahli. Paling best, gateway kali ni bukan saja nak menenangkan fikiran tapi ada sambutan 2 hari lahir, iaitu, I dan Eyna. Yahuuuu! Dapat celebrate dekat pool side gituuuu. Pada asalnya hanyalah percutian untuk berehat dan lari dari kesibukan kota. Sambil mandi swimming pool lagi. Dalam keadaan jerebu tu tak mematahkan semangat KAMI semua untuk get cugeder hehehehe.
Macam biasa....
Nampak gambar bawah kiri, ada kehadiran entiti hahahahaha
Memang masa tu, jerebu tengah teruk sangat. Tak dapat beza langsung waktu pagi, tengahari dan petang. Memang orang kata, tak nampak matahari. Cuaca tersangatlah panas. KAMI ambil keputusan untuk menyertai Nuin yang dah book banglo di A'Famosa Resort ni. Bila lagi kan. Dekat pun dekat, banglo luas boleh sumbat ramai.

Jerebu + asap bbq 
Penyertaan kali ni adalah dalam 5 keluarga. Setiap keluarga dapat satu bilik dan I berkongsi dengan Kecik sebab kitorang takde anak kecik. Senang gitu. I dan Sayang tiba pun dah lewat. Sebabnya, Sayang bekerja hari tu. Lepas tu nak siapkan popcorn sikit dan siapkan barang nak kena bawak.

Sekitar sambutan birthday I dan Eyna
Sudah makan-makan, malam tu I dan Sayang pulak bermandi-manda di pool. Siang tadi anak-anak dah bergumbira. Malam biar auntie dengan uncle ye. Hahahaha. Sambil-sambil tu sempat Eyna tiup lilin besday in advance. Sampai kecut jugak lah I dan Sayang berendam. Nyamannnnn!

Ada entiti lagi di atas tu - anak-anak sebelum masuk pool
Anak-anak selepas dicampak ke dalam pool
Riang ria mak-mak berendam pak-pak melantak
Keesokan pagi, macam biasa, breakfast mana yang ada. Sempat lagi KAMI bermandi-manda kejap sementara geng ayah semua duduk dalam rumah berborak dekat meja makan. Sambil makan. Ye. Sebab tu depa debab hahahaha ops! Lepas berendam ala kadar, semua amik turn untuk membersihkan diri dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya. Kali ni KAMI tak melawat binatang, KAMI mencari asam pedas untuk lunch dan melawat Suzy yang baru melahirkan.

REVIEW BANGLO YANG DISEWA

*maaf ye, takde gambar pulak I ambik untuk sekeliling banglo*
Do contact this number for any inquiries regarding the bungalow
Banglo ni adalah milik persendirian dan kalau nak menyewa bolehlah berhubung terus dengan nombor telefon yang I berkenaan. Ada 4 bilik kesemuanya. 2 bilik utama ada katil queen dan 2 lagi bilik ada katil single setiap bilik dan almari. Setiap 2 bilik ada 1 bilik air yang siap dengan bath tub dan hot shower bersama sinki di luar bilik. TV biasa-biasa je TIDAK ADA flat screen 40" mahupun Astro semua. Meja makan pun disediakan. Di bahagian dapur pulak ada dapur untuk memasak beserta tong gas, mesin basuh, peti sejuk dan peralatan memasak yang lain. Keseluruhan rumah dilengkapi penghawa dingin. Sejuk wo!

Di luar rumah ada swimming pool dan bbq pit. Bolehlah berbbq dekat luar tu nanti ye. Setakat kereta kami 3 buah boleh dimuatkan di bawah porch. Best kan kan kan. Akhir sekali, jagalah kebersihan ye walaupun tu bukan rumah kita. Kalau orang buat rumah kita bersepah sakit hati kannnn. Hehehehe.

Hati memang nak masuk mandi-manda lagi tapi apakan daya...
Boleh hubungi ajen berkenaan ye untuk sewa nanti. KAMI? Mestilah nak pegi lagi nanti! Yahoooo..! Dan I pun dalam perancangan nak bawak sekeluarga melepak dekat sini. Soon.

Mak-mak cun
Ayah-ayah encem
Kenapa husband jadi anak Eyna dgn Syah ni hehehe
Abaikan awek yang hujung skali tu, mak oi debabnya ekau Samani hihihihihi

Tiga Puluh Tiga

Yeah, sudah 33 tahun bernapas di bumi Allah ni. Alhamdulillah. Terima kasih Mama Ayah, terima kasih Sayang, terima kasih seluruh keluarga yang mendoakan, terima kasih sahabat handai dunia akhirat, terima kasih kawan-kawan yang lain dan semua strangers yang mendoakan keselamatan dan kesihatan I. 

Di hari kelahiran yang ke-33 ni takde banyak yang I minta cuma 1 benda je. Dilimpahi rezeki melimpah ruah sebab nak bawak Mama Ayah ke Mekah. Aminnnn! Dah 33 tahun, takde nak kejar apa-apa lagi. Cukuplah itu satu wishlist.

Syukur juga, hari kelahiran tahun ni disambut sederhana. Mama dan Ayah belanja makan di Bayu. Sedap sangat. Terima kasih Mama, Ayah. Terima kasih jugak Sayang, sebab buat surprise dengan kawan-kawan rapat di Banglo A Famosa. Walaupun sangat-sangat sederhana sambutan ni, keindahan dan kemanisan tu yang sangat penting. Best je bila Sayang pun join untuk buat surprise kan bini demok dia dengan order kek chocolate brownies. Amboiiiii nak bagi I membesor bagai juara lettew! Hihihi tq Sayang dengan surprise yang penuh bermakna buat I. Siap ada Mumuthecat dekat cake tu ok! Terima kasih Sufiyya's Yummies.

Nampak tu! Ada Mumuthecat. Aiyevyu Chamamamuuuukkk!
Ye, dah 33. Bakal menginjak ke 34 tahun depan. Semakin pendek usia ni. Lambat laun akan dijemput Illahi. Semoga hari-hari I yang mendatang akan memberikan I kejayaan di dunia dan akhirat. I taknak apa-apa yang extreme lagi. Semoga Allah kurniakan zuriat penyambung warisan kepada I dan suami. Biar lambat, asalkan selamat. Rahsia Allah itu hebat.

Ye, 33 tahun dah menempuh macam-macam. Buat I lagi matang. Mengenal semua perangai manusia yang baik atau jahat. Mengenal susah payah kehidupan. Mengenal taubat atas segala dosa yang telah terlanjur. Semoga Allah tambahkan lagi ilmu amal dan iman di dalam diri I ni.

I tak boleh buat ayat touching macam ni nanti I sedih. Hihi. Walaupun dah nak habis tahun 2015, I tetap nak wish diri sendiri...

Happy 33rd birthday Waniesamani :)
(10.10.15)

Dua lelaki sado sedang membakor . Yang baju hitam tu I punye! Baju singlet kelabu Kecik punye hehehe
Akibat dari berkawan dengan chef. Membakor pun colorful :D 
Thanx korang! Happy birthday jugak untuk Eyna :)
I can't take my eyes off of Mumuthecat gemuk duduk atas brownies 
4 mak orang tersandar kekenyangan. Burpppp!