Nuffnang Ads

Wednesday, December 7, 2016

Bila Bayi Selsema...

Apa perlu buat?
Macam mana nak uruskan?
Kenapa bayi asyik menangis?
Sampai bila?
Apa ubatnya?
Siapa boleh tolong ubatkan?
Kenapa anak saya selsema?
Membahayakan ke?

Macam-macam dalam pemikiran ibu dan ayah bila bayi sekecil 5 bulan meleleh hidungnya dengan hingus. Belum dicampur lagi dengan hidungnya yang tersumbat menyebabkan ketidakselesaan. Malam-malam meragam dan tak boleh nak tidur. Sepanjang masa bersin dan nak minum susu pun merengek-rengek. Allahuakbar... Waktu ni ibu dan ayah perlu banyak sangat bersabar dan berzikir. Memang menguji kesabaran dan kekuatan mental fizikal.

Waktu bayi selsema dia akan kerap melekap pada badan kita. Dan dia takkan rasa selesa nak berbaring mungkin sebab mengganggu pernafasannya. Yang paling mengelirukan, kalau air-cond dan kipas dipasang kuat, selsema akan menjadi-jadi, tapi, bila diperlahankan, peluh pula yang menjadi-jadi sampai kuyup. Ye, itulah dugaan yang semua ibu dan ayah hadapi dalam proses membesarkan anak masing-masing.

Baru-baru ni, Juah ada dijangkiti selsema. Tak tau mana silapnya. Banyak persoalan dalam kepala I apa sebabnya anak I meleleh hingusnya. Sampai serabut kepala I jadinya hahaha. Sebenarnya memang ada banyak kemungkinan yang I tak nafikan. Antara penyebab kejadian selsema menyerang Juah ialah :
  • Mandi terlalu lama - Ibu kan bahagia tengok anak-anak bahagia. Apa lagi, bila dia tepuk-tepuk air tu konon macam anak happy la. Air walaupun suam, tapi tempoh lama untuk Juah mungkin dia tak tahan T___T
  • Tidur dalam Air-cond - rumah batu, siang sejuk malam panas. Bilik pulak kecik, kipas tak center bilik betul-betul. Apa lagi, malam-malam on kan air-cond untuk keselesaan seisi keluarga tidur. Memang nyenyak tidur si kenit ni dalam air-cond. Juah tak suke berpanas-panas. Tapi, Juah baby lagi... dia tak tahan air-cond tu... T___T
  • Habuk sana sini. Dalam rumah, luar rumah, dalam bilik. Ditambah ada construction depan rumah. Memang lagi berhabuk lah jawabnya... T___T
Walaubagaimanapun, ni semua adalah penyebab saja dan takkan boleh berlaku tanpa keizinan Allah. Allah nak menguji kami dengan diturunkan ujian melalui Juah. In shaa Allah, kami akan berusaha sekuat hati kami untuk mengembalikan kesihatan si kecik kepada seperti sediakala. Selebihnya, tawakal kepada Allah, agar diizinkanNya Juah sembuh sebagaimana Allah izinkan selsema ni datang kepada Juah.. Antara langkah yang telah kami ambil dalam rawatan kepada Juah ialah :
  • Hirisan bawang - pertama sekali, I hiris bawang dan letak di sudut ruang tamu dan bilik tidur kami. Memang bau macam teruk sikit. Kena tahan lah ye. Sampai dah kecut bawang-bawang tu boleh diganti dengan bawang lain pulak.
  • Sterimar - benda paling penting untuk ada bila ada baby. Sebelum minum susu, elok spray Sterimar ni supaya bila hingus mencair baby akan telan dan lendir akan keluar melalui najisnya. In shaa Allah Sterima ni selamat sebab ianya hanya air garam. Bukan ubatan.
Muncung tu memang memuat je masuk hidung baby
Gambar dari Google

  • Nasal respirator - benda penting jugak selepas Sterimar. Kenapa I kata selepas, kalau takde nasal respirator boleh sedut melalui mulut saja hingus yang meleleh tu.. I pakai respirator ni sebab I tak tau sedut guna mulut hehehe. Yang I pakai brand Pigeon. Mudah sangat.
Beli yang macam ni... senang nak sedut
Gambar dari Google

  • Minyak bawang putih - Cara buat senang je, cucuk bawang putih atas dapur, bakarkan sedikit dan kemudian lenyekkan. Kemudian I campurkan dengan minyak kelapa. Boleh juga baby oil biasa atau minyak masak. I pilih minyak kelapa memandangkan kulit Juah macam sensitif takut baby oil tu macam panas. Sapukan je bila-bila masa terutama lepas mandi.
  • Bawang putih di kaki - jangan letak direct ye takut kulit baby tak tahan. I lapiskan booties baby tu. Memang ada kes kaki baby melepuh. Kesian sangat...
  • Vicks untuk baby - kalau dekat farmasi Guardian atau Watson atau kedai-kedai biasa ada je jual Vicks untuk baby tapi harganya sedikit mahal berbanding harga Vicks biasa. Sapukan dekat dada baby kalau takde minyak bawang putih. 
Jangan sapu di hidung baby ye...
Gambar dari Google

Kali pertama Juah kena selsema memang I buat semua cara diatas dan selsema terus kering dalam masa 3 hari. Seminggu selepas tu, Juah diserang selsema lagi kali ni berserta dengan batuk. I buat macam cara diatas jugak. Kali ni, lama sikit Juah batuk dan selsema dalam seminggu lebih jugak. Setiap hari banyak kali jugak kami sedut hingusnya. Sekarang baru nampak ok. Memang baby kecik tak tahan cuaca sejuk, lepas tak hujan beberapa hari, Juah nampak sihat. Alhamdulillah, hanya batuk saja, takde demam langsung. Dan good news, Juah dah start makan! Yeayyyyy!~ Nanti I akan ceritakan pengalaman Jeah dengan solid food pertamanya pulak ye :)

Friday, November 18, 2016

Serik Beli Barang Preloved

Mungkin bukan rezeki. Mungkin juga peringatan dari Allah. Apa pun, perkara yang terjadi ni buat I serik dengan ketidakjujuran seorang peniaga yang sudah biasa menjalankan perniagaan. Benda yang paling I takut apabila berurusan secara online telah pun terjadi. Mengambil langkah tak mau bising-bising seperti yang disarankan oleh Encik Suami, I pun redha dengan apa yang berlaku. Menjadikan I lebih berhati-hati dengan sesiapa saja yang menjalan aktiviti perniagaan sebegini.

Menyedihkan, I berurusan dalam aplikasi Carousell menggunakan telefon pintar je. Berminggu jugak I survey, untuk kepuasan diri dan menang dalam membeli. Ada beberapa peniaga yang meletakkan tawaran yang agak menarik. Kebanyakannya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Kecuali, ada seorang saja dari Nilai, Negeri Sembilan. Harga pun lebih kurang.

Macam-macam sangat dalam kotak fikiran I. Selama ni I memang pernah membeli online. Kebiasaannya dari Lazada atau Groupon atau reseller di dalam aplikasi Instagram dan Facebook yang I yakin dengan aktiviti mereka. Kali ni I berurusan dengan orang perseorangan yang hanya menjual semula secara preloved. Sejak dari mula, I dah rasa tak sedap hati. Entah, naluri kita ni bila ada benda tak kena mulalah rasa seram sejuk la dan macam-macam lagi. Lagi-lagi buat keputusan tanpa bertanya kepada suami hahahahah. Ok, kali ni memang silap I... Antara perkara yang buat I terfikir mungkin sesuatu akan terjadi ialah :
  1. Kami hanya berurusan melalui aplikasi Carousell. Penjual tak berikan nombor telefon untuk memudahkan urusan bank-in dan meet up. Semua gambar nombor akaun dan slip pembayaran I post melalui Carousell sahaja...
  2. Gambar yang dipamerkan seperti bukan gambar yang asli. Nampak cantik macam gambar yang di'plagiat' melalui Google. Kita boleh tau kualiti gambar.
  3. Responden terhadap Id pemilik akaun di Carousell itu mendapat review yang tidak baik sebanyak 4. Komen yang diberikan juga menunjukkan mereka tidak berminat untuk berurusniaga dengan pembeli itu lagi.
  4. Bila I tanya keadaan barang, hanya dikatakan dalam keadaan baik dan tidak diberikan sebarang gambar untuk dilihat. 
  5. Hari yang sepatutnya diajak berurusan ditangguhkan ke hari berikutnya. Dengan alasan, peniaga tersebut berada di Kuala Lumpur. Kemudian, hari yang sepatutnya berjumpa pun ditukarkan lokasi pula. Waktu ni kesabaran dah agak menipis.. Nasib baik dia setuju nak jumpa di tempat yang mudah bagi kami.
I cuma menyedari perkara-perkara diatas bila I dah pun meletakkan deposit sebanyak RM50 di akaun peniaga tersebut. Nak tarik balik, dah terlajak bayar deposit. I pun meneruskan juga urusan pembelian dan berjanji untuk berjumpa di McDonald's Nilai. Sudahlah tak nak keluar kereta, I dah beritahu kereta I yang mana satu pun tak diambil kisah. Memang hati I dah agak panas..

Tiba masa yang dinanti, peniaga tersebut pun memunculkan diri. I cuba sedapkan hati. Semoga takde apa-apa. Bila dikeluarkan sahaja barangnya, I terus tengokkan kotak yang dipegang. OK! BRAND LAIN! Maknanya dia menipu I! I ambil kotak tu sambil serahkan baki dan terus jalan. Sampai di kereta terus I masukkan ke dalam boot. Hati masih panas. I ditipu bulat-bulat.

Sampai dirumah, suami I pun cuba sedapkan hati. Nasib baik berkurang jugak panas hati tu. Tengok keadaan barangan yang baik. Tanpa cacat cela. Warna pun tak pudar dan lengkap. Cuma dalam hati masih berasa, ini bukan jenama yang I nakkan. Sedih. Marah. Geram. Sakit hati. Semua ada. Puas encik suami pujuk. Alhamdulillah, I redha dengan rezeki Allah. Orang lain tak dapat beli langsung pun... 

Harapnya ini jadi pengajaran untuk I. Lebih berhati-hati dalam membeli barangan terpakai. In shaa Allah, ini pengalaman I mungkin yang terakhir untuk berurusan sebegini. Apa yang dapat I katakan, I akan usahakan untuk dapatkan benda yang baru walaupun agak costly, daripada dapat barangan preloved tapi ditipu begini. Kepada peniaga tersebut, Puan Yanti, terima kasih sebab tipu brand tu. Walaupun I duduk Seremban tapi I tak sebodoh itu. Mungkin Puan Yanti puas hati dapat jual barang puan secara preloved, sebagai customer yang tak redha, nanti puan tanggung sendiri lah akibatnya. Sepatut kejujuran diutamakan.

Pengalaman I tak seteruk orang lain di luar sana yang dah melabur ratusan malahan ribuan ringgit, cuma kekecewaan tu tak dapat dibendung. Sakit mata je bila I memandangnya. Kepada peniaga di luar sana, janganlah ingat kami, customer ni bodoh. Tak salah kalau jujur, tapi berdosa kalau menipu. Hati mungkin puas, tapi takkan tenang. Semoga semua lebih berhati-hati bila berurusniaga ye... 

Review customer untuk penjual ni

:(

Thursday, November 10, 2016

Juah - 5 Bulan

Yay! A month to go before Juah boleh start her first solid food. She's getting bigger and smarter now. Anak Ibu dah kuat dan bijak dan bertambah ngade-ngade nak merap dekat Ibu Ayah je hihihihi. Kali ni I nak cerita perihal anak dara sorang yang manja dan comel ni sepanjang usia nak mencapai 5 bulan. Kali ni, for sure, takde yang menyakitkan kepala. Makin besar anak, makin bijak dan makin mudah diuruskan.

At this age, Juah masih lagi muat baju masa usia 3 bulan tapi ada sesetengah baju I dah asingkan sebab dah sendat sangat especially yang newborn punye. Thank you lagi sekali Salalyn dan Satasah. Memang banyak sangat baju Juah. Seluar pun banyak yang dah sendat. Lepas ni I akan adakan upacara mengasingkan dan menyimpan elok-elok yang dah tak muat semuanya tu. Alhamdulillah, lama jugak Juah pakai memandangkan Juah sejenis yang petite dan tak besor mana macam Ibu dan Ayahnya. Hihihi.

Sumber dari Google.
Kesinambungan dari episod Juah - 4 Bulan kali ni I nak cerita perihal si cantik manis baik hati sopan santun dan comel manja ecececehhhh, puji anak sendiri hahahaha!

Vaccination - bulan kelima ini I decide to go for vaccination pada 28.10.2016 (tepat Juah 5 bulan) sebab hari Jumaat. Dalam perancangan, if anything, Juah demam, Ibu cuti Sabtu dan Ahad boleh bagi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya untuk Juah. Alhamdulillah, dedar semalaman dan esoknya berkurangan. Paling tinggi suhu ialah 37.0 degrees.

Poo Poo - Tak pasti dengan bayi-bayi yang lain, tapi, lately Juah hanya poopoo selang sehari. I agak risau dan panik mulanya. Lama-lama jadi kebiasaan dan tak berapa risau. Dalam pembacaan I, bayi yang minum susu formula perlu diambil berat berkenaan dengan poopoo. Takut sembelit atau cirit birit. So far, under control, poopoo cantik dan tak keras.

Susu Formula - masih menggunakan Anmum Infacare dan semakin banyak menyusu anak Ibu ni. Sekali menyusu boleh sampai ke 6 ke 7 oz. Wow!

Diapers - dalam usia 5 bulan ni Juah dah banyak menyusu. Maknanya diapers pun kerap berat. Sebelum ni, satu diaper saja dipakai malam sehingga jam 6 am dan ditukar, sekarang, jam 10 pm perlu diaper baru dan jam 6 am tukar jugak. Berat diaper anak Ibu..

Aktiviti - selama ni apa yang Juah buat masa dapat toy dia akan masukkan dalam mulut aje. Sekarang, Juah dah pandai gigit-gigit dan hentakkan toy dia. Kalau riba dekat dengan meja makan memang Juah akan bergendang la hehehehe. Juah pun dah pandai keluarkan 'cupi' dari mulut dan masukkan balik. Comel kan?!

Meniarap - Alhamdulillah, 18 Oktober yang lepas Juah berjaya pusingkan badan sepenuhnya. Walaupun tangan masih belum lepas tapi setiap kali baring Juah akan buat percubaan hehehe. Bila dah mula masuk 5 bulan, bukan main galak Juah buat aksi Superman dia. Takpe sayang, slow-slow...

Duduk - ye, I dalam proses nak beli Bumbo Seat untuk baby yang masih belum boleh duduk ni. Untuk support belakang Juah dan memudahkan Opah nak bagi Juah makan nanti. I bertawakal, beli yang preloved di aplikasi Carousell saja. Semoga dipermudahkan..... Amiiinn.

Makan - haip! Belum lagi :) mengikut advice pakar pada usia 6 bulan baru boleh bagi Juah makan itupun yang cair-cair saja. Takut perut baby terkejut. For the time being, I sedang giat mencari menu dan cara penyediaan makanan untuk baby. Banyak gila dah I saved dalam FB dan blog-blog yang berkenaan. Ada entri khas jugak I buat berkenaan persediaan ni. Boleh baca dekat SINI.

Social life - social sangat hahahhaa! Hello, makin besor makin Juah kenal orang keliling. I bawak Juah ke kenduri Iqa, kazen Juah jugak le ni, menangis dan berair-air mata dia. Amboihhh. Bila I bawak dia di satu sudut dan main-main dengan Juah baru dia ok. Hurmmmmmm!~

Berat - so far, Alhamdulillah tumbesaran baby berjalan dengan baik. Setakat 28.10.2016 dah mencapat 6.12 kg dah anak Ibu ayang anje gunung intan payung ni. Bahahaha sorry, tertimang!

Tidur - pattern tidur Juah dah berbeza sikit. Sebelum ni, Juah akan tidur selepas Maghrib dan bangun sekitar jam 2.00 am untuk menyusu dan tidur semula dan bangun jam 6.00 am ke 7.00 am. Kali ni, Juah akan tidur dalam setengah jam selepas Maghrib dan bermain-main dan akan tidur balik lebih kurang jam 11.00 pm. Wow!~ Sakit mata Ibu tahan mata kadang tu. Ada sekali tu I tidurkan Juah dalam buai dari jam 11.00 pm sampai ke 4.45 am, ya Allah! Menyesal sangat I tertidur lena macam tu... Ibu takkan buat macam tu lagi Sayang, serious Ibu menyesal... Kesian anak Ibu tidur berjam-jam dalam keadaan buai masih berhenjut :(

Menyembur - Bukan je dah pandai angkat kaki tinggi-tinggi, malah, pandai sembur-sembur air liur dia tau. Bukan main kuat lagi semburan dia tu. Cute gila bila dia Juah buat tapi I harap Juah tak buat bile orang lain dukung dia nanti kuyup pulak muahahaha.

Senyum - eh, like seriously! Bila I halakan telefon ke muka Juah untuk snap gambar, dia akan tersenyum. Pandainyeeeeeeeeeeeeee!

So far, itu je perubahan pada bulan kelima ni. I akan update lagi yeah. Memang, ada anak sangat menyeronokkan. Paling best bila tanye Mama, "...Ma, dulu Samani macam ni gak ke masa baby? Suka sembur air liur ek?" dan bermacam-macam soalan lagi, like, "...Ma, dulu Samani menjerit-jerit macam baby tak? Dulu Samani tidur buai tak?" Hihihi.

Seat cover ni ada jual dekat Malaysia tak?
Gambar dari Google.


Monday, October 31, 2016

Warkah Buat Anakku, Hani

Hani,

Sejak hari pertama Ibu melihat wajahmu, Ibu telah pun jatuh hati. Sejak hari pertama Ibu mengendongmu, tertitis jatuh airmata Ibu, telah Allah tuliskan amanah ini untuk Ibu dan Ayah membesarkanmu dengan segala kemampuan yang kami ada. Tubuh kecilmu kami bawa pulang ke pangkuan keluarga yang lain. Meninggalkan semua keserabutan. Di hari pertama itu jugalah, Ibu gementar, berkata-kata kepada diri sendiri, "...bolehkah aku menjadi Ibu yang baik...?" Ibu nekad, walaupun Ibu pertama kali diberi tanggungjawab yang sebesar ini, Ibu akan buktikan pada semua yang Hani akan dibesarkan dan dididik dengan segala rahmat yang Allah turunkan kepada kita.

Sejak hari pertama, memang murah sekali rezekimu, nak. Pelbagai urusan Ibu dan Ayah dipermudahkan Allah, seolah mengerti kegelisahan kami berdua. Namun, mukamu masih lagi berkerut-kerut tanda keresahan, ketidakpuasan hati dan mungkin juga keliru. Jangan risau sayang, Ibu dan Ayah akan sentiasa disisimu. Hani lah lambang cinta agung Ibu dan Ayah. Kita tidak akan dipisahkan, nak, kecuali maut menjemput salah seorang daripada kita bertiga. Janji Ibu dan Ayah, akan pertahankanmu walau apa jua rintangan dan dugaan diluar sana. Janji Ibu dan Ayah, akan sentiasa melindungimu daripada sebarang kejahatan manusia dan syaitan di luar sana. Selagi kami masih bernyawa....

Hani,

Rezeki kami, Allah berikan seorang anak yang cantik rupa paras, penawar hati Ibu dan Ayah yang kesunyian. Rezeki kami, dipermudahkan urusan Ibu dan Ayah menjaga anak yang tidak pernah banyak karenah. Rezeki kami, dianugerahkan satu nyawa yang tidak ternilai dari Allah, sedangkan Ibu dan Ayah tidak mempunyai persediaan yang cukup. Ibu masih lagi ingat, siang malam Ibu dan Ayah menjagamu, agar tidak terjejas dari sebarang kesakitan dan gangguan binatang serta serangga. Allah sentiasa mendengar doa Ibu dan Ayah agar segalanya elok untukmu. Bertuahnya kami berdua, memiliki kebahagian yang tiada galang gantinya. Tak putus-putus doa kesyukuran dari mulut Ibu, sejak Allah amanahkanmu kepada Ibu dan Ayah.

Bukan Ibu dan Ayah saja yang menyambutmu dengan kasih sayang, Uwan, Tok Ba, Opah dan Tok Wan juga bahagia sangat melihatmu, nak. Sehingga ke saat ini, tiada langsung apa-apa yang menyekat kasih sayang mereka kepadamu. Penenang jiwa mereka. Tidak pernah sekali mereka yang menyayangimu itu akan mengasarimu. Tubuh kecilmu mereka belai dan pastikan semuanya baik-baik saja. Allah terbitkan rasa sayang mereka kepadamu untuk menjadikanmu seorang yang lebih kuat dan bahagia, Jangan pernah rasa terpinggir, nak. 

Hani,

Ibu dan Ayahmu tidak semewah mereka yang lain. Kami membesarkanmu dengan segala adanya kami. Kami berusaha sekeras tenaga kami untuk membahagiakanmu dan membesarkanmu. Bukan balasan kemewahan atau kebendaan yang kami minta di masa akan datang darimu, nak. Anakku, cukuplah doa anak yang solehah darimu agar dapat memudahkan segala urusan Ibu dan Ayah di Akhirat kelak. Semoga Allah dengar doa Ibu...

Anakku Hani,

Penawar hati Ibu dan Ayah, cinta hati, madu dan racun, intan dan payung, gunung dan lembah, itulah ibarat dirimu anakku. Segalanya untukmu wahai anak. Bertahun kehadiranmu Ibu tunggu, barulah kini kebahagiaan itu meresapi jiwa Ibu. Segala usaha Ibu terbalas oleh kasih sayang dari Allah. Diberi pinjaman yang sangat berharga ini. Tidak sesekali Ibu akan sia-siakan amanah ini. Tak sabar Ibu nak melihatmu membesar, petah berbicara, bertatih-tatih jalanmu dan terkekek-kekek gelakmu. Setiap hari, kerinduan Ibu padamu hanya Allah tempat Ibu mengadu. Sepanjang hari bekerja, hati Ibu meronta untuk pulang kepadamu. Setiap detik dan saat melihat kebijasanaanmu menjadikan Ibu semakin rindu. Rindu untuk peluk cium, rindu bergurau senda. Besarnya hati Ibu kerna memilikimu, nak. Hebat betul panahan cintamu kepada Ibu.

Ibu sayangkan Hani. Doa Ibu, semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi kita dalam setiap urusan kehidupan kita. Semoga Allah jadikanmu seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, dijadikanmu anak yang solehah, kuat aqidahnya, mulia akhlaknya, baik budi bahasanya, sopan perilakunya dan tinggi ilmunya. Semoga Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidupmu, nak. Allah, berilah anakku kekuatan dan kesihatan luaran dalaman, zahir batin, rohani dan jasmani. Sungguh, Ibu sayangkan anak Ibu. 

Cukuplah sampai disini bicara Ibu buat Hani. Sesunggunya coretan ini datang dari hati Ibu yang sedang bekerja dan merindui Hani. Ibu akan pulang untukmu, nak. Setiap masa Ibu tatap gambar anak Ibu yang manja. Jangan risau, petang nanti kita gomol-gomol ye, nak. 

Persediaan Makanan Pertama Bayi

Juah will turn 6 months in November. Ibu yang kena pikir macam-macam ni. Sebabnya, kalau diikutkan baby umur 6 bulan dah ready untuk makan. Maknanya, tak hanya bergantung kepada susu semata-mata, pemakanan yang sihat pun akan membantu tumbesaran. Cewahhh, ayat macam pengacara pulak hahaha. I harap-harap sangat dapat wahyu untuk rajin memasak makanan anak lepas ni. Memang bila search cara-cara tu macam tak susah, kadang tu benda yang paling senang tu yang buat kita paling malas nak remehkannya.

Setelah I buat carian, banyak rupanya cara untuk buat makanan bayi ni. Yang 1 perasa, yang 2 perasa yang beras putih, beras perang semuanya ada. Nak dengan taknak buat je. Apa pun, tengkiu Kak Yong Yin! Sebab bagi food processor dekat Juah. Alhamdulillah, rezeki anak. Puas jugak I save berbagai-bagai blog yang menyadurkan maklumat pasal penyediaan makanan bayi 6 bulan dan keatas. Yang paling akan diingati ialah '4 waiting days rule', dimana, Ibu perlu bagi satu jenis makanan saja kepada Juah selama 4 hari berturut-turut untuk tengok ransangan alergi pada Juah. 

In shaa Allah, I akan mula bagi Juah makan mula 1 Disember 2016. Lepas dah vaksin untuk 6 bulan, baru kita bagi itu budak rasa bubur nasi kosong dulu hehehehe. Supaya tak terkejut sangat. Lagipun bila dah start 1 haribulan senang nak follow 4 days waiting rule tu. Apa yang I dapat dari blog Puan Shakina Farhan yang clear sangat dia tunjukkan jadual pemakanan tu. Sementara itu, di blog Puan Linda Zainal pulak ada menerangkan macam mana resepi, cara penyimpanan dan cara penyediaan makanan bayi yang kita dah siapkan. Syukurrrrr, I suka sangat dan jadi dah tak sabar pulak. Setiap hari I bukak blog-blog yang berkaitan pemakanan bayi 6 bulan keatas untuk dihadamkan dan sebagai persediaan mental.

Disamping tu I ada jugak terfikir I kena sediakan beberapa benda untuk persediaan ni. Di samping tengok-tengok menu resipi, I sekarang tengah busy nak survey baby seat dan utensils hehehe ngade-ngade dan lebih-lebih macam biasa lah mesti Ibu kan. Ok, nanti next entri I share ape preparation I dalam menyediakan makanan untuk Juah ye. Sekarang bagi I usha dulu perkara-perkara penting hehehehe.

http://www.ibuzarith.com/2014/12/resepi-makanan-bayi-6-12-bulan.html

http://ctfand.com/2014/03/panduan-persediaan-makanan-bayi-6-bulan.html

http://ayachalo.com/resipi-bubur-puri-stok-ayam-dan-sayuran-untuk-bayi-6-bulan/

Sekadar menyebut beberapa blog. Banyak lagi sebenarnya yang I dah favorite kan dekat PC ni nanti I share lagi.