Nuffnang Ads

Tuesday, April 29, 2014

Cerita Bukit Broga

Arghhh! Dah berapa post entry untuk hari ni? Ala muntah sendiri-sendiri je sebab sendiri yang baca, bukan ada audience sangat kan. So, apa ada hal nak tulis 100 entry sehari pun. Punyelah banyak idea sampai seratus tu. Yang itu karut. Habis dah cerita lain, nak sembang pasal Bukit Broga pulak. Hello, yang dah otai naik Broga jangan eksen sini ye, I cerita untuk tujuan newbies macam I le. Baru 2 ke 3 kali naik kira newbies la kan. Sebagai panduan bersama.

Blanje satu gambar dulu
Introduction, sediakan kelengkapan secukupnya untuk naik Broga. Pakaian kena sesuai, jangan main redah je pakai selipar kalo pertama kali naik tu. Kadang-kadang kita rasa senang sebab orang bercerita tapi kita kena tau yang dalam dunia tak ada benda senang ye. Pakai kasut sesuai, baju cotton serap peluh. First time maaaa, mesti berlunyak punya! Beg pun yang sesuai untuk bawak air, makanan dan tit-bits bila dah sampai atas nak makan-makan. Potluck boleh jugak. Bagi yang kurang berkemampuan atas faktor usia, bawaklah stick masing-masing. Kot takde tempat berpaut, adalah jugak tempat nak berpegang. Untuk makluman, dekat atas nanti takde pokok jurai-jurai lebat daunnya untuk dijadikan tempat berlindung, silalah bawak topi, untuk mereka yang tak tahan panas nanti muka Snow White tu jadi sunburn pulak. Yang kulit tak tahan mentari siap-siap pakai sunblock dan sunglasses, sunshades bagai semua tu jangan lupa.

Tengok brader ni sempoi dengan pakaian yang selesa sangat
Hehehehe
Tempoh perjalanan pulak, depends pada kemampuan kumpulan kita. Kalau ada yang tak larat mesti berhenti-henti. Makan masa jugak. Tapi kalau normal dalam 45 minit boleh la kot. Kalau advance berlari tu I tak pernah experience pun sebab badan boyak nak lari mende kan. Muahaha. Ok back to track, it depends on you guys when is the best time to start your journey. Ada yang memilih untuk naik seawal jam 6.00 am, boleh tengok sunrise katanya dan sebelum panas dah boleh turun bawah. Kena bawak celait (lampu picit atau torchlight, ni bahasa Nismilan) kalau tak memang gelap bang, tersungkur awak nanti. So far, yang I biasa naik jam 6.45 am dan 7.00 am lebih sebab tak mau jalan dalam gelap. Terjeghongkang nanti yong! So, budget sendiri lah timing nak gerak dari rumah jam berapa kalau nak sampai ke parking bawah tu jam berapa-berapa. Kalau dari Seremban, ikut jalan Lenggeng (jalan baru I tau ni kalau tak ikut Mantin dan Beranang dan bla bla bla, thank you Apet, Buyot, Haziq bawak jalan paling dekat yang akak tau) dalam 40 minit gitu. Dari KL, ikut Lekas dan Semenyih, ada dalam sejam kot. Entahlah, lupa! Hahaha. Refer dekat Waze la kan power :D
Haaaa camnilah trek dia. Sempoi brader ni joging kan.
Kereta jangan risau, boleh parking dalam kawasan kebun kelapa sawit yang dijaga seorang leng chai di gate depan dan dia akan collect RM2 setiap kereta dan diberikan resit. Parking adalah banyak dan bersepah-sepah. Kalo kereta kental dan jiwa kebal boleh je parking luar kawasan kebun kelapa sawit secara percuma di tepi jalan, kalau kena sapu dengan kenderaan lain sendiri mau ingat. I cakap je la! Mintak dijauhkan hehehe. Motor I tak pasti berapa kadar bayaran. Kalau nak jimat RM2 silalah car pool dan naik kereta semaksimum penumpang yang boleh.

Saje nak tunjuk.. Ni lah tempat parking. Tapi kan, hensem pulak I time ni
Kan?
Untuk gegerl only, sila buang air siap-siap. Besar ke kecik ke. Sebelum masuk ke simpang nak ke Nottingham University ada la Petronas tapi macam kami dari Seremban masuk dari Lenggeng, kena lah cari Masjid berhampiran untuk tumpang toilet. Dalam parking di kawasan kebun kelapa sawit tu ada tandas tapi standard KLCC punye gred la. Tandas ni baru buat, bayaran RM1 SEKALI MASUK (saja highlight, nanti u all jangan buat-buat terkejut bila budak tu mintak duit). Memang bersih tapi lampu takde. Kalau seram-seram ubi sila masuk berdua la. Ini option yang ada untuk gegerl macam kita ni. Kalau boboiboi semua leh pancut dengan tenang dekat mana senang kot.
Inilah rupa tandasnya. RM1 SAHAJA :)
Itu je nak cerita panduan ke Bukit Broga. Untuk yang dah berjaya naik dengan selamat, Alhamdulillah, nanti boleh naik lagi. Untuk pertama kali, first-timer, newbies, sila baca panduan di atas. Bawak air banyak, bila tak larat je minum basahkan tekak. Jangan push diri ye. Buat relax je. Jangan cuba nak compete dengan uncle atau auntie yang dah tua tapi naik dengan laju tak berhenti-henti. Lain hongap orang dah biasa dengan orang kurang biasa. 
Hebat brader ni, dia naik Broga dengan mata rabak tak cukup tidur. Kehkehkeh
Akhir sekali, marilah kita melayani gambar-gambar hebat yang I belanja sikit dari Geng Singlet Pulau. Peringatan, gambar pemandangan takde sebab kami lagi suka selfie dengan monopod. Bahaha!
Nasib baik korang sporting kalau tak akak tak bagi coki-coki muahaha~
Tengok,.. mane de gambar pemandangan :D

No comments:

Post a Comment