Kegilaan baru, sejenis makanan berkalori tinggi. Semua orang pun suka kot, tapi nak membuatnya tu malas sesangat. Kalau tengok wayang tau pulak nak membelinya kan. Serious I suka sangat popcorn ni. Hari ni macam nak cerita camne cara-cara I buat popcorn lah. Yang biasa je, yang extreme tak reti sangat. Buat pakai kuali je tau, I takde popcorn maker hehehehe.
CARAMEL POPCORN
Bahan-bahan
Bertih jagung
Marjerin (semulajadi masin)
Gula Pasir
Gula Perang
Minyak masak
Cara buat popcorn
1. Masukkan 1 sudu marjerin dan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali
2. Cairkan marjerin dan panaskan
3. Ambil segenggam bertih jagung dan ratakan sampai semua terendam dalam minyak
4. Tutup kuali sampai habis bunyi meletup-letup
5. Selesai!
Cara buat caramel
1. Masukkan 2 sudu gula pasir dan 2 sudu besar gula perang dalam kuali
2. Dengan api perlahan, tunggu sampai gula cair dan kacau
3. Bila gula dah cair, masukkan 1 sudu marjerin dan kacau
4. Masukkan popcorn ke dalam caramel dan kacau berhati-hati
5. Dah siap.
No comments:
Post a Comment