Nuffnang Ads

Wednesday, May 13, 2015

RSVP : Eddie & Dahlia VS Fayzal & Haslina

Alololo, dah nak kawen budak berdua ni. Eddie is my cousin from my mum's side. Dahlia, a beautiful Kelantanese girl and the sempoi one is my future cousin in law. Dah lama plan untuk ke majlis pernikahan dan persandingan mereka ni. Bulan Februari yang lepas kami sekeluarga tak dapat pergi pun ke majlis pertunangan mereka ni. Sebab tu nak lepas geram memasing hujung bulan ni.

In shaa Allah jika dipanjangkan umur, jodoh dan pertemuan kita, kami sekeluarga akan berangkat ke Kubang Kerian, Kelantan pada 29 Mei 2015 melalui jalan darat untuk meraikan Big Day mereka. Paling best, hari tersebut merupakan permulaan kepada cuti persekolahan. Jangan jam sudah. Harapnya keberangkatan pada pagi Jumaat dapat mengelakkan kesesakanlah.

Semua dah ready, kereta, tempat tinggal, baju-baju dan kelengkapan. Yang belum settle ialah kucing-kucing sekalian alam tu. Nak tak nak, kena boarding kan mereka. Alaaaa, mesti Suzi dah beranak waktu tu. Sian lah dia. Takpe kot, Mama pergi satu malam je.. Keesokannya dah balik ke Seremban semula. 

Dalam masa yang sama, I dan Sayang akan sambung perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan pulak. Sebab nak meraikan satu lagi pasangan sepupu kepada Sayang, merangkap kawan satu induksi 10 tahun yang lepas iaitu Fayzal. Alang-alang dah dekat Kelantan tu, kami akan tidur satu malam lagi di sana untuk ke satu lagi majlis pernikahan. Kemungkinan besar, Sayang akan bekerja pada 6 Jun masa majlis sebelah lelaki tu. I pulak ada satu majlis lagi di KL. 

Tujuan utama, nak meraikan 2 pasang pengantin. Tujuan kedua, nak berjalan-jalan! Hehehe. I dan Sayang dah lama tak berjalan jauh. Kali terakhir kami ke Pulau Perhentian... Jauh la tu kan, tapi naik bas. Kali ni berkereta best sikit kot. Cuma hati tu rasa tak sedap meninggalkan Mumu The Cat yang manja tu. Sian baby boy Samani... Boarding untuk 2 malam takpe kan Mu... Walaupun berat hati, tapi Mumu kena berdikari jugak tau Sayang...

Apa pun, I dah tak sabar nak ke Kelantan ni! Yayyy!


No comments:

Post a Comment