Nuffnang Ads

Monday, August 10, 2015

Raya 1436H

Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga pada 2 Syawal yang lepas. Moga hubungan dirahmati Allah dunia dan akhirat dan bahagia sampai ke syurga. Amin ya rabbal 'alamin... You know who you are, I don't have to mention it here
Gambar petang raya paling proper yang lain semua tapape haha
Tahun ni sambutan Aidilfitri kami berdua suami isteri agak pelik. Nak tergelak pun ada dengan perangai masing-masing. Mungkin bagi orang lain, ini adalah perkara biasa dan tak ada yang specialnya. Bagi kami berdua, manis sangat pengalaman ni. Of course, tak boleh nak turn back time tapi kan orang kata a picture worth a thousand words. Gitewwwwww! I dah standby memory dalam phone untuk tangkap gambor, almaklumlah, kitorang semua memang suka sangat sangat sangat bergambor. Sementara tu, I nak ceritakan sedikit pengalaman beraya di kampung belah mentua. Selama 33 tahun tak pernah I tak bersalaman dengan Mama dan Ayah di pagi Syawal. Ni first time woooo.. Sumpah! Masa tidor malam tu I dah sedih sikit tapi malu nak kabo dekat Sayang. Ngeee!~

PAGI RAYA vs PETANG RAYA
Tahun ni, takde istilah pagi raya dekat I dan Sayang. Sayang habis shift pun dah dekat jam 8.00 am. I pun habis shift masak kek batik dekat jam 10.00 am. Bermaafan di waktu hampir tengahari, selepas selesai penghantaran Kek Batik dan Caramel Popcorn. Kental betul. Tak sempat beraya ke rumah MaYah dan tak sempat bersalaman raya dengan MaBa. Petang baru bertolak balik ke Kuala Pilah.

Tengahari raya pun kena kerja :)
The Hamiyahs :) Me, the photographer sebab tu tak included hehe
KERETA vs MOTOSIKAL
Seperti yang anda sedia maklum, I dan Sayang kan pernah terlibat dengan kemalangan motosikal beberapa bulan yang lepas. Lama jugak nak dibaiki motosikal yang rosak sebab kemalangan tu. Actually, baru-baru ni je siap masa bulan Ramadhan. Senang sikit kalau ada both. Dan seperti yang anda sedia maklum lagi sekali, siapa yang kampung dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan mesti tau yang jalan nak ke sana memang favorite spot untuk jammed bumper-to-bumper ni. Sayang decided to ride on motorcycle that evening. I gigih minimize kan kuantiti baju dan barang bagi mendapatkan beg yang muat-muat masuk bakul dan box motosikal. Alhamdulillah, we've made the best decision ever. Jammed, waktu perjalanan ke Kuala Pilah dan waktu balik semula ke Seremban. Perjalanan dipendekkan dari 3 jam ke setengah jam sahaja! Alhamdulillah selamat semuanya perjalanan kami.

To the kampung we go!
DUIT RAYA vs POPCORN RAYA
Syukur, Allah beri rezeki di kala kami kesempitan untuk menunggu gaji yang lambat gila tu hihihihi. Sepanjang Ramadhan, tak sempat nak membeli belah baju raya, tak sempat nak ke bank menukar duit raya dan persiapan raya sangat sangat sangat ala kadar kalau nak dibandingkan dengan tahun yang lepas-lepas. Oh my, memang tak sempat nak berbuat apa-apa. Akhir zaman, akhirat semakin menghampiri kita. Masa berjalan tanpa menunggu. Kesimpulannya, I dan Sayang tak sempat nak mintak bantuan Kak Ratna nak menukar duit raya. Maka, kami pun buat keputusan drastik lagi sekali, buat popcorn extra dan packing cantik-cantik. Siapa salam dapatlah Popcorn Raya instead of duit raya. Sorry anak-anak buah Mak Teh. Hehehe.

Popcorn Raya for the kids 
BAJU RAYA vs BAJU HARIAN
Tiada baju raya, tudung raya, seluar raya, stokin raya, kasut raya di pagi raya. Semuanya ala kadar. Di samping nak minimize kan kuantiti baju, kami kena pakai pakaian yang sesuai untuk menaiki motosikal. Yerp, balik ke kampung pakai baju biasa. Sayang dengan jeans dan t-shirt. I pulak dengan blouse dan skirt dan tudung biasa. Syukur, kami tetap meraikan raya di kampung dengan terus beraya ke rumah saudara sebelah Mama martua. Hihihihi. Malam pun, kami main mercun jugak bersama. Takde issue pun orang tanya, ni baju raya ke apa ke. Asalkan elok untuk bergambor.

The Hamiyahs - tengok tu ade ke baju Explorace aiyoooooolah!
GAMBAR RAYA vs GAMBAR LOMPAT
Erghhhh, yang ini sedih sikit. I takde gambar raya tahun ni dengan both family. Nak bergambar berdua pun tak sempat. Cuma ada gambar dengan keluarga yang lain, masa pergi beraya dan gambar lompat di kampung dan di rumah Wan Teh. Best dan jealous tengok gambar raya dekat rumah Tok Chah tahun ni. Bukan main ramai family tahun ni beraya dengan Tok. Huaaaaaa! Kalau nak diikutkan, takde baju raya ke duit raya ke kuih raya ke takpelah sangat tapi gambor raya mesti mau ada! Takpe tahun depan I harap sangat dapat bersama suami lagi di pagi raya untuk gambar raya yang cun-cun muehehehehe.

See, dia yang start melompat dulu!
Pastu, I pulak follow : Adik - Along carrying Maryam - Ariana - Nina - Samani at Wanteh's
Kesimpulannya, pengisian Aidilfitri pada tahun ini bagi I sangatlah simple sepanjang hidup. Se'simple' Mama Ayah sejak I kecik dulu, tahun ni paling simple dan I tak sangka tahun ni dalam sejarah. Takpe, asalkan kita tak sakitkan hati sesiapa. In shaa Allah, baju raya tertunggak tahun ni akan I carry forward ke tahun depan dengan semangat menjahit baju yang baru. Tak sabar nak menjahit ni. Dengan baju Melayu sekali I nak usahakan. Doakan I ye! 
The Yahyas (gambar atas) - The Lailis (gambar bawah)
Jealous! Takpe, next year I join ye
Inilah cerita Syawal kami pada tahun ini 1436H/2015M. Walaupun dah 20 hari Syawal berlalu, baru nak update cerita raya dan kami tetap dapat jemputan open house. Cuma yang membataskan ialah, kesibukan kerja kami yang tak menentu. In shaa Allah, semoga akan mendapat pengalaman yang lebih baik di masa-masa akan datang. Aminn! 

Layan gambor jom!

Hajah Aminah & Co at Pakcik Tompang's, if I'm not mistaken the name hihi sorry! 
The Lailis at Wanteh's
 Ozer - Nina - Along Am - Samiewa - Kak Yong Yin - Salalyn - Samani carrying Yayam - Fizi - Gwan 
Cucu-cucu menantu Hajah Aminah and one cicit back there 
Depan : Samani - Kak Ratna - Kak Lynda
Belakang : Ain - Kak Long
Pinjam Adam sekejap!

No comments:

Post a Comment