Nuffnang Ads

Monday, October 26, 2015

#jkrnsraya2015 #throwback

AMPUN BERIBU AMPUN! Semua ni draft yang bersawang hahahahaha!

Tahun ni ada 3 kali sambutan raya untuk kami, warga kerja di Bahagian Pentadbiran & Kewangan, JKRNS. Meriah kan? Meriah dengan makanan, meriah dengan lagu raya, baju raya, tapi, duit raya je tak meriah hahahaha. Selesai sudah Syawal 1436H baru lah I ada masa untuk update semua jamuan raya ni. Bukan main lagi kan?! Dan dengan bangganya I nak bagitau, penambahan berat telah berlaku kepada I dan ini sangat sangat sangat SERIOUS! T_____T *nanges*

JAMUAN RAYA BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN JKRNS
Jamuan diadakan secara ringan-ringan je. Tapi ringan tak ringan pun ada jugak Nasi Putih dengan Asam Pedas dan lauk-lauk lain. Kenyang sampai petang! Jamuan pagi, tengahari sambung makan, petang pun melantak lagi. Osah la haiiihhh! Takde tema, cuma I tak sempat nak buat photobooth! Sedihnya... I demam seminggu, memang tak larat bangun. Dan macam biasa, menu I ialah Kek Batik Signature from Sazzie's Sweet Treats. Awwwww!











MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT WISMA NEGERI, SEREMBAN
Oh yeah, kali ni besar-besaran sikit. Sebabnya, diadakan di perkarangan Wisma Negeri. Khusus untuk semua jabatan di dalam Wisma Negeri dan pelawat-pelawat yang ada tu bolehlah singgah. Tahun ini, JKRNS berbesar hati menyediakan menu lemang dan rendang. Semua gegerl di office kena bertugas di gerai ikut jadual masing-masing. Cerito eh konon sampai ke petang, dek sebab laku lemang dan rendang, pukul 12.00++ tengahari dah habis kojo! Yahuuuu! Paling best, JKRNS menang gerai tercantik! Yahuuuuuu! Lagi skali hehehehe. Eh, tapi best la banyak makanan best lepas tu ada sesi karoke. Bukan senang nak oh yeah oh yeah macam ni tau!









SAMBUTAN AIDILFITRI JABATAN KERJA RAYA NEGERI SEMBILAN
Tema warna warni, memang colorful lah kita semua hadir di JKR Mekanikal tahun ni. Betul-betul hujung Syawal sambutan kali ni. Yang win sangat, kambeng tegolek telentang. Fuhhhhh! Sepinggan penuh I bedal. Lupa diri seketika. Tahun ni, Wondergerldix tak complete. Of course sebab Fura takde, tapi yang ada cuma I, Fira, Huda dan Hajar je. Ain, Chaa, Zana takde :( sedih... Sambutan ni dibuat pada hari Jumaat, semua orang makan laju-laju dan balik ke office masing-masing. Takdelah macam tahun lepas, semuanya haruk bergambar sampai ke potang. Lagi pun, cuaca pun panas, makan kambeng, tak kau mendidih di sana? Hehehehehe










Dijemput layan gambar-gambar yang tak seberapa itu ye. Tahun ni mood bergambor kelaut dan ketasik semualah. Sebab dah gomok kan. I salahkan Duphaston! Hahaha boleh gitu? 

No comments:

Post a Comment