Nuffnang Ads

Sunday, May 8, 2016

Tips Penunggang Motor Muslimah

Assalamualaikum.

Seperti yang kita nampak di atas jalanraya sekarang, bukan sahaja lelaki yang berani menjadi rider ye. Kaum-kaum wanita, ibu-ibu serta pelajar-pelajar wanita pun sekarang ni bawak motosikal je. Mudah, murah dan untuk jarak yang dekat sangat efektif untuk bergerak. Isu yang I nak bawakan pada hari ini ialah, TIPS KESELESAAN DAN KESELAMATAN BAGI MUSLIMAH YANG MENJADI PENUNGGANG DAN PEMBONCENG MOTOSIKAL. Macam acara berpidato pulak rasanya ayat skema ni hehehe.

Gambar dari Google.
Seperti yang kita sedia maklum, kalau kita menunggang motosikal berkuasa tinggi, ada beberapa aksesori kan macam jaket, seluar dan kasut yang dapat memberikan aspek keselamatan yang bagus. Kita yang cuma menunggang motosikal biasa I nak berikan beberapa tips selamat untuk para Muslimah yang menjadikan motosikal sebagai pengangkutan harian mereka. 

Tu dia riders Muslimah :)
Gambar dari Google.
SELUAR VS KAIN

Kebiasaannya pakaian bekerja adalah baju kurung, untuk kami yang bekerja di Sektor Awam. Bagi di Sektor Swasta, boleh lah jugak pakai seluar kan. Untuk yang pakai baju kurung, skirt kembang atau jubah biasa ke princess ke, kalau boleh pakailah seluar di dalamnya. Walaupun kita yakin dengan kelabuhan kain kita. Tetap akan terselak sedikit. Kalau motosikal on the move, ok lagi. Kalau berhenti di lampu isyarat, boleh nampak kaki kita tu kan. Dan kalau boleh, seluarnya yang longgar dan tidak mengikut bentuk kaki. Beli seluar biasa-biasa, tak perlu yang branded sangat kalau sayangkan duit. Asalkan labuh dan menutup kaki. In shaa Allah, setiap kali nak menaiki motosikal I akan pastikan I pakai seluar bagi mengelakkan betis dan paha terdedah. Senang kan :)

KASUT VS SANDAL

Sahabat-sahabat sekalian, amalkan pemakaian kasut setiap kali menunggang motosikal. Untuk yang lebih gemarkan sandal dan selipar, yang dekat-dekat ok. Kalau dah masuk bandar atau lebuh raya, kita tak sedar kaki kita akan terdedah kepada apa. Selain menjaga kesihatan kulit kaki, aurat adalah yang penting dan terutama. Pemakaian kasut juga dapat mengelakkan kaki luka teruk sekiranya mengalami kejadian yang tidak diingini. Bukan mendoakan, tapi ikut pengalaman I yang memakai kasut semasa terlibat dalam kemalangan, kaki I selamat 100%. Alhamdulillah. Jangan lupakan stokin sekali ye :)

BAJU DAN HELMET

Kalau boleh, pakailah yang berwarna cerah jika menunggang pada waktu malam. Bagi senang pemandu dan penunggang yang lain nampak kita. Kalau boleh juga, kita duduk di atas baju kita bagi mengelakkan ianya terbang-terbang dan terangkat dan terseksi. Walaupun baju kurung, kita pastikan baju kita tak terangkat semasa kita sedang memecut laju ye. Pemakaian jaket juga adalah efektif dan masukkan tudung ke dalam jaket. Takdelah tudung terselak sampai nampak rambut dan leher kita. Hehehehe. . Pastikan juga kain atau seluar atau jubah tidak mencecah ke rantai dan roda. Naya nanti wo! Helmet pun, carilah yang mengikut spesifikasi. Ingat tau, safety first.

MINYAK

Kepada para wanita, I menyeru sangat-sangat. Tak kira motosikal atau kereta, pastikan kita siap mengisi minyak pada waktu siang. Jangan bahayakan diri mengisi minyak pada waktu malam. Lagi-lagi kalau keseorangan. I sendiri kalau bersama suami mengisi minyak waktu malam I kunci pintu. Takut sangat. Malaysia memang dah tak selamat. Lagi-lagi kalau perjalanan pada waktu malam, isi siap-siap ye. Elakkan dari mengisi minyak pada waktu malam. Sediakan payung sebelum hujan kata orang hehe.

SUNBLOCK

Bila baca memang nampak mudah dan tak berapa nak penting. Sahabat-sahabat, pakailah sunblock kalau kita nak keluar rumah. Lagi-lagi menaiki motosikal, memang kita terdedah sangat-sangat dengan sunlight yang tak berapa nak sihat ni. Kita perlu berhati-hati ye. Cahaya mentari sekarang merbahaya dan boleh menyebabkan Kanser Kulit. Lindung kulit kita dengan sunblock. Kot lah malas nak pakai handsocks sampai ke hujung jari nanti susah nak press gear at least, sunblock dapat bantu sikit-sikit. Pakailah di permukaan kulit kita yang terdedah. In shaa Allah...

Dan akhir sekali, tawakal lah kita dengan perjalanan kita semoga dilindungi Allah. Jangan lupa doa naik kenderaan ye. Jangan lupa juga doa pendinding diri dari segala musibah dan kecelakaan. Semoga kita mengambil langkah berjaga-jaga supaya kita tidak berasa ralat sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini. In shaa Allah.

Sekian tips pada hari ini. Kita ketemu di lain waktu dalam blog yang sama hanya penulisan yang lain.

Akak ni dah berusaha sehabis baik, semoga Allah bantu lagi akak ni untuk perbaiki.
Amiiiinn...
P.s. Tips ini adalah dari I dan untuk ingatan I sendiri juga. Jikalau ada sebarang penambahbaikan dipersilakan :)

No comments:

Post a Comment