Nuffnang Ads

Tuesday, August 16, 2016

Bulan Kemerdekaan

Tanggal tiga puluh satu,
Bulan lapan, lima puluh tujuh
MERDEKA, MERDEKA tetaplah MERDEKA
Ia pasti menjadi sejarah..

Bukan nak cerita pasal sejarah bulan Ogos ni mahupun sejarah kemerdekaan. I cuma nak tekankan semangat kenegaraan dalam diri anak-anak muda zaman sekarang, Ye, warga tua di Malaysia lebih menghargai kemerdekaan kerana mereka telah melalui tempoh Peperangan Dunia Kedua dan mereka tau betapa peritnya kesengsaraan dan penderitaan ketika zaman itu. Anak-anak  muda, hanya merasa zaman itu melalui pembacaan dan cerita-cerita filem yang diterbitkan semula oleh penggiat filem.

I cuma nak berkongsi sesuatu yang sangat di luar kebiasaan I. Diharap dapat beri kesedaran kepada semua anak muda, golongan keyboard warrior, kaum pengkhianat negara dan mereka yang merasakan Malaysia ni sebuah negara yang tak best. Cerita I mungkin ringkas sekali, tetapi ianya mendalam bagi I.

Saya Sayang Malaysia


SITUASI 1

Bulan Ogos tahun 2012, I pulang ke kampung halaman hehehehe Taman Melati tau kampung halaman I. I perhatikan di setiap tangga di semua blok di pasangkan bendera Malaysia. Bila I naik saja di Tingkat 4, Blok F5 pun ada satu tercacak dekat tangga I. Soalan I pada Ayah, 

"Ayah, siapa letak bendera ni dekat sini?"

"Memang depa duk bagi semua tangga untuk buh dekat luaq tu..."

"Ala, macam nampak semak je bendera berkibar-kibar ni kan Ayah?"

"Dak aih, takpalah biaq situ. Kalau depa tak bagi pun Ayah akan beli sendiri."

Oooo, baru aku paham, Ayah memang sukakan bendera tu tersangkut dekat situ. Tahun berikutnya, bendera yang diberi dah koyak rabak dimakan usia. Ayah gigih membeli satu lagi bendera dan dikibarkan betul-betul di bawah tingkap. Rumah tinggi, semua boleh nampak.


SITUASI 2

Bulan Ogos tahun 2016, I pulang ke rumah Mama dan Baba Paroi. I nampak sebijik bendera berkibar depan rumah. Nampak baru dan cantik. Aik, tahun lepas punye macam dah kepam sikit. Kali ni lawa pulak benderanya. Elok terpacak dekat gate.

"Mama, bendera tu baru beli ke?"

"Taklah, tu bendera lama. Mama tiap tahun letak dekat situ. Kan Bulan Merdeka. Lepas habis bulan, Mama cabutlah untuk cuci, tahun depan nak pakai balik."

"Tiap tahun Mama buat macam tu?"

"Aah, memang Mama biasa bubuh bendera depan rumah tiap bulan Merdeka"

Sekarang I tau kenapa bendera tu nampak bersih dan putih. Macam bendera baru. Terjawab sudah pertanyaan dalam diri I. Memang I perasan sangat rumah Mama dan Baba mesti ada bendera. 


Mesej yang I cuba katakan ialah, orang tua-tua lebih menghargai pengorbanan kemerdekaan berbanding kita, orang muda. Memang ada je orang muda yang semangat kemerdekaan. Macam I dan kawan-kawan lain ada juga masuk kawad Hari Kebangsaan. Tahun ni tak mampu I nak join. Dengan anak lagi, kesian Mama dan Ayah nak jaga walaupun hari cuti. I harap rasa cintakan negara ni menebal dalam jiwa kita semua, wahai orang muda. Kerana kita adalah masa depan negara untuk keselesaan anak-anak kita kelak. Kalau kita tak tanamkan pada anak-anak kita pulak nanti, macam mana diorang nak bela negara jugak kan?

Macam yang kita tengok banyak pihak yang cuba jatuhkan negara kita. Kalau betul kita sayangkan negara yang kita dah pertahan dari penjajah ni, kita sendiri perlu ada keyakinan diri dan semangat cintakan negara. Ye, terlampau banyak berita tidak sedap yang kita dengar. Sebab itulah kita kena pertahan dengan sepenuh jiwa kita. 

Tak pandai I nak suarakan isi hati I mengenai kenegaraan ni. Cuma kesedihan I bertambah bila budaya luar mula mempengaruhi anak muda sekarang. Sampai lupakan adat-adat orang Melayu dan negara Malaysia. Sedih, budaya lain diagungkan, negara sendiri pulak hendak dijatuhkan, Lebih mengikut telunjuk luar dan tidak yakin dengan kemampuan negara sendiri menjadikan punca anak-anak muda lebih suka belajar dan bekerja di luar Malaysia.

Tahun 2020 semakin menghampiri kita. I menyahut seruan Kerajaan Negeri Sembilan yang menganjurkan kursus kenegaraan kepada semua Penjawat Awam Negeri dan diwajibkan kehadiran semua peserta. Satu langkah yang dapat mengubah perspektif mengenai negara sendiri. Tak banyak, sedikit pun jadilah...

Semoga kita semua tanamkan semangat cintakan negara. Taknak pasang bendera pun takpe. Tapi jangan dipijak-pijak bendera tu. Kalau terjatuh, cuba angkat, jangan disepak. 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment