Nuffnang Ads

Tuesday, September 20, 2016

Tenanglah Disana Pakcik Lan

Al-Fatihah buat Allahyarham Azlan Bin Mohd Laili, satu-satunya saudara lelaki kepada Mama...
 
Cuaca pagi tu sendu sangat, memang hujan pada Hari Raya Qurban yang lepas, selepas hujan reda dalam jam 11.00 am, selesai siap semua barang, memang kami nak ke rumah Baba di Paroi. Baru saja I menaiki kereta dengan Juah, Sayang pun hampir nak menutup pagar rumah Mama, tiba-tiba Mama jerit dari dalam rumah...
 
"Fizi! Fizi! Sekejap... Pakcik Lan baru meninggal..."
 
Allah! Terkejut sungguh I! Rupanya Kak Lynn dah khabarkan di dalam group whatsapp...
 
"He's not breathing now, we're waiting for doctor to check on him"
 
 
Sesungguhnya, I tak baca langsung whatsapp tersebut, sebab terlampau busy menyiapkan Juah dan barang-barang untuk lepak di Paroi. Terus mengalir air mata I pagi tu. Bawak Juah masuk rumah dan double confirm dengan Mama. Samada betul atau tak berita pemergian Pakcik Lan. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar... Allah ambil Pakcik Lan di hari yang mulia. Dalam semua insan bersama keluarga sedang menyambut Aidiladha, kami sekeluarga berkumpul menangisi pemergian Pakcik Lan... Sesudah I tinggalkan Juah sementara di Paroi, I dan Sayang bergegas ke Petaling Jaya untuk menziarahi Pakcik Lan buat kali yang terakhir. Tak sampai hajat kami nak tunjukkan Aisyah Hani pada Pakcik Lan T___T
 
Sedikit mengenai Pakcik Lan...
 
My one and only uncle on Mama's side, the most happening and funny uncle ever. He can't be replace by anyone. Pakcik Lan sangat suka mengusik, tak kira waktu berjumpa atau di dalam Facebook. Antara komen-komen Pakcik Lan mesti semuanya mengusik hati. Sekarang, dah takde lagi semua tu. Apa yang Pakcik Lan tinggalkan hanya kenangan pada kami...
 
Pakcik Lan menghidap Kanser Paru-Paru. Tak perlu I terangkan di sini rawatan apa yang Pakcik Lan hadapi. I cuma tak mau ingatkan mengenai kesakitannya... Pakcik Lan hadapi semuanya dengan kuat. Dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan, Pakcik Lan masih boleh travel dari Ipoh dan datang ke Seremban. Kadang-kadang, tak rasa Pakcik Lan sakit. Pakcik Lan selalu menceriakan kami semua... Betul, I tak rsa langsung dia sakit yang kuat dan teruk. Selepas rawatan chemo pun Pakcik Lan nampak tegap, tak macam orang sakit. Rambutnya masih lebat... Kulitnya tak terbakar. Memang Pakcik Lan kuat...
 
Pada awal September 2016, Pakcik Lan dimasukkan di ICU, KPJ Ipoh kerana sesak nafas. Allah... waktu ni terdetik di hati, sempat ke I nak jumpa Pakcik Lan? Sempat ke nak bawak Juah melawat Tok Lan? Tapi, Pakcik Lan sebenarnya dah terlalu lemah. Sel-sel jahat dah merebak ke jantungnya. Pernafasan Pakcik Lan dibantu dengan bekalan oksigen dari mesin. Kesian, kita yang sihat pun lemas kadang-kadang dengan sebarang bantuan pernafasan... Setiap yang melawat tidak boleh ada banyak contact dengan Pakcik Lan, imunisasi badannya terlalu lemah ketika ini....
 
Allah mendengar doa I. Kami sekeluarga dapat berbakti pada Pakcik Lan buat kali terakhir. Hospital terpaksa melepaskan Pakcik Lan. Walaupun keadaan Pakcik Lan tidak stabil langsung, tidak makan dan minum sedikit sahaja. Dengan keadaan buah pinggang yang telah rosak, tubuh Pakcik Lan sembab T____T Allahuakbar... Pakcik Lan dipindahkan ke Petaling Jaya, rumah anaknya, sepupu I iaitu Kak Lynn pada 10 September 2016. Kehadiran kami ke hospital rupanya untuk membantu memindahkan Pakcik Lan menaiki ambulans. Ayah dan Mama lah peneman Pakcik Lan di dalam ambulans sepanjang dari Hospital KPJ Ipoh ke Petaling Jaya. Kata Mama, sepanjang perjalanan Pakcik Lan tak henti-henti suruh Mama berhenti minum teh, kopi. Pakcik Lan masih prihatin terhadap adiknya yang sedang bersedih melihat keadaan abang yang dah tak berdaya itu.
 
Kami sekeluarga tiba bersama Pakcik Lan di rumah Kak Lynn lebih kurang jam 10.00 pm. Keadaan trafik sangat lancar. Memang Allah permudahkan dan bantu Pakcik Lan... Nampak keceriaan bila Pakcik Lan sampai di rumah Kak Lynn, ada Wanteh dan Auntie Noriah sekali. Keesokannya, kami dikhabarkan Pakcik Lan sangat gembira, dah boleh makan dan minum jus. Alhamdulillah. Perkembangan yang baik. Pakcik Lan juga sudah boleh duduk.. Tapi, Allah hanya pinjamkan kebahagiaan kami sekejap saja....
 
Setelah 2 malam di rumah Kak Lynn, Pakcik Lan menemui Penciptanya... Allah lebih berhak ke atas Pakcik Lan, bukan kami. Allah lebih sayangkan Pakcik Lan berbanding kami keluarganya. Seluruh keluarga menangisi kepulangan Pakcik Lan. Ya, dia pakcik yang sangat disayangi. Semua kami berkumpul dan mendoakan kesejahteraan untuk Pakcik Lan dan memberi penghormatan yang terakhir.
 
 
Rezeki Pakcik Lan, jenazahnya dimandikan dan disemadikan sendiri oleh Abang Joi dan Ajim, anak-anak lelakinya sendiri. Jenazah juga disolatkan oleh Jemaah yang berkumpul pada hari itu sesudah Solat Asar. Rezekinya juga, ramai yang mendoakan Pakcik Lan di tempat persemadiannya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan sangat lancar pada hari yang tenang dan tidak panas langsung.
 
Ya Allah, tempatkan Pakcik Lan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman...
 
Sampai hari ini, hati I masih bagai direntap bila teringat pada Pakcik Lan. Gambarnya menjadi peneman. Facebooknya menjadi tempat pelepas rindu. Namun, dah takde komen-komen kelakar dari Pakcik Lan. Kami sekeluarga sayangkan Pakcik Lan. Kami semua akan menyusul Pakcik Lan kemudian. Kami sentiasa doakan Pakcik Lan...
 
Kami semua rindukan Pakcik Lan kami... Sangat rindu...

Kita akan ketemu satu hari nanti....

No comments:

Post a Comment