Gambar dari Google |
Alhamdulillah, hari ni Juah dah cucuk sebulan. Dah besar anak Ibu ni. Hari tu kecik sangat dia masa Ibu mandikan, cebokkan, susukan.. Hari ni dia dah pandai sengih sikit bila kena agah. Tak sangka wey! Dari hari pertama memang I sangat seram nak pegang nak dodoikan dan nak burp kan. Kecik halus kate Opah dan Tok Wan hehehehe. Hari ni dah sedap sikit nak gomoi. Tangan dan kaki dah kuat. Dulu I takut sangat anak ni demam ke batuk ke dia, selsema ke. Rupanya tu adalah tanda dia sedang matangkan organ dalaman dia.
Dekat sini I nak share pengalaman I dengan Juah selama sebulan pertama ni. Kot-kot ada yang curious kenapa bayi baru lahir buat this and that :
- Bersin ketika sejuk - Setakat ni Baby memang bersin bila lepas mandi. Atau waktu malam dalam bilik air-cond memang akan bersin dalam 2 kali lepas tu muka dia puas.
- Dah masuk 4oz susu - Minggu pertama hanya 1oz saja... masuk minggu kedua ketiga makin naik oz yang Baby minum. Maka, diawal ni pakailah botol yang 2 oz saja sebab baby tak minum sekaligus, depa minum sikit-sikit. Lepas tu burp kan dulu, kemudian bagi balik.
- Bayi kuning (jaundice) - Alhamdulillah Baby tak jaundice, normal semuanya. Formula yang I buat ialah, setiap 2 jam buat susu dan kejutkan untuk disusukan. Kerap tukar diapers untuk kita check tahap kuning dekat najis dan air kencing.
- Diapers - Setakat ni yang sesuai dengan Baby ialah Drypers dan Mamy Poko. Takde rashes, ngam-ngam dan penyerapannya I puas hati.
- Susu Formula - Masa kelahiran, hospital dah berikan Anmum Infacare, pandai-pandai I balik rumah tukar ke Dulac sebab Anmum tu takde stok. Sekali keras lahhh poo poo nye~ Kesian tengok muka dia masa meneran tu T__T tak lama pun I pakai Dulac, terus tukar ke Anmum balik. Alhamdulillah.....!
- Menangis tanpa henti seperti didera Ibu - Hahahaha! Yang ni kena tahan sikit lah. Baby lain ada waktu dia tersendiri. Tapi Baby I, waktu tangisan ialah 12.30 am onward membawa ke sahur. Astaghfirullah, macam kena dera dah baby. Sampai auntie sebelah rumah tanye why u tak pujuk u punye daughter. Hoih! Kalau malam-malam Baby menangis memang I standby dah diapers, minyak telon, barut untuk tenangkan baby... Kalau perlu, bedunglah.
- Ruam - Baby memang banyak ruam keliling lehernya. Susu dah panas, cuaca pun dah panas. Elakkan baju berlapis ye. I pakaikan baju lubang-lubang je..
- Muak @ Muntah - I dah refer pada doktor, muak adalah normal sebab dia ada susu masam dalam perutnya dan Baby akan muntahkan. Yang penting lepas susu kena burp kan. Ingat tau, KENA BURP KAN. Rajin-rajin tukarkan baju baby ye, baunye mak ooiiihhh~
- Mandi - Masa dalam 2 minggu, Baby akan redha masa dimandikan. Lepas tu, akal dia lebih sikit sebab sel otak dah berhubung. Kalau terlentang dan kita basuh kepala dia memang dia gayat menangis nanti. Bila dah terlangkup untuk basuh badan, baru ok.
- Bedak baby - Letak dekat baju tau jangan direct pada kulit baby...
- Puting - Kalau Baby meraung memang I bagi kan puting. Tapi kena aware sikit. Masa mula-mula penggunaan puting Baby jadi confuse benda yang dia hisap tu kuar susu ke tak. Selalu Baby tersedak masa hisap botol susu...
- Cucuk sebulan - Alhamdulillah tak meraung. Sikit je nangisnya. Sebulan ni cucuk Hepatitis B, mungkin tak demam sebab dos kedua. Kebiasaannya akan demam kalau cucuk dos pertama.
- Keluar berjalan - Setakat ni adalah hanya dalam beberapa kali saja I bawak Baby betul-betul keluar. Bukak posa sekali, klinik 3 kali. Yang lain hanya dari rumah ke rumah PIL tu je... Kalau boleh kurangkan, sekarang macam-macam virus.. I risau...
Itulah serba sedikit yang I dapat kongsikan pasal Juah. Semuanya ok sangat-sangat. Kecuali yang berjaga malam menangis macam kena dera tu. Allah je yang tau perasaan I memula dapat rasa benda macam tu. Sakit ke dia? Demam ke dia? Pening kepala ke? Hahahahaha rupanya normal... Orang baru tengok dunia, dalam proses nak kenal dunia le kan... Now Ibu dah faham ye B...
Tu saja nak report pada entri kali ni. Akan bersambung lagi bulan depan pulak :)
No comments:
Post a Comment