Nuffnang Ads

Saturday, April 23, 2016

Menjongket Ke Krabi, Thailand - HARI 3

Aktiviti laut pulak.

Yang paling I nantikan sebenarnya
Selepas kejadian yang tak diingini berlaku semalam, kami lebih berhati-hati dengan semua keadaan. Pakej yang dibeli malam semalam adalah pakej Long Island. Kami tidak akan ke Koh Phi Phi pada hari ini ye. Lebih murah :D Yang kemalangan semalam tu pun kena turun laut jugak sebab sepanjang hari Pekan Ao Nang takde elektrik sebab ada maintenance ke apa tah. SATU PEKAN.

Sarapan Pagi (Port baek sikit)

Pagi ni kami tidak ada motosikal sebab dah pulangkan semalamnya jadi kami hanya turun dari hotel dan menahan tuk-tuk yang lalu lalang. Senang hati tuk-tuk kecik dapat naik 6 orang dewasa. Gila betul. THB50/orang pergi dan balik ke kedai makan. Siap dia tunjukkan kedai makan yang diyakini dan murah dan macam-macam ada. Dah janji 8.45 am pemandu tuk-tuk akan datang ambil kami semula, jam 8.30 am. dia dah parking depan kedai. Orang Thailand ni punctual.

Bayangkan je lah kami naik macam mana ye...
Port untuk breakfast
Muka ada sinyum dapat air Milo. Lega!
Makanan kami pagi ni sedap (walaupun pedas!), kena dengan tekak dan boleh minum milo ais. Fuhhhh! Lega rasa tekak. Ada yang dapat nescafe la teh tarik sedap lah. Lepas makan kami terus balik ke hotel sebab pemandu yang akan bawak kami ke pulau akan sampai jam 9.30 am. At least ada masa nak membuang besar ke kecik ke lepas makan kan. Haha.

Tips : Pau dekat kedai ni sedap! Sila beli.

Ke jeti

Memang punctual jugak. Janji 9.30 am, jam 9.20 am dia dah datang naik 4WD dan bawak anak dia sorang. Tak pasti tengah cuti sekolah ke tidak di Thailand tapi anaknya memang saiz sekolah rendah.

While waiting
Syok gila duduk belakang tu
The polka dot one always be the most excited one :)
Atas 4WD, semua gegerl duduk dalam kereta dengan Abang Bas yang cedera kecuali I naik belakang. Lagi syiok! Dapat tengok pemandangan dan dapat angin kemain kuat menghembus diriku ini. Sampai di jeti, abang tu jugaklah yang akan bawak bot. Maknanya, seharian kita dengan dia. Lupa nak cakap, Kami ambil long tail boat, sebab nak murah jugak. Speed boat dah biasa dekat Malaysia kannnn.

Tips : Tak perlu risau transport kalau ke island hopping memang diorang akan ambil di hotel. Ada juga naik bot di Ao Nang Beach, mungkin pakej lain kot. Pakej long tail kami naik dekat jeti bot-bot ikan. Hehehehehe.

Ko Hong

Lokasi pertama yang kami sampai ni ala-ala macam marine park dia la tapi tak berapa nak ada coral sangat pun. Kena bayar seorang THB50/orang dan ada tempoh masa. Syarat, tak boleh bagi ikan makan dan kalau dah time nak balik kena sebutkan nombor bot kita.

Sorry Abang Rock, rambut mu dimukamu
Ko Hong @ Pulau Hong
Masa ni Crocs masih di kaki
Tinggalan tsunami...
Masa ni pun Crocs masih di kaki...
Masa ni mungkin Crocs dalam proses nak ghaib
Dekat sini tragedi yang telah menyiat-nyiat hati I. Siapa yang ambil kasut Crocs yang I baru pakai tu memang I akan sepak muka dia dekat Padang Mahsyar nanti. Sampai macam tuh! Kecewa beb. Biasa I mandi laut memang pakai Crocs. Tapi nampak cantik sangat pasir pantai konon nak merasa. Sekali, naik atas masa nak balik tengok ghaib dah kasut I dan selipar Abang Rock. Syukur Alhamdulillah, Allah sedang menguji I dan Abang Rock. Allah sedang membersihkan rezeki kami. Takpe... nanti I beli lagi.

Tips : Kalau rasa taknak pakai kasut mahal korang, simpan elok-elok dalam beg. Sini ramai sangat tourist. Jangan duduk seilap port macam kami ye...

Pulau-pulau sekitar

Bila kasut dah hilang, mood pun automatik hilang. Nak bergambar semua takde mood, sampai satu kawasan yang ada buaian tu barulah mood I elok balik. Tu pun hati berdarah je rasa. Kuasam gak orang yang ambik tu. Nak hilangkan kesedihan, I pun mainlah jugak buaian tu. Pemandu pun sediakan kami makan tengahari. Gelak dia bila kami tanye, halal? Dia bangga tepuk dada dia, I'm Muslim. Alhamdulillah......

Kawasan ni cantik sebenarnya... kena masuk pintu gerbang sempit tu lepas tu dalam banyak bakau
Pantai kedua ni, mood I tengah kelaut. Terlupa sungguh nak snap gambar papan tanda. Pfffftttttt!
Ringan betul nampak si Putt  ni.
My bam bam berat hehehe
Cayang-cayang
Kaki ayam je lah bang oiiii hahaha
I just missed the sea :(
Tak cukup ahli, lompat berdua pun jadiiii
Nama bot kami, Arrina T.26
Balik.....
Lepas bawa ke satu lagi kawasan yang cantik, kami pun berlalu balik ke Ao Nang semula. Perjalanan agak jauh tau. Sampai tertidur semua orang. I memang gigih bab naik bot ni. I suka tengok pemandangan ciptaaan Allah. Sayu je rasa hati, esoknya dah hari terakhir. Agaknya, panjang lagi ke umur untuk ke sini lagi. Jauh tak jauh nak sampai ke Ao Nang semula, kering lah baju renang muslimah I tu. Fuh.

Tips : Sepanjang perjalanan di laut, banyak sampah sarap yang I nampak. Kebanyakannya botol plastik. Perairan di Thailand memang dah tercemar. Semua sebab sikap kita, manusia yang datang tempat orang tapi tak reti jaga kebersihan. Jagalah, untuk anak cucu kita nanti....

Santai petang

Sampai di jeti, pemandu kami menghantar kami semula naik 4WD dia ke hotel. Alhamdulillah, dah ada elektrik semula. Aktiviti island hopping di sini tak memenatkan macam dekat Malaysia. Di negara kita semuanya port snorkeling. dekat sini semuanya aktiviti santai. Kita jadi relax. Petangnya, jam 5.30 pm kami dah siap bersihkan diri dan tukar baju, terus decide nak sewa motosikal semula. Sewa dekat hotel, yang datang hantar budak-budak kompeni sama dengan motosikal yang semalam kami dah punahkan tu. Gelak je budak tu hahahahaha. Ni abang-abang dah blacklist CCRIS wakakaka.

Kali ni sewa moto kecik biasa je...
Petang ni kami bergerak ke bahagian atas, kawasan perkampungan Islam. Untuk cari kedai yang lebih murah. Dan kami jumpa satu kedai yang agak popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Beratur orang beli pad thai pakcik ni. Makanannya sedap dan setengah dari harga Bamboo dan Bangboo. Kenapa hari second last baru jumpa huaaaaaaa. 

Sorry Kecik, tak aman ada kenkawan macam kitorang kan :D
Us, eating in the dark hihihi experienced beb!
Tengah-tengah makan, tuan kedai mintak kami beralih ke dalam kedai sebab hujan macam nak turun. Kami masuk je, terus hujan ribut petir dentum dentam. Stranded terus dekat situ. Tengah makan pulak, satu Ao Nang trip takde elektrik. Korang rasa?? Candle light dinner la apa lagi. Sepanjang kahwin ni pertama kali I makan suasana romantik mcam tu. Dekat Krabi hahahaha.

Santai malam

Malam ni time nak perabih THB. Bukan main! Waktu ni barulah cari semua souvenir. Berjalanlah kami sepanjang Ao Nang Center Point. Bukan main banyak kedai, restoran, cafe, bar, club dan pusat urut. Semua tempat kami masuk sampai celah-celah. Dapatlah semua yang dihajati. Semoga beg tak beranak pinak. Hehehehehe. 

Gambar Sayang posing je... gambar damage barang-barang berbondong tak yah show off lah hahaha
Yessss! Sini pun port best...
Penat shopping, nak cari kedai makan lagi. Nak supper. Cari kedai kawasan makan malam tadi, jumpa satu lagi kedai Muslim yang agak murah jugak. Sama geng la tu. Semua ada, tomyam la pancake la, nescafe la milo la. Puas hati lagi sekali. Kenapa kita lambat diketemukan????? Sambil sembang, sambil makan pancake, sambil sedut wifi, sambil transfer gambar.

Tips : Di Ao Nang, hampir semua kedai ada wifi. Tak perlu risau kalau kawan hilang. Ao Nang kecik je. Buat-buat minum segelas Cham Yen, tanye password, dah boleh whatsapp. Yeeeeehaaa!

Berkemas

Selesai makan minum dan gelak-gelak. Persiapan nak balik pulak lah dekat bilik. Doa I tak dimakbulkan Allah kali ni. Beg I yang disangka cukup muatan telah beranak pada malam tu jugak. Dah sudah, esok pagi lepas makan sarapan kena beli beg lagi jawapnya. Haiyaaaa!

Tips : Nak keringkan baju ada 2 cara. Pertama, sangkut dalam bilik air sebab lampu bilik air kan panas. Kedua, tebarkan atas lantai bilik kita. Nescaya keringlah bebaju anda semua.




Friday, April 22, 2016

Menjongket Ke Krabi, Thailand - HARI 2

Sawadikap! Baru hari kedua jangan mimpi cerita habis. Ada lagi 2 hari yang belum diredah. Hari kedua memang plan kami untuk buat aktiviti darat. Hari ni kami akan merempit ke Emerald Pool. Dalam map nampak jauh... Memang jauh.........

Jauhhhhhhhhh...
Check out dan sarapan

Seperti yang dirancang, jam 8.00 am kami terus berkumpul di motosikal masing-masing dengan bawak beg segala dan beli siap air di 7 Eleven sebelah. Lepas je check out dari Nichakarn terus kami letak beg dekat White Sand Krabi yang terletak di center of attraction of Ao Nang. Puas hati!

Paling excited yang mulut nganga depan tu
Kawasan hotel memang takde kedai makan bukak lagi pagi. Mungkin semua breakfast di hotel. Kami tak ambil sarapan hotel sebabnya diragui dan baik hunting local food. Tak gitewww.

Macam-macam gaya. Paling win yang kanan sekali macam cite P.Ramlee
Sampai di sebuah kedai makan, dah lupa nama wey, terus order makanan biasa-biasa. Yang tak pedas. Kang on the way tibe nak memerut haru biru jadinye. I macam biasa, Cham Yen dan Pad Thai Prawn.

Sengal, nama kedai tak snap hahahaha
Selain selfie dan wefie hahaha kami berbincang la pasal perjalanan hari kedua ni. Dalam map dah bgtau masa perjalanan sejauh 72 km lebih kurang sejam setengah. Bolehlah, santai-santai... Ngam pukul 9.30 am kami memulakan perjalanan ke Emerald Pool.
Bismillahirrahmanirrahim.

Tips : Pagi petang siang malam kami makan Pad Thai. Boleh request kalau taknak pedas. Air panas lagi mahal ye dari air ais.

Ao Nang - Emerald Pool

Panas! Tu je yang mampu I ucapkan. Sempat kami isi minyak sampai penuh. Sebab kita tak tau keadaan di negara orang kan. Dahlah minyak sini memang mahal melambung. Full tank memang sampai THB100 tau! Cube convert hahaha. Setiap kali berhenti memang I beli air mineral sejuk. Ya Allah, tak tahan, mana ada pokok sepanjang jalan. Sampai bengkak tonsil I. Untuk yang cuba-cuba nak merempit ke Emerald Pool silalah pakai sunblock siap-siap dan jangan lupa basahkan muka sikit bila berhenti.
Punca kelewatan 1 - lovebirds senang hati selfie
Punca kelewatan 2 - orang suh pegi jamban sesiap diorang boleh selfie lagi
Punca kelewatan 3 - dekat signboard pun nak bergambor 
Punca kelewatan 4 - lenkali tulislah omputih besor sikit tulisan Thai kecikkan hahahahaha
Perjalanan memang mengambil masa hampir 2 jam sebab kami banyak berhenti. Isi minyak dan beli air. Motosikal hanyalah 80 km/j saja tau. Memang depa tak bagi kita bawak laju. Hehehehe. Bertabahlah kau di bawah matahari yang terik.

Tips : Kalau tersesat, dan nak tanya local dekat mana Emerald Pool bolehlah sebut Sra Morakot.

Emerald Pool (Sa Morakot)

Terletak di Khlong Thom District. Tersedia sudah kawasan letak kereta dan motosikal. Untuk motosikal, sekali parking berharga THB50/hari. Di luar entrance terdapat banyak kedai cenderamata dan kedai makan. Kami excited nak tengok pool sampai tak isi perut langsung. Sebabnya, bila masuk ke dalam kawasan taman negara ni tak boleh bawak apa-apa makanan dan minuman ye. Taknak mencemarkan.

Macam gangster memasing jalan dah cramp lama benor merempit kihkihkih
Yang Kecik pegang tu THB400 untuk 2 orang ye 
Tiket masuk berharga THB200/orang. Lepas buat bayaran, terus kami berjalan sejauh 800 m atau 10 minit saja ke dalam kawasan trek jalan tanah merah dan pepokok yang menghijau. Ala-ala jungle trekking je tak perlu nak kasut bagai sangat. Pakai selipar pun boleh sampai. Tak larat jalan bolehlah suruh suami u ols dukung haha. Silap kami, tak mulakan perjalanan lebih awal. Makin tengahari rupanya makin ramai yang nak ke Emerald Pool. Sabar je lah.

Entrance
Kasutku..... *nanges*
Hijaunya kaler ayor laut. Ramai orang dah tengahari ni...
Subhanallah. Betul-betul I terpegun tengok Emerald Pool ni memang hijau airnya. Macam kaler air laut. Best nye ya amat. Kelewatan kami sampai memang spoil sikit la sebab orang dah penuh dekat kawasan kerusi dan pondok-pondok tersedia. Dapat snap gambar Emerald Pool terus kawan-kawan lain surrender dan terduduk kepenatan. I dan Sayang berjalan terus ke Blue Pool.

Tips : Makan siap-siap. Kang membazir masuk kejap je sebab perut dah lapar. Jauh tu nak jalan masuk ke dalam. Hahahaha.

Blue Pool

Untuk pool yang peringkat tinggi sikit ni pulak, hahaha tak tau nak buat ayat macam mana, yang ni tak boleh mandi lah ye. Perjalanan tu sama jauh dari entrance ke Emerald Pool. Maknanya 800 m ke Blue Pool pulak. I dan Sayang gigih nak naik keatas sebab peluang macam ni hanya sekali. Kami tak pergi Krabi 8 kali setahun hahaha.

Perjalanan ke Blue Pool berbeza sikit. Ada kawasan yang disimen dan disediakan laluan pejalan kaki khas supaya pelawat tak perlu redah air. Lepas tu baru masuk ke trekking dalam hutan semula. Sepanjang perjalanan akan ada tanda arah dan kalau dengar bunyi orang tepuk tangan, maka, makin dekatlah tempat dituju.

Jalan dekat sini agak panas. Lepastu masuk hutan ok lah.

Blue Pool cantik sangat
Please read ok..
Bunyi tepukan tangan tu menambahkan lagi gelembung air keluar dari dasar. Blue Pool memang dijaga, tak boleh mandi di dalamnya sebab dasarnya dalam dan selutnya ada tarikan yang kuat. Untuk posing ajeeee. Hehehe. Puas dah kami berdua sekarang dapat explore sampai Blue Pool. Lepas tu terus berjalan 800 m semula dan turun mandi manda dengan kawan-kawan yang lain.

Tips : Tandas untuk membersihkan diri dan tukar baju ada disediakan disini.

Makan

Waktu ni hujan panas 
Dah berendam, wajib lapar kan. Laju gila Kecik dengan Bangcik marathon sebab lapar. Kami yang lain sempat posing sambil berjalan lagi haha. Di kawasan ni bolehlah dikatakan barangan atau baju murah sikit dari di Ao Nang. Murah THB100 ke THB200 jugak. Makanan pun semuanya sama macam di Ao Nang. Waktu makan ni sempat jugak hujan lalu dalam 10 minit. Alhamdulillah. Walaupun bahang terasa.

Tips : Kedai makan walaupun ada logo halal tolong perhatikan keliling ye. Ada kedai halal yang jual cucuk-cucuk tu sebelah ayam sebelahnya pork. Berhati-hati ye kengkawan.

Emerald Pool - Ao Nang

Perjalanan pulang agak tak menarik bagi kami. Put dan Abang Bas ditimpa kemalangan di sebuah selekoh betul-betul 5 minit dari parking motosikal. Syukur, ada penduduk tempatan yang sudi bantu. Tuamkan dengan ais. Tolong telefon ambulans dan lapkan luka. Alhamdulillah tiada kecederaan serius. Kami sangat-sangat nak berterima kasih dekat Nong dan keluarga membantu kami semua. Jasa anda tak mungkin kami lupa. In shaa Allah ada umur panjang kita bertemu lagi.

Keadaan motosikal Abang Bas dan Put.
Warga tempatan yang membantu kami... Terima kasih Kak Nong dan keluarga. 
Pesakit... siannnn
Kami tiba di Ao Nang dengan secepat mungkin sebab Put dan Abang Bas menaiki 4WD dan waktu mereka sampai hanyalah 15 minit sebelum kami. Syukur juga perjalanan kami selamat. Selesai Abang Bas membayar upah sebanyak THB1000 kepada warga tempatan yang membantu, kami terus check in di White Sand Krabi.

Tips : Tak kira lah bawak motosikal ke kereta ke, dimaklumkan bahawa jalanraya di Krabi ni mana-mana pun nampak macam licin. Tak macam jalanraya di Malaysia yang menggerutu. Berhati-hati ketika menggunakan jalanraya.

Tips kedua : Sekiranya berlaku apa-apa kemalangan kecil, kalau boleh, elakkan dari dihantar ke hospital. Bukan apa, mengikut pengalaman mereka yang berpengalaman, amboihhh hahaha, tourist akan dicekik habis-habisan. Ingat tau!

White Sand Krabi

Best duduk sini. Sangat-sangat recommended
Alhamdulillah, hotel yang sangat selesa dan berbaloi sangat. Untuk 2 malam harganya ialah RM240/bilik. Kami memang dah terlambat check in, katil yang diberi pun double, bukan twin bed. Takpelah, asalkan murah dan senang access. Hotel ni dikelilingnya ada Subway, McDonalds, Starbucks dan 7 Eleven. Dekat dengan klinik juga dan farmasi. Kiranya walking distance ke pantai pun tak berapa jauh.

Tips : Ramai jugak tourist dari Malaysia duduk sini. Sekitar White Sand pun banyak lagi hotel dan guesthouse yang harganya berpatutan. Banyak tuk-tuk depan hotel lalu lang nak mahal ke nak murah ke pilih pilih pilihhh! Hehehehe.

Kerugian akibat kemalangan

Malang memang tak berbau. Kerugian yang dianggarkan oleh syarikat yang menyewakan motosikal adalah sebanyak THB12,000. Rawatan di klinik pula anggaran sebanyak THB2,000 untuk rawatan sedikit saja. Untuk luka, hanya dressing sendiri di dalam bilik hotel. Kos untuk beli kapas, antibiotic ointment dan ubat kuning semuanya baru berharga THB350 untuk merawat 2 orang hehehe.

Tips : Info berguna yang diberikan oleh pharmacist tenpat kami membeli barang ubatan, kalau motosikal mengalami kerosakan kecil seperti kemalangan tu bolehlah repair sendiri saja dan kemudian pulangkan ke pemberi sewa macam biasa.

Makan malam, cari pakej lawatan dan massage

Malam ni hujan. Alhamdulillah sejuk sikit. Tempat pilihan malam ni ialah di Bangboo Halal Seafood. Ala-ala Bamboo jugak ek sebutan haha. Mungkin branch dia le kot. Nak ke sini kami hanya berjalan kaki saja sekitar hotel. Best lah! Dapat tengok gelagat manusia. Dapat tengok diorang promote untuk show. Dan banyak choice untuk pakej lawatan. Restoran ni pun kategori mahal. Dah lapar, ku redahi jua. Dalam 2 lauk jugak kekekekeke.

Selesai makan, kami tak fikir panjang terus ambil pakej island hoping untuk keesokan harinya. Booth terletak betul sebelah restoran. Sementara tunggu hujan berhenti, kaum-kaum lelaki terus beli pakej tersebut. Habis cerita.

Supper depan kedai. Saje buat-buat panas badan lalalalala
Malam ni, kepala I agak pusing. Mungkin sebab perjalanan jauh ke Emerald Pool dan dalam cuaca panas. Lepas tu lama lepak tepi jalan sebab uruskan kawan yang kemalangan. Sayang bawak I massage. Sekali seumur hidup. THB200 untuk 30 minit massage kepala, tengkuk dan bahu di tempat urut bawah hotel je. Kalau dekat Ao Nang, pusat urut depa je pakai uniform pink. Urutannya sedap ala-ala ringan kepala lepas tu. Depa bagi keistimewaan dekat I sebab bertudung. So, I dan Sayang diberi bilik. Walaupun sebenarnya bilik tu untuk massage badan yang berjam-jam.

Tips : Ao Nang, macam-macam ada! Jaga iman masing-masing udahlah ye. Haha.

Dressing

Baguihhhhhh la nurse lelaki tu. Hihihi
Sorang kaki dan tangan dah bengkak sebab jatuh motor, sorang lagi kepala dah weng sebab kena panas, sorang lagi dah lalok makan minyak urut kot hahaha
Lepas supper depan hotel, terus kami naik ke bilik Put dan Abang Bas untuk mencuci luka. Nasib baik Sayangku tu ada BLS katanya. Kekekeke. Lama jugak berkampung dalam bilik Put. Bilik kami sebaris je pun. Tak jauh mana. Masuk bilik dah 1.30 am. Ngantuk dan penat wooo! Tonsil I pun dah surut sikit hehehe.

Tips : Kalau luka, basuh cepat-cepat jangan bagi melekat pepasir ye. Nasib cepat tuam ais jugak. Tak bengkak sangat kaki Put.




Menjongket Ke Krabi, Thailand - HARI 1

Assalamualaikum!

Leaving on a jet plane :)
First time, pegi ke luar negara dengan geng-geng Karoreko. Selalu domestik sajo. Kali ni international sikit derr. Bagi chance hehehe. Taknak cerita banyak, I nak share perjalanan kami : Waniesamani dan Fizimok, Kecik dan Bangcik, Putt dan Bangbas, Kak CT dan Bangrock. Kali ni bukan pengalaman biasa-biasa tau, semuanya luar biasa. 

KLIA 2 - Krabi Airport

Flight pukul 12.50 pm. Jam 10.30 am kami dah berkumpul, siap breakfast, siap membuang, siap cucuk duit dan agih-agihkan duit Thai Baht sesama sendiri dan siap check in luggage. Semua pakat muka tak sabar nak menadah muka dekat matahari panas terik nun dekat Thailand.
Excited + nervous + macam-macam ada!
All of usGeng Legam a.k.a Geng Adhoc a.k.a Geng Reko
Dah 8 tahun kita kenal ye. XOXO
Nama pun tambang murah, tempat duduk pecah-pecah ok :)
Alhamdulillah, perjalanan semuanya lancar kecuali ada some of us (including me!) agak pening dan mabuk sebab flight banyak langgar awan so dia gegor. Kami selamat sampai di Krabi jam 2.30 pm waktu Thailand. So far, waktu disana lewat sejam je dari Malaysia hehe. Jam dekat telefon pun terus ikut jam tempatan lah ye. Lepas je imigresen Thailand, terus kami ambil van di airport untuk terus ke Ao Nang. Harga untuk van menghantar kami dari airport ke Ao Nang dan menjemput kami semula untuk ke airport adalah THB1,800 kalau bahagi-bahagi satu couple THB450.

Tengah sembang pasal van
Its Thailand! Geng lelakis mencandu dulu.
Van adalah sangat selesa dan berbaloi-baloi untuk dinaiki 8 orang dewasa. Actually, untuk 10 orang sebenarnya, tapi, kami berlapan pun dah selesa. 

TIPS : Sekali dah lekat pada satu kaunter tu, sila bargain kaw-kaw. Jangan tukar kaunter lain. Bertegas untuk van sahaja, tak perlu pakej lawatan yang lain. Ambil nombor telefon petugas di kaunter dan SIMPAN RESIT ELOK-ELOK.

Krabi Airport - Ao Nang

Sepanjang perjalanan kita dapatlah tengok Bandar Krabi. Perjalanan ambil masa selama 30 minit memang paneh. Bukan cuaca je, hati pun paneh. Sepanjang perjalanan, 2 kali juga pemandu kami berhenti di agensi untuk promote pakej lawatan. Kena reject lah dengan baik-baik ye. Selagi belum sampai ke hotel. Hehehehe.

Route lebih kurang begini ye
Keadaan dalam van bersama kanak-kanak riang
Sampai saja di hotel, pemandu menurunkan kami dan dia pun terus berlalu.

TIPS : Pakej lawatan boleh didapati banyak di sekitar Ao Nang. Dekat hotel pun ada.

Check-In di Nichakaran Guesthouse

Malam pertama, kami tidur di sini dulu. Sebab memang dah book awal. Masing-masing tak pernah merayau sini, untuk secure kami ambil langkah book online siap-siap guesthouse sebelum decide untuk tidur di hotel lain untuk malam berikutnya. Harga yang telah siap dibayar oleh Kecik untuk satu bilik per satu malam ialah RM103.

Nichakarn Massage :D 
Guesthouse ini dibawahnya tempat urut. Masuk pun ikut jalan belakang. Tapi kelengkapan ok, siap dengan tuala, air-cond dan hot shower. TV pun ada tapi jangan kau harap nak cerita best, semuanya Bahasa Thai! Tengok CSI pun alih bahasa, ape kejadahnya hahahaha.

Kemain lahhh sume posing dekat tiang kekekeke
Selepas letak beg, memang kami kelaparan sangat. Macam nak pitam dah dengan panas dan penat. Waktu dapat hotel dah 3.30 pm. Last makan pukul 8.30 am. Agak-agak tak keriut asid dalam perut? Tempat pertama kami makan ialah di Rakan Seafood yang terletak dekat corner Ao Nang Road. Alhamdulillah! Kecik dan Bangcik belanja, jadi tak tau harga hahaha. Rambang mata tengok makanan! Semuanya sedap. Apa lagi, tomyam mariiii.

TIPS : Untuk secure sewaan di guesthouse, memang kena tinggalkan passport. Kali ni passport Kecik lah jadi mangsa hehehe. Teh Ais dalam Bahasa Thai ialah Cham Yen. Terbaik!

Thai Banana Pancake

Memang famous kan. Sebelah restoran ada satu booth yang jual pancake dan fruit juice. Apa lagi, melantak tak hengat. Konon nak tapau bawak balik bilik. Tak yah caye dengan Samani, kat situ gak habis! Lapar pun ye... hahahaha. Lepas habis tapau untuk makan dalam bilik terus kami balik semula ke guesthouse untuk mandi dan rehatkan diri. Panasssss...

Yummeh!
Gambar cari gaduh
Kami berkumpul semula di depan pusat urut untuk cari transport dan cari makan malam pulak. Memang makan aje kojenye.

TIPS : Banyak perisa tau pancake ni. Favourite I, Banana Chocolate Pancake, Banana Nutella Pancake, Nutella Pancake. Tak berubah ek taste I... 

Sewa Motosikal

Jam 7.00 pm waktu tempatan, terus kami berkumpul untuk cari makan malam pulak. Ape korang tak kenyang lagi?! Kami nekad untuk menyewa motosikal bagi memudahkan pergerakan kami sebab guesthouse tu letaknya di ceruk sikit dan jauh dari tempat happening. Ada je kedai makan di kawasan ni tapi kami memang nak explore Ao Nang ni.

Belum ada motosikal, survey mana ada fuel dulu haha
Kami menyewa motosikal di depan guesthouse saja. Memang ada agency yang sediakan pakej lawatan dan sewaan motosikal. Sambil tunggu motosikal, sambil usha jugak pakej lawatan untuk 2 hari yang mendatang. Motosikal yang disewa ialah berharga THB250/hari dan motosikal I dan Sayang special sikit sebab saiz yang sesuai dengan kitorang berharga THB350/hari hehehehehe. Dengan motosikal ni dapatlah merayau sikit cari makan tempat jejauh. Motosikal pun sewa sehari je sampai jam 8.00 pm. Lagipun dah memang plan untuk aktiviti darat pada hari kedua dan aktiviti laut pada hari ketiga.

Tercangak-cangak memasing 
Jumpa stesen minyak bebetul baru puas isi minyak
Selepas selfie dan wefie dengan motosikal masing-masing, aktiviti seterusnya ialah food hunting. Ape pun sebelum merempit kena isi fuel dekat mesin tepi jalan haha. Cute!

Tips : Untuk keselamatan silalah pakai helmet. Sewa motosikal pun kena tinggal passport tau. Kali ni passport Sayang dikorbankan.

Bamboo Restoran

Berbelit lidah baca menu
Alhamdulillah! Sedap semuanya. Dekat dalam restoran tu memang ramai lah orang Malaysia tapi kami paling haruk. Maap, team kitorang bukan jenis cover cun. Tapi makanannya agak mahal. In shaa Allah, kami dalam proses mengusha port makan yang murah sikit. 

Tips : Kebanyakan pelayan restoran boleh berbahasa Melayu, orang kata slang Patani tapi I dengar slang Kelantan. 

Free and easy

Lepas makan, peel masing-masing pun datang. Ada yang takde baju mandi lah seluar mandi lah selipar lah skirt lah. Macam biasa, nampak je kedai baju terus duit terkorban hahahaha. I dan Sayang langkah berjaga-jaga. Sebab kami more to makanan! See the size, bro. Satu je benda kami beli, stick yang boleh float dalam air untuk kamera SJ4000 kami.

Lepas penat merayau, mulalah ada nak cari teh tarik la nescafe la memamg tak dapek lah. Depan guesthouse pun yang ada banyak fruit juice. Sebelum supper di depan guesthouse, kami sempat confirmkan booking untuk hotel kedua di White Sand.

Malas nk cite manis dan lemak dia macam mana
Selesai minum, makan pancake (lagi!) dan pulut mangga, selesai kunci motosikal dan supper, mereka yang lain terus pergi massage. I dan Kak CT pasrah duduk dalam bilik sebab kami tak minat hehe. Geli nok. So, lepas kemas barang nak dipakai esok, I pun lelap.

Tips : Beratus channel TV di Thailand takde pulak cerita hantu. Letih tukar programme. Kat Malaysia berlambak cite hantu Thai, dekat negara Thai sendiri takde pun kihkihkih.