Nuffnang Ads

Friday, April 22, 2016

Menjongket Ke Krabi, Thailand - HARI 2

Sawadikap! Baru hari kedua jangan mimpi cerita habis. Ada lagi 2 hari yang belum diredah. Hari kedua memang plan kami untuk buat aktiviti darat. Hari ni kami akan merempit ke Emerald Pool. Dalam map nampak jauh... Memang jauh.........

Jauhhhhhhhhh...
Check out dan sarapan

Seperti yang dirancang, jam 8.00 am kami terus berkumpul di motosikal masing-masing dengan bawak beg segala dan beli siap air di 7 Eleven sebelah. Lepas je check out dari Nichakarn terus kami letak beg dekat White Sand Krabi yang terletak di center of attraction of Ao Nang. Puas hati!

Paling excited yang mulut nganga depan tu
Kawasan hotel memang takde kedai makan bukak lagi pagi. Mungkin semua breakfast di hotel. Kami tak ambil sarapan hotel sebabnya diragui dan baik hunting local food. Tak gitewww.

Macam-macam gaya. Paling win yang kanan sekali macam cite P.Ramlee
Sampai di sebuah kedai makan, dah lupa nama wey, terus order makanan biasa-biasa. Yang tak pedas. Kang on the way tibe nak memerut haru biru jadinye. I macam biasa, Cham Yen dan Pad Thai Prawn.

Sengal, nama kedai tak snap hahahaha
Selain selfie dan wefie hahaha kami berbincang la pasal perjalanan hari kedua ni. Dalam map dah bgtau masa perjalanan sejauh 72 km lebih kurang sejam setengah. Bolehlah, santai-santai... Ngam pukul 9.30 am kami memulakan perjalanan ke Emerald Pool.
Bismillahirrahmanirrahim.

Tips : Pagi petang siang malam kami makan Pad Thai. Boleh request kalau taknak pedas. Air panas lagi mahal ye dari air ais.

Ao Nang - Emerald Pool

Panas! Tu je yang mampu I ucapkan. Sempat kami isi minyak sampai penuh. Sebab kita tak tau keadaan di negara orang kan. Dahlah minyak sini memang mahal melambung. Full tank memang sampai THB100 tau! Cube convert hahaha. Setiap kali berhenti memang I beli air mineral sejuk. Ya Allah, tak tahan, mana ada pokok sepanjang jalan. Sampai bengkak tonsil I. Untuk yang cuba-cuba nak merempit ke Emerald Pool silalah pakai sunblock siap-siap dan jangan lupa basahkan muka sikit bila berhenti.
Punca kelewatan 1 - lovebirds senang hati selfie
Punca kelewatan 2 - orang suh pegi jamban sesiap diorang boleh selfie lagi
Punca kelewatan 3 - dekat signboard pun nak bergambor 
Punca kelewatan 4 - lenkali tulislah omputih besor sikit tulisan Thai kecikkan hahahahaha
Perjalanan memang mengambil masa hampir 2 jam sebab kami banyak berhenti. Isi minyak dan beli air. Motosikal hanyalah 80 km/j saja tau. Memang depa tak bagi kita bawak laju. Hehehehe. Bertabahlah kau di bawah matahari yang terik.

Tips : Kalau tersesat, dan nak tanya local dekat mana Emerald Pool bolehlah sebut Sra Morakot.

Emerald Pool (Sa Morakot)

Terletak di Khlong Thom District. Tersedia sudah kawasan letak kereta dan motosikal. Untuk motosikal, sekali parking berharga THB50/hari. Di luar entrance terdapat banyak kedai cenderamata dan kedai makan. Kami excited nak tengok pool sampai tak isi perut langsung. Sebabnya, bila masuk ke dalam kawasan taman negara ni tak boleh bawak apa-apa makanan dan minuman ye. Taknak mencemarkan.

Macam gangster memasing jalan dah cramp lama benor merempit kihkihkih
Yang Kecik pegang tu THB400 untuk 2 orang ye 
Tiket masuk berharga THB200/orang. Lepas buat bayaran, terus kami berjalan sejauh 800 m atau 10 minit saja ke dalam kawasan trek jalan tanah merah dan pepokok yang menghijau. Ala-ala jungle trekking je tak perlu nak kasut bagai sangat. Pakai selipar pun boleh sampai. Tak larat jalan bolehlah suruh suami u ols dukung haha. Silap kami, tak mulakan perjalanan lebih awal. Makin tengahari rupanya makin ramai yang nak ke Emerald Pool. Sabar je lah.

Entrance
Kasutku..... *nanges*
Hijaunya kaler ayor laut. Ramai orang dah tengahari ni...
Subhanallah. Betul-betul I terpegun tengok Emerald Pool ni memang hijau airnya. Macam kaler air laut. Best nye ya amat. Kelewatan kami sampai memang spoil sikit la sebab orang dah penuh dekat kawasan kerusi dan pondok-pondok tersedia. Dapat snap gambar Emerald Pool terus kawan-kawan lain surrender dan terduduk kepenatan. I dan Sayang berjalan terus ke Blue Pool.

Tips : Makan siap-siap. Kang membazir masuk kejap je sebab perut dah lapar. Jauh tu nak jalan masuk ke dalam. Hahahaha.

Blue Pool

Untuk pool yang peringkat tinggi sikit ni pulak, hahaha tak tau nak buat ayat macam mana, yang ni tak boleh mandi lah ye. Perjalanan tu sama jauh dari entrance ke Emerald Pool. Maknanya 800 m ke Blue Pool pulak. I dan Sayang gigih nak naik keatas sebab peluang macam ni hanya sekali. Kami tak pergi Krabi 8 kali setahun hahaha.

Perjalanan ke Blue Pool berbeza sikit. Ada kawasan yang disimen dan disediakan laluan pejalan kaki khas supaya pelawat tak perlu redah air. Lepas tu baru masuk ke trekking dalam hutan semula. Sepanjang perjalanan akan ada tanda arah dan kalau dengar bunyi orang tepuk tangan, maka, makin dekatlah tempat dituju.

Jalan dekat sini agak panas. Lepastu masuk hutan ok lah.

Blue Pool cantik sangat
Please read ok..
Bunyi tepukan tangan tu menambahkan lagi gelembung air keluar dari dasar. Blue Pool memang dijaga, tak boleh mandi di dalamnya sebab dasarnya dalam dan selutnya ada tarikan yang kuat. Untuk posing ajeeee. Hehehe. Puas dah kami berdua sekarang dapat explore sampai Blue Pool. Lepas tu terus berjalan 800 m semula dan turun mandi manda dengan kawan-kawan yang lain.

Tips : Tandas untuk membersihkan diri dan tukar baju ada disediakan disini.

Makan

Waktu ni hujan panas 
Dah berendam, wajib lapar kan. Laju gila Kecik dengan Bangcik marathon sebab lapar. Kami yang lain sempat posing sambil berjalan lagi haha. Di kawasan ni bolehlah dikatakan barangan atau baju murah sikit dari di Ao Nang. Murah THB100 ke THB200 jugak. Makanan pun semuanya sama macam di Ao Nang. Waktu makan ni sempat jugak hujan lalu dalam 10 minit. Alhamdulillah. Walaupun bahang terasa.

Tips : Kedai makan walaupun ada logo halal tolong perhatikan keliling ye. Ada kedai halal yang jual cucuk-cucuk tu sebelah ayam sebelahnya pork. Berhati-hati ye kengkawan.

Emerald Pool - Ao Nang

Perjalanan pulang agak tak menarik bagi kami. Put dan Abang Bas ditimpa kemalangan di sebuah selekoh betul-betul 5 minit dari parking motosikal. Syukur, ada penduduk tempatan yang sudi bantu. Tuamkan dengan ais. Tolong telefon ambulans dan lapkan luka. Alhamdulillah tiada kecederaan serius. Kami sangat-sangat nak berterima kasih dekat Nong dan keluarga membantu kami semua. Jasa anda tak mungkin kami lupa. In shaa Allah ada umur panjang kita bertemu lagi.

Keadaan motosikal Abang Bas dan Put.
Warga tempatan yang membantu kami... Terima kasih Kak Nong dan keluarga. 
Pesakit... siannnn
Kami tiba di Ao Nang dengan secepat mungkin sebab Put dan Abang Bas menaiki 4WD dan waktu mereka sampai hanyalah 15 minit sebelum kami. Syukur juga perjalanan kami selamat. Selesai Abang Bas membayar upah sebanyak THB1000 kepada warga tempatan yang membantu, kami terus check in di White Sand Krabi.

Tips : Tak kira lah bawak motosikal ke kereta ke, dimaklumkan bahawa jalanraya di Krabi ni mana-mana pun nampak macam licin. Tak macam jalanraya di Malaysia yang menggerutu. Berhati-hati ketika menggunakan jalanraya.

Tips kedua : Sekiranya berlaku apa-apa kemalangan kecil, kalau boleh, elakkan dari dihantar ke hospital. Bukan apa, mengikut pengalaman mereka yang berpengalaman, amboihhh hahaha, tourist akan dicekik habis-habisan. Ingat tau!

White Sand Krabi

Best duduk sini. Sangat-sangat recommended
Alhamdulillah, hotel yang sangat selesa dan berbaloi sangat. Untuk 2 malam harganya ialah RM240/bilik. Kami memang dah terlambat check in, katil yang diberi pun double, bukan twin bed. Takpelah, asalkan murah dan senang access. Hotel ni dikelilingnya ada Subway, McDonalds, Starbucks dan 7 Eleven. Dekat dengan klinik juga dan farmasi. Kiranya walking distance ke pantai pun tak berapa jauh.

Tips : Ramai jugak tourist dari Malaysia duduk sini. Sekitar White Sand pun banyak lagi hotel dan guesthouse yang harganya berpatutan. Banyak tuk-tuk depan hotel lalu lang nak mahal ke nak murah ke pilih pilih pilihhh! Hehehehe.

Kerugian akibat kemalangan

Malang memang tak berbau. Kerugian yang dianggarkan oleh syarikat yang menyewakan motosikal adalah sebanyak THB12,000. Rawatan di klinik pula anggaran sebanyak THB2,000 untuk rawatan sedikit saja. Untuk luka, hanya dressing sendiri di dalam bilik hotel. Kos untuk beli kapas, antibiotic ointment dan ubat kuning semuanya baru berharga THB350 untuk merawat 2 orang hehehe.

Tips : Info berguna yang diberikan oleh pharmacist tenpat kami membeli barang ubatan, kalau motosikal mengalami kerosakan kecil seperti kemalangan tu bolehlah repair sendiri saja dan kemudian pulangkan ke pemberi sewa macam biasa.

Makan malam, cari pakej lawatan dan massage

Malam ni hujan. Alhamdulillah sejuk sikit. Tempat pilihan malam ni ialah di Bangboo Halal Seafood. Ala-ala Bamboo jugak ek sebutan haha. Mungkin branch dia le kot. Nak ke sini kami hanya berjalan kaki saja sekitar hotel. Best lah! Dapat tengok gelagat manusia. Dapat tengok diorang promote untuk show. Dan banyak choice untuk pakej lawatan. Restoran ni pun kategori mahal. Dah lapar, ku redahi jua. Dalam 2 lauk jugak kekekekeke.

Selesai makan, kami tak fikir panjang terus ambil pakej island hoping untuk keesokan harinya. Booth terletak betul sebelah restoran. Sementara tunggu hujan berhenti, kaum-kaum lelaki terus beli pakej tersebut. Habis cerita.

Supper depan kedai. Saje buat-buat panas badan lalalalala
Malam ni, kepala I agak pusing. Mungkin sebab perjalanan jauh ke Emerald Pool dan dalam cuaca panas. Lepas tu lama lepak tepi jalan sebab uruskan kawan yang kemalangan. Sayang bawak I massage. Sekali seumur hidup. THB200 untuk 30 minit massage kepala, tengkuk dan bahu di tempat urut bawah hotel je. Kalau dekat Ao Nang, pusat urut depa je pakai uniform pink. Urutannya sedap ala-ala ringan kepala lepas tu. Depa bagi keistimewaan dekat I sebab bertudung. So, I dan Sayang diberi bilik. Walaupun sebenarnya bilik tu untuk massage badan yang berjam-jam.

Tips : Ao Nang, macam-macam ada! Jaga iman masing-masing udahlah ye. Haha.

Dressing

Baguihhhhhh la nurse lelaki tu. Hihihi
Sorang kaki dan tangan dah bengkak sebab jatuh motor, sorang lagi kepala dah weng sebab kena panas, sorang lagi dah lalok makan minyak urut kot hahaha
Lepas supper depan hotel, terus kami naik ke bilik Put dan Abang Bas untuk mencuci luka. Nasib baik Sayangku tu ada BLS katanya. Kekekeke. Lama jugak berkampung dalam bilik Put. Bilik kami sebaris je pun. Tak jauh mana. Masuk bilik dah 1.30 am. Ngantuk dan penat wooo! Tonsil I pun dah surut sikit hehehe.

Tips : Kalau luka, basuh cepat-cepat jangan bagi melekat pepasir ye. Nasib cepat tuam ais jugak. Tak bengkak sangat kaki Put.




No comments:

Post a Comment