Nuffnang Ads

Monday, January 12, 2015

Sambutan Tahun Baru Di KOMBES Paroi

Tajuk diatas nampak macam tak prihatin dengan kesempitan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir dan mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat nahas kapal terbang. Walaupun begitu, hanya Allah yang tau apa yang hambaNya lakukan untuk membantu semua yang memerlukan bantuan di kala ini. Alhamdulillah..

Berbalik kepada sambutan tahun baru di KOMBES, Paroi pada hari Rabu lepas. Memang penat, letih dan lesu. Gila, 3 jam kot mengerah tenaga. dan of course, ada cabutan lucky draw lepas tu disambung lagi dengan pancutan bunga api. Pancuran atau pancutan I macam confuse sikit penggunaannya disitu ye. Tak sangka, I masih mampu berZumba selama 3 jam sepanjang malam. Last sekali masa sambutan malam Merdeka Tahun 2014. Yang paling gila ialah, I baru je pergi party Zumba di Grand 3 SAKA pada Hari Krismas dan terus proceed ke 3 jam ini pulak. Rasa lutut tu gigil jugaklah. Nasiblah baik esoknya cuti.

Pandangan awal, nampak macam kosong
Dah siap dikepung kawasan untuk senamrobik itu
Sambutan pada malam tu luar biasa sangat. Masa sampai di KOMBES Paroi nampak macam tak ramai je. Siap I dapat parking depan dewan, kebiasaannya kalau KOMBES ramai mesti Pengawal Keselamatan takkan bagi parking di depan, kenalah ke belakang. Bila kick-off je, fuh! Ramai gilos! I dengan Kak Ita jadi macam blur, errrrrrrr, mana nak selit ni, port kitorang pun dah dirempuh dek orang lain hahahaha.

Kaunter bayaran. RM5 sahaja, berbaloi-baloi!
Malam tu, kawasan biasa yang kami aerobic dikepung dengan tali menandakan mereka yang berbayar boleh duduk di dalam kawasan. Antara yang lain ialah, tempat pembayaran terletak betul di bahagian hadapan dan setiap yang telah membuat pembayaran akan diberikan ribbon berwarna putih diikatkan di pergelangan tangan dan diberikan goodies berupa mineral water dan roti. Ada juga nombor bertuah, macam biasa, I ain't lucky enough. Maybe next time :) 
Penuh di depan
Sampailah belakang penuh.
5 orang instructor yang hadir memang hebat-hebat belaka. Tu agaknya sebab kenapa I rasa nak patah kaki ni. Orang Nismilan kato, gilo boto lah! Mereka ligat-ligat belaka. Step pun best, senang nak ikut. Ada la satu dua tu blur jugak I dibuatnya camne diorang buat hehehehe. Apa pun, harapnya KEG dapat jemput diorang lagi. Best! Participants memang ramai, dan sporting. Ada di kalangan mereka merupakan followers kepada instructors yang merupakan dari Bahau, KL dan Nilai kalau tak silap I. Apa pun, I dapat kawan baru. Yay! Jumpa dekat Grand 3 SAKA dan kali ni dekat Paroi pulak.

The fireworks!
Apa lagi nak cerita, the whole celebration was totally awesome. I'm so addicted to this kind of stuff. I tak berapa suka jogging, I kurang sikit weightlifting, nak suruh I buat body combat pun jangan harap. Aerobic, Zumba, Batuka, Masala Bhangra dan yang lain seangkatan itulah yang mampu dan I suka buat. Tahun 2015, I akan teruskan usaha menguruskan badan lagi lagi lagi dan lagi. Walaupun macam payah. Hehehe!

Habis fireworks terus nyanyi Negaraku.
Ini kakak I kalau dekat KOMBES. Nama dia Kak Ita. Kecik kan beliau :D I besau bagak hahaha ops. 
P.s. Kepada akak yang email I untuk tanya schedule KEG Group di KOMBES Paroi, kehadiran akak sangat dialukan. Nanti kita joget sama-sama ye. Kita kasi burn itu lelemaks.

Selfie sikit. Tahniah KEG atas kejayaan mengumpul peserta yang ramai. 

No comments:

Post a Comment