Yang ini kira confirmed dilaksanakan pada tahun 2015. Dah booked, dah buat payment dan dah siap perancangan dengan jayanya. Amboi bukan main! Antara beberapa event dan perancangan yang paling I tak sabar untuk buat dalam tahun 2015 ini ialah :
PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI
Walaupun baru saja balik dari berkursus dalam November yang lepas, kali ni tetap berkobar nak pergi. Ada misi dan matlamat yang menanti. Ecehhhh! I akan pergi bersama keluarga tercinta. Mama, Acu dan Sonny. Dah siap web check in, kami betul-betul bertawakal. Banyak kejadian yang tak berapa sedap didengar akhir-akhir ini. Semoga dilindungi dari semua bencana, in shaa Allah, amiiiin! Hotel pun dah booked, cuma kereta saja akan cari last minute di airport nanti. Senarai barang yang nak beli? Dah 3 mukasurat kot! Hahaha, Astaghfirullah, bawak-bawaklah bertenang. Masalahnya luggage balik 30 kg sahaja ye jangan nak membeli lebih-lebih hihihi.
SCORE FITMOB LARGEST ZUMBA FITNESS PARTY
Yang ni awal-awal I dah buat RSVP. Muahahaha. Tak sabar nak ambik entry pack yang ada t-shirt dan lain-lain. Tak sabar nak berparty dengan 15 Zin yang mantap-mantap belaka. Woohooo! Dari tahun lepas I dah register dan tunggu masa saja nak kick-off je. Bertempat di Stadium Merdeka, harap-harap I tak bangun lewat untuk kesana. Memang ada promotion untuk dapat special rate dari beberapa hotel bagi peserta Zumba, tapi, tak mungkin I dapat tidur sana, Sayang kerja. Huaaaa! Serious, I can't wait to be a part of history. Yang bestnya jugak, my beautiful cousin, Salanglyn pun akan join the party! Ohhhh yeah! Can't wait! Can't wait! Kali ni takde beli baju baru sebab akan dapat t-shirt. Hehehe.
OPEN WATER DIVE
Yang ini confirmed, but we didn't fix the date yet. But it already confirmed. Tak sabar nya nak masuk laut, tengok semua hidupan laut dekat dasar. Selama ni tengok dekat permukaan, bawak roti, genggam-genggam sikit lepas tu ikan comel-comel datang rebut. Kali ni, nak bawak action camera, masuk ke dasar dan snap semua yang indah-indah dekat bawah sana. Sabar Pulau Tioman, dasar lautmu akan ku selam tak lama lagi. Untuk aktiviti ni rasanya kena beli Muslimah swim wear ke apa tah namanya. Dah survey, tunggu nak grab je. Amboi kemain Samani!
MAJLIS PERNIKAHAN NUIN & PASANGAN
Nak jugak mention pasangan tu. Biorlah surprise sikit dah sampai masa baru reveal nama. Tak sabar, tarikh dah ada, tapi bridesmaid belum ada baju cantek lagi ni. Macam mana?? Nuin dah siap-siap busy cari mak andam dan menyiapkan kelengkapan. Apa yang I boleh cakap ialah, the wedding is in June! Cuma I pelik sikit bila, Nuin yang nak kawen kenapa I pulak yang excited berbunga riang? Happy for you la kiranya hehehehe.

AIDILFITRI 1436H
Dah nekad, nak buat kaler champagne! Warna ini sangatlah menjadi pujaan hati. Disebabkan Sayang pun suka warna-warna pastel aje, oklah kan warna champagne ni. Dah siap pikir nak beli kain tapi rasanya tak mampu jugak kot, takut tak sempat nak hantar ke tailor. Tunggu kawan-kawan kot ada pergi Vietnam memang I kirim je! Baju lelaki tak apa, senang cari. Tapi baju perempuan ni dah kena start beli kain dan tempah sekarang kalau tak melepasssss lah makcik oi.
Actually kan, ada banyak lagi tau perkara yang akan dilakukan dalam 2015 ni tapi duk tahan-tahan je dari menulis. Biarlah. Lagipun, I memasuki tahun baru dengan beberapa ujian yang hebat. Biar Allah saja yang mengetahui. Tapi, perasan tak? Ni post pertama untuk tahun ni. Walaupun ada berlambak draft yang tengah KIV. Nampak kepemalasan sikit nak hapdet tu sebab ada banyak benda nak kena settle la.
Dah nekad, nak buat kaler champagne! Warna ini sangatlah menjadi pujaan hati. Disebabkan Sayang pun suka warna-warna pastel aje, oklah kan warna champagne ni. Dah siap pikir nak beli kain tapi rasanya tak mampu jugak kot, takut tak sempat nak hantar ke tailor. Tunggu kawan-kawan kot ada pergi Vietnam memang I kirim je! Baju lelaki tak apa, senang cari. Tapi baju perempuan ni dah kena start beli kain dan tempah sekarang kalau tak melepasssss lah makcik oi.
Kenapa I tetiba suka sangat warna ni? Refer pada shawl belah kanan ye Gambar dari : www.lovewaffaa.com/ |
No comments:
Post a Comment