I was introduced to this application by a friend. Sangat berguna, sangat user friendly, sangat mudah dan sangat membantu. Macam biasa, kalau I yang omong-omong nak menguruskan badan ni kan memang hebat bunyinya kihkihkih! Harap maklum, insan PCOSer macam I ni memang ambil masa yang lama untuk menurunkan berat badan berlebihan yang sentiasa bergayut di seluruh anggota badan dan organ-organ dalaman.
I ada strategi sendiri lepas ni. Memantau jumlah pengambilan kalori di samping membuat aktiviti untuk membakar kalori. Melalui pembacaan, makanan berebus adalah yang paling baik untuk diet rendah kalori ini. Macam I, seorang PCOSer, ada makanan yang I boleh ambil dan ada yang I tak boleh ambil, due to high insulin level. I kena betul-betul menjaga pemakanan I, untuk mengurangkan berat badan dan TTC.
Sebelum I memperkenalkan (cewah!) application yang I gunakan di smartphone ini, eloklah kiranya kita membuat sedikit research atau kajian mengenai calorie intake ini ke atas tubuh kita. Untuk diet kali ini (masih lagi mencuba, mana yang sesuai untuk I hahaha kesian kan!) antara rujukan yang I buat ialah seperti senarai di bawah ini (sila click link di bawah untuk lebih info) :
I memang tengah gigih lagi mencari info dekat 3 blog di atas ni. Pesanan biasa, nak seribu daya lah kita usaha membaca semua maklumat yang diberikan, kalau taknak, memang seribu dalih la malas nak click pada link-link yang diberikan hahahaha! Oh ye, sebelum terlupa, I ada juga terjumpa Calorie List yang disediakan dalam bentuk jadual oleh SusuSejat
Ok, kalau dah selesai buat kajian dengan rujukan dan maklumat yang diberikan, inilah cara I untuk mengira jumlah kalori yang diambil dan dibakar. Bagi memudahkan proses pengiraan, silalah install application MyFitnessPal. Rupanya adalah seperti di bawah ini :
Macam ni la rupa app nya ye |
Sehari banyak tu je la ye yang I boleh ambik |
Mak aih! Beratnya Samani! Hahaha in 5 weeks berat gitu, sekarang???? |
Macam-macam ada... sila install ye :) |
Bukan ini saja, dengan application ini juga kita boleh menambah makanan kita sendiri. Dengan ruangan recipes itu, bila kita masukkan saja bahan-bahan nanti kalori akan dikira keseluruhan makanan itu. Bagi goals, boleh juga dipilih untuk kurangkan berat atau maintain berat atau tambahkan berat.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada segala kemudahan yang ada. Jangan disalahgunakan, kita buat yang baik-baik saja ok. Selamat mengira kalori!
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada segala kemudahan yang ada. Jangan disalahgunakan, kita buat yang baik-baik saja ok. Selamat mengira kalori!
No comments:
Post a Comment