Nuffnang Ads

Monday, February 23, 2015

Tunggulah Kami di Pintu Syurga

Hari Rabu yang lepas, 18.02.2015, kami, seluruh warga Bahagian Pentadbiran & Kewangan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan berkabung dan suasana suram menyelubungi seluruh pelusuk jiwa dan raga kami. Pemergian salah seorang dari sahabat kami menemui Penciptanya telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri kami masing-masing. Sesungguhnya, ajal Allah adalah pasti, tidak pernah lewat dan tidak pernah cepat walau sesaat.

Bengkak mata auntie tengok Afeef sayang...
Kembalinya Nurul Hafeeza Binti Khazali ke rahmatullah pada waktu Subuh sangat-sangat mengejutkan kami semua. Sesungguhnya, semacam tak percaya yang Nurul dah tiada. Dengan panggilan manjanya, Gegirl, kami masih lagi teringat akan kemanjaannya, kegedikannya, cerewetnya dan gelak ketawanya. Sewaktu mengemaskan work station Nurul untuk 5S, barangnya dah diasingkan peribadinya dan alatan pejabatnya. Nurul juga dijangka akan naik semula ke pejabat selepas bercuti selama 3 bulan kerana bersalin. Tapi.... Nurul lebih dulu dijemput pulang kepada Penciptanya.... Allahuakbar! Semacam tak percaya lagi...

Nurul meninggal dua orang putera yang berusia 3 tahun dan 2 bulan yang masih menyusu badan. Nurul juga baru saja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 30 tahun dalam bulan Februari ini. Walaupun tak ada memori yang istimewa bersama Nurul, namun, pemergiannya tetap I rasai. Manakan tidak, rakan sepejabat yang bergelak ketawa bersama. Tiba-tiba pergi begitu saja. Maafkan Kak Wanie, tak sempat bagi seloyang Kek Batik pada Nurul yang memang gemarkan. Nurul cuma dapat merasai sepotong dua, itupun sewaktu sambutan hari raya yang lepas. Perkara itu masih membuatkan I ralat sampai sekarang...

Auntie tau, kau seorang anak yang kuat, walaupun kau masih tak mengerti apa-apa...
Suatu hari nanti pasti kau tau, nak, kemana ibumu. 
Semoga Zahid, Aisy dan Afeef menjadi insan-insan yang tabah dan kuat dengan kehilangan yang amat besar dalam hidup mereka ini. Aisy dan Afeef, ramai aunties disini sudi menjadi ibu kepada kamu berdua, nak. Kerana kami semua adalah kawan kepada Mummy. Datanglah, kalau ada apa-apa yang kamu berdua perlukan. 

Ya Allah, 
Kau tempatkanlah sahabat kami, Nurul di kalangan orang-orang yang beriman
Kau mudahkanlah segala urusan suami dan anak-anaknya dalam menempuh hidup yang mendatang
dan, Kau kuatkanlah hati kami, rakan sepejabatnya
Kerna, setiap kali kami melihat tempatnya, kami sedih
Tiap kali kami melihat gambarnya, hati menjadi sayu
Dah tak ada Nurul, yang sering didengari gelak tawanya
Walau dari jauh, masih terdengar suaranya
Rindu dengan panggilan 'KAKAK' kepada kami
Redhakanlah hati kami, yang masih dibuai angan-angan
Yang sepatutnya Nurul akan naik ke pejabat pada 2.3.2015 bila habis bercuti
Habis sudah, urusan Nurul di dunia
Kami akan menyusul Nurul, namun, masanya belum diketahui
Nurul akan menunggu kami, dengan senyumannya
Tenanglah kau disana... 
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah
Amin... Ya robbal 'alamin...

DALAM KENANGAN, NURUL HAFEEZA (1985-2015)

P.s. hari ini (23.2.2015) Zahid hadir ke pejabat kami untuk mengemaskan dan membawa pulang segala barang kepunyaan Nurul. Sedih dan pilu masih menyelubungi kami semua melihat kehadiran Zahid.

Afeef, kau kena kuat, nak. Jaga Daddy dan Abang Aisy bila dah besar nanti ok...
Pelihara anak ni wahai Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

4 comments:

  1. dia sakit apa B???As baca jugak kat fb B tapi x berani ank tanya...huhu sedihkan...Al Fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia demam 2 hari... kira mengejut jugak ni sebab meninggal dalam tidur... sedihhhhh sgt... serius.... al fatihah buat Nurul..

      Delete