Kritikal. Membimbangkan. Itulah dua perkataan yang menerangkan mengenai keburukan social networking. Walaupun terdapat banyak lagi kebaikan mengenainya, namun, fokus utama pada hari ini ialah membincangkan mengenai kepincangan yang diakibatkan oleh obsesi terlampau terhadap social network. Sedikit sebanyak terkesan kepada individu, keluarga, masyarakat malahan seluruh dunia. Perhubungan yang semakin meluas menjadikan social network semakin popular di kalangan kita semua. Tiada lagi rakan pena, penghantaran telegram dan kad ucapan perayaan.
Sebagai salah seorang insan yang mengamalkan kehidupan normal seperti insan lain, tidak pernah terlepas pegangan telefon bimbit dari tangan, melayan segala macam aplikasi yang tersedia. Lupa, alpa, dengan semua hal kehidupan yang realiti. Lupa siapa diri sendiri, apa status, waktu makan dan tidur serta kurangnya masa bersama keluarga. Inilah yang dikatakan sisi buruk di dalam social network yang melanda semua manusia kebelakangan ini. Hebat sungguh penangan social network dalam kehidupan seharian kita.
Kerana mulut badan binasa, sudah tidak lagi relevan kerana ketepatan penggunaan 'kerana jari badan binasa' lebih menunjukkan kaitannya di zaman serba canggih ini. Seorang individu boleh menjadi popular hanya dengan satu klik butang 'share' di Facebook, sebuah keluarga boleh pincang hanya dengan satu perbualan di dalam Whatsapp dan sebuah negara boleh diancam bahaya dengan hanya status di Twitter. Kerana jari yang berperanan meluahkan apa saja yang difikirkan oleh otak. Kelahiran keyboard warrior semakin memuncak setiap hari. Tidak kira umur, pangkat, jantina serta kaum dan agama, semuanya petah ketika membahaskan pendapat masing-masing di dalam apa jua topik tanpa mengira sensitiviti. Kecewa dengan keadaan begini dimana kanak-kanak di bawah umur juga semakin ghairah dengan aplikasi telefon pintar dan berlumba-lumba menjadi yang terhebat. Apa jua jenis pelajaran mudah didapati di hujung jari sahaja. Mudah, cemerlang dalam pelajaran, dihadiahkan telefon pintar. Nilai kasih sayang diukur dengan kejujuran di dalam kata-kata yang diluahkan hanya di dalam 'moment' di WeChat.
Nilai kekeluargaan juga berkurang. Bukan kerana segala ucapan hanya diungkapkan di dalam Facebook, tetapi, suasana rumah menjadi senyap sunyi dengan adanya hubungan secara maya di talian. Dulu, bebelan ibu yang kita takutkan, rotan ayah yang kita gerunkan. Sekarang, tiada lagi bebelan ibu, hanya ketikan keyboard yang mengguruh. Anak-anak kecil yang sering merengek pula disajikan dengan video-video di YouTube untuk membiarkan mereka leka. Kesannya, segala perkara boleh dipelajari melalui Facebook, YouTube, Instagram dan hanya perlu Google sahaja. Di samping itu di hari-hari perayaan, akan penuhlah gambar di dalam Facebook dan Instagram. Di rumah, riuhnya hanya seketika, ketika bergambar. Selepas itu, hanya senyap sunyi semuanya menghadap ke arah smartphone masing-masing. Ini biasa terjadi, sangat biasa dan telah menjadi kelaziman tanpa segan silu, sambil berbual, telefon di tangan.
Tidak dinafikan, social networking telah berjaya merapatkan ukhwah sesama insan. Yang jauh telah berjaya didekatkan dan yang terpisah berjaya ditemukan semula. Tak percaya..? Sila periksa Whatsapp group di smartphone masing-masing. Semuanya, rakan sekolah rendah yang lama terpisah, rakan sekolah menengah yang dulu sama-sama nakal, rakan universiti yang banyak menyimpan rahsia kita dan persatuan-persatuan. Ukhwah yang terbina diharap membawa kebaikan kepada semua, bukan membawa kecelakaan. Kenapa dikatakan kecelakaan, disinilah kekasih lama bertemu semula dan disini jugalah segala persoalan dan permasalahan dikongsi bersama orang luar dari keluarga kita. Ini yang kita sangat takutkan, kepincangan sesebuah keluarga. Sepasang suami atau isteri boleh bermasam muka dan seorang anak boleh lari dari rumah hanya kerana ingin mengikut kawan. Perkenalan di dalam laman seperti Tagged juga menimbulkan keburukan sekiranya tersalah langkah. Tak semua orang yang perangainya seindah gambar yang dimuatnaik ke dalam lamannya.
Bukan semua adalah social network menghamburkan keburukan, terdapat juga kebaikan di dalamnya. Akan tetapi, keburukan ini lebih menakutkan kita daripada kebaikan yang kita terima daripadanya. Anak-anak kecil perlu diberi perhatian sepenuhnya dengan penggunaan smartphone. Kita pasti tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada ahli keluarga kita. Apa yang dapat kita lakukan hanyalah pemantauan yang sangat ketat. Tak mungkin ianya dapat dibendung kerana penggunaan yang meluas di serata dunia. Cuma, jangan biarkan diri kita diselubungi rasa bersalah sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada orang-orang yang kita sayang....

No comments:
Post a Comment