Entri khas Father's Day lah sangat. Muahahaha! Ape pun I nak rakamkan setinggi ucapan penghargaan buat Sayang yang berjaya mengambil hati I dan anak mihmihmih! Tak sangka ye, pandai jugak Sayang buat surprise macam tu.
Alkisah, berhari-hari I dengan Mama kehulu kehilir sebab sibuk nak carikkan barangan untuk Baby. Dari Seremban ke KL. Bukan apa, nanti waktu raya takkan nak letak cot besar dekat hall rumah kan. Dengan tetamu lagi, dengan ruang tak berapa nak luar lagi. I pun pikirkan alternatif lain untuk letak Baby dalam bouncer supaya Baby pun sentiasa terhayun dan sedap tidur walaupun dalam keadaan ramai orang, Hihihihi.
Last, semalam I terus ke Tesco Seremban Jaya untuk survey lah kononnya sebelum nak make up mind beli yang mana satu idaman kalbu. Kalau ikutkan, ada juga I survey di Lazada lah, peniaga online lah, Carousell pun ada, Mudah pun ada. Maklumlah dengan Bulan Ramadhan yang mulia ni lagi mana nak berbuka puasa, nak tadarus semua, masa terhad sangat. Bila masa terhad, I pun mulalah stress (hihihihi, sorry Yang!) agaknya I membebel tu yang dia rimas. Alaaaaa nanti raya kena mintak mahap ni.
Balik je dari Tesco semalam, tunggu Sayang balik berdebor rasa. Tah apa rupa lah bouncer Baby ni. Harapnya eloklah rupa. Katanya beli dekat Lazada. I lagilah panas hati. Kalau beli online bilanya nak sampai Seremban?! 29hb last boleh hantar melalui Poslaju. Eh, tahlah...! Sampai je Sayang dekat rumah terus dia carry something yang sweet sangat. Hahahaha! Rupanya dia gigih beli dekat Aeon Seremban 2! Mati-mati I ingat beli online. Chet!
I love you lah, Sayang! Brand Sweet Cherry sahaja.. Murah sekarang dekat Aeon Seremban 2 tengah sale sekarang tau... |
Terima kasih Sayang, menepati citarasa bini u yang cerewet macam cacing kerawet ni. Walaupun pada asalnya I dah target satu cot yang boleh membuai-buai tu, tapi Sayang dah beli bouncer yang cantik ni seribu rahmat sangat. Alhamdulillah, rezeki Baby ibu, Juah ibu, manja ibu, intan payung ibu. Haaa! Amik semua hahahaha.
Untuk yang nak cari baby bouncer ke baby rocker ke silalah ke Pasaraya Aeon sebab Sayang kata sekarang tengah SALE. Tak tau murah macam mana. Tapi, bouncer di atas adalah affordable sangat untuk I suami isteri. Alhamdulillah sekali lagi...
No comments:
Post a Comment