Sedih, hari paling tak syiok dalam sejarah. Kena balik semula ke alam realiti. Cuti sudah habis bro. Kenalah back to the same old you. Pagi, bangun dengan muka toya sambil tengok laut dari dalam bilik, dengan harapan, bila lah nak datang sini lagi. Tempat terbaik selepas Laguna Redang. Sungguh I betul-betul recommend tempat ni untuk mereka yang nak vacation dan honeymoon. Kalau office trip tak berapa sesuai. Pantainya seciput hehehe.
Selepas breakfast, terus naik bot Wak semula untuk ke jeti di Kampung Ayer Batang. Dan tunggu feri datang untuk mengambil kami untuk dibawa ke Jeti Mersing. Sempat lagi bergambar, hokey!
|
Mak oih, tough betul badan I berketul-ketul. Abaikan! haha |
|
Kemain rambut ko bang mengurai. Yang belakang tu tengah buat video clip kot ekekekeke |
|
See, bad haze :( |
|
Bad haze lagi, tak silap waktu ni bacaan IPU dah 90++ kot |
|
KAMI semua #kakikokey dan #raremak hahaha |
Sampai di Jeti Mersing terus kami menapak semula ke kedai mamak yang kami breakfast 2 hari lepas. Makan tenghari pulak dekat situ. Sebelum meneruskan perjalanan ke Perhentian Bas Mersing untuk balik ke KL. Syukur juga, perjalanan kami disingkatkan beberapa jam. Bas yang kami naiki melalui jalan Kuala Pilah dapatlah I dan Sayang turun di Senawang. Kalau tak, sampai KL wo!
|
Promote sikit, popccorn sedap mata memandang, sedap lagi mulut mengunyah ini khas dari Seremban heeee |
I nak review berkenaan dengan keseluruhan vacation pada kali ni. Sempoi. Takde terkejar langsung. Smooth aje perjalanan dari beli tiket sampailah balik semula ke pangkuan Mumu hehehehe. Resort yang kami duduk memang terbaik. Harga resort memang berbaloi. Makanan ok dan sempoi. Nak makanan sesedap sangat pegi masak sendiri. Bagi I, semuanya ok. Feri pun cantik dan bersih. Jeti Mersing pun ok. Patutlah orang suka ke Pulau Tioman. Cuma keadaan cuaca yang sangat sangat sangat tidak mengizinkan. Jerebu memang teruk sangat menghantui Malaysia tahun lepas kan. Menang terbatuk-batuk I jugak dengan keadaan macam tu...
Panuba Inn Resort pun, wow sangat! Jangan takut pasal kena naik bot kecik dekat Jeti Kampung Ayer Batang tu. Sebenarnya resort ada jeti sendiri tapi dalam pembinaan semula sebab dipukul ombak. Tak percaya Google sendiri. Normally, diorang hantar ke resort terus. Eh, overall memang baguslah resort ni. Nanti sila survey harga sendiri ye.
Keseluruhan dari
vacation ini,
best dan sempoi. Memang I akan kembali lagi ke kawasan lain di
Pulau Tioman jugak. In shaa Allah,
soon. Dan tahun ni, tunggu pulak cerita
Krabi ye. Yay!
|
Tima kaceh Ayah Mama jemput we ols hihihihi! |
No comments:
Post a Comment