Oh yeah! Hari ni memang I simpan baik-baik telefon dalam beg. Sorry beb, serik kot telefon masuk air sampai tak function. Sampai terbeli 5S. Kalau 5S pun masuk air, takkan nak selamat pakai 6S pulak. Ops! Gambar pada hari kedua ini adalah sepenuhnya dari SJcam yang banyak menabur bakti kepada I dan Sayang. Hihihi.
Hari kedua ni, habis je breakfast terus kami berlarian naik ke bot untuk pergi snorkeling trip. Memang habis penuh satu bot tu kitorang je. Tak dapat nak campur dengan family lain. Lagi senang nak manage waktu, senang nak tangkap gambar tak payah elak-elak orang lain,senang nak tinggal barang dan senang nak borak kuat-kuat. Hahahahahaha.
|
Amekau, sekapal terus haha |
Like, seriously, I memang sumpah tak ingat port mana yang abang bot ni bawak, I cuma ingat dia bawak ke 2 spot snorkeling dan, marvelous. Korang, tak pernah pegi Tioman kan? Pegi lah... Rugi tak tengok tempat lawa dekat Malaysia ni. Kalau tak caya, layan je lah gegambar ye. Malas nak cakap banyak.
|
Lupa nak cakap, kawasan perairan Pulau Tioman ni banyak obor-obor tau. |
|
Tak tau apa tujuan tangkap gambar macam ni nak kata kejor ikan tade pun ikannya hahahaha |
|
Salah satu pemandangan cantik... Subhanallah |
|
Syukur, ada rezeki Sayang dapat pegang penyu :) Alhamdulillah, I pun dapat tengok penyu real dalam air hihihi |
|
Kaki kecik tu ialah kaki Kayla, dan brader tu lah guide dari bot lain yang berjaya dapatkan penyu tuh |
|
Abang Rockstar dan penyu hihihi |
|
Eh, tak taulah nak kabor cantik macam mana. Pegi tengok sendirilah hahahaha |
Selepas puas snorkeling, kami dibawa ke Kampung Salang untuk menikmati makan tengahari. Sempat lah masuk ke food court, jalan keliling kampung dan menziarahi biawak komodo yang bawak berkeliaran. Adoiiiii! Besor wey! Kami makan-makan dan tangkap gambar sikit dan beli daun terup untuk main malam nanti semuanya di Kampung Salang sebelum meneruskan snorkeling trip ke 2 lagi tempat. Subhanallah, terpegun lagi I. Lagi buat I tak sabar nak ada lesen dive. Huaaaa! Saborr...
|
Bagi chance la Abang bas dengan Putt pulak bergambor hehehe |
Petangnya, kami sampai semula di resort dalam jam 4.00 pm dan terus bermandi-manda berehat kejap dan terus bersiap keluar. Come on! Bercuti duduk bilik tu honeymoon namanya. I memang nak berjimba ramba. Hehehehe. Petang tu kami keluar semula lepas dah wangi-wangi, cantik-cantik sikit rupa dari masa snorkeling tadi. Haha! Apa lagi, sesi bergambar pun mulalah. Dah tak berdaya nak melawan arus laut lagi. Kita layan angin pulak. Memang jerebu ni kasi spoil wa punya mood. Tak dapat tengok hijaunya laut, birunya awan dan sayupnya lautan terbentang luas. Akan tetapi, itu langsung tidak menghalang sesi bergambar sampai habis memori. Cis!
|
Time ni cerah lagi sebab tu gambar clear je |
|
Alalalalalala!~ |
|
Alalalalala!~ Nak gakkkk |
|
Yang sebelah I tu Mimi nama dia. Single lagi hehe |
|
Sorry, aksi terlampau sikit di depan tu |
|
Haaaa, nampak tak Panuba tu :D |
|
Yessss, gambar ni pun I nampak hensem |
|
Sebenarnya, belambak lagi, tapi takut muntah pulak satu post 100 gambar ekekekeke |
|
Time ni dah nak Maghrib, tu dah kabuurrrr |
Malamnya, selepas makan malam, layan konsert AF minggu keberapa entah, kami terus melepak dekat jeti. Sambil makan-makan, gelak-gelak, layan kucing, main daun terup suka-suka dan berborak kosong. Masa tu lah macam-macam isu dunia keluar. Alhamdulillah, kitorang adalah keluarga yang sporting. Best sangat moment ni... Sampai bila-bila I akan ingat.... Sedih rasa esoknya dah nak balik. Huaaaaaaaaaaaaaaaaa~
|
Yeahhhh, gambar selepas dinner. Tu semua tersadai :D |
No comments:
Post a Comment