Nuffnang Ads

Friday, December 26, 2014

ZUMBA - Grand 3 SAKA

Lencun habis! Itu je words yang dapat describe macam mana perasaan dapat join event akak-akak SAKA ni. Lagunya dari selaju-laju step sampai lah ke lagu All About That Bass tu memang best. Rasa macam tak cukup je 2 jam punya Zumba tu. Eh tak cukup ke? Hahahaha jangan buat hal.. Sedangkan 2 jam gitu pun cungap dia dah sampai hujung nyawa.

Ini bukan SAKA apa, ni SAKA anggun ok haha
No pictures, sorry, I have to respect the event itself. Event ini melibat semua wanita sahaja. Ada juga hijabers yang membebaskan diri dari berhijab untuk sementara waktu sepanjang tempoh event berlangsung. Membebaskan diri dari berhijab maksudnya menanggalkan tudung aje. Jangan salah faham banyak sangat ok. Hehehehe. Gambar pun dapat tangkap bebetul masa sebelum tutup lampu dan lepas dah habis event, bila semua lampu dah dinyalakan. Itu pun Zin Aliez akan tanya kalau-kalau semua dah berpakaian sempurna atau belum. Terima kasih kak.

Gambar sebelum tutup lampu, belum start lagi ni
3 SAKA ni memang sangat happening. I suka sebab diorang sangat sangat sangat lah gila babeng hahahaha! Maksudnya, diorang best la. I jarang rasa nak tolak dari pergi ke event yang ada ketiga-tiga diorang ni. Ini dah kali kedua I ke event 3 SAKA dan tak mengecewakan langsung. Walaupun, I ain't lucky enough to get those lucky draw. Like, I don't care, kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat it's okay. Paling best, I ada ternampak satu gambar yang diorang ada tag pada Kak Eija, jumlah calories burnt seorang participant ni ialah 1000 something-something. Gila tak????

Nak tau bila lagi event diorang ni? I akan cuba sedaya upaya untuk update kalau-kalau ada lagi event macam ni. Keep track dengan tag RSVP yang ada dalam blog I ni. Semua event yang I join I akan hangkut masuk cerita dalam blog I ni dan tag dekat situ. Eceh, macamlah orang Google terus jumpa waniesekuntum.blogspot.com kan hihihihihihi~ 

Macam biasa, seperti event yang lepas dekat Nilai, I pergi sorang jugak. Kali ni Sayang hanya dapat hantar dekat parking lot je sebab boboy semua dilarang masuk. Dan macam biasa jugak, excitement untuk berZumba sorang-sorang tu melonjakkan rasa disiplin diri. But the truth is, jangan risau apa-apa sangat, semua adalah buddies. Tengok kita sombong ke tidak je. Betul tak? 

So, cerita mencecer panjang lebau tapi gambarnya dua tiga keping je. Itu pun satu ihsan dari kawan I jugak yang rupanya ada join. Alhamdulillah. See, u're not alone. Whatever it is I cuma nak condemn satu benda je dekat Zin Shah, Zin Aliez dan Zin Eija iaitu, apesal korang ni ligat sangat hahhhh???? Raso nak putuih kaki eden terluncek-luncek hahaha. Actually, best sangat akak-akak oi! Rasa nak jerit, "we want more! we want more!" tapi memandangkan baju luar sampai dalam dah lencun, kaki dah gigil-gigil mintak diurut, perut dah lapar melampaui batas, terkunci mulut nak jerit gitu hahaha.

Sebelum nak ambil group photo
Bayangkan je stadium ni dah hampir penuh... ramai kan?
Semoga akak 3 SAKA sukses selalu sampai bila-bila. Dapat pahala kak sebab mengajor kami gegerl-gegerl gemok ni mengeluarkan peluh dan burn semua kalori dengan teknik Zumba tu. Semoga ada lagi event di masa akan datang. Diharap Kak Eija jangan lupa den ok kalau ada lagi. Pada pendapat I, satu kejayaan jugak lah event semalam. Masa mula masuk stadium tertutup tu nampak luas sangat stadium tu lepas tu ada stage dekat bucu. Masa pertengahan event, nampak ruang stadium yang kosong hanya suku! Wow! Tak boleh tangkap gambar, kalau tak dah lama tunjuk bukti. Lepas tu yang lagi 2 orang Zin undangan kalau tak silap I namanya TT Fly dan Dora pun best! Kecil-kcil cili api. Pedasnya sampai tak gigil kepala lutut hihihi.

Ok dah malas puji lebih-lebih nanti punggung diorang kembang macam I jugak. Hahaha. Jumpa dekat Stadium Merdeka pulak nanti!

Allah! Lupa nak kredit dekat Sayang momok sebab gigih hantar I ke Shah Alam dan tunggu sampai habis event. Semoga Allah pelihara hubungan kita dan rasa give and take ni sampai bila-bila. Aminnnn!

Gambar dari FB Kak Eija yang di'tag' kepada beliau. Best sangat! Ni pun ramai dah balik...

No comments:

Post a Comment