Nuffnang Ads

Tuesday, September 23, 2014

Perhentian 2014 : Foto Album

Untuk album kali ni semuanya diambil dari kamera SJ4000 dan Sony Nex-3 sahaja kerana telefon dah tak boleh diselamatkan langsung. Sobs! Sobs! Silalah menjamu mata dengan album di bawah ye. Sebarang gambar adalah hak milik Wanie Samani :) Tidak copy sama sekali dari mana-mana web.


Alhamdulillah... Dapat I simpan semua memori ni. Untuk kenangan kepada anak cucu kelak. Jangan termuntah sebab tengok gambar banyak sangat udahlah ye... 

Monday, September 22, 2014

Sedikit Perubahan, Besar Maknanya

Akan berlaku sedikit perubahan dalam blog waniesekuntum.blogspot.com dan ianya membawa makna yang besar bagi I. Selama ni minda I hanya tertumpu pada satu titik fokus saja. Sekarang barulah terbuka. Walaupun tak buka banyak, buka sikit pun jadilah. Pelan-pelan kayuh. Jangan sampai lupa tujuan berbelog, untuk kepuasan diri sendiri, bak kata omputih, personal interest gitu. 

Sejak dua tiga empat menjak dah pandai BW ni (kemain pandai shortform la sekarang!) macam-macam idea pulak timbul. Nak tukar itu, nak tambah ini, nak upgrade sana, nak cantikkan sini. Tapi, bagi orang yang membaca, masih macam itu kan? Bagi I, harap ianya membawa kebaikan untuk tak kira I ataupun orang lain. 

Membebel panjang tak guna sangat. Buat dan publish dan buat dan save. Itu misi I sekarang.

Kembali Membaca

This is a great opportunity when my phone broke down a few days back in Perhentian. Tidak sama sekali I kelam kabut dengan tiadanya talian Internet yang baik sama ada di telefon ataupun di PC. Walaupun iPhone 6 baru keluar dengan penuh gayanya dan harga yang telan air liur sangat. Cuma hidup rasa keliru sikit sebab kebiasaannya hari-hari I diisi dengan tetamu dari Whatsapp yang ada saja ceritanya hal duniawi dan syurgawi. Dan dulu, pasti ada balasan dari I terhadap group-group itu, sekarang, I hanya membacanya saja.

Alhamdulillah, hidup I macam biasa, makin terisi dengan ilmu-ilmu melalui cara yang berbeza. I banyak masa untuk membaca buku semula sekarang. Bestnye, nikmatnye, rindunye! Ye, I rindu membaca. Paling rindu nak membaca sambil baring atas katil, selimut tutup kaki sampai lutut je dan bilik sejuk. Dan I dah dapat semula feel tersebut. Setelah sekian lama geram tengok buku bersusun, kali ni dapat juga I menjamu mata. Oh ye, tak lama lagi ada BBW di Seremban. Bolehlah tambah koleksi! Bahahaha. 

So, let's back to track! Mari membaca, menambah ilmu dan merangsang urat mata. Come on, tenung handphone lama-lama pun tak elok, better ambil buku dan baca hahahahaha. Maafkanlah I ni insan takde smartphone, memang macam ni peelnye. 

I wish my babies will be like this :)
Gambar sumber dari Google sahaja 
Oh ye, sebelum menamatkan entri ini, I nak share sesuatu yang I rasa sangat berguna, iaitu, 12 Kebaikan Membaca Buku. Boleh click terus pada link di bawah : 


Yeah! This is me! Dan yang I paling suka ialah nombor 9 : 

Reading Expands Your Vocabulary, So You’ll Sound Smarter

Friday, September 19, 2014

Supplement : Kapsul Baraka Habbatus Sauda

Baru-baru ni ada kakak dekat office ni bawak berkotak-kotak. I baca dekat kotak tu BARAKA 450 mg : Nigella sativa oil dan ianya adalah keluaran dari Pharco Pharmaceuticals. Tengok juga ada kawan-kawan yang membeli dan menurut sorang lagi akak office mate I ni dia memang makan supplement Baraka ni dah lama dan ada perubahan positif dalam diri dia. Bukan nak kata apa tapi I pernah baca Sabda Rasulullah SAW :

“Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (Riwayat Bukhari) 

Dan ini menguatkan lagi I untuk beli 2 kotak supplement ni dengan niat, sekotak untuk I dan sekotak lagi untuk Sayang. Baru sangat I beli ni dan I tak boleh nak review lagi sekarang. In shaa Allah lepas dah habis sekotak nanti I akan tuliskan review di sini. Untuk sementara tu, I ada juga Google pasal supplement ni dan ini yang I jumpa dari laman web Kedai Bestari yang menyatakan berkenaan apakah dia Kapsul Baraka dan kebaikannya seperti di bawah : 

Kapsul Habbatus Sauda BARAKA

Habbatus sauda digunakan sebagai suplemen/pemakanan tambahan.
Banyak kajian yang telah dilakukan kepada habbatus sauda. Dari penyelidikan dan pengalaman didapati Habbatus Sauda adalah :

Lebih 100 komponen.
Kaya dengan asid lemak tak tepu
35% minyak, 21% protin, 38% karbohidrat.

Lebih dari 50% minyaknya adalah asid lemak penting.

Asid linolik dan asid linolenik gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan system imunisasi badan dan meregulasi reaksi alahan.

Asid linolenik gamma juga membantu mengstabilkan membran sel.

Volatile oil Nigellone dan thymochinon yang bertanggungjawab kepada anti histamine, anti oksida, anti jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (broncho dialating effect)

Amalan mengambil  Kapsul Habbatus Sauda BARAKA  secara berterusan menyebabkan kesihatan yang berpanjangan.

________________________________________________________________________

Antara kebaikan  Kapsul Habbatus Sauda BARAKA  :-

MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA - Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.

__________________________________________________________________

Cadangan pemakanan  Kapsul Habbatus Sauda BARAKA :-

1 - 2 kapsul 3 kali sehari

Isi : 24 kapsul minyak
Kandungan : 450g minyak habbatus sauda setiap satu kapsul

Buatan : Egypt (kilang GMP)
Sijil KKM : MAL 08120837T

Bolehlah kalau sesiapa nak mencuba ada banyak online seller yang menjual produk ni dengan harga yang berpatutan. Akak office ni cuma ada 50 kotak sahaja dan terhad sebab sorang kawan dah order 10 kotak terus.. Untuk kawan-kawan TTC, selagi tak memudaratkan, jom kita cuba sama-sama. 

I rancang nak makan ni waktu pagi sahaja sesudah makan Kapsul Buah Zuriat. Sebab dengarnya Habbatus Sauda ni panas, makanya, I tak berapa berani nak makan 2 biji sehari. Takpe, perlahan-lahan dulu. Jangan sampai mudarat. Apa-apa pun kena yakin.

Gambar ni I dapat dari Google. Memang macam ni lah rupa kotaknya
Sumber gambar : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=636159

Thursday, September 18, 2014

Perhentian 2014 : Hari 3 Yang Sedih

Bersambung dari Perhentian 2014 : Hari 2 Yang Chill, hari ketiga ni memang sedih gila... Sedih sebabnya hari ni dah nak keluar dari pulau. Sedih jugak sebabnya handphone jammed terus. Sedih lagi sebab lepas ni bangun pagi nampak jalan raya dah tak nampak laut. Huaaaaaaa!

15/9/2014, Hari Isnin

6.30 am - hari ni terbangun lewat sikit sebab semalam tidur lewat hasil dari minum Nescafe yang tak sepatutnya itu. Sayu je hati tengok beg dah berkemas, berat rasa hati nak tinggalkan pulau...

8.00 am - kami makan sarapan yang terakhir di pulau dan meneruskan aktiviti sendiri merakam detik-detik indah. Sebenarnya banyak lagi perkara yang tak dibuat di pulau sepanjang 3 hari ni. Memang tak sempat. Bila dapat tengok crystal clear water dekat depan Perhentian Island Resort rasa geram dah nak tukar baju tapi apakan daya.....
Sumpah best dekat sini
10.40 am - kami diberitahu oleh Mia yang bot akan bertolak jam 11.00 am walaupun perancangan awal adalah pada jam 12.00 tengahari. Terpaksa la kami bergegas menyiapkan itu ini. Berdua takpe, Nuin sekeluarga lewat setengah jam hahahaha. Tu la dik, sape suruh bagitau last minute

11.00 am - I menjelaskan separuh lagi bayaran kepada pihak chalet sebelum berlalu pulang menaiki bot yang tersedia di persisiran pantai. Sementara menunggu Nuin untuk bersiap, sempat I berbual dengan Mia berkenaan dengan pakej untuk lesen dive. In shaa Allah, ada kesempatan I akan buat satu hari nanti, dan mungkin, di sini. Hehehehe.

1.00 pm - Kami tiba di Jeti Kuala Besut dan syukur Nuin nak tumpangkan kami sampai ke Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan memang mengantuk sangat dah mata ni. Berdoa supaya sampai cepat di Hentian Bas Kuala Terengganu. Seronok dapat singgah makan keropok, udang, sotong celup tepung semuanya di sebuah kedai betul-betul tepi airport. Arghhhhh! Best! Seronok jugak I dan Sayang mengambil nombor di Keropok Lekor BTB 2209. 40 orang jugaklah menunggu hahahaha. Dapat beli untuk sekeluarga cukuplah, bukannak memborong pun. Jangan buat hal, dahlah menumpang orang lepas tu naik bas pulak tu. Hehe.
Gambor tiket je, kalau gambor kopok kang takut ade yang terliur. Kopoknya hitam kemain!
4.40 pm - Kami tiba di Hentian Bas Kuala Terengganu dan terus meletakkan beg di Tempat Simpan Beg dengan kadar bayaran RM4 sahaja. Gigih kaki berjalan ke Pasar Payang dengan tujuan nak cari kain tenun ela. Yang dicari tak jumpa, yang tak dicari berlambak depan mata. I dan Sayang nekad beli sehelai seorang seluar pelikat dan seluar batik untuk mudahkan kami di dalam bas nanti. Selepas ke Pasar Payang, kami berjalan ke Jeti Syahbandar, tengah renovate ke tengah tambak ke I pun tak tau. 
Macam mahal-mahal je... Ke sebab I tak reti kecek Ganung? huaaaaaaa~
Orang balik keje, memang lah jam ye dak
7.00 pm - dah penat berjalan, tunggu matahari turun lagi, baru semangat nak berjalan ke Hentian Bas semula. Sempat I makan siap-siap sebelum tukar baju dan basuh muka untuk bersiap naik bas. Macam biasa, ada drama sikit sebab masing-masing dah penat kan. Ekekekeke! 
Inilah yang kami pakai untuk naik bas.. Sedap, sejuk, selesa gilos
8.30 pm - dengan cuaca yang hujan, kami setia menunggu bas Transnasional. Sepatutnya bas dijadualkan bergerak jam 9.30 pm tapi bayang pun tak nampak...

Kami jadi weng sikit sebab bas lambat tiba
10.40 pm - berjaya naik bas Transnasional dan bergerak pulang ke Seremban.

16/9/2014, Hari Malaysia

6.30 am - tiba di Hentian Putra untuk transit ke bas lain yang akan membawa kami ke Seremban

7.30 am - tiba di Terminal One, Seremban dan terus ke hentian teksi. Berjaya juga sampai ke Paroi Jaya dengan bayaran teksi RM10.

Alhamdulillah! Selesai sudah perjalanan kali ini. Harap sangat dapat berjalan ke pulau lagi di masa akan datang. Kali ni dengan handphone lain tapi takkan bawa ke laut sebab dah ade SJ4000 cukuplah hahahaha. *buat-buat gelak walaupun hati menangis*

Belanja lagi satu gambar hasil dari SJ4000. Takde editing cuma letak watermark aje... Puas hati sangat. Alhamdulillah!