Nuffnang Ads

Tuesday, July 19, 2016

Hai Selamat Hari Raya...!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan Syawal yang mulia bersama keluarga tercinta dengan penambahan seorang lagi ahli keluarga baru. Sambutan sentiasa sederhana, tak extreme mana pun. Kecuali part bergambor memang dahsyat. Tak mampu nak tolak hahahaha. Tak ada nak bercerita banyak. Baju semua recycle, makanan ala kadar macam biasa, tetamu pun yang hadir semuanya saudara mara.

Hari raya pertama tahun ni di sebelah keluarga I. Tapi, raya kedua dah balik Kuala Pilah. Bestnya, terasa betul raya tahun ni walaupun persiapan tak sehebat mana. Juah pun bagi kerjasama yang baik sepanjang beraya ni. Allah izinkan untuk dipermudah semuanya. Takde cerita sangat. Semua simpan kemas dalam foto, Juah beraya dengan TokWan, Opah, Ayah, Ibu, Uncle O :)

My family portrait
Babybu tido!
Uncle O dan Babybu yang tido gak
My son muahahahaha
Nampak macam banyak dosa je ni kekekeke
Mama, I love you!
Nampaknya TokWan dan Opah dah ready, Ibu Ayah yang mengelabah hahahaha
Ayah + Mama
Sesudah sesi nanges-nanges, lapor ye Babybu
Si kecik pun pandang kamera! Clever girl!
Tengokkan gambar-gambar ni, rasa macam nak print dekat Photobook lah.. Tak yah anta cuci dekat kedai. Hurmmmmmm.... Otak Ibu sedang bergiat aktif sekarang hehehehehe.

Thursday, June 30, 2016

Juah - 1 Bulan

Gambar dari Google
Alhamdulillah, hari ni Juah dah cucuk sebulan. Dah besar anak Ibu ni. Hari tu kecik sangat dia masa Ibu mandikan, cebokkan, susukan.. Hari ni dia dah pandai sengih sikit bila kena agah. Tak sangka wey! Dari hari pertama memang I sangat seram nak pegang nak dodoikan dan nak burp kan. Kecik halus kate Opah dan Tok Wan hehehehe. Hari ni dah sedap sikit nak gomoi. Tangan dan kaki dah kuat. Dulu I takut sangat anak ni demam ke batuk ke dia, selsema ke. Rupanya tu adalah tanda dia sedang matangkan organ dalaman dia. 

Dekat sini I nak share pengalaman I dengan Juah selama sebulan pertama ni. Kot-kot ada yang curious kenapa bayi baru lahir buat this and that :
  • Bersin ketika sejuk - Setakat ni Baby memang bersin bila lepas mandi. Atau waktu malam dalam bilik air-cond memang akan bersin dalam 2 kali lepas tu muka dia puas. 
  • Dah masuk 4oz susu - Minggu pertama hanya 1oz saja... masuk minggu kedua ketiga makin naik oz yang Baby minum. Maka, diawal ni pakailah botol yang 2 oz saja sebab baby tak minum sekaligus, depa minum sikit-sikit. Lepas tu burp kan dulu, kemudian bagi balik.
  • Bayi kuning (jaundice) - Alhamdulillah Baby tak jaundice, normal semuanya. Formula yang I buat ialah, setiap 2 jam buat susu dan kejutkan untuk disusukan. Kerap tukar diapers untuk kita check tahap kuning dekat najis dan air kencing. 
  • Diapers - Setakat ni yang sesuai dengan Baby ialah Drypers dan Mamy Poko. Takde rashes, ngam-ngam dan penyerapannya I puas hati. 
  • Susu Formula - Masa kelahiran, hospital dah berikan Anmum Infacare, pandai-pandai I balik rumah tukar ke Dulac sebab Anmum tu takde stok. Sekali keras lahhh poo poo nye~ Kesian tengok muka dia masa meneran tu T__T tak lama pun I pakai Dulac, terus tukar ke Anmum balik. Alhamdulillah.....!
  • Menangis tanpa henti seperti didera Ibu - Hahahaha! Yang ni kena tahan sikit lah. Baby lain ada waktu dia tersendiri. Tapi Baby I, waktu tangisan ialah 12.30 am onward membawa ke sahur. Astaghfirullah, macam kena dera dah baby. Sampai auntie sebelah rumah tanye why u tak pujuk u punye daughter. Hoih! Kalau malam-malam Baby menangis memang I standby dah diapers, minyak telon, barut untuk tenangkan baby... Kalau perlu, bedunglah. 
  • Ruam - Baby memang banyak ruam keliling lehernya. Susu dah panas, cuaca pun dah panas. Elakkan baju berlapis ye. I pakaikan baju lubang-lubang je..
  • Muak @ Muntah - I dah refer pada doktor, muak adalah normal sebab dia ada susu masam dalam perutnya dan Baby akan muntahkan. Yang penting lepas susu kena burp kan. Ingat tau, KENA BURP KAN. Rajin-rajin tukarkan baju baby ye, baunye mak ooiiihhh~ 
  • Mandi - Masa dalam 2 minggu, Baby akan redha masa dimandikan. Lepas tu, akal dia lebih sikit sebab sel otak dah berhubung. Kalau terlentang dan kita basuh kepala dia memang dia gayat menangis nanti. Bila dah terlangkup untuk basuh badan, baru ok. 
  • Bedak baby - Letak dekat baju tau jangan direct pada kulit baby...
  • Puting - Kalau Baby meraung memang I bagi kan puting. Tapi kena aware sikit. Masa mula-mula penggunaan puting Baby jadi confuse benda yang dia hisap tu kuar susu ke tak. Selalu Baby tersedak masa hisap botol susu... 
  • Cucuk sebulan - Alhamdulillah tak meraung. Sikit je nangisnya. Sebulan ni cucuk Hepatitis B, mungkin tak demam sebab dos kedua. Kebiasaannya akan demam kalau cucuk dos pertama.
  • Keluar berjalan - Setakat ni adalah hanya dalam beberapa kali saja I bawak Baby betul-betul keluar. Bukak posa sekali, klinik 3 kali. Yang lain hanya dari rumah ke rumah PIL tu je... Kalau boleh kurangkan, sekarang macam-macam virus.. I risau...
Itulah serba sedikit yang I dapat kongsikan pasal Juah. Semuanya ok sangat-sangat. Kecuali yang berjaga malam menangis macam kena dera tu. Allah je yang tau perasaan I memula dapat rasa benda macam tu. Sakit ke dia? Demam ke dia? Pening kepala ke? Hahahahaha rupanya normal... Orang baru tengok dunia, dalam proses nak kenal dunia le kan... Now Ibu dah faham ye B...

Tu saja nak report pada entri kali ni. Akan bersambung lagi bulan depan pulak :) 

SELAMAT HARI RAYA!


Juah @ 33 days old - tidur mulut ternganga masuk lalat kang baru tau

Wednesday, June 29, 2016

Timeline Facebook Di Pagi Raya

Macam yang kita biasa tengok, setiap pagi raya confirm la timeline penuh dengan update dari kawan-kawan. Berbaju raya, bersalaman, melantak dan gambar lompat hahahaha ni macam I je! Traffic memang busy la dekat timeline Facebook. pantang refresh mesti u all akan nampak benda baru je. Antara yang akan berleluasa di pagi raya nanti ialah :

BAJU RAYA CANTIK-CANTIK

Berwarna warni chu ols! Semua duk posing senget lah, tegak lah, bebuat tak pandang kamera lah. Nak tunjuk baju, jubah, tudung, songkok, kopiah, samping dan kasut raya yang cuns meletops. Ada jugak yang posing sedondon sekeluarga, ada yang color block terus, ada yang colorful. Your family, your choice. Kita nantikan sesama ye muehehehehe. Pehtu nanti kita akan dapat baca komen, "wow, baju u brand ehem ehem lah sama ngan kazen I nye baju" wiwiwiwiwiwi!~

GAMBAR KELUARGA

Selain dari bebaju cantik berwarna-warni, kita akan tengok sesetengah keluarga mengupah photographer di pagi raya semata nak dapat gambar paling hebat dan cantik tau. Sesetengah pulak mengambil langkah mudah, bawak anak beranak terus ke kedai gambar cina untuk feeling gambar dalam studio. Tujuannya satu, nanti boleh print out dan gantung di dinding ikut tahun dan penambahan ahli keluarga. 

STATUS MINTAK AMPUN MAAF HALAL MAKAN MINUM

Ye panjang sekali status yang akan berleluasa di timeline ye. Semuanya untuk minta maaf, salam lebaran dan juga halal segalanya. Yang mak ayah ade dalam friends list Facebook tu I dapat maafkan u all zahir batin :D yang mak ayah memang bukan kaki social network camne depa baca hihihihi. Sorry, cuma fikir logic mungkin dia nak menyatakan kekesalannya atas setahun punya dosa. Layannnnnnn~

GAMBAR BERSALAMAN SELURUH KELUARGA

Ayah salam Atuk dan Neneknya. Mak salam Ayah dan Atuk Nenek. Abang Long dan Kak Long Salam Ayah Mak Atuk Nenek. Anak-anak Abang Long dan Kak Long salam Mak Ayahnya dan Atuk Nenek dan Moyang dan so on... Teruskan sehingga ke adik Ayah yang ke-12 bersama anak seramai 8 orang. I perhati je, kadang tu sampai 65 gambar di upload dan tag seluruh family. Hihihi. Jangan masa salam tu je insaf tau. Pastu Mak kau suruh basuh pinggan kau derhaka balik. Muahahaha.

LAPORAN KESESAKAN LALU LINTAS

Ini pun biasa berlaku. Banyak laporan kesesakan akan disiar langsung. Bagi I, ianya memudahkan lah. Kalau ada kemalangan ke, jambatan runtuh ke pokok tumbang ke at least kita leh retour la perjalanan tu kan. Terima kasih atas keprihatinan pengguna jalan raya yang memudahkan kita semua. Ini barulah social network. 

SEMBAHYANG RAYA

Alhamdulillah... Ada yang berkesempatan mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri @ Sembahyang Raya. Tapi dibawa juga peel masa bulan Romadhon post gambor yang : done iftar, done tarawikh, done sahur, done dhuha semuanya done tu. Kali ni, done semayang raya bersama keluarga tercinta, marilah kita makan meraikan Aidilfitri :) Kite tak kate pun kalau awak tak sembahyang raya tu sebab awak bangun lambat jam 10 pagi muahahahahahaha!

JEJAK KASIH

Time raya ni lah jumpa balik kawan lama, ex-boipren, ex-gepren, ex-crush, geng ponteng sekolah. macam-macam kategori jejak kasih akan kita baca di timeline. Itu tandanya Allah sayangkan umatnya, dan dipanjangkan umur untuk berjumpa dan saling memaafi sesama sendiri. Maklumlah, waktu raya baru nampak muka kita dekat surau dalam kampung. Sambil bertanya khabar, sambil tu ada yang siap upload dan tag kawan-kawan lama yang lain. Kalau yang jumpa bekas pakwe makwe tu janganlah kau lurus sangat caption terjumpa ex aku, comot dah dia sekarang wakakakaka.

ASAL USUL

Kalau kita nak buat siasatan, awek hot dengan pakwe macho tu asal usul nye dari mana, waktu ni lah! Jangan lupa add as friend dulu. Time ni lah dia balik kampung dan dekat location akan mention : Seremban ke Jerantut ke Kota Tinggi ke. Kalau dedekat boleh lah bebuat nak datang raya cewahhhh!

BEKERJA DI HARI RAYA

Ini lah status atau gambar paling mendatangkan kesan dalam hati I. Samada diri sendiri atau pasangan yang kena bekerja di hari raya pertama dan kedua. Demi tuntutan tugas, perlu jugak bekerja di hari cuti tapi promise dulu! Jangan post gambor sambil buat caption sesedih hahahaha I ni cepat touching :D Bukan apa, sebab laki sendiri pun kena bekerja di hari raya kali ni huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!~ Malam mantai sape nak tolong I buat keje umah........!

Walau apa pun yang kita publish dan post pada hari raya nanti, kita ingat-ingatlah sesama insan yang lebih memerlukan, yang menyambut Aidilfitri dalam keadaan serba kekurangan dan mengharap ihsan orang lain. Dalam keseronokan kita, ada yang bersedih, keluarga dilanda musibah, keadaan kesihatan yang merosot dan lain-lain lagi.

Lagi satu nak pesan, yang ada haiwan peliharaan tu, jaga elok-elok tau. Kalau nak hantar hotel pun make sure hotel yang diyakini. Vaksin kan dulu, macam-macam penyakit ada dalam tu nanti. Jangan buang merata-rata ye, Kebersihan rumah pun penting jugak sebab orang datang beraya nanti siap nak makan-makan. Kadang tu, ada tetamu kita yang allergic ke apa ke. Moga dipermudahkan ye :)

Dikesempatan ini I, suami dan anak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. 0-0 ye :) Semoga lebaran ini membawa seribu kemanisan dan diberkati Allah selalu. Inshaa Allah, Aminnn...

Monday, June 27, 2016

Pandainye Ayah!

Entri khas Father's Day lah sangat. Muahahaha! Ape pun I nak rakamkan setinggi ucapan penghargaan buat Sayang yang berjaya mengambil hati I dan anak mihmihmih! Tak sangka ye, pandai jugak Sayang buat surprise macam tu.

Alkisah, berhari-hari I dengan Mama kehulu kehilir sebab sibuk nak carikkan barangan untuk Baby. Dari Seremban ke KL. Bukan apa, nanti waktu raya takkan nak letak cot besar dekat hall rumah kan. Dengan tetamu lagi, dengan ruang tak berapa nak luar lagi. I pun pikirkan alternatif lain untuk letak Baby dalam bouncer supaya Baby pun sentiasa terhayun dan sedap tidur walaupun dalam keadaan ramai orang, Hihihihi.

Last, semalam I terus ke Tesco Seremban Jaya untuk survey lah kononnya sebelum nak make up mind beli yang mana satu idaman kalbu. Kalau ikutkan, ada juga I survey di Lazada lah, peniaga online lah, Carousell pun ada, Mudah pun ada. Maklumlah dengan Bulan Ramadhan yang mulia ni lagi mana nak berbuka puasa, nak tadarus semua, masa terhad sangat. Bila masa terhad, I pun mulalah stress (hihihihi, sorry Yang!) agaknya I membebel tu yang dia rimas. Alaaaaa nanti raya kena mintak mahap ni.

Balik je dari Tesco semalam, tunggu Sayang balik berdebor rasa. Tah apa rupa lah bouncer Baby ni. Harapnya eloklah rupa. Katanya beli dekat Lazada. I lagilah panas hati. Kalau beli online bilanya nak sampai Seremban?! 29hb last boleh hantar melalui Poslaju. Eh, tahlah...! Sampai je Sayang dekat rumah terus dia carry something yang sweet sangat. Hahahaha! Rupanya dia gigih beli dekat Aeon Seremban 2! Mati-mati I ingat beli online. Chet!

I love you lah, Sayang!
Brand Sweet Cherry sahaja.. Murah sekarang dekat Aeon Seremban 2 tengah sale sekarang tau...
Terima kasih Sayang, menepati citarasa bini u yang cerewet macam cacing kerawet ni. Walaupun pada asalnya I dah target satu cot yang boleh membuai-buai tu, tapi Sayang dah beli bouncer yang cantik ni seribu rahmat sangat. Alhamdulillah, rezeki Baby ibu, Juah ibu, manja ibu, intan payung ibu. Haaa! Amik semua hahahaha.

Untuk yang nak cari baby bouncer ke baby rocker ke silalah ke Pasaraya Aeon sebab Sayang kata sekarang tengah SALE. Tak tau murah macam mana. Tapi, bouncer di atas adalah affordable sangat untuk I suami isteri. Alhamdulillah sekali lagi...

Oh ye, hari ni Baby dah 31 hari. Cepatnya masa berlalu....

Juah ibu ni... sekarang dah motak ye, ini gambo masa Day-16