Nuffnang Ads

Tuesday, November 11, 2014

Ipoh Mali - Day 1

Selain dari menghadiri perkahwinan sepupu, kami sekeluarga mengambil BANYAK kesempatan jugak untuk jalan-jalan cari makan Samani's style. Hehehehe haruslah makan-makan kalau tak makan nanti stress pulak :D Syok wo! Kenyang, padat dan ketat perut dibuatnya. Alhamdulillah.... Apa pun, sekali lagi terima kasih kepada Waze yang berjaya memandu arah kepada kami. 

JUMAAT - 07.11.2014

I bercuti! Yay! Kononnya awal pagi dah nak bergerak... Tunggu Mamat Today memang tak dapatlah awal kan. Dalam 10.30 am jugak Mama dan Adik sampai di Kelisa untuk jemput I di rumah kemudian barulah ke taman sebelah untuk jemput Acu dan Sonny. Alhamdulillah perjalanan seperti biasa dan Adik bawak laju gilos!
Dapat jugak I capture gambo ni! Phew~
Dalam jam 2.30 pm kami sampai di Ipoh dan terus lunch dengan Nasi Ganja! Bukan main high la lepas tu kan hahaha. Bukan high apa pun, high sebab perut dah terlampau kenyang. Sendawanya berapa kali tah hahaha. Pedas! Tapi sedap... sebab ayam goreng, macam biasa laaa. Takde gambar sebab masa tu crowded dan lapar sangat. Tapi bolehlah tengok dekat sini. Kalau teringin nak rasa Nasi Ganja boleh ke alamat ni :

Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan
2, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak

Lepas tu kami terus ke Hotel Manjoi Inn dan kali ni Pakcik Lan jadi GPS la ikut belakang dia je. Rate ok, bilik ok, sekadar tidur satu malam, takde masalah sangat bagi kami. Sekadar 2 bilik dan 1 extra mattress. Hotel yang tersangat dekat dengan lokasi majlis pernikahan dan persandingan. Kiranya macam naik motor pun tak payah pakai helmet. Kalau tetiba kome semua ke Manjoi dan takde penginapan bolehlah terus ke :

No.17, Kompleks PKNP,
Jalan Pasar, Kg. Sg Tapah Tambahan
30020 Ipoh, Perak
Welkam to Manjoi!
Lepas dah luruskan kaki dengan tangan sekejap, kami bersiap untuk ke majlis pernikahan Wawa dan Benos. Jam 5.00 pm kami sampai di Surau Al-Ikhlasiah, Kampung Manjoi Baru dan upacara pernikahan sedang berlangsung. Sempat jugak I berlaga pipi dengan Ieda Ipoh, kawan lama dari Forum HA. Tengkiu Ieda sayang! Sebab sudi jugak singgah walaupun sekejap je dapat berkongsi cerita. Hihi! Ok back to the main story, sekitar jam 5.35 pm macam tu, Wawa dan Benos selamat dinikahkan. Congrats korang! Welkam to The Laili's untuk Benos. Lepas tu, kitorang terus makan-makan dan berdesup ke Mydin Manjoi, macam dekat Seremban takde Mydin kan hahahaha.
Hoyoh hoyoh hoyoh! Dah  boleh kish2 haha!
Auntie Yatie (Mak pengantin) - Acu - Mama
Balik dari Mydin, lepak-lepak kejap dekat bilik. Jam 10.00 pm terus bersiap semula untuk keluar. Kali ni ke tempat makan special yang pernah keluar dalam Jalan Jalan Cari Makan. Confirm rasa nak datang lagi! Penggemar ketam, udang, sotong bolehlah serbu kedai Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja yang terletak di :

No.51, Lorong Sg.Choh,
Taman Tg. Perdana, Ulu Kinta,
Tanjung Rambutan,
31150 Ipoh, Perak

Sila ke entri Jemput Makan : Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja untuk gambar dan review makanan di sana ye. Sedap!

My only brother - Adik :)
Bila gambar rotate macam ni lah kesannya 
Ok perjalanan kami berakhir dengan jari I terluka dek makan ketam sampai jari sendiri pun kena calar balar huaaaaaaaaaa! Lepas tengah malam jugak kami sampai di bilik. Hehehe sekali-sekala. 

No comments:

Post a Comment