Rasa nak berenang atas Toblerone! Itulah ayat pertama nak memulakan pengalaman dan review Kursus P&K pada kali ini. Bukannya nak menerapkan ilmu dalam kepala, nak berenang dalam cokelat pulak dia ye. This is our journey :
13.11.2014 - Khamis
10.30 pm : Bertolak dari Wisma Negeri, Seremban
Tak sempat ambik group photo! Sedihhhh! |
Keadaan ballroom sebelum huru hara. Sebabnya malam tu ada games. |
Setiap staff dapat ni untuk cabutan bertuah... Dan, malam tu jugak I habiskan! |
Kemain kan dapat barangan dari Langkawi. Cewah2! |
5.30 am : Tiba di R&R Gurun dan siap bersarapan
8.00 am : Tiba di Jeti Kuala Perlis dan bersedia untuk menaiki feri
9.30 am : Bertolak dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi
11.00 am : Tiba di Pulau Langkawi dan terus ke De Baron Resort
12.30 pm : Makan tengahari di hotel
3.00 pm : Baru dapat check in masuk bilik. I sebilik dengan Kak Midah
4.00 pm : Kursus dimulakan
7.00 pm : Kursus tamat dan bersiap sedia untuk Majlis Makan Malam Bersama Pengarah
8.30 pm : Bermulanya acara makan malam, sesi menyerahkan cenderamata, games dan karaoke
11.30 pm : Time to sleep! Acara tamat dan terus pulang ke bilik masing-masing
Best sangat tempat ni. Looking forward to come here again. |
Semua ni tengah hulur jari nak bagi ikan pancut air haha neves ek! |
9.00 am : Bertolak menaiki bas untuk lawatan sekitar Pulau Langkawi
9.15 am : Tiba di destinasi pertama, Dataran Lang dan bertolak selepas sudah bergambar
10.00 am : Tiba di Kilim Geoforest Park, membuat lawatan di sekitarnya dan beberapa aktiviti
12.30 pm : Bertolak ke Padang Mat Sirat untuk makan tengahari di Jom Ikan Bakar
1.00 pm : Singgah di Kilang Gamat dan kedai menjual kain batik
3.00 pm : Tiba di Pasaraya Billion, Kuah untuk sesi mengoyakkan poket masing-masing
4.30 pm : Tiba di Idaman Suri untuk membeli belah selama 30 minit.
5.30 pm : Tiba di Kompleks Haji Ismail Group sebelum pulang semula ke hotel untuk makan malam
7.00 pm : Tiba di hotel untuk makan malam sebelum acara bebas pada malamnya
8.30 pm : Berjalan kaki dari hotel ke pasar malam di Bazaar Pandak Mayah
10.30 pm : Berhimpit menaiki kereta dan terus ke Pantai Cenang
11.30 pm : Meneruskan perjalan pulang semula ke hotel selepas selesai bergambar dan supper di Pantai Cenang
16.11.2014 - Ahad
Amboi comelnya Amani... beliau sangat tak sabar nak balik haha |
8.30 am : Menaiki bas untuk ke jeti
10.00 am : Meninggalkan Pulau Langkawi dengan 1001 memori
12.00 pm : Meneruskan perjalan ke Padang Besar, Perlis
12.30 pm : Tiba di Restoran Tok Mek untuk makan tengahari dan sangat tidak berbaloi
2.00 pm : Tiba di Padang Besar dan lagi sekali, poket pun bocor....
3.30 pm : Bertolak pulang ke Seremban
17.11.2014 - Isnin
2.30 am : Tiba di Wisma Negeri, Seremban
9.30 am : Kerja! Hahahahaha
So far, perjalanan memang lancar dan tepat pada masanya. Kecuali pada waktu balik tu tak dapat elak kan singgah sana sini. Bas pun ok, taklah sesak sangat dengan barang yang dibeli. Cuma pesanan untuk pelancong macam kami yang menggunakan khidmat kargo di Jeti Kuah, perlu berhati-hati. Mungkin sebab kami beramai-ramai dan senang ditipu bila bilangan barangan yang banyak macam tu.
De Baron Resort pun best hotelnya, bolehlah duduk di sini ye untuk yang mampu. Kalau nak cari yang lebih bajet, ada juga rangkaian Baron ni. Search je, mesti jumpa. Hotelnya selesa dan makanannya pun boleh tahan. Cuma yang agak frust sebab I lambat check in kerana masalah bilik belum sedia. Maklumlah datang ramai-ramai macam tu la.. Hotel ni dekat dengan Rams dan Bazaar Pandak Mayah, dimana terletaknya beberapa rangkaian HIG. Dekat dan mudah, tak payah sesat-sesat sebab betul dalam pekan Kuah.
Makanan di Jom Ikan Bakar pulak memang banyak, sedap dan murah. Masa kami tiba, dah ada beberapa buah bas jugak. Tempatnya besar dan harganya berbaloi. Bulan Januari nanti I akan ke sini lagi. Untuk makanan di Restoran Tok Mek yang kami singgah semasa dalam perjalanan ke Padang Besar, bagi I, amat tak berbaloi dan berganda bezanya dengan Jom Ikan Bakar.
Itu saja review untuk kursus sambil melancong ini. Keseluruhannya, kalau muda mudi dan kuat belaka, dipersilakan naik bas dan feri untuk ke Pulau Langkawi. Nak memudahkan lagi perjalanan, naik kapal terbang adalah lebih selesa. Kalau nak beli pressure cooker dan pemanggang ajaib bolehlah kirim sesiapa nak ke Pulau Langkawi. Murah wo! Ok tu je, sebelum mencecer panjang lagi. Bai!
No comments:
Post a Comment