Nuffnang Ads

Tuesday, November 11, 2014

Jemput Makan : Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja

Pertama kali ternampak kedai ni dalam Jalan Jalan Cari Makan yang memaparkan tentang kedai makan di negeri-negeri seluruh Malaysia. Sebagai penggemar seafood memang I terus excited bila tengok kedai ni. Geram tengok udang dan ketam yang besor-besor belaka tu. Gulp! Kali ni I cuma nak review makanan yang kami sekeluarga makan. 
Menu! Memang sempoiii lah
Sebelum tu, nak bagitau direction ke kedai ni senang je. Mula-mula sila search dekat Waze nama kedai ni. Kalau nak jimat data dan bateri telefon, sila cari The Lost World of Tambun sebab ianya atas lagi dari situ. Tak pun, nak senang terus cari jalan ke Tanjung Rambutan. Dekat area sana dah boleh mulakan perjalanan dengan Waze

Muka dah mengantuk, tapi I paksa jugak makan sini hahahahaha
Masuk aje kedai terus nampak banner JJCM, ok betul! Walaupun jam dah hampir ke 11.00 pm tapi orang tetap ramai. Ada yang datang dari sekitar Perak dan ada jugak yang datang dari luar. Dah famous takkan taknak cuba rasa kan. Hihihi. Paling best, dapat pelayan yang penyabar dengan kami yang hati tak tetap nak order itu ini. Tengs dik, akak memang suka orang penyabar ni. Dan menu kami ialah :

NASI GORENG UDANG DAN KETAM

Nasi goreng disediakan dengan seekor ketam dan BANYAK udang! Tak silap I ada baca menu, udang pun pelbagai, udang galah la udang laut la udang biasa la. Udang kering takde ye jangan buat lawak. Hah! Tengok gambar ni, menggiurkan!

Nampak tak ketam tu senyum. Gulp!
NASI GORENG SEAFOOD

Nasi goreng disediakan dengan udang dan sotong yang BANYAK jugak. Bila makan tu, nasi dah habis, udang dengan sotong berlambak lagi. Hahaha.

Berlambak-lambak 'aweh'nye dari nasi haha
NASI GORENG UDANG

Nasi goreng disediakan dengan udang yang BANYAK. Nama pun ada udang je, confirm la banyak kan... Dalam gambar di bawah tu, selak-selak nasik ade udang besor-besor lagi. Sama jugak, nasik dah habis, udang belum setel kunyah tapi ada je dalam pinggan lagi.

I tengok Adik tak habis-habis ngopek udang. Lenkali bagi Kakak! Kejap je setel haha
MEE UDANG DAN KETAM

Mee gorang basah ke mee hailam I pun tak pasti tapi disediakan dengan udang dan ketam. Ketam dalam mee ni senang dikopek dan lembut sebab terendam dalam mee. Kalau nasi goreng tadi ketamnya agak keras sikit. Tapi sama je sedap!

Ya Allah... Ketam tu tersenyum lagi dekat I!
KUETIAW GORENG UDANG

Kuetiaw ni banyak udang. Senang cerita, puas makan udang lagi dari kuetiaw. Hahahaha rugi betul Sonny tak makan, kami bungkus bawak balik ke Manjoi dan esok paginya breakfast kuetiaw dengan udang besar u ols! 

Rogi ar Sonny tak makan. Takpe, kami dah makankan :D
AIR SNOW WHITE

Airnya ialah soya bean dan diletakkan aiskrim vanilla. Jadilah white je semuanya ye. I tak rasa pun tapi nampak tempting jugak ni!
Acu dengan cubaan nak jadi Princess dengan order air ni
AIR MILO 

Specialnya air Milo ni ada aiskrim dan ditabur pulak dengan milo lagi. Puas!! Oleh kerana I buat cabaran sendiri maka Adik minum air ni dengan berlagaknya! Arghhhhh~

I pandang atas bawah je air ni. Nasib I diet! 
Jangan risau nak makan ketam sebab walaupun tak diketuk tapi mereka memang sediakan pengepit ketam. Tong sampah jugak disediakan di setiap meja untuk memastikan sampah seafood macam kulit ketam dan udang tak bersepah. Ok jugak konsep ni, bagi I, sebab memudahkan pelanggan macam I ni yang tak berapa suka sampah diletakkan dalam satu pinggan yang sama dengan makanan. 

Yang bunga-bunga ni tong sampah tau
Pengepit. Tapi I tetap tak reti guna. Kena Mama dan Adik jugak yang kopekkan 
Kesimpulan dari apa yang I makan disini, memang confirm I akan datang lagi ke kedai ni dan akan dimasukkan dalam kategori WAJIB PERGI kalau lalu lalang dekat sini. Bagi I penggemar seafood ni, I memang suka sangat. Ada lagi menu-menu yang menarik hati tapi sebab dah lewat malam tak boleh nak makan semua. I pasti akan datang lagi dengan Sayang pulak. Abislah gatal-gatal muka beliau nanti hahaha. 

Last sekali gambar yang I nak belanja... Mama tolong kopekkan ketam Samani. Yay!

2 comments:

  1. Nak tanya nasi goreng udang ketam tu berapa sepinggan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak... dah bertahun lupa dah harga hihihi sy pun lupa nk snap gambar resit.

      Delete