Nuffnang Ads

Wednesday, December 31, 2014

Ada Ke Azam 2015?

Dek sebab dah terlampau banyak sangat wishlists maka azam tahun depan iaitu 2015 adalah dimansuhkan. Sampai macam tu lah peel budaknye Samani ni ye. Seriously, I takde new resolution kecuali pada Maal Hijrah yang lepas, nak jadi isteri solehah aje. Yang lain, macam biasalah, nak itu nak ini, tiap hari ade je wishlist terbaru. Muahahaha!

Ok, tahun 2015 ni diharap I dapat jugak ambik lesen untuk PADI Open Water Dive. Kalau diikutkan, dah confirm nak ambil dekat Salang, Pulau Tioman. Tunggu je lah nanti dah bayar deposit baru boleh cerita sini dengan lebih lanjut. Eh kalau ada u all nak join nanti bolehlah pm I ye. Ade geng sikit. I memang, tiap aktiviti kalau boleh nak bawak sekampung. Tapi sekampung je yang taknak join hahaha sedih kan!

Ok last punye resolution, KURUS KURUS KURUS! Kenapa lah yang ni tak tercapai lagi ek hajatnya. Degil betul la bebudak lemak ni. Rotan jap gi kang. I nak kurus untuk fit dan TTC juga. Bukan saja-saja nak nampak cantik pakai kebaya ketat, ewwghhhhh! Macam tau je siapa hehehehehe. I nak fit sebab nak masuk sukan lagi tahun depan, kalau terpilih. Dan I nak TTC la of course, umur dah berapa. Kena berusaha dengan menurunkan berat dulu barulah proceed dengan prosedur lain. Perancangan teliti sangat kan?

Itu saja resolution yang I kena fokus untuk tahun 2015. Lain-lain takde. Takat sewing machine, Instax share printer dengan wet suit tu rasanya selagi tak dapat kot memang berazam akan dapatkan. Hahaha. Oklah, nak siap-siap nak pergi aerobic 3 jam malam ni. 

Jumpa lagi tahun depan!

2 comments: