Nuffnang Ads

Monday, March 16, 2015

Jemput Makan : 6 Corner, Senibong

Marvelous! I memang insan yang sukakan seafood. Bak kata orang, kena gout nanti tau lah! Ok, ini pertama kali I makan dekat sini. First time tau pun masa Lieya post gambar dekat Instagram. Fuh, tempting sangat gambarnya. Belum tengok gambar makanannya. Sabtu yang lepas, selesai menghadiri kenduri perkahwinan Misya, terus Sayang ajak dating. Hurmmmm lama gila tak berduaan tau. Selalu kalau lepak mana-mana mesti sekawan.

This is Senibong!
Kami tiba di Senibong betul-betul waktu makan malam, iaitu, selepas Maghrib. Ramai juga keluarga yang makan di sana sebab tempat letak kereta dah mula penuh. Mulanya kami tersilap jalan, terus ke restoran Cina. Bila pusing balik baru terjumpa. Kawasan letak kereta ada disediakan dengan bayaran RM2 sekali masuk.

Kawasan letak kereta ni luas lagi...
Sampai saja di sini, banyak restoran yang menyediakan makanan yang lazat-lazat belaka. I dan Sayang terus menuju ke 6 Corner. Walaupun Lieya cakap yang 6 Corner bukanlah di dalam top list untuk restoran disana. Dah terbabas, apakan daya hehehehe. Memang niat kami berdua tak mau makan pun ikan. Kami kesana untuk udang, sotong dan kerang! Hahahahaha. 

Nanti pelayan akan promote kedai diorang masing-masing hehehe
Disebabkan minimum adalah 300 gram setiap udang atau sotong, maka, I dan Sayang hanya memilih udang untuk dibuat Buttered Prawn dan Sotong Masak Cili. Bersama itu, ada juga makanan sampingan iaitu, Nasi Goreng Kampung, Nasi Putih, Telur Dadar bersama Sirap Ais dan Teh O Suam. Puas makan! Sebanya, kami berdua je. Makan pun tak lah berapa banyak... EHEM! Kehkehkeh. Serius la, memang kenyang sangat. Nasib baik tak order ikan 3 rasa ke stim lemon ke ape ke. Kalau tak, memang meletop perut.

Menikmati sangat keindahan malam hehe
Alhamdulillah, makan malam tepi laut kami berlangsung dengan baik. Makanan sedap, port pun sempoi. Tu belum masuk angin sepoi-sepoi dengan aktiviti suap menyuap tu. Awwwwww, romantik sangat! Makan malam itu berakhir dengan bil kami sebanyak RM62.00. Oklah kan! I ingatkan dalam RM100 ke. Sebab Nasi Goreng Kampung tu penuh dengan ayam dan udang. Penuh pulak tu sepinggan.

Nice!
Nasi Goreng Kampung ni sedap dan very rich dengan bahan-bahannya.
Terima kasih Allah, Kau kurniakan kasih sayang antara I dan suami. Kau berikan kami selera untuk kami makan dan merasai nikmat makanan yang sedap itu. Semoga ada lagi rezeki kami untuk kesini lagi, bersama keluarga, menikmati seafood yang fresh belaka.

The bill, ini je cukuplah makan berdua je...
Ops, sebelum balik, sempat jugak kitorang meronda di JOHO. Dengan Shukor sebagai guide kami, berjaya jugak ke kawasan yang macam uptown ni kalau I tak silap diorang panggil Pasar Karat, sorry orang Johor. I tak berapa familiar. Kalau salah tolong betulkan ye. Best! Sangat best dari uptown dan downtown hehehe up lebih ke sebab first time pergi ni I pun tak tau. Group busking dekat situ pun sedap suaranya. Ramai peminat tu. Dan on the way balik melalui highway, sempat jugak I snap gambar crown besar depan istana. Crown itu sangat wow! Kalau waktu siang, kilauan u ols!

Besar kawasan pasar ni!
Mata masing-masing dah rabak kan...
Selain dari Villa Nabila, ini je yang sempat kami lawati untuk day trip ni. Tak sempat nak berjalan jauh. Masa terhad. Huaaaaaa, patutnya duduk satu malam. Baru puas. Tape, ada masa kita pergi lagi.

In shaa Allah...

Nah, belanja gambar Villa Nabila satu hihihihihi


No comments:

Post a Comment