Nuffnang Ads

Tuesday, March 17, 2015

Sazzi's Pantry - Sup Ayam Simple

Untuk rakan-rakan yang kategori TAK RETI memasak langsung, macam I hehehe. Bolehlah cuba buat kalau-kalau takde bunjut sup atau serbuk sup dalam simpanan kita. Tak susah pun, boleh lah buat hirup-hirup. Lepas tu balas dengan sambal ke awwwwwww!

Bahan-bahan (untuk 2 orang punya makan je...) :

Ayam - 2 ketul ayam, potong-potong
Kentang - 1 biji, kalau kecik potonglah 2 biji, lepas potong terus rendam ye
Bawang besar yang sederhana - 1 labu
Bawang putih - 4 ke 5 ulas (ikut saiz), cincang
Halia - 1 inci cukuplah
Serbuk jintan manis - 1 1/2 sudu kecik (I pakai sudu KFC yang putih tu)
Serbuk jintan putih - 1 1/2 suduk kecik KFC jugak
Kayu manis - 1 batang je hehehe
Bunga lawang - 2 biji ke kuntum...?
Garam - secukup rasa aje, ikut sedap-sedap ye
Minyak masak
Air

Cara-cara :

Panaskan periuk, letakkan minyak sikit je sampai rata di permukaan periuk
 Lepas minyak dah panas, tumis bawang besar dan putih
Masukkan jintan manis dan jintan putih pulak dan kacau, kacau, kacau
Campakkan kayu manis dan bunga lawang dan kacau jugak
Dah macam naik bau tu bolehlah masukkan air ke dalam periuk
Tak payah tunggu mendidih, terus masukkan ayam dan kentang
Tunggu sampai mendidih dan kentang lembut...

SIAP!

Takde kentang, sebab dah habis. Melantak ayam je la :D

No comments:

Post a Comment