Segala aduan telah dipanjangkan pada hari kejadian kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui dalam talian. Diharap pihak bertanggungjawab akan mengambil maklum.
Pada 7/1/2015 (HARI RABU), saya telah mendapatkan rawatan di
KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 kerana masalah demam. Selepas ujian darah diambil,
doktor telah meminta saya membuat ujian darah FBC semula pada 8/1/2015 (HARI
KHAMIS) untuk ujian terpaksa dirahsiakan.
Saya telah hadir semula di KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 pada
HARI KHAMIS (8/1/2015) untuk tujuan mengambil darah. Saya difahamkan, untuk
bacaan keputusan darah adalah mengambil masa selama 2 bulan selepas darah
diambil kerana sample darah perlu dihantar di makmal di HOSPITAL TUANKU JAAFAR.
Petugas kaunter NO.26 telah memberi satu tarikh iaitu 4/3/2015 (HARI RABU)
untuk tujuan mengambil keputusan ujian darah.
Pada hari ini, 4/3/2015, saya telah hadir ke KLINIK
KESIHATAN SEREMBAN 2 untuk temujanji yang ditetapkan pada jam 10.00 pagi. Pada
jam 9.55 pagi saya telah mendaftar dan diarahkan ke KAUNTER NO.24 untuk
mengambil keputusan ujian darah sebelum ke Bilik 34 untuk bertemu dengan doktor
yang bertugas.
Malangnya, apabila saya sampai di KAUNTER 24,
petugas di kaunter telah membuat saya kecewa. KEPUTUSAN DARAH saya tiada
didalam rekod mereka walaupun setelah 2 bulan saya menunggu dan telah hadir
pada tarikh dan waktu yang ditetapkan di dalam kad temujanji. Petugas di
KAUNTER 24 telah mengajukan 2 soalan dengan nada yang tidak menyenangkan.
PETUGAS DI KAUNTER : BILA AMBIL DARAH? SEPATUTNYA AWAK TAHU
BILA TARIKH AWAK DATANG MENGAMBIL DARAH. PENTING TU.
SAYA : SAYA DAH CHECK BALIK DALAM DIARI SAYA YANG BETUL SAYA
DATANG PADA 8/1/2015 YANG LEPAS. DAN ADA TERCATAT DI DALAM KAD TEMUJANJI
SAYA...
PETUGAS DI KAUNTER : AMBIL DARAH UNTUK APA? SEPATUTNYA KENA
TAU UNTUK APA DARAH AWAK DIAMBIL. KENA TAU TU.
SAYA : DOKTOR YANG MERAWAT SAYA ADA CAKAP BERKENAAN NAK BUAT
UJIAN tuuuuuuuttttt. DALAM KAD RAWATAN TU ADA RESULT DARAH YANG SEBELUM NI SAYA
PERNAH BUAT DAN DOKTOR PUN ADA BUAT CATATAN DISITU.
PETUGAS DI KAUNTER : HURMMMM TAK ADA PUN KEPUTUSAN NI SAYA
DAH CARI DEKAT SINI PUN TAK ADA.
SAYA : TAKPE LAH KAK, SAYA DUDUK DULU YE AKAK CARI LA DULU..
PETUGAS DI KAUNTER : HA DUDUKLAH DULU, LAMA LAGI NI NAK
CARI.
Selepas saya duduk beberapa ketika, petugas di kaunter
tersebut telah memanggil nama saya dan dengan harapan saya sangkakan keputusan
saya telah ditemui. Malangnya masih tidak dijumpai. Beliau menyoal saya
berulang kali dengan soalan yang sama. Dan menyatakan tiada keputusan ujian
darah saya disana.
Saya telah diarahkan untuk hadir semula pada 10/3/2015 (HARI
SELASA) untuk mengambil semula keputusan darah saya. Dan, saya disuruh
menelefon dahulu KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2 untuk mengesahkan samada keputusan
ujian darah tersebut telah ada atau tidak dan doktor pakar hadir pada hari
berikut.
Saya seorang kakitangan Kerajaan dan bekerja di
dalam Daerah Seremban juga. Saya telah mengambil masa bekerja saya untuk
berjumpa dengan doktor dengan harapan akan diberikan time-slip untuk diberikan
pada majikan saya. Waktu bekerja saya amat berharga dan saya bukan keluar dari pejabat secara sesuka hati.
Diatas ialah petikan daripada aduan yang telah I buat berkenaan dengan perkhidmatan yang I terima dari KLINIK KESIHATAN SEREMBAN 2. Selepas beralku saja kejadian ni terus migrain kepala I. Bayangkan, selama 2 bulan I menunggu untuk dibacakan keputusan ujian darah tersebut. I juga terpaksa menghentikan urusan TTC untuk memastikan I dalam keadaan yang baik sebelum mempunyai zuriat sendiri.
Diharap pihak yang bertanggungjawab dengan permasalahan yang I hadapi ni memberi kerjasama dalam menyelesaikannya. Sampai ke hari ini, masih lagi sakit kepala I yang terpaksa menunggu sampai minggu depan...
Diharap pihak yang bertanggungjawab dengan permasalahan yang I hadapi ni memberi kerjasama dalam menyelesaikannya. Sampai ke hari ini, masih lagi sakit kepala I yang terpaksa menunggu sampai minggu depan...
melampau la perangai diorang ni,cam ne lah orang nak pi klinik kesihatan kerajaan kan
ReplyDeleteDoktor pakar dkt sana dah slow talk dengan I... ditanya lagi kenapa buat report pada KKM.. kalau tak report nanti SEMUA orang tak alert. Hurmmmmmm geram!
DeleteAlamak..sama la dgn kes anak sy ni. Sebulan tunggu result darah...4 jam tunggu turn, pastu result darah takde. Sakit jiwa dan raga..
Deletejangan kata KKM, jabatan lain pun mcm tu gak.. bila dh kena viral dlm fb, baru kalut call tnya kita itu ini.. siap marah nape g viral kan.. dah emel, call, g kaunter semua staf membatu je.. xde jln lain, viral je la.. pelanggan ssh korang x peduli, jabatan sndri susah nak marahkan pelanggan lak.. rasakan!
ReplyDelete