Nuffnang Ads

Saturday, April 23, 2016

Menjongket Ke Krabi, Thailand - HARI 4

Kepuasan!

Hari ni hari terakhir. Kami akan meneruskan sisa-sisa hidup yang bosan kembali di Malaysia. Workloads, bosses, datelines, assignments, meetings and a lots of phone calls to be answer are awaiting us. Gilalah, sekejap je 4 hari. Masa nak pergi bukan main macam-macam preparation. Tiba-tiba dah nak kena balik. Wuwuwuwuwu!~

Pagi terakhir di Ao Nang, kami breakfast di kedai semalamnya. Salameeyah. Selepas sarapan, terus ke Ao Nang Center Point untuk last kopek, beli beg untuk barang-barang yang telah diberanakkan malam tadi hehehehe.

Selesai berkemas kami berkumpul di lobby. Check out time untuk hotel di Krabi ialah 11.00 am. Tunggu Kecik bersiap untuk topup luggage flight nanti dan nak cari port untuk lunch. Sementara nak menunggu van sampai jam 2.30 pm nanti. Kak CT sempat explore dekat Ao Nang belah jeti nun. Macam-macam ada lagi rupanya. Sabar, next trip kita tau dah apa yang kita nak cari. Ececececehhh~

Benda ni dengan celup tepung kami tak explore lagi. Ada alasan, yes!
Alhamdulillah, jumpa juga kedai yang murah jugak di kawasan berhampiran kampung. Legaaaaa dapat duduk dalam aircond dan wifi laju macam ribut. Sebab dalam kedai tu kami je. Sementara menunggu lelaki-lelaki kami pulangkan motor sewa, kami memang lepak dalam kedai je. Tak mampu nak keluar berpanasan.

Nampak muka masing-masing
Udang halia - kerabu mangga - teh ais
Hari terakhir ni, Kecik dan Put jatuh sakit. Keduanya pening dan muntah dan sakit perut dan macam-macam. Bak kata Abang Rock, dah melantak banana pancake memang lah lawas hahaha. Tul gak tu. Lepas tu, sepanjang di Krabi kami memang minum banyak air buah. Ok lah kan. Tapi takut cherry berry je...

Sampai saja van di kedai makan tersebut, dah siap lelaki-lelaki kami load beg ke dalam van. Kita jangan sengaja melambatkan waktu pemandu van ye. Bagi mereka, masa itu emas. Kalau dah janji 2.30 pm, perlulah kita patuhi. Mereka pun bekerja. Kita mudahkan orang, kelak, orang mudahkan kita balik. 

Van balik agak selesa dari yang datang
Sampai di airport, terus check-in luggage sementara tunggu gate untuk kami dibuka. Terpaksa berebut kaunter dengan pelancong dari Hong Kong. Dahlah ramai, kerek pulak tu. Sabar jelah. Nasib baik dekat Siam. Dekat airport ni memang nampaklah sebenarnya ramai Malaysians. Yang datang dengan family ada, dengan kawan-kawan ada, dengan company trip ada, honeymoon pun ada macam we ols. Hehehe.

:D
Selagi gate belum bukakkk ye tak!
Usha pramugari Thailand ke ni hahaha
Ni balik bawak geng pulak..
Airport Krabi panas sangat. Silalah pakai pakaian yang sesuai. Tak macam airport KLIA 2 yang bolehlah dikatakan tak lencun kita dalam tu. Tapi jangan gelak tau, kita kena naik bas untuk ke kapal terbang hihihihi.

Naik bus jugakk. Actually, kalau berjalan pun memang dekat gilos!
Terima kasih Allah untuk percutian yang hebat ini dan Alhamdulillah untuk ujian I terima. Terima kasih kawan-kawan terutamanya Abang Rock yang tolong tukarkan duit THB dan buat research dari Malaysia sampailah kita ke Emerald Pool. Terima kasih Kecik belikan tiket flight masa dekat Panuba. Terima kasih yang lain-lain untuk moment indah sepanjang 4 hari. Terima kasih warga tempatan yang baik sangat dengan kamii selama berada di negara anda. Paling tak lupa Kak Nong. Kak Nong, kita ingat rumah akak dekat mana nanti kita datang melawat akak kalau panjang umur. Walaupun kami bercakap berlainan bahasa, tapi keikhlasan hati memudahkan komunikasi kami. 

Geng KAREKO, lepas ni trip kemana pulak kita ye? I need moreeeeee hahahahaha!

Rindu kat korang semua!

No comments:

Post a Comment