Pada 3 April 2016 hinggalah 6 April 2016 yang lepas, I dan segerombolan kengkawan telah ligat mengjongket sampai ke Krabi, Thailand. Syok wey! Tak sabar nak buat entri pasal percutian kali ni. Macam-macam cerita nak bagitau nih. Cuma, dalam kegembiraan tu ada jugaklah kesedihan yang menjadi pengajaran buat kami-kami semua.
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016, semua penjawat awam yang hendak memohon ke luar negara perlulah ada insurans yang akan melindungi pelbagai aspek kesihatan. Syarikat yang dilantik ialah Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Mudah saja nak memohonnya. Bagi jabatan atau kementerian lain, semuanya akan diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran kebiasaannya.. Namun, berbeza dengan jabatan kami, semuanya I uruskan sendiri daripada permohonan sehinggalah pembayaran dan penerimaan polisi dan Kad Perlindungan yang dikeluarkan oleh syarikat insurans.
Ini kad I. |
Lepas insurans ini dah selesai, barulah diisi Permohonan Keluar Negara untuk kelulusan Ketua Jabatan. Bukan apa, nampak remeh. Memang nampak terlampau remeh bagi sesetengah kita. Dengan harapan, takkan terjadi apa-apa ketika kita berurusan di luar negara. In case, kalau jadi apa-apa?? Ini lah keadaan yang sangat kita takut...
Percutian yang lepas memang mengajar I. Harga insurans yang dibeli hanyalah RM32 (mengikut bilangan hari dan negara yang dilawati) namun nilainya jika dibandingkan dengan apa yang kita terpaksa tanggung sangatlah besar. Bercakap mengenai kesihatan, kita pun takkan tau apa terjadi pada kita kan. Memang dah dinyatakan benefit yang akan diterima sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Sewaktu di Krabi, 2 orang sahabat kami telah ditimpa kemalangan. Bukan sedikit nilai yang terpaksa mereka tanggung dari segi kesakitan diri sendiri dan kenderaan yang disewa. Dari sinilah I nampak kepentingannya. Alhamdulillah, hanya kemalangan kecil kalau nak dibandingkan dengan kemalangan yang I dan Sayang alami setahun yang lepas. Walaupun begitu, kesannya sangat mendalam. Ye, kemana pun kita pergi, semua kos perubatan perlulah ditanggung sendiri dan bila pulang barulah dapat dibuat tuntutan. Pemeriksaan doktor saja dah memakan beratus Ringgit Malaysia.
Antara benefit yang diberikan... |
I bukan dari syarikat Insurans, I hanyalah salah seorang penjawat awam di Malaysia ini. Janganlah ambil remeh tentang hal kesihatan dan keselamatan. Selain dari menjaga keselamatan dan kesihatan, kita perlukan juga perlindungan. Semuanya bergantung pada diri masing-masing jugak. I cuma menyampaikan kegunaan dan kepentingan.
Diharap entri ni dapat membantu :)
No comments:
Post a Comment