Nuffnang Ads

Thursday, September 18, 2014

Perhentian 2014 : Hari 2 Yang Chill

Sequel lagi, dari Perhentian 2014 : Hari 1 Yang Penat memang memenatkan. Faktor usia dan faktor kesihatan diri. Dedua tidur macam hape je dah, nasib sempat charge bateri kamera dan telefon.

14/9/2014, Hari Ahad

6.00 am - celik je mata terus tengok jam, terkejut sebab dah pagi. Sesungguhnya kami memang tak makan malam tadi. Rekod la pergi bercuti tapi tidur 12 jam! Nasib baik perut kental. Kejap lagi belasah la breakfast ye. 

7.30 am - dah keluar berjalan tepi pantai sementara tunggu breakfast pada jam 8.00 am. Dengan mata bengkak sebab overslept, bestnye berjalan dapat cium bau air laut. Pagi tu memang kena isi perut sebab malam tak makan.

9.00 am - selesai breakfast terus bersiap untuk aktiviti trekking di Long Beach yang ada windmill tu. Bersiaplah pakai baju basah sebabnya dekat bawah jeti tu pun boleh snorkeling jugak. Perjalanan dari chalet ke Long Beach dekat je, perjalanan dari bawah ke atas memakan masa dalam 20 minit jugak tu. Tapi bila dah sampai di atas, Subhanallah! Memang cantiklah ciptaan Allah... Tak dapat lawan la pantai buatan manusia. Seluasnya mata memandang dan cuaca baik, tak hujan cuma mendung. Ok la kan, tak panas sangat.

Kami ke sini!
Sayangku :)
11.30 am - I dan Sayang menjadi orang pertama sampai ke bawah. I sempat berborak sekejap dengan akak dari rombongan yang sama pakej dengan kami. Sayang sempat snorkeling bawah jeti dan dapat capture gambar-gambar yang indah. Memang cantik!
Akuarium dari pandangan mata Sayang. Cantik!
12.30 pm - sampai di chalet semula I tak terus ke bilik, terus ke kafe untuk lunch. Lepas dah kenyang baru balik bilik untuk bersiap untuk snorkeling sesi petang pula. 

2.30 pm - kami semua bertolak ke Marine Park untuk snorkeling dan inilah tempat bersejarah untuk I. Tak disangka, bekas waterproof yang I beli dengan harga RM18 tu telah bocor dan merendamkan telefon kesayangan I. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Nangis tak berlagu jawabnya. Terus buntu otak I sekejap.. Selepas sejam, kami ke tempat terakhir untuk snorkeling. Sesudah habis semua aktiviti snorkeling, kami dibawa pula ke Lata Air Berani yang ada air bukit yang sejuk dan best. Sebelum balik ke chalet sempat la kami merakamkan gambar-gambar indah...
This is Marine Park! 
Disinilah kejadian tersebut, telepon ku direndam bagaikan sup! Huaaaa!
Tengok Rafael suka lettew siap buat peace
Destinasi terakhir kami pada hari ini
6.00 pm - Esok kan dah nak balik, I dan Sayang ambil kesempatan ni untuk berjalan ke sebelah Coral View Island Resort dan Perhentian Island Resort untuk bergambar. Konon-konon nak berjalan sampai makan malam disediakan tapi hari dah nak hujan, terpaksa juga balik bilik dulu sementara tunggu dinner.
Bukan main legam masing-masing
8.00 pm - hujan lebat! Kami meredah hujan untuk ke kafe. Selepas makan kenyang-kenyang, kami balik ke bilik untuk berkemas barang. Berdua, so, barang pun tak berapa banyak tapi bergaduh-gaduh jugak hahahaha! Jam 10.00 pm kami ke kafe balik untuk minum-minum air panas dan makan roti. Lepas tu baru balik tidur.
Bekas biru itulah puncanya :(
Belanja lagi satu gambar dari suamiku :)

Perhentian 2014 : Hari 1 Yang Penat

Sambungan dari Perhentian 2014 : The Beginning, ini ialah sequel kepadanya. Harus macam Lord Of The Ring la darlingssss.

13/9/2014, Hari Sabtu

10.00 am - I dapat panggilan dari pihak pengurusan Watercolours Chalet untuk arrange perjalanan kami ke chalet menaiki bot. Tunggu punya tunggu Nuin lambat sampai. Mujur I dan Sayang sempat makan pagi walaupun hanya Roti Canai. Kami satu bot dengan geng-geng diver. Bestnye tengok!

11.00 am - tiba dengan selamat di chalet. Disambut oleh staff chalet yang baik-baik belaka. Sampai je terus minum-minum sikit. Ada disediakan roti dan kaya, apa lagi, makanlah dulu. Lepas dah lepak-lepak sekejap, seorang staff dari chalet iaitu Mia telah memberikan briefing sikit pasal aktiviti sepanjang di pulau dan selepas faham, kunci bilik 103 dan 104 diberikan. Alhamdulillah...

12.30 pm - selepas puas berehat dalam bilik sekejap dan mandi manda mencuci apa yang patut, hahahaha, tibalah waktu lunch.

2.00 pm - kami antara yang terawal tiba di dewan untuk diberi penerangan berkenaan snorkeling dan untuk di agihkan safety jacket bersama mask dan snorkel. Bersama kami pada hari itu ada sekumpulan 30 orang lagi yang menyertai pakej.

Budak berdua ni pun dah ready hihi
2.30 pm - berangkat menaiki speedboat ke tempat pertama dan selepas sejam, berangkat ke tempat kedua pulak. Pulau Perhentian, memang cantiklah ikan-kan dan coralnya. Subhanallah.

Maafkan saya, Suami saya memang mengantuk dimana-mana hihihi
Perjalanan pulang, Rafael dah tumbang
5.00 pm - tiba di chalet semula untuk merehatkan diri dan bersiap makan malam.

6.00 pm - dah siap membersihkan diri memang niat hati nak tidur sekejap je sebab letih perjalanan yang jauh, last-last tertidur pulak sampai keesokan pagi! Sabar je lah... Dinner pun tah kemana. Halalkan je lah ye sebab terlampau letih.

Belanja lagi satu gambar hasil tangkapan kreatif suami I. Wiwiwiwiwiwi!

Perhentian 2014 : The Beginning

Sekadar ringkasan aktiviti.. I bet, memang jenuh nak baca dari day 1 sampai day 3 muahahaha. 

12/9/2014, Hari Jumaat

6.00 pm - Bertolak dari rumah. Thanx Mama mertua I yang baik hati sangat muah-muah menghantar kami ke Stesen Komuter Seremban

6.26 pm - Menaiki tren gerabak pendek KTM Komuter yang takde air-cond. Menangis ketiak, dahi dan celahan lipatan badan yang sewaktu dengannya

8.00 pm - tiba di Stesen Putra dan terus berjalan kaki ke Hentian Putra. Sampai je dekat Hentian Putra terus I dan Sayang dinner dulu. Mahal! Tapi terpaksa, kalau nak murah sila tapau dari rumah. Ayah pun datang untuk bagi bekalan Carrot Cake dengan air Milo. Love u, Ayah!

9.00 pm - bersiap ke tandas sebagai membuang bekalan pundi kencing dan bas masih belum ada. Sayang terus ke kaunter dan mereka telah memberi nombor pendaftaran bas iaitu DCM 7000.

9.40 pm - I dan Sayang menaiki bas dengan diiringi lambaian dari Ayah. Selepas semua dah berada di tempat duduk masing-masing, bas pun berlalu meninggalkan Hentian Putra

13/9/2014, Hari Sabtu

7.00 am - Perjalanan yang panjang iaitu selama 9 jam menempuh Gua Musang, Tanah Merah dan seterusnya ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat dengan cuaca yang baik. Kami turun disini dalam keadaan hari masih subuh. Ramai dah menanti dekat jeti untuk menaiki bot ke chalet masing-masing. Sementara menunggu wakil dari chalet untuk menghubungi kami, T-Cafe menjadi port makan pagi.

I rindukan handphone tuuuuuu!
Amboi gagahnya ahkak hahahaha

Wednesday, September 17, 2014

Perhentian 2014 : Sebuah Percutian Yang Indah

Windmill @ Long Beach
Mari kita mulakan dengan review dulu. Tak syok la kalau tiba-tiba terjah je kan. Macam-macam sangat I nak review ni. Daripada transportation sampailah ke makanan dan kudap-kudap. Maknanya, akan banyaklah tu kan post pasal getaway I kali ni. Bercuti excited, bercerita pun excited juga. Maklumlah pertama kali bercuti ke pulau dengan suami. Ecececehhhhhh!

1. PENGANGKUTAN

Pertama kali nak complaint berkenaan perkhidmatan tren Komuter yang tidak berhawa dingin yang I naiki pada 12/9/2014 jam 5.26 pm dari Stesen Seremban ke Putra, Memang tak dinafikan, ramai penumpang waktu tu dan ianya gerabak lama yang sikit saja. Rasa nak pitam dan pening betul kepala dengan bermacam aroma..

Sangat 5 bintang dengan perkhidmatan bas 2 tingkat Perdana Ekspress yang dinaiki dari Hentian Putra, KL ke Jeti Kuala Besut. Selesa yang amat dari segi tempat duduk, penghawa dingin dan pemandu yang sangat berhati-hati. Walaupun perjalanan kami selama 9 jam tapi tak terasa sangat.

Bas Transnasional untuk perjalanan dari Kuala Terengganu ke Seremban pula mengecewakan. Bas tiba lewat 1 jam 15 minit dan terpaksa berkongsi pula dengan penumpang ke Putrajaya dan Puchong. Paling tak best, terpaksa transit ke bas lain pulak bila kami diturunkan di Hentian Putra. Dengan keadaan bas yang menitik air air-cond di tempat duduk I iaitu FB dan FC, di hadapan sekali, di bahagian atas, memang menyedihkan. Kalau tau, baik ambil bas Perdana juga...

2. CHALET

Alhamdulillah! Baik semuanya. Dari pembawa bot sehinggalah yang menguruskan kami yang tak dapat tuala. Layanan dari pihak chalet sejak dari di jeti sampailah kami pulang amatlah best. Keseluruhan untuk chalet I berpuas hati kerana sesuai dengan bayaran. Keadaan chalet pun ok, tak teruk dan penjagaan agak baik. 

Bilik I sepatutnya untuk 4 orang tapi disebabkan I tinggal berdua, maka, bilik memang selesa gilos. Lengkaplah dengan air-cond dan kipas, shower dan sink dan plug untuk kegunaan barangan elektrik. Puaslah hati dengan keadaan depan bilik ada ruang kita sendiri dan ada kerusi. Kalau nak lepak-lepak pun best je.

Makanan chalet pun I berpuas hati, sangat ikut time dan boleh tahan sedapnya. Tapi kenapa buahnya tembikai huaaaaaa! Kesannya, sampai ke hari ni tekak I masih sakit. Waktu makan ialah 8 am, 12.30 pm dan 8.00 pm. Diantara waktu makan tu kalau lapar-lapar bolehlah ke kafe dan makan roti yang tersedia bersama kaya dan butter, sila sapu sendiri ye. Untuk air panas pun ada disediakan dan bolehlah buat sendiri teh o ke nescafe o ke atau ambil air suam. Jangan tak tau, sepanjang aktiviti snorkeling dan trekking pun disediakan roti dan kaya bersama air mineral dan air kotak. Ok lah tu kannn! Ok sangat!

3. AKTIVITI

Untuk pakej yang I ikut disediakan 2 kali snorkeling dan 1 kali trekking ke windmill di Long Beach, Perhentian Kecil. Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan lancar dan peralatan pun elok. Semuanya diuruskan dengan baik dan mudah untuk kami yang bawa baby ni. Tak menyusahkan langsung. Nak pergi bawa anak-anak memang boleh je, tak mau fikir susah ok. Ke kawasan Lata Berani pun best boleh mandi air bukit. Hihihi.

Di chalet, penggunaan kayak adalah percuma dan perlulah mendaftar dulu untuk ambil paddle tu. Untuk harga pakej yang kami pergi ni, sekali dengan mask & snorkel, safety jacket dan penggunaan alatan lain di chalet. Tapi, I dan Sayang tak sempat la nak berkayak. 

Selain dari tu, bolehlah bergambar dan beraktiviti sendiri dekat sana ye. Ada water taxi yang boleh bawa kita ke Long Beach ke atau ke Kampung Nelayan. Ada sedikit bayaran dan I tak berapa pasti berapa. Dan I ada dengar-dengar la kalau ke Long Beach pada waktu malam best sikit. Next trip ye baru kita redah.

Trip I dan Sayang memang best sangat. Lagi best dapat beli keropok lekor di Kuala Terengganu dan makan udang ikan kopok celup tepung. Alhamdulillah, semuanya lancar. Trip seterusnya akan berlangsung tahun depan, selepas pulau dibuka semula, dengan semangat sebagai diver pulak. Wahhhhhhh!

best! best! best!

Perhentian 2014 : Review SJ4000

Actually, I dan Sayang sambar jugak SJ4000 sebab nak tunggu GoPro lambat lagi. Duit kecemasan pun tak dapat menampung untuk beli GoPro tu dan kitorang decide untuk beli SJ4000 dengan tujuan nak ke pulau ni. Tapi, GoPro tetap jadi target utama. Nanti kan Mama nak pergi melawat Anyah. So...... Hahahahaha! Sangad tazabarnyeeeeee nak beli dari sana. Wiwiwiwiwiwi.

SJ4000 is totally superb! Untuk insan biasa-biasa aje macam I. Mereka-mereka yang extreme dengan gadget mungkin akan merasa banyak kekurangan dengan kamera ini. Bagi I, cukup dengan kebolehan nak tangkap dalam air, nak transfer pun senang, nak tangkap gambar pemandangan yang luas dan nak tangkap video dalam air sikit-sikit. Honestly, SJ40000 dah memadai.. Dengan harga yang sangat sangat sangat sangat sangat berpatutan. Itupun I tak beli SJ4000 yang ada wifi pun dah rasa best sangat!

Untuk kegunaan sekali sekala dan biasa-biasa je bolehlah... I mean, boleh sesangat dapatkan kamera ni. Kalau dekat seller online di Instagram I dah survey harganya dalam RM300 jugak la sebab sekali dengan memory card dan pole. Ala pole, yang kalerful untuk orang gemarkan selfie. I hanya beli di Lazada dengan harga RM239 berserta aksesori yang wajib sahaja. Sebabnya I dah ada pole kaler merah. Untuk memori pula I hanya guna Micro SD yang lama dulu-dulu dan berkapasiti 2G je. Kalau ikutkan dalam manual memang katanya kena guna at least 8G dan sehingga 32G tapi mana nak cari dalam masa suntuk???? Wang pun suntuk juge hahahaha.

I beli di Lazada pada hari Selasa lepas dan dua hari kemudiannya sampailah kamera aksi pertama dalam sejarah hidup I dan hari Jumaat terus dibawa ke pulau. Time tu lah nak godek dan belajar SEMUA pasal SJ4000 berpandukan manual yang disertakan. Alhamdulillah... Sekejap aje Sayang belajar dan boleh kami gunakan macam dah biasa pakai. Plastik yang cover lens dan screen masih utuh ditempatnya, sayang nak bukak woi!

Nah, I belanja 1 gambar untuk membuktikan yang betapa bestnya SJ4000 yang HD dan wide lens ni.

Gambar segar dari kamera. Cuma tambahkan watermark je