Nuffnang Ads

Wednesday, September 17, 2014

Perhentian 2014 : Sebuah Percutian Yang Indah

Windmill @ Long Beach
Mari kita mulakan dengan review dulu. Tak syok la kalau tiba-tiba terjah je kan. Macam-macam sangat I nak review ni. Daripada transportation sampailah ke makanan dan kudap-kudap. Maknanya, akan banyaklah tu kan post pasal getaway I kali ni. Bercuti excited, bercerita pun excited juga. Maklumlah pertama kali bercuti ke pulau dengan suami. Ecececehhhhhh!

1. PENGANGKUTAN

Pertama kali nak complaint berkenaan perkhidmatan tren Komuter yang tidak berhawa dingin yang I naiki pada 12/9/2014 jam 5.26 pm dari Stesen Seremban ke Putra, Memang tak dinafikan, ramai penumpang waktu tu dan ianya gerabak lama yang sikit saja. Rasa nak pitam dan pening betul kepala dengan bermacam aroma..

Sangat 5 bintang dengan perkhidmatan bas 2 tingkat Perdana Ekspress yang dinaiki dari Hentian Putra, KL ke Jeti Kuala Besut. Selesa yang amat dari segi tempat duduk, penghawa dingin dan pemandu yang sangat berhati-hati. Walaupun perjalanan kami selama 9 jam tapi tak terasa sangat.

Bas Transnasional untuk perjalanan dari Kuala Terengganu ke Seremban pula mengecewakan. Bas tiba lewat 1 jam 15 minit dan terpaksa berkongsi pula dengan penumpang ke Putrajaya dan Puchong. Paling tak best, terpaksa transit ke bas lain pulak bila kami diturunkan di Hentian Putra. Dengan keadaan bas yang menitik air air-cond di tempat duduk I iaitu FB dan FC, di hadapan sekali, di bahagian atas, memang menyedihkan. Kalau tau, baik ambil bas Perdana juga...

2. CHALET

Alhamdulillah! Baik semuanya. Dari pembawa bot sehinggalah yang menguruskan kami yang tak dapat tuala. Layanan dari pihak chalet sejak dari di jeti sampailah kami pulang amatlah best. Keseluruhan untuk chalet I berpuas hati kerana sesuai dengan bayaran. Keadaan chalet pun ok, tak teruk dan penjagaan agak baik. 

Bilik I sepatutnya untuk 4 orang tapi disebabkan I tinggal berdua, maka, bilik memang selesa gilos. Lengkaplah dengan air-cond dan kipas, shower dan sink dan plug untuk kegunaan barangan elektrik. Puaslah hati dengan keadaan depan bilik ada ruang kita sendiri dan ada kerusi. Kalau nak lepak-lepak pun best je.

Makanan chalet pun I berpuas hati, sangat ikut time dan boleh tahan sedapnya. Tapi kenapa buahnya tembikai huaaaaaa! Kesannya, sampai ke hari ni tekak I masih sakit. Waktu makan ialah 8 am, 12.30 pm dan 8.00 pm. Diantara waktu makan tu kalau lapar-lapar bolehlah ke kafe dan makan roti yang tersedia bersama kaya dan butter, sila sapu sendiri ye. Untuk air panas pun ada disediakan dan bolehlah buat sendiri teh o ke nescafe o ke atau ambil air suam. Jangan tak tau, sepanjang aktiviti snorkeling dan trekking pun disediakan roti dan kaya bersama air mineral dan air kotak. Ok lah tu kannn! Ok sangat!

3. AKTIVITI

Untuk pakej yang I ikut disediakan 2 kali snorkeling dan 1 kali trekking ke windmill di Long Beach, Perhentian Kecil. Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan lancar dan peralatan pun elok. Semuanya diuruskan dengan baik dan mudah untuk kami yang bawa baby ni. Tak menyusahkan langsung. Nak pergi bawa anak-anak memang boleh je, tak mau fikir susah ok. Ke kawasan Lata Berani pun best boleh mandi air bukit. Hihihi.

Di chalet, penggunaan kayak adalah percuma dan perlulah mendaftar dulu untuk ambil paddle tu. Untuk harga pakej yang kami pergi ni, sekali dengan mask & snorkel, safety jacket dan penggunaan alatan lain di chalet. Tapi, I dan Sayang tak sempat la nak berkayak. 

Selain dari tu, bolehlah bergambar dan beraktiviti sendiri dekat sana ye. Ada water taxi yang boleh bawa kita ke Long Beach ke atau ke Kampung Nelayan. Ada sedikit bayaran dan I tak berapa pasti berapa. Dan I ada dengar-dengar la kalau ke Long Beach pada waktu malam best sikit. Next trip ye baru kita redah.

Trip I dan Sayang memang best sangat. Lagi best dapat beli keropok lekor di Kuala Terengganu dan makan udang ikan kopok celup tepung. Alhamdulillah, semuanya lancar. Trip seterusnya akan berlangsung tahun depan, selepas pulau dibuka semula, dengan semangat sebagai diver pulak. Wahhhhhhh!

best! best! best!

No comments:

Post a Comment