13/9/2014, Hari Sabtu
10.00 am - I dapat panggilan dari pihak pengurusan
Watercolours Chalet untuk
arrange perjalanan kami ke chalet menaiki bot. Tunggu punya tunggu Nuin lambat sampai. Mujur I dan Sayang sempat makan pagi walaupun hanya
Roti Canai. Kami satu bot dengan geng-geng
diver. Bestnye tengok!
11.00 am - tiba dengan selamat di chalet. Disambut oleh
staff chalet yang baik-baik belaka. Sampai je terus minum-minum sikit. Ada disediakan roti dan kaya, apa lagi, makanlah dulu. Lepas dah lepak-lepak sekejap, seorang
staff dari chalet iaitu
Mia telah memberikan
briefing sikit pasal aktiviti sepanjang di pulau dan selepas faham, kunci bilik
103 dan
104 diberikan. Alhamdulillah...
12.30 pm - selepas puas berehat dalam bilik sekejap dan mandi manda mencuci apa yang patut, hahahaha, tibalah waktu lunch.
2.00 pm - kami antara yang terawal tiba di dewan untuk diberi penerangan berkenaan
snorkeling dan untuk di agihkan
safety jacket bersama
mask dan
snorkel. Bersama kami pada hari itu ada sekumpulan 30 orang lagi yang menyertai pakej.
|
Budak berdua ni pun dah ready hihi |
2.30 pm - berangkat menaiki
speedboat ke tempat pertama dan selepas sejam, berangkat ke tempat kedua pulak.
Pulau Perhentian, memang cantiklah ikan-kan dan
coralnya. Subhanallah.
|
Maafkan saya, Suami saya memang mengantuk dimana-mana hihihi |
|
Perjalanan pulang, Rafael dah tumbang |
5.00 pm - tiba di chalet semula untuk merehatkan diri dan bersiap makan malam.
6.00 pm - dah siap membersihkan diri memang niat hati nak tidur sekejap je sebab letih perjalanan yang jauh,
last-last tertidur pulak sampai keesokan pagi! Sabar je lah...
Dinner pun tah kemana. Halalkan je lah ye sebab terlampau letih.
|
Belanja lagi satu gambar hasil tangkapan kreatif suami I. Wiwiwiwiwiwi! |
No comments:
Post a Comment