Nak sangat! Nak sangat! Dalam perancangan. In shaa Allah, sebelum bertiga, berempat, berlima, berenam, bertujuh (AMINNN... YA RABBAL 'ALAMIN), akan I laksanakan wishlist yang satu ni. Dah lama kepingin. Tapi belum tercapai lagi. Dah lama discuss, dah lama kumpul duit tapi selalu habis je hahaha. Bukan apa, banyak sangat benda nak buat sampai tak menyempat-nyempat.
Kalau kawan-kawan lain taknak dive, I don't give a damn. Diorang punye pasal. Asalkan insan tak tau berenang ni gagah menyelam dalam laut melihat-lihat keindahan lautan. Cewah, dah tawan bukit 2,3 kali dah nak tawan lautan pulak. Semoga Allah permudahkan.
Memang ada survey dengan Sayang dan Radhi, tempat mana yang best. Sebab tu tengah cari tempat paling best untuk belajar dan ambik lesen dive tu. Ada kitorang survey dekat OU dan Mabul terus. Tapi macam tak mampu nak ke OU tu, apatah lagi Mabul. Sebab dalam perancangan, Mabul akan ditawan tahun depan. Ikut budget le. Tahun ni memang tak dapat la jep. Ada agenda lain dulu. Dah selesai barulah ke Mabul kita, weehuuu!~
Mengikut perancangan dalam RSVP hari tu, kitorang nak telan air masin dalam perancangannya pada bulan Jun tapi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan kitorang dah tukar ke bulan September pulak. Semoga kali ni menjadi la perancangan. Sebabnya ada salah faham sikit tu yang tak jadi pergi. Memang I akan setting elok-elok bagi semua akan merasa pergi ke pulau bersama I, selebriti terkenal masa kini, Puih!
Dekat FB memang ada satu group, Muslimah Divers. Alamak, macam segan je nak join. Dahlah baru-baru pastu baru teragak nak pegi masuk laut. Fura pulak memang dah join tapi tak pernah follow aktiviti diorang. Ni buat I lagi berkobar-kobar. Dalam hati meronta-ronta u! Gila tak best, macam gagah kot dapat bawak tong tu masuk laut, pastu berenang-renang bawah laut. Arghhhhhh!~
Bila I Google, macam best-best je baju divers semua tu. Kena ada ke suit sendiri. Bukan dia sewakan sekali ke masa kita belajar tu. Sebab macam dah lupa pulak apa yang diorang terangkan dekat I hari tu. Yelah, usia emas, bagitau fakta sekarang kang 30 minit kemudian lupa dah. Hehehe. Bila tengok ROXY la SHARKSKIN la dan lain-lain lagi terus nafsu membuak nak masuk dasar laut. Lupakan seketika, pergi masuk air dulu dan bukak safety jacket. Meroyan wey! Kaki kuak-kuak tapi geraknya tidak.
Actually, I ade tempat murah untuk masuk laut ni. Dekat Pulau Perhentian Besar. Akan I reveal kemudian. Kalau menjadi la aktiviti telan air masin kitorang ni. Apa yang pastinya, I sakit hati sekarang tengok gambar-gambar best dekat Mabul nih!
Sabar ye Samani... Detiknya akan tiba juga nanti. Allah sayang orang yang bersabar ni. Pasti ada ganjaran hebat. Diharap wishlist kali ni akan terlaksana. Dah dua kali mention ni, Aminnnn!~
Eeeeee!~ Geram betul tengok keriangan tu. Sabar... Sabar.... |
No comments:
Post a Comment